Bab 7
Aspia tak senang duduk dari kelmarin.
“Boy…friend?
“Yup.”
“You have boyfriend?”
Aris mengangguk.
“Kenapa tak pernah bagitau awak ada boyfriend?”
“Tak tanya pun masa game kita malam tu.” Selamba muka Aris
menjawab.
“You contact him even we’re married?” Masa ni dia dapat
rasakan betapa sakitnya hati. Rasa macam… dia dah rampas seluruh hidup Aris
dari tangan lelaki yang Aspia tak tahu sapa tapi pasti akan menggembirakan
sepanjang hayat Aris.
“Yup.”
“Hmm.” Bahunya dah terjatuh. “Bila?”
“Lusa.”
“Alright.”
“Thanks.”
Besok. Hari dia akan berjumpa dengan lelaki yang pernah
menggembirakan hidup Aris sebelum dia datang. Terperanjat. Dia memang terperanjat.
“Bro, lebih baik kau
mengaku perasaan kau tu. Jangan nak ego sangat.” Suara Daus kedengaran.
“Kalau tak, dia akan
fikir kau tak hargai kewujudan dia dalam hidup kau,” Suara Oman. “Walaupun
dialah perempuan yang dah ubah perjalanan hidup kau tiga ratus enam puluh
darjah.”
Perlahan Sharpie merah dicapai. Dari kelmarin lagi, dia tak
menegur langsung Aris. Takut, kalau-kalau ayat yang keluar nanti berupa makian.
Kalau Aris bertanya pun, dia cuma mengangguk, menggeleng atau ayat yang kerap
keluar, “Saya busy.”
Beberapa keping kertas A4 putih dibawa. Pintu biliknya
dibuka. Bilik Aris yang berada di hadapan biliknya dipandang. Pintu bilik
tertutup rapat. Ada cahaya terlihat di bawah pintu.
Great! Dia ada dalam bilik. So, lets do this.
Beberapa lipatan kertas dalam poket seluar tidurnya dibuka
sebelum dia melangkah beberapa tapak ke hadapan.
Lipatan pertama: Dear Mr Syamir Aspia bin Hasan Abdullah.
Kenapa dengan awak?
Lipatan kedua: Awak bukak la pintu. Lets talk?
Lipatan ketiga: Awak? [Aris sempat lukis dua orang kartun
yang comel; seorang perempuan melutut sambil hulur bunga ros yang besar dengan
seorang lelaki bermuka sedih.]
Lipatan keempat: Did I do something hurt you? If yes, I’m so
sorry for that. What is it?
Hati saya, Nurul Harissah binti Muhamad Amir.
Aspia bersila depan pintu. Awak dah buat saya jadi seorang
lelaki yang ada perasaan sekarang ni. Penutup Sharpie ditarik menggunakan
mulut. Kertas A4 pertama dah terlakar dengan perkataan. Aspia tersengih membaca
ayatnya sendiri. Skema.
Puan Nurul Harissah
binti Muhamad Amir yang disayangi, saya minta ampun sebab saya sepatutnya bagi
tahu awak lebih awal lagi bahawasanya awak la perempuan yang saya cerita tu.
Saya tak jujur dengan awak dan awak pun. So the game is fair and square.
Kertas itu disorong ke dalam bilik Aris melalui bawah pintu.
Aris perasan ke tak, dia tak ambil kisah dulu.
Kertas kedua diambil.
Saya nak awak tahu,
dalam ramai-ramai penghuni bumi yang hidup sekarang ni…
Kertas itu disorong lagi.
Lima belas saat menunggu. Aspia berdiri. Penutup Sharpie
diletak balik. Takda balasan? Dia dah tidur sebab tak sabar nak jumpa boyfriend
dia besok ke?
Hela dilepas.
Aspia tak berganjak. Ketuk pintu, right.
Baru nak ketuk, tersembul muka tak beriak Aris.
“Cuma awak seorang yang saya cintai.” Terluncur ayat tu dari
bibir Aspia. Sambungan ayat kertas kedua tadi. Turun naik dada Aspia. Perlahan
kepalanya digeleng. Jangan menangis, Aspia. Perkahwinan kau takkan hancur
besok. “Selama sebelas tahun yang lepas, saya cuma cintakan awak seorang.”
Aris masih merenung tepat ke mata Aspia. Mata yang dah
bergenang dengan air mata. Aris masih kekal dengan muka tak beriak.
“Saya tahu saya nampak pelik sekarang ni. Saya sendiri tak
tahu apa yang dah berlaku dekat saya.” Aspia meramas rambutnya. Macam… takda
harapan. “Tapi, saya cuma nak awak tahu saya sangat-sangat sayangkan awak.”
Diam.
Fine. “Kalau awak tak boleh terima…”
Satu kanvas terpampang. Aspia sempat melihat kuku dan
jari-jari Aris yang dah terkena pelbagai warna air. Matanya bergerak pantas
meneliti lukisan yang dilukis Aris.
“Awak tahu? Rasanya saya takda cerita dengan awak pasal ni.”
“Hafiz yang cerita.”
“Spoil.” Aspia tersengih. Perlahan dia mengelap matanya yang
bertakung dengan air tadi.
“Nah.”
Aspia menyambut perlahan. Masih basah.
“Saya cintakan awak jugak.”
Aspia angkat muka. “Sejak bila?”
“Sejak saya nampak air mata pertama awak.”
Aspia tepuk dahi. Crap.
“Sejak kita main game ala Jeopardy on our first night,” Aris bersandar pada
dinding. “The craziest wacko first night of this century, I guess.”
“Tengok la inventor dia.” Aspia dah tersenyum lebar. “Jadi
jumpa dia besok?”
Aris mengangguk. “Saya nak kenalkan husband saya je. Awak
jealous lebih-lebih kenapa? He’s my ex-boyfriend. Not still my boyfriend.”
“Sebab, saya sayangkan awak~” Aspia bersuara perlahan dengan
bernada.
Aris tersengih. “Saya pun.”
Lukisan yang masih basah tu dipandang lagi. Lukisan yang
baru siap bila kertas pertama dari Aspia menyelinap masuk. Lepas berfikir
panjang, terus dia mencapai kanvas yang masih basah dan membuka pintu. Ayat
kertas kedua tergantung.
“Ingatkan nak pujuk awak pagi besok.”
Aspia ketawa. Finally…
Lukisan Aris berlatarkan dalam sebuah kelas. Dengan beberapa
pelajar yang tekun membaca. Seorang pelajar perempuan yang memandang ke luar
tingkap, tepat ke arah rooftop. Dan di atas rooftop yang menghadap tingkap tu,
berdirinya seorang pelajar lelaki yang berambut perang panjang cecah bahu
tersenyum melihatnya.
Dan tulisan Aris pada kawasan yang sengaja tak diwarna;
Even after all this
time,
The sun never says to the earth, “You owe me.”
The sun never says to the earth, “You owe me.”
Look what happens
with a love like that,
It lights the whole sky.
It lights the whole sky.
– [Hafiz, Persian Poet of the 1300]
Sorry for the mistakes,
Thankyou. J [23122012;0245] – Alter ego I dah tader talent buat cerpen. T____T
Thankyou. J [23122012;0245] – Alter ego I dah tader talent buat cerpen. T____T
best..... keep it up ^^
ReplyDelete