Sunday 23 December 2012

Terungkap [Bab 5]


Bab 5

“Hai.”

Aris dah ketap gigi bila dengar suara Aspia.

In the same room…
Sharing same air…
Sharing same bed?
Not going to.

“Hai?”

Aspia mengangguk perlahan. Okay, Aspia. Rileks. Takda apa yang akan berlaku malam ni kalau kau bertenang. Okay. Tarik nafas. Hembus. Okay, Aspia. Kau dah jadi laki orang sekarang. Kau dah tanggung dosa anak dara orang start malam ni. Kau akan jadi orang baik, bukan scumbag lagi. Rambut pendeknya diramas perlahan. Ah, what am I going to do? Mana nak bertenang kalau dah sebilik dengan anak dara orang ni?! Cuak. Perlahan Aris yang tengah lepak bersandar atas katil dikerling. Tangan kanan Aris memegang sebatang berus dan sebelah lagi tengah pegang cawan plastic lutsinar. Ada water colour – Aspia tak pasti water colour ke apa sebab dia bukan seniman – berwarna biru.

Jalan slow. Aspia melangkah berhati-hati ke hujung katil. Apasal bilik kau takda sofa?! “Awak buat apa?”

Aris angkat muka. Selamba dia tengok Aspia tengah duduk hujung katil. Ada la dalam dua depa jarak mereka. Kekalkan jarak, kalau nak selamat. “Tengah siapkan drawing.”

“Bilik awak tader extra comforter ke sleeping bag ke?” Aspia menyoal perlahan.

“Tader.” Aris dah bangun dari duduknya. Cawan dan bekas berus di bawa masuk ke bilik air. “Kenapa?”

Kening kiri terangkat. Dia tanya kenapa? Apa minah ni tak takut ke? “I don’t think that we will sleep on the same bed. Lagipun, kita kena kahwin paksa tahu? Mana-mana cerita kena paksa kahwin ni sama je storyline nya.” Suaranya masih perlahan. Takut pulak kalau orang dalam rumah Aris ni telinga lintah.

Aris yang keluar dari bilik air tersengih mendengar rungutan Aspia. Dia mencapai canvas di atas katil dan di bawak ke sudut bilik. Aspia terpegun. Ah, baru perasan. Ada banyak kanvas kat sini. Whoaaa. Seniman. “Awak pelukis?”

Aris sengih. Perlahan dia mengangguk. “Yup. Bebas. Kerja dengan abang Akil, the designer. Kira dia punya syarikat beli saya punya drawing.”

“Oh.” Aspia dah angkat kaki dan bersila di atas katil empuk Aris. Boleh tahan besar jugak bilik dia ni. “So, how much you earn?”

“Depends.” Aris menyusun karya-karyanya elok-elok. “Not much. Around 3 digits? Start with 5?”

“Oh.” Aspia dah terlentang. “You know what, I’m so tired. Tak sangka shake hand dengan tok kadi tadi lebih sakit lagi dari kena rotan dengan pengetua.”

Aris ketawa. Saja nak hilangkan rasa debar.“That bad?”

Pengetua? Sekolah? Aspia bingkas bangun dan duduk bersila kembali. “Wait. That is your school?”

“Mana? Ni?” Aris menunjuk satu kanvas dengan bangunan sekolah gah di atasnya. “Masa saya form 3 dulu, join satu contest kelab seni. Tak dapat nombor pun.”

Aspia merenung gambar sekolah Aris yang jugak sekolahnya. Dia masih ingat tempat dia selalu lepak – rooftop. Rooftop yang mengadap tepat ke tingkap kelas Aris. Dan, Aris yang duduk di tepi tingkap. Aris… Nurul Harissah binti Muhamad Amir, yang dah sah jadi wife dia lepas sekali lafaz. Dia dapat rasa hidupnya agak nonsense. Macam tak dapat diterima logic akal. Aris, bekas crush senyap-senyap dia waktu sekolah menengah dulu boleh jadi bini dia. Aspia tersengih tanpa sedar.

“So, malam ni awak nak tidur ke?” Aris menyoal teragak-agak. Kalau Syamir Aspia bin Hasan Abdullah tidur, dia dengan hormatnya takkan tidur dan stay up untuk siapkan drawing (supaya tak tidur).

“Kenapa?” Aspia menghulur balik kanvas. Soalan yang agak aneh. “Awak nak tidur ke? If that so, I can sneak out from here and sleep in the living room?”

“That was not a good idea. Silap hari bulan umi saya akan tendang saya keluar dari rumah ni.”

Aspia diam kejap. “Okay. Kalau macam tu, lets play a game.”

“What game?”

Aspia bangun dari duduknya. Kemudian, dia bersila di atas lantai dan bersandar di hujung katil. Dia memandang Aris yang masih berdiri. “Come on, duduklah. Its an easy game. No sweat. No reward.”

Perlahan Aris melangkah dan duduk di sebelah Aspia dengan jarak tiga jengkal. Tak rapat sangat, tak jauh sangat.

Aspia tersenyum. “Jangan risau. Saya tak makan awak.”

Aris paksa sengih. Tadi bukan main cool, sekarang Syamir Aspia bin Hasan Abdullah nak main game dengan kau dah gelabah.

“I call this game as, ‘Tell me about you’.”

“What?”

“Kita cuma duduk, relax and talk about each other. Yeah, I admit it, I’m not good in finding a nice name. Tapi rasanya awak fahamkan? Jadi, kita tak payah risau sapa yang akan tidur atas lantai atau tidur atas katil. Kita cuma bersembang je malam ni.”

Aris dah hela nafas lega. “Deal.”

“Who will start first?”

“Syamir Aspia bin Hasan Abdullah.”

Aspia tergelak. Pandai bergurau la minah ni. “Baiklah, Mrs Syamir Aspia bin Hasan Abdullah.”

Aris terkedu lima saat. Mrs? My… Aku dah jadi Puan pada umur 25 tahun. Tak pernah terfikir pun. Aris ketawa. “Okay, start.”

I’m glad I put a smile on your face. Aspia mengangguk. “Nama saya Syamir Aspia bin Hasan Abdullah. Saya berumur 28 tahun which is older than you, madame. Saya baru menukar status saya dari seorang lelaki bujang yang handsome kepada seorang suami yang kacak lagi bergaya.”

Aris dah pecah tawa. “Jangan skema la.”

“Your turn.”

“Sekejapnya!”

“No rule.”

“Alright. Nama saya Nurul Harissah binti Muhamad Amir. Saya berumur 25 tahun. Dan baru bernikah pada pukul 2 petang tadi dan bakal bersanding besok pagi.” Aris berdehem sekejap. “Awak bekerja sebagai apa?”

Aspia tersengih. Okay, a good starter I guess. “I was in a band and become a punk for my entire life.”

Sengih Aris mati. Berdegup.

“I’m an architect in dad office. But, I don’t think all my officemates like me. I love punching people and… I’m really a bad guy.” Entah kenapa Aspia rasa suaranya semakin syahdu. Hela dilepas. “Saya tahu kenapa marriage ni jadi. Sebab, mama dan ayah nak saya jadi orang yang ‘manusia’. Do you get me? Diaorang tak nak tengok saya jadi budak samseng jalanan yang tak habis-habis conteng arang ke muka orang tua. Rasanya, muka mama dan ayah dah takda tempat nak saya conteng lagi.”

Aris pandang muka Aspia. Keruh. Sedih. Macam orang takda harapan nak hidup.

“Macam mana mama saya boleh cari awak sebagai calon menantu dia pun saya tak tahu. Alih-alih dia paksa saya kahwin. Dengan orang yang saya tak pernah jumpa…” …lepas habis sekolah menengah. Aspia menyambung dalam hati. “I’m sorry.”

“For what?” Aris yang berpeluk lutut tu berkerut. Punya lah syok dengar mat ni bercerita sampai nak terlelap.

“Sebab heret awak dalam hidup saya.”

Aris ketawa. “Naaa. Its okay, dude.” Bahu Aspia ditumbuk dengan buku lima kiri. Tak kuat. Tapi tu yang dia selalu buat dekat Akil kalau Akil tengah sedih. Cara nak bagi semangat.

Aspia tersengih. “Cool.”

“Jadi, awak nak heret saya ke mana?” Aris mengusik. Rasa dah selesa.

“Ke dalam hati saya.”

Terkedu.

No comments:

Post a Comment