Sunday 23 December 2012

Terungkap [Bab 6]


Bab 6

“Kau dah bagi tau dia ke kau suka dia dari zaman sekolah lagi?”

“Belum.” Matanya meliar melihat lukisan plan di atas meja.

“Bila kau nak bagi tau dia?” Suara Hafiz masih kedengaran di hujung handphone Aspia yang dimodkan ke loudspeaker.

“Kenapa kau beria sangat ni?” Aspia duduk bersandar ke kerusi empuknya. Ah, ofis. Dah hampir sebulan dia memerintah ofis ni. Dan seminggu lagi genap dua bulan dia kahwin.

“Kau tak sangkut kat dia lagi sekali ke?” Suara Hafiz kedengaran sinis.

“Dah la aku nak buat kerja. Kacau la kau.”

Hafiz sempat ketawa sebelum memutuskan talian.

Lepas kejadian ayat ‘heret awak ke dalam hati saya’ meluncur keluar dari mulutnya tu, sumpah dia nak gelak tengok muka Aris yang macam dah gerun. Dan, dia jugak tak percaya dia akan cakap benda luar kotak macam tu. Apa yang dia mampu buat lepas ayat tu keluar ialah sengih yang terpaksa. Kemudian Aris macam buat selamba. Kononnya tak ambik hirau ayat Aspia. Dan game diteruskan sampai la ke subuh. Dia dan Aris seronok bersembang panjang.

Rasa seronok.

Kan?

Rasa macam dilahirkan semula.
Rasa macam Aris dah bantu dia keluar dari zaman gelap.
Bila…

“Awak tak solat subuh ke?” Aris menyoal bila Aspia lepak je berbaring atas katil sambil melihat handphone. Penat berjaga sepanjang malam berborak.
Pap! Ngam-ngam handphone tu terhempap atas hidung tajam Aspia. “Ouch!”
“Awak?”
Ha? Solat? “Err?”
Aris dah angkat kening.
Akhirnya, Aspia bangun. Melangkah ke bilik air.
Berwuduk.
Pakai kain pelikat.
Berdiri atas sejadah yang dibentang Aris.
Mengangkat takbir.
Mengucap salam bila solat berakhir dengan sempurna.
Dan, Aris yang jadi makmum.
Sebelum sembahyang tu, sempat jugak Aris menyoal, “Awak, sorry. This might hurts you, but you still remember doa qunut?”
Dia cuma tersengih sambil mengatur kain pelikat dan bila dia siap mengikat kainnya, Aris dah hulur sebuah buku. “Qunut. Rakaat kedua right after rukuk.”
Dan, Aspia bersyukur dia ada ability nak menghafal dalam masa singkat. Dia tahu dia nakal masa sekolah dulu, tapi dia dapat straight A untuk SPM sebab daya ingatan dia yang kuat.

Terima kasih, Nurul Harissah binti Muhamad Amir.

***

“Macam mana life orang berkahwin?”

Aris gelak. Erna yang tengah duduk mengadapnya dipandang. “Best.”

“Eh?”

“Boleh la. Aspia ni baik la.”

“Hmm?”

“Dia jadi samseng sebab dia nak attrack attention crush dia waktu zaman sekolah menengah dulu. Comel kan?” Aris dah tergelak. Teringat game ala Jeopardy mereka pada malam pertama jadi husband and wife. Game yang sangat seronok dan menghiburkan dia selepas dia tertekan dengan perkahwinan yang tak patut terjadi dalam hidupnya. Dari situ la dia tahu, Aspia jadi nakal dan teruk sebab nak attract perempuan yang dia suka dari zaman sekolah lagi. Sampai sekarang dia tengah berusaha. Tapi… “Tak pasal-pasal kena kahwin dengan aku. Kesian.”

“Crush? Kau tak jealous ke?”

“Nope. I bet that girl must be awesome sebab buat Aspia tu setia maut dengan dia. Kau tau, Aspia tak pernah bercinta pun dari zaman sekolah sampai la kerja sekarang ni. Sampai kena bernikah dengan aku.”

Erna tergelak. “Weh, jangan emosi sangat. Bukan main bersemangat lagi aku tengok kau bercerita pasal mamat tu.”

“Bukan apa,” Aris meneguk airnya sebelum menyambung, “Tak sangka kan, muka gangster tapi sebenarnya life dia sama level dengan storyline novel cinta.”

“Tapi kan Aris,”

“Apa?”

“Aku rasa kau dah sangkut dengan husband kau la. I can see the sparks in your eyes.”

“Hah? Manaaa.”

No comments:

Post a Comment