"Ayun, nak bintang! Nak bintang!"
Budak dua tahun, Ain meminta sesuatu dari mak sunya.
"Hey,panggil maksu lah! Ni bukan
bintanglah sayang, ni tapak sulaiman." Ayuni atau nama manjanya Ayun,
maksu si Ain. Ain ni anak abang long Ayun, Ilyaz.
"Ohhh, tapak mannn." Ayun gelak
apabila Ain sebut 'man'. Budak-budak, belum reti sangat.
"Kenapa Ayun gelak? Ayun tengah tengok
abang tu ehh?"
"Abang mana pulak? Ain ni kan. Maksu
lah maksu! Jangan panggil Ayun, nanti dosa, masuk . ."
" Neraka." Suatu suara mencelah.
Orang tu mendukung Ain dan duduk di batu bersebelahan dengan Ayuni.
"Yeayyy, paksu dah sampai!" Ayuni
yang berada di sebelah hanya terdiam. Melihat pemandangan laut waktu matahari
terbenam.
Patutlah tak nak panggil aku maksu, dia dah
ada paksu lain. Siap boleh dukung pulak tu. Aku nak kompromi dengan Ain tu pun
susah. Bentak hati Ayuni.
Paksu bukanlah paksu sebelah kak long, tapi
kawan angah, Irsyad. Macam mana entah boleh jadi paksu si Ain pun Ayuni tak
tau. Sebab Irsyad tu friendly kot? Aku ni, singa pun takut makan.
"Mengutuk siapa?" Ayuni terkejut.
Dup dap. Eh?
"Huh?"
"Diam apesal?" Kan? Irsyad memang
friendly. Siap boleh bertegur sapa dengan makhluk ganas bernama Ayuni.
"Takde papelah."
"Ye ke?"
"Sibuk apesal? Aku tak kisah pun Ain
panggil kau paksu kan?"
See? Panas baran dah sampai. Aku cakap
takde pape maknanya aku malas nak bercakap. Siap tanya soalan berunsur keraguan
tu apesal? Memang nak naikkan amarah aku. Dan sebab marah tu jugak, keluar
kata-kata yang tak sepatutnya. Malu malu! Mana aku nak letak muka cantik aku
ni?
"HAHA, kes cemburulah ni. Kejap
arr..." Irsyad toleh ke belakang. "Ain, sini kejap." Laung
Irsyad.
"Kenapa paksu?" Ain datang
termengah-mengah.
Ayuni kutuk dalam hati, tak menyempat betul
kalau PAKSU dia yang panggil. Ni kalau aku panggil, pecah segala cermin kat
rumah baru nak sampai.
"Ain panggil dia siapa?" Irsyad
mengarahkan jari telunjuk ke arah Ayuni.
"Ayun." Ain membalas.
"Kalau paksu suruh panggil maksu, ain
ikut tak cakap paksu?"
"Ain tak nak."
"Kenapa?"
"Paksu tak kahwin dengan Ayun."
Ayuni yang mendengar terbeliak biji mata. Irsyad pulak senyum sengih. Saja!
"Nanti paksu kahwin dengan
Ayunnn.."
"Jap! Apesal kena kahwin dengan pak
cik ni?" Ayuni buka mulut. Budak ni bagitau ayah dia merangkap abang long
aku, habis satu keluarga tau aku nak kahwin dengan Pak cik sebelah ni.
Sedangkan semua tu kata-kata budak umur 2 tahun.
"Ain dengar ayun panggil mama dengan
babah abang long dengan kak long jadi, Paksu kena kahwin dengan Ayun la kalau
nak Ain panggil Ayun maksu" Ain duduk di riba paksu palsunya. Mesra betul?
"Cerdik la Ain nii, nanti paksu
belanja aiskrim k?"
"Tak aci betul!" Ayuni merungut.
Tak sedar yang volumenya agak kuat.
"Nanti aku belanja kau sekali.
HAHA"
"Apanya? Bukan pasal kau belanja aku ke
tak. Sibuklah kau."
Mak oii, garang mak cik sebelah. Baran
sentiasa. "Take serious apesal? Budak-budak je kan. Besar sikit nanti,
pandailah dia nak panggil kau maksu."
Eh? Irsyad macam tau apa yang dia tengah
merungut. "Sukati aku la nak serious ke ious ke ape ke. Kau ape kisah?
Sibuk je. Pergi sana, shuh! Shuh!" Ayuni menghalau.
"Sampai hati."
"Sampai, dah dekat jantung."
Menyampah dengan perangai paksu Ain.
**
"Beb, apa kena dengan kau?" Lyss
kawan baik Ayuni bertanya.
"Apa kena kau cakap? Exercise math aku
tinggal!"
"So?"
"Bengap lah kau ni! So, aku bakal kena
denda oleh cikgu kesayangan kau tu lah!"
"Cikgu Fathiah?"
"Yelah, cikgu Fatty taik lembu
berkati-kati."
"Ohh, cakap je lah kau tak sengaja.
Mesti dia terima alasan kau. Hari tu aku cakap benda yang sama."
"Kau lain, student terbaik dia. Aku
ni? Lagipun, masa kau tinggal paper hari tu mood dia tengah baik. Income masuk.
Kalau dengan aku asyik datang bulan memanjang. Bila agaknya nak menopause pun
aku tak tau."
"Haha, kau jangan bagi aku ketawalah.
Hilang ilmu dia dekat kepala aku. Kau try jelah bagi alasan macam aku."
"okkk"
**
"Ayuni, buku kamu mana?"
"Saya tak sengaja cikgu. Terlupa nak
bawa. Maaf."
"What? Berdiri dekat luar kelas!"
Ayuni menarik kerusi dan berlalu keluar. Tak pandang pun muka cikgu Fatty tapi
sempat buat eye contact dengan Lyss cakap 'see?see?dia memang anti aku'
Alang-alang keluar kelas, baik dia bawa
diri ke kantin. Aman sikit dunia. Dari tahan malu orang lintas, tengok kita
rupa buat kesalahan membunuh. Cikgu fatty bukan kisah pasal aku. Plus, merayau
memang aktiviti wajib.
"Kak, horlick panas satu"
"Air panas takde lah dik."
"Saya tunggu sini."
"Air panas takde."
Akak kantin ni kan, tak reti apa aku cakap
ke? "Akak jeranglah air panas tu dulu, nanti saya tunggu sini. Tak reti
jugak ke?"
"Senang je suruh aku buat." Akak
kantin tu jawab selamba. Ayuni yang terdengar, tak sabar-sabar nak melawan.
"Kak, kalau tak nak jual cakap je lah.
Saya tak rugi, akak yang rugi! Lagi satu, kalau akak tak nak buat, takyah kerja
kat sini. Kerja jadi bos dekat rumah!" Ayuni terus berlalu.
"Dikk, tak jadi beli ke!?" Akak
kantin tu berteriak.
"Tak payah. Beli kat sini, nanti tekak
aku mendidih! Tak habis-habis menyumpah!" Ayuni menjawab tanpa tengok
belakang. Dia duduk di satu bangku. Dan bila toleh ke kiri . .
"EH?"
"Eh?"
Serentak. Irsyad dan Ayuni berkata.
"Kau buat apa sini?"
"Melawat, tengok kebersihan
kantin" Jawab Ayuni selamba. Pak cik ni memang menyibuk.
"Ohh, aku tengah tunggu Zarith in case
kau tanya aku."
Zarith, angah Ayuni. "Aku tak kesah
pun pak cikk" Senyap seketika. Tiba-tiba Ayuni buka mulut "Angah aku
mana tuju ek?"
Gara-gara dia bosan dan diterpa dengan ayat
'i wonder mana angah aku pergi' dia boleh communicate dengan pak cik hujung
sanaaa.
"Zarith dalam kelas."
"Kau?"
"Dekat kantinlah.HAHA"
Cis,saja nak kenakan aku. "Kau buat
apa dekat sini?"
"Tidur."
"Habis tak tidur apesal?"
"Kau kacau"
"Manada"
"Kau duduk, berbunyi tadi. Rasa berat
sebelah."
"Nak cakap aku gemuklah tadi?"
"Lebih kurang. HAHA."
"Cis!"
"Aku sneak out dari kelas, mata aku ni
tak tahan masuk kelas sejarah."
"ohhhh."
"Kau tak masuk kelas?"
"Lepas rehat nanti." Mana boleh
cakap aku kena denda, nanti dia report dekat angah!
"Ohh, cikgu math kau tak bagi masuk
kelas"
Erk? "Mana kau tau!?"
"Zarith terambil buku kau, jadi dia
cakap dengan keyakinan yang jitu kau bakal kena denda oleh cikgu Fathiah
tu."
Dalam hati dia menyumpah. Kurang ajar punya
angah! Saja bagi aku dapat malu.
"Lantak kaulah nak buat assumption apa
kat aku. Baik kau diam dan sambung tidur."
"Mana aku nak ....."
"Sebelum aku sumbat kasut saiz 6 ni
masuk mulut kau, baik kau tidur." Ayuni berkata dengan tegas.
"Ok. Ok. Fine. You win."
No comments:
Post a Comment