Bab 1
Studio jamming gamat dengan gelak ketawa. Aspia dah tunjuk
muka kelat. Dahi diurut perlahan.
“Jangan gelak boleh tak?”
Semua diam memandang Aspia yang masam. Lima saat mereka diam
sebelum mereka sambung gelak balik. Oman over betul ketawa sampai air matanya
keluar. Daus dah macam hilang akal siap tepuk-tepuk bangku. Pijul dah
berdekah-dekah sebelah Oman. Alex yang diam tu pun boleh bantai gelak. Nasib
baik tak putus tali cello Aspia. Yan gempal dah melutut atas lantai menekan
perut. Hafiz dengan rambut ala afro dah menahan mulut dari pecah.
“Bro, dah la. Tak lawak, okay?” Sekali lagi Aspia merayu.
Matanya separa kuyu sebab malam hari dia diberitahu bahawasanya dia mesti
kahwin tu, dia tak mampu lelap mata pun. Macam-macam dia fikir. Nak lari dari
rumah. Nak pergi bermigrasi.
“Okay. Okay.” Oman dah tarik nafas. “Semput aku gelak, bro.”
“Eh, betul kau nak kahwin ni? Dengan sapa? Takda khabar
berita pun.” Pijul dah menyoal.
“Hah, dengan sapa? Kitorang kenal tak?” Alex dah buat muka
serius. Yang lain dah duduk berkerumun depan Aspia yang dari tadi tak mahu senyum.
“Dengan… perempuan.” Aspia menjawab sebaris.
“Astaghfirullahalazimm. Bro, aku tahu la dengan perempuan.
Apa kau gay ke selama ni nak bernikah dengan perempuan pun bukan main teruk
muka.” Hafiz dah tepuk dahi.
“Aku…” Aspia pandang sorang-sorang muka kawannya. “Tak kenal
sapa. Mak aku paksa aku kahwin dengan dia la.”
Lima saat terkedu.
Semua pecah tawa.
“Woi, apa yang lawak ni?” Aspia dah tunjuk muka tak puas
hati. Lengan baju t-shirt dah ditarik sampai ke pangkal bahu. “Korang gelak
lagi, aku tumbuk muka sorang-sorang.” Aspia dah berdiri. Penumpuk dah diangkat
sama tinggi dengan bahu.
Yan dah memegang bahu Aspia. “Calm down, bro. Duduk duduk.
Simpan penumbuk kau tu. Hai. Macam mana kau nak jadi laki orang ni? Karang anak
dara orang kau dera.”
“Betul tu.” Daus dah mengangguk. Parkway Filter dah dikeluar
dari poket. “Lagipun bro, kau jangan nak salahkan kitaorang pasal gelakkan kau.
Dah kau datang dengan muka takdak senyum, lepas tu cakap, “Dude, aku kahwin tak
lama lagi.” Kau ingat benda tu tak lawak ke? Lepas tu, kau cakap lagi kau kena
paksa kahwin. Tak ke sebijik dengan drama-drama melayu dalam TV tu?”
“Serius, kau tak tahu sapa? Biar betul mak kau ni. Karang
bini kau triple size dari si Yan ni, tak ke naya. Buang peluh je shake hand
dengan tok kadi.” Oman buat muka tak puas hati.
“Tak tahu.” Kepala digeleng perlahan. Mata dipejam rapat.
Tak pernah dalam hidupnya, dia terfikir dia akan berkahwin dalam usia 28 tahun.
Dan, dia langsung tak pernah mimpi pun nak kahwin. “Mak aku cakap, nama dia…
Nurul Harissah binti Muhamad Amir.”
Dua tiga kening terangkat. Oman dengan Daus dah gelak. Yan
disebelah Aspia tersengih. Bahu Aspia ditampar perlahan, “Eh, bro. Kau dah
praktis hafal nama dia ke apa? Bukan main lagi siap nama bapak.”
Aspia dah heret sengih. “Takkan aku nak gagap depan tok kadi
nanti kan?”
“Woooo…” Semua dah terpana.
Aspia menggeleng perlahan. “Gila.”
“Habis tu, apa plan kau sekarang?” Daus menyoal sambil buat
tuning dekat gitarnya.
“Selain dari kau praktis shake hand dan hafal skrip akad
nanti,” Oman menyambung. Yang lain bantai gelak.
Aspia dah mengenggam penumbuk kiri. “Aku nak cari dia.”
“Lepas tu?”
“Aku nak ugut dia.”
Hening tetiba. “Aspia,” Hafiz memanggil. Aspia memandang ke
arahnya dengan kening terangkat. “Kau cakap Nurul Harissah binti Muhamad Amir
kan?”
Aspia mengangguk. Kening dah bercantum. Dahinya berkerut.
“Bukan tu, nama awek kau masa kita sekolah dulu ke? Masa
kita form 5, dia form 2 kan?”
“Ha ah. Baru aku perasan.” Yan dah mengangguk.
“Bila masa aku ada awek?” Aspia menyoal.
“Salah term kau pakai, Pis.” Oman dah menyampuk. “Crush,
baru betul.”
Semua gelak. Aspia memang dah tak boleh gelak. Muka bergaris
lurus ditunjuk. “Ex crush. Old story.”
“Kalau dia, kau nak buat apa?” Alex menyoal.
“Aku tau, tu bukan dia.” Aspia berkata perlahan. Dagunya diurut perlahan. “Kalau dia pun, aku
tetap dengan rancangan aku. Ugut.”
Kalau dia, aku nak
buat apa? Tak mungkin dia. Aku pasti!
No comments:
Post a Comment