“Kenapa kita kena ada
kelas petang ni?” Ayuni yang memang tak suka kelas petang, berang dengan Cikgu
Fathiah.
“Lahh, nak dapat ilmu
lebih lah apa lagi!” Lyss menjawab selamba.
“kacau line aku nak
main futsal petang ni.ish!”
“beb, aku gerak dulu. Library.
Jumpa dalam kelas!” Lyss terus berlalu. Tinggal Ayuni yang ayu seorang diri
dekat lobi. Nak pergi kantin malas. Bebudak gerenti ramai. Duduk sini je lah.
“EH?” Ayuni dengar
suara someone.
“Eh?” Ayuni ulang ayat
yang sama yang diucapkan oleh ‘someone’
Irsyad! Kenapa lah
kena jumpa dia lagi. Bosan!
“Why are u here?
Zarith balik petang hari ini.”
“Aku tau la ngok. Aku
balik petang jugak.”
“Ek? Aku tak tanya
pun”
Mamat ni kan. Aku
ketuk kepala, mahu tercabut otak dia aku kerjakan. “saja nak bagitau. Kau kan
busybody.”
“Agak-agak sikit okey
kalau nak mengata. Masuk ni, dah dua kali aku jumpa kau. Kau takde kerja lain
ke selain kacau aku nak lelap?”
“Ek? Aku manatau kau
nak buat kilang taik mata.”
“Dah tau,
berambuslah.”
“sopannya gaya
menghalau. Banyak cantik.” Ayuni terus berlalu. Makin dilayan, dia pula yang
menyinga tak kira masa.
“Cantik tak.Hensem
lebih dari Zarith.”
**
“Angah!”
Mak eh! Budak bertuah!
“Nak kasi nyawa orang melayang ke apa?” Zarith mengutuk adik sendiri.
“Sorry bro! Acah je.
Takkan dah nak bercerai roh dengan jasad?”
“Cis. Apesal terpekik
terlolong macam singa betina lapar?”
“Adik balik dengan
Angah ek?”
“Ok2. Tunggu tempat
biasa.”
“Set!”
**
Pukul 5 petang.
Kelibat Angah masih tak nampak. Motor kesayangan ada. Mana entah Angah ni
pergi? Dia boleh nampak seorang lelaki tengah pergi ke arah dia. Tapi siapa?
“Kau?” Serentak Ayuni
dan Irsyad berkata.
Kenapa aku boleh jumpa
dia lagi. Malang! Malang! Malang! Takde tempat lain lagi ke mamat ni nak pergi!
“Kau, kau buat apa kat sini?”
“Well, we’re meant to
be. Kali ketiga aku jumpa kau dalam sehari.”
“What the …. Aku tanya
benda lain lah ngok. Takde nya meant to be or not.”
“Dah, Angah kau suruh
aku hantar kau. Naik cepat.”
“Taknak.”
“Taknak sudah. Aku
gerak dulu.”
“Ehhh! Angah aku
mana?”
“Emergency. Junior dia
injured, bawa pergi hospital. Last
chance, nak ikut ke tak?”
“Okelah. Kali ni je.”
Ayuni memasuki perut kereta Irsyad. Lelaki ni nampak je selekeh, tahap harta
benda kaya gilaa.
Sepanjang perjalanan, Irsyad
bersiul mengikut rentak lagu yang didengar. Jam dekat dashboard dah lepas pukul
6. Hantu ni tak reti bawa laju-laju ke?
“Kau tak boleh bawa
laju lagi ke?”
“Boleh je.”
“habis tu yang bawa
slow sangat tu kenapa?”
“Aku taknak kasi anak
dara sebelah dapat parut sebab masuk kereta aku.”
“Aku pakai safety belt
apa.”
“Masih ada bahayakan?”
“Such as?”
“mana tau singa betina baham aku, terus aku hilang kawalan dan kereta
terkandas. HAHAHA.”
“Kutuk aku lah tu kan?”
“Mungkin. Siapa makan cili boh dia la rasa pedas yang teramat. HAHA”
“benci.”
“Dari hari tu kau benci aku, mesti kau sayang aku sangat-sangat kan?”
“Fakta mana kau cekup?Mana benci boleh jadi sayang.” Menyampah layan
mamat ni. Cukup sifat! Dengan lagaknya, kaki mengutuk, perasan cukuplah! Cukup
buat dia menyampah!
“Boleh,kalau Allah dah tentukan.”
“Yelah sangat. Sayang sangatlah dekat kau tu. teiii”
“See? See? See? Kau mengaku akhirnya!”
“Kau suka sangat apesal? Aku tipu je kan?”
“Aku take serious benda tu.”
Grr. Mamat ni. Memang setengah tianglah. “ Whoaa, jangan jadi
budak-budak lah. Aku tak suka kau.”
“Tak kesah. Sekali je kau cakap aku simpan sampai mati.”
No comments:
Post a Comment