Wednesday 17 April 2013

E dia


“Excuse me, which bus should I take to Busan?” Stop and stare. Buat beberapa ketika Ayaaz hanya mampu memandang. Tiada kata-kata yang terluah hanya segaris senyuman terlakar saat si manis berkata.

“Malaysian?” Ayaaz mengangkat kening tanda inginkan kepastian.

Hana pelik. Pertanyaannya dibalas dengan pertanyaan kembali. Ikutkan hati, memang dia nak marah. Orang bagi soalan, silalah bagi jawapan. Siap tanya aku ni orang Malaysia ke tak kenapa? Pelat orang Melayu ketara sangat ke? Nasib baik muka dia ni handsome, nak iras muka GD Big Bang. Alahaii, kalau kau GD kan bagus? Hana tenggelam dalam dunianya sendiri.

“Miss?” Ujar lelaki itu lagi.

“Ah, yes. I’m Malaysian.”

“Ohhh. Ayaaz Shah. Selamat datang ke Incheon,”

Orang melayu? Woahhhh! “Sorry? Motif mentioned nama sendiri?”

“Supaya you tahu I ni orang Melayu perhaps?”

"Oh. Hana for short. Nice to meet you." Kalau tak bagitau nama pun, kau dah tibia guna bahasa kebangsaan tu, aku tahulah kau orang Malaysia.

“Hana? Ohhh. Nice to meet you too. I ingat you Hana Tajima tadi!” Ayaaz berseloroh.


Itulah permulaannya. Permulaan dimana dia mengenal gadis bernama Hana. Permulaan dia mula menyimpan satu rasa. Satu rasa yang membuat dia tertarik untuk mengenali diri gadis itu.


Dia mula mengenal erti rindu. Rindu telatah gadis itu yang sangat comel baginya. Rindu akan gelak tawa dan senyuman gadis itu. Dan tanpa sedar, dia menyintai gadis itu. Sedikit demi sedikit. Setiap hari. Setiap detik. Ya, Ayaaz Shah mencintai Hana. Sungguh!


###


Hana. Bukan dia membenci lelaki. Buktinya? Dia masih boleh bertegur sapa dengan mana-mana lelaki cuma dia menjarakkan dirinya dari mereka semua. Dia cuma takut. Takut untuk dikecewakan. Takut akan kekecewaan lalu.


Dia pernah mengenal erti cinta. Pernah? Ya, perkataan itu suatu yang cukup dia benci. Kerana dia pernah bercinta dia kecewa. Kerana dia pernah menyayangi seseorang dia cukup serik untuk menyayangi insan lain lagi. Cukuplah kekecewaan yang dia rasakan. Cukup sekali. Dia telah mengikat hatinya untuk tidak jatuh cinta lagi.


Dua tahun yang lalu ...


"Kenapa awak? Awak cakap awak sayang saya. Awak ambil berat pasal saya." Sayu Hana menyatakannya. Perasaannya seperti dipermainkan oleh lelaki dihadapannya. Shazwan. Baginya lelaki inilah cinta pertama dan terakhir. Dia cukup bahagia dengan Shazwan sehinggalah dia mengetahui hal yang sebenar.

"Aku tak cakap aku cintakan kau," jeda. "Dan aku tak pernah declare apa-apa pun dengan kau kan?"

"Tapi awak bagi saya harapan...."

"Harapan? Kau yang perasan! Sudahlah, aku dah ada orang lain. Kau tolong berambus dari sini!"


Sungguh. Dia betul-betul rasa terhina. Dulu, Shazwan yang selalu mencarinya. Sekarang dia dihalau? Lelaki tak guna!


Tapi kehadiran lelaki bernama Ayaaz Shah benar-benar mengacau hidupnya. Menggugat jiwa dan perasaannya. Sekali gus melonggarkan ikatan dihatinya. Kehadiran lelaki itu sesuatu yang tidak dirancang.


"Ha - Na!" Ayaaz menyebut setiap suku kata dengan gaya keanak-anakkannya. Gadis dihadapannya membulatkan mata dan teranjak ke belakang sedikit. Mungkin kesan daripada kejutan yang dia lakukan. Ayaaz sengih nakal. Pastinya dia bakal mendengar ...

"You kalau tak kacau I tak boleh ke? Kalau tak kejutkan I macam hantu tak boleh ke? Lama-lama macam ni, I boleh mati terkejut tahu?!"



... bebelan Hana dalam satu nafas. Sungguh, dia rasa itu sesuatu yang comel. Ayaaz, kau betul-betul angau!


"Tak. Semenjak I jadi guider you dekat sana dulu, itu perkara wajib yang I patut buat bila terserempak dengan you,"


###


“Hana ....” Ayaaz memandang wajah polos Hana. Dia rasa tenang bila nampak Hana. Entah kenapa. Itu yang dia rasa. Sempit macam mana pun fikiran, bila jumpa Hana semua tu hilang.

“Hmm,”

“Saja. Nak panggil nama you.”

“Hmm,” Hana hanya berdiam. Dia malas untuk membuka mulut. Dia cuma rasa malas.

“Hana...” Ayaaz bersuara lagi.

“Hana...” Ujar Ayaaz lagi.

“Iyaaa, ada apa?” akhirnya, terpaksa buka mulut jugak.

“Ingat you dah tak nak layan I.” Ayaaz menundukkan wajahnya. Hana baru perasan. Muka Ayaaz bukan macam selalu. Rambutnya macam dah panjang sikit dan muka dia, lain macam. Tak ceria. Lebih tepat, takda senyuman.

“You ni kenapa?”

“Huh? Kenapa apa?”

“What’s wrong with you, Ayaaz Shah? Facing any difficulties ek?” Ayaaz tersenyum nipis. Haa, ada pun senyum tu! Hana bermonolog sendiri.

“You, ambil berat juga kan pasal I, Hana kan?” Ayaaz bertanya kembali. Hana mula tak tahu nak jawab apa. Mamat ni memanglah. Tak boleh ke jawab ja soalan mudah tu?

“Muka you tu, takda gula. Biasa, 24 jam ceria memanjang.”

“Jadi, you pandang juga lah muka I yang tak berapa nak kacak ni kan?”

“Tersasar jauh dari topik. I takkan jawab.” Hana bersuara dingin. Malas nak bersoal jawab. Bukan boleh harap sangat soalan yang bakal keluar dari mulut Ayaaz.

“You tak letak gula, mana I nak ceria.”

“Nak I letak berapa tan gula baru dapat muka ceria you tu balik?” jawab Hana acuh tak acuh.

“Heh. Hana, kalau you rindu nak tengok muka ceria I, say it honestly la. Takyah, berkias sangat macam orang tua.” Perli Ayaaz.

“Orang tak berkias, orang tanya betul-betul tadi.”

“Kalau I cakap pun, bukan you mampu buatkan?”

“Say it.”

“Marry me.”

“YOU’RE JOKING RIGHT?”

“Tengok. Bukan you mampu buat pun. Hana look. Kalau sampai bila-bila pun you macam ni, bila you bakal percaya dengan that simple thing called love huh?” Hana terdiam. Dia tak mampu nak cakap apa-apa.

“People are different Hana. You tak boleh percayakan I ke? Lepas apa yang I dah buat untuk you, you tak rasa apa-apa ke?” Hana tetap berdiam. Dia tak suka topik macam ni.

“Hana, I suka you.”

“Tapi I tak suka you. Berkali dah I bagitau kan? You ruined my mood. I balik dululah!”


###


                “Wakkk… jangan lah merajuk kat kita ni…” Ayaaz buat kebil-kebil mata memandang Hana di sebelahnya. Pegun je tubuh gadis tu buat Ayaaz tersengih. Lengan kemeja dah dilipat sampai ke siku. Normal la bila lunch hour gini selekeh je lipat lengan baju.

                “Wakkk… dengar tak ni?” Lagi seruan Ayaaz tak bersahut. Terasa bayu angin tengahari tu membelai anak-anak rambut. “Wakkk… lama dah kita tak bersua muka. Tak rindu kat kita ke wakkk?”

Hana berpeluk tubuh menahan senyum. Ada je la mat ni datang ke ofis aku. Mengundang kontroversi betul. “Apa wak-wak?”

Ayaaz tersenyum. Yes! Ada respon. “I ingat you dah bisu.”

Diam.

“You suka bunga kan?”

Diam lagi. Tetiba rasa sinaran matahari membahang. Ah, logik lah. Tengah hari ni kan?

“Ha – na?”

“Tak.” Bernada sejuk keluar dari mulut Hana mengundang sengih nakal Ayaaz.

“Tipu. Perempuan suka bunga lah. You bukan perempuan eh?” Lagi Ayaaz menyoal cuba mengumpan suara Hana. “Hana…”

Hana menjeling sebelum dia terpaku.

Apa mat ni fikir sebenarnya?

Serentak itu dia tergelak. Ayaaz dah tersenyum menang. Tak sangka…

“Apa you ni? Bunga api??” Hana dah tak menahan tawa dari pecah. Dipandangnya wajah suci tak bersalah Ayaaz yang tengah menghulur sekotak bunga api. “Ingat orang underage ke apa?”

“Laa… budak-budak je reti merajuk.” Sebatang bunga api merah itu dikeluar dari kotak. “Nak?”

Hana menyambut jugak huluran tu. “Oh. Sebab tu guna taktik budak-budak jugak lah?”

“Hmm.” Lighter dinyala dekat bunga api di gengaman Hana. “Bunga api pun one kind of bunga jugak kan?”

“Secara teorinya, tidak wahai Encik Ayaaz. Kepala kreatif sangat ke bagi orang main bunga api tengah hari rembang gini. Bagi la McD sekotak ke.” Hana membebel sambil memandang percikan bunga api di tangannya. Langsung la dia tak peduli dengan pandangan aneh orang ramai yang lalu lalang di sekeliling.

“So, in the future kalau I kasi bunga sejambak you’re on the spot terus jatuh cinta kat I lah?”

“Tak.”

“Kan? Apa beza.” Ayaaz tersengih. Tajam mata Ayaaz memerhati percikan bunga api di tangan Hana. “You know what?”

“Apa?” Muka serius Ayaaz dipandang berganti dengan sparks bunga api di tangan. Cepat je nak habis nyala. Padan la harga sepuluh sen sebatang. Tak terasa nikmat main bunga api ni. “Muka serius gila ni kenapa?”

“I thought that my love for you just like these sparks of firework.” Senada suara Ayaaz menutur. “Nice, bright.”

Ah, sudah. Hana mencebik. Dia dah start buat environment jadi awkward.

“But I was wrong. My love for you will not end like this.” Pemegang bunga api kertas yang berbelang merah tu ditarik dari genggaman Hana. “What a waste…”

Hana termangu. Terlintas dalam fikiran dia. Sesuatu. “You’re shakespearean?”

“Eleh. Baru nak jiwang sikit terus tuduh kita shakespear. Mode destroyer betul la you ni.” Ayaaz tergelak hambar. Tahu betul kondisi hati keras bak konkrit Hana tu.

“I dah banyak kali bagi tahu…”

“Yang you tak suka I…” Ayaaz angkat kening. Bangga sebab dah hafal skrip berulang suara dari Hana. “I tahu lah. Tapi, surely you tak tahu langsung pasal sesuatu.”

“Name it.”

“Pasal I suka buat-buat tak tahu pasal tu.”

“Ceh.” Hana bangkit dari duduk. “Dah habis sesi pujuk kan? I nak masuk meeting.” Jam di pergelangan dipandang. 1.30 dah. Ada la dalam 45 minit yang lepas dia baru menerima text dari Ayaaz yang setia menunggu dekat taman depan ofis Hana ni. Perangai gila…

Ayaaz tersengih di bangku duduk. Terasa banyak langkah lagi nak dijejak untuk menculik hati Hana ni. Terasa usaha hari ni bagi hasil yang agak bagus dari kecewa. Kut?

“Tu… bunga api tu I punya ke?”

“Ha, ni?” Kotak bunga api yang masih berisi tu ditunjuk. “You nak ke? Cakap tadi ni khas untuk budak-budak je. Apa dah jilat balik ludah sendiri?”

Mata Hana buat rolling se-round sebelum begnya laju je melibas bahu Ayaaz. “Bagi ke tak ni?”

“Nah…” Kotak tu dihulur. Heh, ni Encik Ayaaz Shah ni tak mudah mengalah la Cik Hana. “Cakap dulu, sesi ni berjaya ke tak?”

“Berjaya.” Hana cuba menarik kotak tu. “Cepat lah orang nak masuk meeting lagi ni.”

“Hmm hmm.” Ayaaz mengangguk. “Cakap dulu, sayang Ayaaz Shah ke tak?”

“Tak.” Serentak tu kotak tu berjaya ditarik dari gengaman Ayaaz. “Thank you, mister and assalamualaikum.”

Salam dijawab perlahan sambil memandang langkah Hana pergi. Tak tahu langsung Hana tengah tersenyum mengenggam erat kotak bunga api tu. Yang dia tahu, dia sibuk merencana strategi baru. Rambut diramas kasar sambil bersandar. “Haih. Kena beli Art of War ke kalau nak mengayat perempuan ni?”

Handphone di poket seluar berbunyi. Tertera nombor telefon rumah mengundang gusar di hatinya. Jam dijeling. Ah, belum pukul 2. Apakah?

“Hello?”


###


“Perempuan mana yang Ayaaz usung tengah hari tadi?” Suara beku milik Datin Laili bergema di telinga Ayaaz.

Ayaaz tersentak bila umi dia tahu hal tengah hari tadi. Wajahnya tenang tapi hatinya dah tak tenteram. Apa yang umi bakal buat?

“Kenapa senyap? Yang pasti bukan klien kan?” lagi Datin Laili bersuara.

“Err, tak. Bukan klien. Kawan kut?”

“Kawan kut?” Datin Laili duduk berhadapan dengan satu-satunya anak terunanya. “Kenapa letak kut dekat belakang?”

“Umi nak buat apa dengan dia?” Ayaaz memberanikan diri bertanya. Soalan umi dibiarkan tak berjawab.

Umi-nya bukan boleh percaya sangat. Dulu, Lydia umi senang-senang ja usir dari hidup dia. Umi kata Lydia tu gila harta. Dan betul. Memang Lydia gila harta dia bukan dia. Hampir hilang akal bila Lydia pergi sebab umi dah bagi sejumlah wang, yang tak tau jumlahnya berapa banyak tapi Lydia memang menghilang lepas tu.

Tapi dia bukanlah manusia yang putus asa macam si Hana tu . . ...

“Nama dia Hana kan?” Ayaaz tersentak bila umi menyebut nama Hana.

“Umi nak buat apa? Jangan buat apa-apa dekat dia umi.”

“Umi cuma nak kenal dengan Hana. Salah ke?” baru kelihatan senyuman diwajah Datin Laili. “Umi bukan nak apa-apakan dia. Siapa Hana tu Ayaaz?”

“Sepatutnya jadi bakal menantu umi tapi macam entahlah umi, susah nak pancing!” Akhirnya, dia luahkan juga dekat umi-nya. Selama ni, dia fikir sendiri, sampai kepala dia macam nak pecah.

“Kenapa macam tu pulak?” Datin Laili bertanya lagi. Dia boleh tengok perwatakan Hana yang bersederhana dan nampak baik bila pertama kali dia nampak Hana.

“I don’t know, salah bagi umpan kut,”

“Dah tu pasang la umpan baru. Perempuan, lama-lama lembutlah dia.” Datin Laili menepuk paha anaknya. Menenangkan gusar dihatinya.


###


Ayaaz berjalan seiring dengan langkah santai Hana. Hari ni hari minggu. Jarang betul la dia ada masa senggang macam ni. Nak-nak berdua dengan Hana ni. Kalau tak mesti terperuk dalam studio dengan segala macam jenis kertas kajang lebar dari katil sendiri. Huh.

“Hana…”

“Apa? Jangan nak request macam-macam. Or anything craps out from that mouth.” Laju je amaran keluar dari Hana. “Ingat I tak kenal ke kalau gaya seru macam tu."

Ayaaz ketawa. “Punya la paranoid you ni kan. Baru seru sikit dah naik minyak.”

“Dah you tu memang suka buat perangai pelik. Takkan nak buat-buat biasa? You tu harap muka je lawa tapi kepala you tu, fius rosak ke apa?”Hana mula membebel dan berjalan dengan kelajuan yang sama.

“So, muka I ni lawa?” Ayaaz menarik sengihan selebar mungkin. Hana berhenti melangkah dan berpaling memandang Ayaaz.

“YOU!”

“I tanya ja. You cakap I lawa kan?” Ayaaz merapati Hana.

Hana diam. Dah tak tahu nak jawab apa. “You, berapa lama tak korek telinga? Pekak dah?”

“What?” muka Ayaaz jelas menunjukkan riak pelik.

“Tengok tu hah. Siap tanya balik apa I cakap. Cukup jelas I bagitau. You. Berapa. Lama. Dah. Tak. Korek. Telinga?”

“You ni Hana. Suka putar belit cerita.”

“Well. Kalau you nak tau, hobi I putar belit cerita depan you! Dah, I lapar. Jom!” Hana terus meninggalkan Ayaaz jauh di belakang.

Ayaaz ralit memandang Hana yang tengah makan Bolognese. Tak perasan yang Hana nampak perbuatan dia. “Ayaaz, tenung muka I kenyang ke?”

“Err, tak. Actually, I nak tanya you tadi tapi tunggu you habis makan dululah.” Ayaaz cuba menutup kesalahannya.

“Hmm, tanyalah,” Hana bersuara sebelum menghirup jus oren yang dipesannya tadi.

“You cakap you suka putar belit cerita depan I kan?” Serius, Ayaaz menyoal. Hana mengangguk, mengiyakan kata-kata Ayaaz.

“Is that mean, kalau you cakap you tak suka I sebenarnya you maksudkan you suka I?”

Terhenti suapan Hana mendengar kata-kata Ayaaz. Sejauh ni mamat ni fikir? “Don’t talk about this. I tak main-main pasal perasaan. Kalau, tak maknanya tak. Dah, makan. Lepas ni, hantar I balik.”

“Hana, you kuat sangat mengelak dengan I. You mengelak macam mana pun, you tetap akan jumpa I. Dan you kena tahu satu benda.”

“Apa dia? Nak makan pun tak senang!” suara Hana naik satu oktaf tanda marah. Dia bukan marah sebab Ayaaz bercakap. Dia cuma tak selesa, bila Ayaaz mula buka forum, soal jawab perasaan Hana terhadap Ayaaz.

“Okay, makanlah. Nanti, I hantar you balik.”

‘Tapi, you nak cakap apa tadi?” Hana mendongak kepala dan menikam anak mata Ayaaz. Ayaaz meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan dan mengambil Note II miliknya. Hana hanya memerhati tingkah laku Ayaaz yang sedang menaip sesuatu.

Ayaaz menunjukkan skrin Note II-nya ke arah Hana.


            Eat. You cakap tak senang makan kalau I bercakap. Nanti, I hantar you balik.


Merajuk ke mamat ni? Sampai tak nak buka mulut langsung?


###


Rasanya, hampir seminggu hidupnya tenang tanpa Ayaaz. Semenjak kejadian dekat restoran minggu lepas. Ayaaz langsung tak bercakap dengan dia. Rasanya, bila hantar dia balik dan dia ucap terima kasih, Ayaaz cuma angguk dan terus berlalu.


“Aku suka dia ke?” Hana bermonolog sendirian. Tengah hari rembang macam ni, semua orang pergi lunch. Cuma dia je terperuk dalam office. Biasa, Ayaaz yang suka ajak dia keluar lunch. Secara paksa, yang pastinya.


Skrin Iphone 4S dipandang sepi. Sunyi. Biasanya Ayaaz yang akan text, call atau video call dia. Tapi sekarang? Langsung takda. Dan lagi, dia teringat Ayaaz. Aku rindu dia ke?


Drawer paling bawah dibuka. Kotak bunga api dicapai. Jam dikerling sekilas, 12.30. Awal lagi. Dia ke pantry untuk ambil lighter. Hana bergegas keluar ke taman berdekatan ofis.


Hana mengarahkan lighter ke arah sebatang bunga api. Satu persatu dia nyalakan. Kes teringat dekat Ayaaz. Itu yang main sampai tak ingat dunia. Langit yang tadi cerah tiba-tiba mendung pun dia tak perasan.

“Heyy, you sengaja nak menempah sakit ke?” suara Ayaaz menyapa telinganya. Dia beralih ke arah suara yang didengarnya. Dia mendongak ke atas tapi payung menghalang pemandangannya. Hujan dah ke?

“Nah, payung! I dah pesankan jangan main hujan?” Ayaaz duduk mencangkung berhadapan dengan Hana.

“You!” Hana tersenyum melihat kelibat Ayaaz. “Duduk sebelah ni lah. Nanti you kena hujan pulak.”

“Takpa. Lagi sweet dalam posisi macam ni. Tak ke Hana?” Ayaaz senyum lebar. Rindu Hana.

“No. Awkward.” Hana menjawab separuh jujur.  Separuh hatinya tak sanggup memandang Ayaaz. Malu!

“Eh? Bunga api?” Ayaaz ternampak beberapa batang bekas pemegang bunga api bersepah di atas rumput. “You, miss me right?”

Hana mengambil langkah selamat untuk berdiam diri. “You pergi mana? Lama tak nampak.” kata Hana separuh berbisik. Seboleh-bolehnya, dia harap Ayaaz tak dengar.

‘”Cari I-lah ni?” Ayaaz sengih lebar. “I told you. You memang rindukan I kan? Itu yang sampai main bunga api ni kan?”

“You tak jawab soalan I lah!”

“I out station. Itu yang tak kacau hidup you for few days.” Ayaaz senyum lagi. “To be honest, I miss you a lot!” Ayaaz memandang Hana lagi. Hana berpaling ke sebelah kanan. Dia tak nak Ayaaz perasan mukanya yang dah mula merah.

“Hana....” Ayaaz memanggil lembut. Takda respon dari Hana.

“Hana....” Ujar Ayaaz lagi. Hana tetap tidak menoleh.

“Ha – Na!” Baru Hana menoleh memandangnya. “Nah, untuk awak!” Kotak kecil berwarna kelabu diserahkan kepada Hana.

Hana berhati-hati membuka kotak tersebut. Cincin berbentuk ‘infinity’ menarik perhatian Hana. “Apa ni Ayaaz?” Hana kembali memandang Ayaaz tapi Ayaaz sedang menunjukkan skrin Note II –nya ke arah Hana.


            On this rainy day, will you be mine for infinity? – Ayaaz Shah –


Hana mengambil Note II milik Ayaaz dan menulis sesuatu di atas skrin dengan stylus. Kemudian, skrin yang tertera tulisan tangan milik Hana ditunjukkan ke arah Ayaaz.


            Beyond and infintiy, I’m yours. – Hana –



 – THE END – 

0213; 170413

# Maaf pasal tajuk cerpen ni entah apa-apa :)

No comments:

Post a Comment