Sunday 16 December 2012

Kawan 2

Jarum jam dah hampir pukul 3. Hari panas terik dan batang hidung Yun masih tak kelihatan. Yun, kau sengaja nak biar aku berjemur tengah panas ni kan? Sengaja nak biar aku jadi ikan masin dengan peluh menitik-nitik dekat dahi. Tak lama kemudian, kedengaran suara Yun.

"Seful! Sorry lewat sikit!" Termengah-mengah dia bercakap. Gaya macam baru lepas habis buat marathon .

"Kau keluar awalkan tadi? Pergi mana yang sampai lewat?" Dia mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluar sebelah kirinya.

"Ladies. Hah, kenapa nak jumpa?"

"Nak ajak kau balik sama."

"Sebab nak balik sama?"

"Ya."

"Kau mimpi apa ajak aku balik sama hari ni?"

"Mimpi kau halau aku. Mana tahu lepas ni kau halau aku, taklah kau kempunan naik kereta aku dan balik sama dengan aku."

Ya Allah! Dia lupa mamat depan dia ni merajuk tadi. "Amboi, merajuk lagi ke?"

"Oi, aku merajuk?! Takda maknanya! Dah. Jom balik. Yang kau ajak berjemur lama-lama depan ni kenapa? Nak jadi ikan masin?" Seful berjalan ke tempat parking dia.

" Habis tu skuter comel aku ni macam mana? Pagi esok aku nak turun naik apa?"

"Apa susahnya? Biarlah dekat sekolah. Skuter kau tu bawah bumbung bukan kau letak merata. Esok pagi aku jemput kaulah. Lembab." Seful panaskan enjin keretanya. "Dah, masuk kereta."

Pintu kereta ditutup kuat. Seful dah pusingkan stereng nak reverse. "Seful, kenapa tetiba nak balik sama?"

"Salah ke aku nak balik sama dengan kau?" Salah ke aku nak luangkan masa-masa aku yang masih bersisa ni dengan kau? Salah ke Yun? Salah ke aku nak tatap muka kau hari-hari sebelum aku langsung tak dapat nak tengok kau lagi? Salah ke Yun? Tapi seperti selalu dia tak mampu nak sambung ayat dia. Dia hanya mampu pendam. Pendam semua kepedihan itu.

"Tak salah."

"Dah tu, kau tanya sampai dua kali kenapa? Tak puas hati dengan jawapan aku tadi?"

"Tak. Pelik."

Sepanjang perjalanan mereka diam. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali terdengar siulan dan suara Seful mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan. Yun masih tak puas hati sebenarnya. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kawan baik dia. Tapi dia tak berani nak tanya dah. Tak pasal-pasal dia yang kena marah sebab tanya soalan yang sama.

Sampai depan rumah Yun, baru Seful bersuara kembali. "Dah sampai. Kirim salam dengan your parents."

"Ok. Terima kasih ya hantar aku balik dengan selamat. Hati-hati baw kereta."

"Sayang jugak kau dekat aku kan?"

"Mengada! Dah, aku keluar dulu." Sebenarnya dia tergugat dengan soalan Seful. Mungkin dia main-main tapi Yun ambil kisah. If and only if you know how much I love you since that day.

Baru dia nak buka pintu tapi suara Seful mengganggu. "Yun,"

"Ya?" Yun berpaling ke arah tempat duduk pemandu.

"Baik-baik jalan."

"Weh, kau hantar aku depan pintu pagar rumah akulah. No worries, I will safely arrive." Yun tersenyum ikhlas untuk meyakinkan kawan baik dia.

"Yun." Sekali lagi. Seful memanggil nama dia. Dia baru buka pintu.Kaki belum pijak tanah lagi.

"Ya?" Ujar Yun sekali lagi. Tapi kali ni dengan posisi berbeza. Dia menghadap Seful dan bukan setakat paling muka.

"Kau kawan baik aku dunia sampai akhirat."

"Ya kawan. Aku tahu." Suaranya lemah dihujung kata. Aku tahu, Seful. Aku kawan baik kau. Setakat kawan baik dan tak boleh lebih dari garisan kawan baik kan? Terima kasih sebab ingatkan batas aku dengan kau.
Yun terus keluar dan menutup pintu. Dan sekali lagi . . .

"Yun,"

"Apa lagi?!" Yun dah berang. Dia tak mampu nak tahan dah. Rasa macam air mata dia nak bergenang. Sabarlah wahai hati. Sabar.

"Aku sayang kau. Bye. Malam nanti aku text kau." Seful tersenyum dan keretanya terus meluncur laju. Yun berdiri kaku. Dia rasa jantung dia macam nak terkeluar. Kenapa? Sudahlah hati. Kau patut sedar kedudukan kau dalam hati dia. Tak setaraf. Yun memujuk hatinya sendiri.

"Seful, lewat balik?" Puan Aishah dah bertanya. Dia risau pasal anak teruna dia yang seorang ni.

"Mama! Bila sampai?" Dia mencium tangan ibunya. "Seful hantar Yun tadi."

"Oh, Yun. Pagi tadi. Along yang jemput mama."

"Oh. Baguslah. Terubat rindu dekat mama. Seful nak tatap muka mama puas-puas."

"Dah. Busuk. Pergi mandi."

Selesai mandi, Seful megambil angin di beranda rumah tingkat atas. Sempat dia menilik buruj yang ada dilangit. Tiba-tiba teringat kejadian petang tadi. Kalaulah dia boleh rakam senyuman manis milik Yun tadi memang dia rakam. Dia rakam. Simpan dalam kepala dia. Sematkan dalam hati dan sentiasa bermain di mata dia.

Dia betul-betul maksudkan yang dia sayangkan Yun. Cuma dia hilang kosa kata nak cakap baik-baik depan Yun. Dia cuma tak boleh. Mesti Yun akan fikir dia main-main. Lagi-lagi dia buat perangai pergi terus lepas cakap perkataan keramat tu.

Dia baru nak capai Samsung SIII yang terdampar di tepi katil. Dia baru nak text Yun. Tiba-tiba kepalanya terasa pedih. Sakit yang teramat. Cukup berbisa. Terasa macam sebakul jarum terbenam dalam kepala. Dia cepat-cepat membuka laci paling atas dan mengambil dua biji ubat tahan sakit. Dia menelan ubat tersebut sekaligus. Lama tapi sakitnya tetap tak berkurang. Mungkin dah sampai masanya. Mungkin.

"Mama!!! Sakittttttttttttt!!!!!!"

Dia dah tak dapat bertahan. Dah tak mampu. Dia dah tak sanggup dah hadapi semua ni. Dia terdengar bunyi tapak kaki datang ke arahnya tapi pandangannya dah kabur. Dia dengar tangisan mama tapi dia rasa dunianya dah gelap. Seful tak sedarkan diri.

Dah seminggu berlalu. Seminggu dah Seful tak datang sekolah. Dah seminggu dia tunggu text dari Seful. Dia pegang janji Seful.

Malam tu, dia tunggu text dari Seful. Dia sangat berharap Seful bakal text dia. Sangat sangat berharap. Tapi sampai ke pagi takda langsung text dari Seful. Dan dia terpaksa tumpang Kim pergi sekolah. Seful mungkir janji. Dia benci manusia yang tak pegang pada janji. Dia benci Seful. Cukup benci. Kata orang, benci tanda sayang. Benci-benci nanti rindu.

Memang betul. Sebanyak mana dia cakap dia benci Seful, rasa sayang terhadap Seful takkan pernah kurang. It grows a little by little every day. Dan dia sangat rindukan Seful. Kalau diberi peluang dan masa boleh kembali ke masa lalu. Dia nak balas kata-kata Seful.

Teringat kata-kata Lii.

"Yun, kau suka dia kan?" Lii menunjukkan ke arah Seful. Masa tu kelas mereka ada aktiviti luar. Mereka tengah tengok bebudak laki kelas mereka main bola keranjang. Ya, Lii perasan di antara mereka berdua ada suatu perasaan yang lain. Perasaan yang lebih dari sekadar kawan baik. Cuma mereka tak pernah luahkan.

Yun terdiam. Dia terkejut. Terkejut sebab Yun tanya dia tiba-tiba. "Taklah. Kami kawan baik-lah"

"Kawan pun boleh jatuh sukakan?"

"But not me. Kawan tetap kawan. Jatuh suka bab lain."

"Aku pesan satu ja." Lii berhenti seketika. Mengatur ayat mungkin. "Jangan sampai kau menyesal sebab tak bagitau dia. Jangan sampai satu saat, kau dah tak dapat nak bagitahu dia."

Disebabkan apa yang Lii cakap, dia berazam. Bila jumpa Seful dia nak cakap. Dia tak nak menyesal. Sekalipun Seful tak boleh terima, dia redha.

Dalam tempoh seminggu, ramai bebudak tanya dia mana Seful. Dia pun tak tahu nak jawab apa. Cikgu pun tak nak bagitahu apa sebab Seful tak datang sekolah. Dia pernah ke rumah Seful tapi sunyi. Dan sampai sekarang, Seful tetap menghilang.

Seminggu. Dua minggu. Tiga minggu. Sebulan. Seful tetap tak turun sekolah.

"Mama, bila Seful boleh keluar? Bosanlah duduk sini."

"Bila Seful dah sembuhlah."

"Mama, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan."

"Mama tahu." Mama tetap menjawab selamba. Dia tahu mama menderita tengok dia. Dia tahu tiap-tiap malam mama menangis sebab dia. Dia tahu mama macam mana. Hati seorang ibu siapa yang tak tahu? Kasih sayang itulah kekuatan dia. Anak-anak dia itulah kekuatan dia.  Bahagia anak, bahagialah mereka. Kalau anak menderita, menderita lagi jiwa mereka. Kasih sayang seorang ibu memang tak ternilai.

Dia tahu mama wanita yang tabah. Ibu mana yang tak sedih kalau tahu hidup anak dia tak lama?

"Mama, Seful ni menyusahkan mama kan?" Mama hanya diam dan tersenyum. Senyuman mama buat dia teringatkan seseorang. Yun.

Yun. Lama dah tak sebut. Lama dah tak tengok muka dia. Lama dah tak dengar suara dia. Lama dah tak bergelak ketawa dengan dia. Lama. Terlalu lama rasanya. Yun ..... Sekali lagi, Seful rasa dunianya gelap dan dia merasakan ini yang penghabisan.

"Yun, aku terjumpa mak Seful dekat hospital! Aku rasa kau patut pergi sana sekarang." Lii, menelefonnya seawal pukul 4 pagi.

"Masa aku terjumpa mak dia, aku dengar dia sebut nama Seful. Aku tak sempat nak tanya sebab aku pun nak cepat." Ujar Lii.

"Aku tak tahu kenapa tapi kau patut pergi sekarang." Ujar Lii lagi.

Ya. Pukul 4 pagi. Dia sanggup keluar ikut tingkap semata-mata nak pergi hospital. Dia sanggup usung skuter dia pagi-pagi buta tanpa fikirkan keselamatan dia semata-mata nak tahu apa yang jadi dekat Seful. Semuanya sebab Seful.

Dia bergegas ke kaunter pertanyaan. Mendebak yang nama Seful ada dalam senarai. Memang ada. Tapi dia sakit apa? Teruk sangat ke sampai tak sekolah?

Dia berlalu ke tingkat 3. Bilik 17. Dia betul-betul berada di depan pintu bilik yang bernombor 17. Tertera nama Seful di depan pintu itu. Dia dapat dengar suara tangisan dari bilik tersebut. Sayup-sayup kedengaran tangisan tersebut. Yun gagahkan dirinya untuk buka pintu.

"Seful!" Sekujur badan yang terlantar lesu di situ ialah Seful. Yang dulunya teguh bediri tapi sekarang? Lemah, pucat, tak bermaya. Matanya tertutup rapat. Yun tak mampu menahan tangisan.

"Yun? Sabar ya nak." Puan Aishah cuba menenangkannya. Ahli keluarga Seful keluar dari bilik tersebut. Tinggal Yun dan Seful.

"Seful! Bangunlah! Seful!!!!" Yun menangis teresak-esak. "Kau jangan tinggalkan aku. Kan kita dah janji nak capai impian masing-masing? Kau pernah janji yang kita takkan terpisah. Takkan kau lupa janji-janji kau?! Seful, bangunlah!" Dia menatap wajah Seful. Seful membuka matanya perlahan-lahan.

"Aku tak mati lagilah. Kenapa kau menangis ni?" Yun. Aku rindu kau. Aku sayang kau. Maafkan aku Yun. Aku tak mampu nak cakap dekat kau betapa aku sayangkan kau. Aku tak nak kau merana lepas aku pergi. Aku tak nak kau hidup dengan bayangan aku. Aku tak nak kau mencintai orang yang dah takda nanti. "Yun, senyumlah. Jangan menangis."

Yun mendengar suara Seful. Suara dia cukup lemah. Dia tak nak menangis. Dia tahu Seful tak suka dia menagis. Dia senyum selama mungkin. Dia senyum seikhlas mungkin. "Kau jangan banyak bercakap." Dia menahan sebak. "Jangan tinggalkan aku ya?"

"Yun, aku nak tengok kau senyum ja. Takyah nak cakap apa-apa."

"Yun, kau tahu. Aku nak pergi jauh ni. Bagitahu family aku, aku sayang mereka. Maafkan aku sebab tak suruh mereka tengok aku pergi. Aku nak pergi jauh ni." Ujar Seful lagi. Seful menutup matanya perlahan-lahan. Sementara Yun, mendekati wajah Seful dan berbisik di telinganya.

"Seful, aku sayang kau. I love you very much."

Tak lama. Tak lama lepas tu. Dia melihat bibir Seful terkumat-kamit membaca kalimah syahadah walaupun tak jelas di pendengaran Yun.

Yun menangis. Menangis dan terus menangis.


**


"Love bears it out even to the edge of doom," Ayat dihadapan sampul surat dibaca. Wangian yang diletakkan pada sampul surat sangat dikenalinya. Perfume milik Seful. Arwah Seful.

Kehadapan sahabat baikku, Yun.
                
                 Disaat kau baca surat ni, ketika ini aku dah pergi jauh. Mungkin sejauh yang kau tak pernah bayangkan. Aku akan pergi dan takkan pernah jumpa kau lagi. Maafkan aku, Yun. Maafkan aku sekali lagi. Aku mungkir janji. Aku tinggalkan kau. Aku tak text kau malam tu. Aku tak jemput kau dekat rumah pagi tu. Aku tak dapat nak bersama-sama dengan kau dah. Aku dah tak dapat nak jadi kawan kau. Aku dah tak dapat nak jadi kawan baik kau. Aku dah hilang dari pandangan manusia. Nanti kau kirim salam dekat kawan-kawan kita yang lain ya? Jangan bagi mereka menangis pasal aku.
                 
               Yun, kau mesti nak tahukan apa jadi dekat aku sebenarnya kan? And I bet my mum have told you everything. Ya, aku sakit tapi seorang pun tak perasan. Kuat tak aku? Yun, kau jangan sedih sangat. Tak tenang aku dekat sana nanti. Senyum ya? Baru comel. Baru nampak manis. Baru nampak macam perempuan.


Yun yang membaca tersenyum. Ya. Lepas arwah pergi, dia dapat tahu dari mama Seful yang Seful sakit. Barah otak. Berat ujian yang arwah terima. Dah lama dia sakit. Cuma keadaan makin teruk dan rawatan kemoterapi pun tak dapat nak bantu. Mereka hanya berserah dan Seful tetap teruskan hidup. Dia sambung baca surat yang Seful bagi untuk dia. Surat yang dia tulis masa dia tengah bercuti sebulan.


               Jangan marah. Aku gurau Yun. Sebab aku tahu kau memang menangis. Kau mesti tak puas hatikan aku tingalkan kau kan? Jangan risau Yun. Aku sayangkan kau. Sayangnya, kau tak pernah tahu pun kan? Sayangnya, kau memang tak kesah pasal benda ni semuakan? Kau nak capai kejayaan kau kan? Aku respect kau Yun. 

              Aku tahu Yun. Aku yang jatuh tersungkur masuk gaung. Aku yang jatuh hati dekat kau.. Aku pun tak tahu bila aku ada perasaan aneh ni. It grows each day and I just can't stop it. Until my last breathe, I still love you.
            
             Aku tak nak buat kau kecewa. Aku tahu hayat aku tak lama. Aku tak nak kau tunggu manusia macam aku, yang belum tentu boleh bahagiakan kau.

            Aku hanya ada satu permintaan. Tolong hidup bahagia walaupun aku dah takda. Senyumlah, macam kali terakhir kau senyum dekat aku.

Salam rindu, Seful.

2 comments: