Sunday 16 December 2012

Kawan 1

Suara Cikgu Farizal sekadar background music yang masuk dalam telinga Yun. Baru lima belas minit tapi mata Yun dah dua tiga kali terlelap. Dipandangnya Seful di tepi tingkap. Baik punya kawan! Dah buat kilang tahi mata!

"Sefulll" Yun memanggil dengan suara yang agak perlahan sambil membaling gumpalan kertas kecil. Takda tanda Seful akan bangun dari tidur dia.

"Sefulll" sekali lagi Yun memanggil. Kali ini gumpalan kertas yang agak besar dibaling ke arah Seful.

"Yes! Kena!" Yun menggenggam buku lima dengan kemas dan menolak daya ke bawah tanda kejayaan sebab dapat bangunkan kawan baik dia Seful.

Seful rasa kepalanya macam dipijak sesuatu. Dia bingkas menegakkan kepalanya. Dilihatnya Cikgu Farizal tengah menulis sesuatu mengenai neurones. Afferent, efferent dan motor neurone? Apa semua ni? Dia masih mamai tapi dia sempat mendengar namanya dipanggil.

"Sefullll pandang sinilahhhh!" Suara Yun yang halus kedengaran. Seful berpaling ke arah Yun. Comel! Seful bermonolog sendiri.

Seful hanya senyum dan mengangkat keningnya,  menghantar isyarat 'kenapa?' kepada Yun.

Seful, you look ... Stop it Yun. Yun tak peduli dengan hati dia. Yun segera menghalakan jari telunjuknya ke pintu belakang kelas. Memberi isyarat kepada Seful bahawa dia nak keluar dari kelas Cikgu Farizal. Seful hanya mengangguk. Tanda faham.

Mereka pergi library. Lebih tepat lagi menyembunyikan diri di library. Bukan nak tunjuk diri tu pandai tapi kalau dah cikgu yang mengajar buat mereka tidur, lebih baik mereka keluar dari kelas dan belajar sendiri.

Seful dan Yun memang kawan baik. Tapi sejarahnya bukan bermula dari tadika. Bukan bermula sebagai jiran. They are strangers yang kebetulan satu sekolah. Yang kebetulan, Seful jadi the chosen one kena buli oleh Yun. Yang kebetulan . . . .


Imbas kembali tahun 2011,

Seful tengah buat 'rondaan'. Rondaan dalam erti kata lain tengah berfoya-foya lepas keluar dari kelas Cik Maya.Terlepas pandang dekat seorang budak perempuan yang tengah duduk dekat bangku. Dahinya berkerut.Duduk pun boleh berkerut ke dahi? Tak pernah nampak pun dia ni? Macam kenal tapi dekat mana? Sedar tak sedar, dia dah berdiri depan budak perempuan tu sekarang.

"Yun?" Seful mendebak. "Kau Yun kan?" Budak Aspuri D5 yang buat aku muntah hijau semalaman. Kau lah kan? Yang aku letak ubat julap dalam minuman kau sebab nak balas pasal incident Kucai. Hahah. Seful rasa tekak dia gatal nak sambung ayat dia tapi buat anak dara orang mengamuk macam tak awesome rasanya. Tapi, good idea what?

Mata Yun bulat membesar. Siapa mamat ni? Sesuka hati tegur anak dara orang. Aku pernah kenal dia ke? Ah, lupa!

"Kau siapa?" Yun bertanya tanpa jawab pertanyaan budak lelaki yang agak resembles dengan budak nerdish dekat sekolah lama dia. Bezanya, mamat depan dia ni is a good looking guy. Hati baik ke tidak, tak tahulah.

"Seful. Budak Aspura D7. Kau tak ingat dah?"

"Oh, mat kucai!"

"Ceh, nama itu yang kau ingat? Kau baru pindah sini ke?"

"Nak buat macam mana. Insiden kucai tak siapa boleh lupa. Budak lelaki muntah macam perempuan mengandung kena morning sickness. A'ah, baru pindah hari ni. Sorry bro, aku dah tak cam muka kau. Nampak ... nevermind."

"Nampak apa? Very handsome, awesome and smart looking guy kan? Aku tahu. Hahaha." Ujar Seful. Aku pun hampir tak kenal kau, Yun. You are looking good for this past few years. Makin lawa. Nampak matang.

"Ah, perasan sungguh! Dah, jadi guider aku sekarang. Hantar aku pergi kelas 5 Remora."

"No worries. Aku budak 5 Remora. Jom!"

"What? Kau classmate aku? Great!"

Di situ permulaannya. Titik tolak di mana perkara lampau dijadikan bahan ketawa. Bak kata orang kulit putih - they learn to forgive and forget. Dan satu perasaan mula singgah di hati mereka.


Kantin, 1.30 p.m.

Dia memang tengah lapar. Memang dah berniat nak membeli. Memang dah plan nak beli sandwich tuna mak cik kantin. Tapi bila tengok dua orang manusia depan dia ni khusyuk sangat buat latihan yang apa entah cikgu bagi, selera dia mati.

"Yun, Lii. Korang kenyang makan latihan tu?" Seful yang perhatikan mereka dari tadi mula bersuara. Nada yang cukup sarkastik ditelinga Yun.

"Amboi mulut kau. Tajam. Berdarah telinga aku." Ujar Lii.

"Kau kalau tak suka, boleh berambus." Straight. Yun selamba bomba kutuk Seful.

Uihh pedihnya. Lii dapat rasakan suasana dekat kantin ni bakal panas.

"Aku tegur sikit pun nak suruh aku berambus? Apa punya kawan."

"Dah tu nak buat apa?"

"Makanlah."

"Aku nak sambung kerja ni hah. Sikit lagi."

"See? Orang belajar juga tapi taklah sampai tahap sanggup skip makan. Woi, makanan kantin kita sedap. Tak nak rasa?"

"You please. Stay away from me!"

Takpa, Yun. Sooner or later, I will. Seful bermonolog sendiri. Tak terluah rasanya. "Ok lah. Balik nanti jumpa tempat biasa. Bye." Dia terus berdiri dan berlalu.

"Eh, eh! Kau nak pergi mana?" Lii pula bersuara. Tapi tak sempat. Seful dah berlalu. Antara dia dengar tapi buat-buat tak dengar atau memang tak dengar. Entahlah.

"Yun, dia kenapa?"

"Merajuklah tu. Menyampah aku."

"Merajuk? I thought dia marah. Kenapa nak merajuk pulak?"

"Lantak dialah nak merajuk."

"Kau ni pun satu. Melampau sangat suruh dia berambus."

"Dia lagi melampau buat aku terganggu."

"At least dia ganggu dengan niat baik. Nak suruh kau makan. Kau tak rasa bertuah dapat kawan macam tu?" Lii cuba menyedarkan kesalahan Yun.

Yun diam. Di berfikir sejenak. Jadi, semua ni salah dia?

"Kau patut tengok air muka dia berubah masa kau suruh dia jauhkan diri dari kau." Ujar Lii lagi.

"Dan kau patut tahu, dia kecewa dengan sikap kau tadi. Dia kecewa Yun. Kecewa yang teramat." Tiba-tiba suara garau milik Kim kedengaran. Yun dapat rasa dia kena main dek hantu dua orang ni.

"Lii. Kim. Korang sajakan! Nak cetuskan scene melankolik dekat sini!" Bencinya. Kawan dia semua sengal.

No comments:

Post a Comment