Post-it-note kuning
yang terletak elok di tengah paper bag bertukar tempat di atas meja studi Ara.
Ara memandang sepi tulisan tangan milik Lutfie. Post-it-note yang ada bentuk
smiley di bucu bawah sebelah kiri. Post-it-note milik Achik. Memang a quick
note-lah. Hailaaa, Lutfie.
Ara, this is a quick note. Since, kau langsung tak nak jawab call aku and my text. I’ll be away for five to six years, so jaga diri. Tunggu aku ek? Nah, bagi hilang rajuk kau :)
Diari berkulit coklat
pekat dipandang sepi. Ara tak pernah berminat untuk tulis diari, apa lagi
blogging atau buat status atau tweet merapu.
Dan diari ni, dia dapat dari Lutfie, dua minggu lepas. Itu pun, Achik
yang serahkan.
Dan baru hari ni, dia
buka paper bag yang isi dalamnya ada diari, pen dan post-it-note ni. Helaian
pertama dibuka. Foto Ara dan Lutfie masa Zaki bertunang dulu. Ara hanya
tersenyum kelat. Rindu Lutfie.
Helaian kedua pula
dibelek. Tulisan tangan milik Lutfie dibaca.
Ara, sorry sebab
aku yang rasmikan dulu diari ni. Cuma ini yang aku dapat cari untuk kau. Aku
tahu, kau tak minat nak mengarang ni, kerja lecehkan? Tapi, kalau kau ingat
aku, nak cerita something. KAU SILA BERJANJI UNTUK MERAJINKAN TANGAN KAU
MENULIS! JANGAN DOK BANTAI ORANG!
Dan
kalau kau tertanya-tanya ‘kenapa diari?’, aku tak boleh jawab sekarang. Nanti,
bila kau dah habis baca page ni, kau selak page belakang sekali. Aku letak
jawapan aku asing-asing. Jangan lupa tau, baca page belakang sekali!
Ara,
again sorry. Aku tahu kau marah. Tapi, kalau tak nak aku pergi, straight to the
point boleh? Takyah sangat kau buat sesi-merajuk-dengan-Lutfie. Tak cool okay,
tak cool!
Ara senyum nipis. Lutfie, kalau aku cakap macam tu, kau takkan pergi ke? Kau tetap akan pergi kan? Kan?
Kalau kau tak suruh aku pergi, aku takkan pergi Ara.
Aku akan stay, tunggu kau. Kau tahukan kita kawan? Friends till death kan?
Berulang kali Ara
membaca sebaris ayat itu. Kalau kau tak
suruh aku pergi, aku takkan pergi Ara. Aku ni siapa Lutfie, untuk bagi kau
arahan supaya kau tak pergi. Aku bukan siapa-siapa. Setakat kawan kau. Kau siap
mentioned lagi kita ni kawan. Kawan tak buat perkara macam tu kan?
Ara, I end this bad
hand-writing with my super best signature. So, should I say I miss you and I
will miss you or even more? Gurau. Assalamualaikum J
P/S - Aku tak suka mood sedih-sedih dengan kau tahu?
Kau menangis malam tadi buat jantung aku tak selesa berdegup!
Ara gelak kecil membaca
ayat terakhir Lutfie. Seriously Lutfie? Macam mana jantung tu tak selesa
berdegup? Timing setiap degupan tu tak samakah? Atau, jantung tu berdegup dalam
keadaan menggigil? Lutfie. Lutfie. Rindu Lutfie, lagi.
Ara leka sebentar. Bila
dia kembali ke dunia nyata, dia membuka helaian seterusnya. Dia mengambil
keputusan untuk tak bersikap gelojoh padahal hatinya dari tadi meronta nak buka
the last page. Nanti, bila sampai masanya Ara pasti akan tahu apa yang
terkandung dihalaman terakhir. Dia mula membuka penutup pen yang dihadiahkan
oleh Lutfie dan menulis sesuatu.
##
“Acid, so how?” Suara
Lutfie jelas menandakan keresahan. Entah-entah muka dah berkerut 14. Acid
berimaginasi.
“So how, what?” Acid
bertanya semula.
“Ara-lah!” Acid. Kita
tanya dia, dia tanya kita balik. Memanglah, mental rosak lepas baca banyak
sangat buku medic agaknya.
“She’s doing fine. Okay
je aku tengok. Selamba bomba ja perangai. Tak macam kehilangan pun,” Acid
menjawab separuh jujur. Padahal dia tahu benar maksud sebenar soalan Lutfie,
yang dah berapa kali bertanyakan perihal yang sama sejak dua minggu lalu.
“Sengal kau Acid. Itu
jawapan sampingan. Aku nak tahu jawapan utama dia.”
“Jadi, tadi kau bagi
aku soalan subjektif-lah kan? Berapa isi aku kena bagi?” Acid masih galak
hendak menyakat Lutfie.
“Bangang!”
“Rileks ah. Tak buka
lagi rasanya. Sebab dia pun macam takda cakap apa-apa pun dekat aku,”
“Oh. Betul ke dia tak
rasa kehilangan?”
“Tu aku auta ja. Kau
takyah la call hari-hari. Nanti, kalau ada apa-apa aku bagitau kau lah.” Jeda.
“Hey, kau bersungguh-sungguh weh. Well done, kawan.”
“Well, kau patut ikut
jejak aku kalau nak pikat adik aku.”
“ya-da-ya-da,” Acid
melayangkan tangan ke udara. Macamlah Lutfie boleh nampak apa yang dia tengah
buat sekarang.
No comments:
Post a Comment