Irdina segera keluar
dari perut kereta pak cik-nya tanpa pamit. Dia pasti pak cik-nya bakal
mengekorinya dari belakang. Mesti abah dah pesan siap, suruh temankan sampai
check-in flight dia selesai.
Laju dia mengeluarkan
luggage bersaiz sederhana dari tempat duduk belakang. Dia mula menyusun langkah
menghala ke kaunter check-in MAS. Belum sempat dia sampai ke kaunter, matanya
terbeliak memandang skrin televisyen yang menunjukkan jadual penerbangan.
Penerbangan ke Kuala Lumpur dibatalkan! Apakah ini?
Dia masih memandang
skrin televisyen dengan muka berkerut. Beberapa orang mula menghampirinya. Nak tengok flight mereka pukul berapa
agaknya. Desis hatinya. Irdina sempat mendengar butir bicara seorang wanita
yang dalam lingkungan 40-an itu merungut kepada dua orang lagi temannya
berkaitan dengan flight-nya yang tertunda.
Irdina berjalan dengan
lemah longlai ke arah sebuah kerusi. Dia duduk sementara menunggu pak cik-nya
memarkir kereta. Dia duduk termangu sambil memandang orang lalu-lalang.
Sejenak, Note II-nya berbunyi, mengisyaratkan ada pesanan ringkas yang baru
masuk.
Irdina mengerling
sekilas. Tertera nama teman baiknya Hana.
From: Hana
To: Irdina
Irr, kau jangan lupa
bawa cookies dari Famous Amos ok? J
Laju tangannya mengambil
stylus dan menyusun kata membalas pesanan ringkas dari temannya.
From: Irdina
To: Hana
Babe, terkandas! L Tak baliklah jawabnya. Takyah aku beli cookies
famous amos kau tu. Bhahaha
Irdina mula leka dengan
Note II ditangan. Dia sempat memandang ke depan. Mana tahu pak cik-nya sedang
mencarinya di sini. Tapi tak susah untuk mengenali dia yang membelitkan
kepalanya dengan selendang berwarna merah jambu itu.
“Irr!”
Irdina mendongakkan
kepalanya. Seorang cabin crew yang kemas tersarung kot berwarna turquoise gelap
menghampirinya. Bala apakah ini?
Dia meneliti segenap
tubuh yang kini berada dihadapannya atas bawah. Tag di kot lelaki itu dipandang
sekilas. Ariff. Serasanya, dia tidak pernah mengenali lelaki ini. Bagaimana
lelaki ini dengan selamba memanggilnya seperti sudah lama kenal?
Nak tegur tak, nak
tegur tak. Irdina masih menimbang baik buruk menegur lelaki di hadapannya yang
masih tersenyum manis. Eh, manis ke senyum dia tu Irr?
“Hai.” Sapaan lelaki
itu, menghilangkan segala apa yang ada di mindanya saat itu. Irr hanya
tersenyum. Belum sempat dia membalas sapaan lelaki itu, suara Juniel
menyanyikan lagu Pretty Boy mencuri perhatiannya. Skrin Note II dipandang
sekilas dan dalam beberapa saat, Note II sudah melekap di telinga kirinya.
“Excuse me, for a
moment.” Irr sempat meminta izin dari lelaki dihadapannya untuk menjawab
panggilan.
“Haa, pesal?” Irr mula
duduk di kerusinya tadi. Buat seketika dia lupa dengan manusia bernama Ariff
dan pak cik-nya tadi.
“Aku tengah kering
sekarang ni hah, mana nak beli cookies famous amos kau tu. Ingat aku pergi sini
nak melancong ke apa?” Irr masih sibuk dengan taliannya. Sesekali dia mendongak
kepala, memandang si Ariff.
“Laa, flight aku
cancelled la babe. Aku tukar flight petang. Malam karang baru sampai. Tak
sempat ah, nak hantar dia pergi sana.” Si Ariff masih tegak berdiri. Dan masih
tersenyum manis. Dia tak penatkah berdiri dan tersenyum sepanjang masa?
“Weh, apa-apa nanti kau
text ja aku. Takyah call, semak dengar suara kau. Hahah. Bye.” Irr meletakkan
Note II miliknya ke dalam beg miliknya. Irr mendongak kepala dan memandang
Ariff dengan pandangan kosong.
“Tak nak duduk ke?”
jeda. “Tak penat berdiri dari tadi?”
“Eh, takpa. Dah biasa
berdiri ni hah.” Si Ariff menjawab selamba tapi dia tetap duduk selang dua
baris dari kerusi Irr. Mungkin, lebih selesa bercakap macam ni Teka Irdina
lagi.
“Ek?” Irdina kurang
percaya. Matanya mula melilau mencari pak cik-nya yang menghilang entah ke
mana. Kata nak parking kereta, ni macam nak buat kereta ja gayanya. Lama betul
nak masuk. Irdina mengambil semula Note II yang disimpannya tadi.
“I sebenarnya nak bagi
ni dekat you,” Ujar Ariff sambil menghulurkan sekeping kertas berwarna putih.
Irdina yang masih leka
dengan Note II-nya baru perasan pesanan ringkas dari pak ciknya.
From: Uncle Zali
To: Irdina
Uncle ada emergency
dekat office. Apa-apa hal nanti, call abah Irr.
“Tak perasan pulak text
ni tadi.” Irdina mengeluh berat. Jadi, dia kena hidup dekat airport ni untuk
berjam-jam lamanya? Ah, sudah! Bekulah dia dekat sini!
“Irdina Saffiya. Are
you listening to me?” Ariff mula perasan yang perempuan dihadapannya ini, tidak
memberikan perhatian dengan apa yang diperkatakannya tadi.
“Ah, ada apa? Sorry,
tak dengar tadi.”
“Ni, your boarding
pass. Terjatuh masa you tengah jalan tadi.” Sekali lagi, Ariff menghulurkan
boarding pass kepada Irdina. Kali ini, hulurannya bersambut.
“Thanks.” Irdina cuma
mampu tersengih. Macam mana pulak boleh terjatuh ni? Irr cuai! “Ah, dari tadi I
nak tanya. Bila I kenal you? Sorry, I ni mudah lupa kalau lama sangat dah tak
jumpa.”
Ariff menunjukkan riak
pelik. “Huh?” Apa yang perempuan ni nak cakap sebenarnya? “Maksud you?”
“Just now, you called
me Irr. Seems that we’ve known each other for a long time, I guess so.” Eh, mat
ni. Buat-buat lupa ke apa?
“Ohh, yang tu.
Actually, we just met. Yang I panggil you Irr pun sebab I nampak your name
dekat boarding pass tu hah.” Jujur Ariff menjawab.
“So, memang tak kenal
lah ni?” Irdina mencari kepastian dalam mata lelaki itu.
“Tak. I just met you,
today.”
Irdina menahan malu.
Ah, malunya! “I thought, I ada kenalan FA yang bajet muka handsome tadi.
Rupanya tak. Really sorry, my mistakes.”
“Oh takpa. I nak kena
gerak dulu. So, nice to meet you. Now, you dah ada kenalan FA yang bajet muka
handsome tu.” Ariff sempat mengenyitkan mata sebelum berlalu.
Irdina hanya tersenyum.
Eww, perasan! Tapi muka dia boleh tahan apa? Ma, akak dah jumpa dia! Walaupun
bukan pilot, FA pun jadilah! Janji kerja atas kapal terbang. Ah, perasannya kau
Irdina!
##
Lega. Akhirnya, dia
dapat balik rumah keluarganya malam ini. Walaupun sampai akhir, janji dapat
balik rumah sendiri. Ini bukan soal homesick atau rindu bilik dia. Ini soal
keselesaan dan kebebasan di rumah sendiri.
Dia memasuki perut
kapal terbang dengan disambut oleh seorang pramugari yang tersenyum manis
mengucapkan selamat datang. Irdina hanya membalas senyuman pramugari tersebut
dan mula mencari tempat duduknya.
Kelihatan seorang
pramugara berdiri di salah sebuah kerusi di situ. Dia seperti mengenali lelaki
itu tetapi dia tidak mengendahkannya. Pencarian tempat duduknya lebih penting.
Sudah la dia agak sukar untuk melihat nombor tempat duduk.
Irdina semakin
menghampiri pramugara tersebut dan sekarang, betul-betul berdiri di hadapan
pramugara tersebut. Nak cakap macam mana ni hah? Tag nama lelaki itu,
membuatkan Irdina pasti yang ini Ariff yang dia kenal pagi tadi. Tahi lalat di
pipi kiri lelaki itu juga membuktikan yang dia kenal lelaki di hadapannya ini.
“Berapa nombor tempat
duduk cik?” Ariff tersenyum manis. Walaupun dia kenal gadis dihadapannya ini,
dia harus berlagak formal kerana ini waktu kerjanya.
Irdina yang terpinga
seketika menjawab dengan selamba. “Haaa, sinilah! Can I?”
“Oh. Maaf.” Ariff
keluar dari ruang tempat duduk milik Irdina. Irdina pula mula mengatur langkah
untuk meletakkan luggage di bahagian bawah tempat duduk penumpang. Baru sahaja
dia ingin meletakkannya, pergerakannya dihalang oleh Ariff.
“Cik, beg tu boleh
letak dekat atas ni.”
“Eh, muat ke?” Irdina
mula berfikir. Begnya nampak sahaja kecil tapi barang dalam beg tu memang boleh
tahan la kalau nak angkat seorang. Lagi-lagi nak angkat letak atas ruang tu
hah. Mana dia mampu.
“InshaAllah muat.”
Ariff mula mengangkat beg milik Irdina. Irdina hanya menjadi pemerhati.
“Kita, angkat sama-sama
ya?” Ujar Ariff lagi.
“Ah, ya! Okay.” Irdina
menolong Ariff mengangkat satu-satunya begnya itu. Kan dah kata, tak mampu
kalau cuma seorang yang mengangkatnya!
“Terima kasih.” Ujar
Irdina kepada Ariff sebelum dia duduk di tempatnya. Ariff hanya tersenyum
sebelum ke belakang untuk menolong penumpang lain.
Kapal terbang telah
berlepas. Sementara menunggu minuman sampai, Irdina cuma membaca buku yang baru
dibelinya di kedai buku di airport siang tadi. Walaupun harga boleh tahan,
kalau dah bosan tak buat apa dekat airport tu, dia grab dan beli sahaja buku
yang berkenan di hati.
Dia terfikir soal tadi.
Kalau lah tadi bukan masa untuk bercakap dengan formal dan dia tidak tersentak
dengan pertanyaan Ariff, mesti dia dah keluar lirik lagu Call Me Maybe yang
telah ditukar sedikit.
“Ariff. Hey, I just met you. And this is crazy. But
here’s my seat number. So, can I sit please?”
Irdina tersengih
sendiri bila terkenang soal tadi. Kenapa dia rasa benda yang Ariff buat tu
macam sweet walaupun dia tahu, itu memang tugas Ariff? Masih terngiang-ngiang suara Ariff memintanya
mengangkat beg itu.
“Kita angkat sama-sama ya?”
Gila! Irdina, kau dah
kenapa? Serasa dirinya hanya ingin tersenyum sahaja sepanjang penerbangan ini.
Irdina melihat kelibat
Ariff berjalan ke hadapan untuk mengagihkan minuman. Irdina leka sebentar
melihat permandangan dari tingkapnya. Kelam sahaja. Kelam malam, memang begitu mungkin.
Hati Irdina berkata sendiri.
“Excuse me. Miss?”
Pramugari tadi menegurnya dan menghulurkan sekotak air milo.
“Oh, thanks.” Sambut
Irdina sambil tersenyum. Dia cuma menyimpan air milo itu di dalam begnya.
Tekaknya tidak ada rasa haus, cuma terasa dingin membaluti tubuhnya kini. Mana
taknya, dari pagi tadi hingga ke petang dalam kawasan airport. Walaupun dia
cuba berjalan dan mengambil angin di luar, kesejukan tetap tidak berkurang. Dia
pula bukan manusia yang boleh tahan sejuk lama-lama. Dia cuma fikirkan tandas
buat masa sekarang.
Dia menyambung semula
pembacaannya yang terhenti tadi. Belum sempat dia selesai membaca satu muka
surat, kedengaran lagi suara orang memanggilnya. Tapi kali ini, suara lelaki.
Irdina sudah dapat mengagak pemilik suara itu. Suara versi pencair hati wanita!
“Any drinks please?”
Tanya Ariff sambil tersenyum.
“Thanks. I already have
one in this.” Irdina meletakkan jari telunjuknya pada beg.
“Oh, you already have
it! Sorry for disturbing.” Ariff senyum lagi seraya berlalu ke belakang. Wahai
Ariff, kenapa kau senyum macam tu?
Dan kenapa dia rasa
perbuatan Ariff itu memberi kesan yang mendalam di dalam hatinya? Dia kurang
pasti perbuatan yang mana satu. Adakah sikap Ariff yang mengambil berat soal
minuman itu atau sikap Ariff yang asyik tersenyum semanis gula terhadapnya? Irr, itu memang kerja dialah. Bukan dia
caring pasal kau atau dia suka kau.
Irdina, kau perasan!
Parah dah ni. Penangan si Ariff ni, memang boleh buat perasaan dia tak menentu.
Jangan jatuh cinta dekat dia sudah! Jatuh suka takpa Irdina. He he he.
Penerbangan yang
mengambil masa kurang dari sejam itu akhirnya sampai di Lapangan Terbang Kuala
Lumpur. Alahai, dah nak kena tinggalkan pesawat ni dan kenangan dalam pesawat
ni.
Irdina membiarkan
penumpang lain keluar dahulu. Biarlah dia keluar agak lewat, bukan dia hendak
mengejar masa pun. Setelah penumpang mula surut, Irdina mengeluarkan begnya
dari ruangan atas. Dia mula mengatur langkah ke pintu yang terbuka. Dia dapat
melihat pramugari tadi tersenyum ke arahnya.
Dia menapak ke pintu
yang sedang terbuka. Di situ, dia terpandang Ariff yang mesra mengucapkan
terima kasih kepada penumpang yang turun dari pesawat.
“Selamat jalan. Terima
kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.” Ujar Ariff kepada Irdina yang
ingin keluar dari perut kapal terbang.
Irdina hanya mengangguk
sambil tersenyum. Dia tidak sempat berkata apa-apa. Tapi di dalam hatinya
menyatakan sesuatu.
Selamat jalan, Ariff. Jumpa lagi dalam penerbangan
yang lain.
Tanpa Irdina ketahui,
sepasang mata menghantar pemergiannya dari dalam kapal terbang sehingga
bayangan Irdina tenggelam memasuki bangunan.
Selamat jalan, Irdina Saffiya. Semoga berjumpa lagi.