Bab 3
“Dah jumpa bakal husband kau ke?” Erna menyoal. Muka cemberut
Aris dipandang. Kelakar betul bila kawannya yang langsung tak layan lelaki ni
tetiba kena kahwin paksa. “Weh, muka tu taruk senyum lah.”
“Dah.” Sepatah Aris menjawab. Berus saiz 9 itu dicelup dalam
gelas kertas yang berisi air.
“Cool. So, tell me.”
“Teruk.”
“Tak handsome?” Erna dah terkejut. Tangannya yang tengah
menyapu warna pada lukisan terhenti. “Biar betul?”
Aris diam. Syamir Aspia bin Hasan Abdullah tu… kalau dia
buang segala accessories yang bergantungan dekat tubuh dia tu mungkin dia
sangat handsome. Dahi diurut perlahan.
“Hello? Anybody still alive here?” Erna merenung muka banyak
masalah di hadapannya.
Aris berdehem kejap. “Dia suku sakat gangster.”
Erna mengangguk. “Okay.”
“He came with his torn jean, skeletal faces on his shirt,
necklace and bracelets with rings on his fingers. Really surprising me, he has
scars on his limb when he took off his jacket. He has long hair. A blonde hair.
Double scary.” Aris dah mengeluh. Sungguh menakutkan. Tambah lagi mata Syamir
Aspia bin Hasan Abdullah tu merenung tajam ke arahnya. Panda eyes. Banyak luka
dekat tangan tu mengesahkan lagi first impression Aris; Syamir Aspia bin Hasan
Abdullah seorang samseng jalanan.
“Scary squared.” Erna mengangguk. “Jadi, do you guys talk?”
Aris menggeleng. “Tak berani. Aku berkepit dengan mak aku je
time tu. Scary cubed!”
Erna gelak. “Weh, hari tu kau jugak cakap nak ugut mamat
tu.”
“Yeah.” Aris menarik nafas. “Not after I met him.”
“Umi kau cakap apa? Abah kau? Abang kau?”
“Diaorang… buat bodoh je.” Aris dah mencapai berus. “Dah la,
takda mood.”
Tangannya terus menyapu warna hijau pada kanvas di
hadapannya. Tranquil. Muka mamat tu masih melekat dekat fikiran. Betul la.
Kalau kita takut dekat seseorang tu sampai sekarang kita akan ingat. Dan
senyuman mamat tu… serius gerun. Gigi kemas teratur dan tajam. Kalau ikut
contest cosplay jadi drakula ni confirm juara la.
“Aris…” Erna di hadapannya memanggil.
“Apa?”
“Apa kau nak buat lepas ni?”
Berus yang dari tadi ligat menyapu warna latar hijau tu
terhenti. Apa aku nak buat lepas ni?
“Entah.”
***
Nurul Harissah binti Muhamad Amir…
Sebaris nama tu lekat dalam kepala otaknya. Sempat dia
memandang wajah-wajah member yang tengah bertumbuk dan berterajang tu. Tangan
kejap memegang kayu pemukul. Ready. Kepala mangkuk ni… “Nahhhh!”
“Ambik kau! Bro, kau tak payah nak cari pasal sangat dengan
geng kitaorang.” Aspia dah meludah muka musuhnya yang dah terbaring. Kaki kiri
memijak perut lelaki malang tu. “Lagi satu, walau kau bawak satu lori geng kau
pun, kami takkan kalah!”
“Unbeatable!” Jerit Oman dengan dahi dah mengalir darah
pekat.
“Unbeatable!” Jerit yang lain. Senjata dibawak menghala ke
langit.
“Geng, balik!” Aspia dah bagi arahan. Sungguh, lepas dia
berjumpa dengan Nur Harissah binti Muhamad Amir tempoh hari, dia dah tak
tenang. Serabut.
“Bro, what’s up?” Oman dah mengelap dahinya. Sebelah tangan
cuba membuka penutup tin minuman Mountain Dew. “Apa cerita hari tu?”
Aspia memejam mata. Kaki dah berlunjur atas meja di tengah
studio. Tubuh dah bersandar atas sofa empuk. “Takda cerita.”
“Kau ada jumpa wife kau tu?” Daus menyoal. Tangannya ligat
membalut lengan dengan bandage bersih. “Sorry, I mean bakal wife kau.” Daus
tersengih bila dia lihat muka Aspia berubah.
“Nanti,” Aspia dah bangun dari duduknya. Jam dah pukul 2
pagi. Rasa nak balik sebab penat sangat. “Aku bawak korang jumpa dia.”
“Hah?” Sorang-sorang buat muka berkerut. “Bila?”
“Nanti la.” Aspia tersengih. “Korang sendiri tengok muka dia
macam mana.”
“Kenapa?” Alex dah menyoal.
“Nanti la korang tengok.” Aspia dah mencuit bahu Hafiz.
“Balik jom. Sapa jaga studio malam ni?”
“Alex, Daus dengan Oman.” Hafiz dah mencapai kunci kereta.
“Yan, jom.”
“Okay, kau bertiga. Bebaik jaga studio ni.” Aspia dah
melangkah keluar. “Ciao.”
Takut perbuatan khianat musuh mereka, jadi mereka perlu
bergilir-gilir menjaga studio yang dah bertahun tempat mereka jamming. Dari
lower secondary lagi, sampai la masuk alam bekerja. Yan dengan Hafiz yang
bersaudara rapat menghantarnya pulang malam ni. Dan, Aspia terpaksa memanjat
pagar rumahnya yang agak tinggi tu. Lepas dah halangan pertama, dia terpaksa
memanjat ke bilik tidurnya di tingkat satu melalui tangga yang dia dah taruk
siap-siap menuju ke tingkap. Kalau nak masuk guna pintu utama sama maksud
dengan selamat datang ke leteran mama yang berpanjangan. Baik, jangan.
***
“Hello?” Suara garau Aspia kedengaran. “Ni, Nurul Harissah
binti Muhamad Amir ke?”
Aris dah berkerut. Skrin handphone dipandang sebelum dilekap
balik ke gegendang telinga. Sempat matanya memandang jam dinding di bilik.
Pukul 2.45 pagi? Ejen insuran mana pulak yang skema maut awal-awal pagi Jumaat
ni? “Talking.”
“Oh.” Aspia dah menggaru kepalanya. Dia mengatur sandarnya
pada bantal. Kakinya yang berlunjur dipandang. Haih, apa yang kau buat ni Aspia?
Awal pagi dah telefon anak dara orang. Tak boleh tunggu matahari terbit ke
dulu? “Err. Am I disturbing?”
“Not really.” Aris dah duduk bersila di atas kerusi. Berus
yang dipegangnya tadi diletak atas meja. “Sapa ni?”
“Aaa. Aspia.” Aspia menjawab. Seriously, tak mengganggu ke
pepagi buta ni? Whoaaa. Ketulan ais yang dibungkus dengan tuala diletak di
bibir. Auuu. Sakitnya. “Syamir Aspia bin…”
“… Hasan Abdullah.” Aris dah memotong.
“Yeah.” Aspia tersengih. Impressive. Ingat aku sorang yang
hafal nama bapak dia, dia pun sama.
“So, what’s up?”
Aspia diam kejap. Atur ayat elok-elok Aspia. “Can we met?”
“Okay.” Aris mengangguk perlahan. Jantung dah rasa nak
bergolek atas lantai. Samseng buat phone call dengan dia awal-awal pagi.
Mengigau apa? “Set place, time.”
“Besok. I mean, Saturday. Okay?”
“Not a big deal.” Aris dah menulis atas memo. Jumpa samseng
besok; Sabtu. “Venue, please?”
“Starbucks? At 2?”
“Deal. See ya!” Aris terus mematikan talian. Rasa nak
menjerit. Tingkap bilik yang separuh terbuka tu dipandang. Eh? Lupa tutup!
Cepat-cepat dia menutup. Sempat jugak dia memandang kawasan rumahnya. Mana la
tahu Syamir Aspia bin Hasan Abdullah tu main hendap dia ke, nak pecah masuk
rumah dia ke. Penjenayah tu bukan boleh percaya.
Haih. Aris. Berapa banyak dah kau kasi gelaran dekat mamat
tu. Baik kau siapkan karya kau ni. Besok nak kena hantar.
No comments:
Post a Comment