Thursday, 9 May 2013

Perjalanan - BAB 14

“Hati-hati.” Ayat tipikal bila berlakunya perpisahan.

Ketiga-tiga kepala mengangguk.

“Jangan pandu laju sangat.” Haaa. Itu barulah nenek. Nasihat tak pernah luak keluar dari mulutnya. 

Tangan tua mereka disalam.

“Bye, nek, atok.” Suara Thud dah sama level dengan petir. Kuat.

“Iye. Bye. Assalamualaikum. Puasa nanti jangan tak datang.” Ujar si nenek.

“Waalaikumusalam.” Serentak menjawab salam. Thud dah berebut melambai. Aitch dah sibuk dengan seatbelt. Papa dah ready menggenggam stereng. Tiga hari je pun duduk kampung. Takda la bagi Aitch menderita sangat.

“Bismillahirrahmannirrahim.” Kereta dah meluncur keluar.

*

Aitch dah kembali ke personality lama. Earings, bracelet, necklace. Thud pun sama. Encik Kamel hanya menggeleng. Tahu sangat. Lali dah. Perangai mereka yang hipokrit depan atok dan nenek mereka ni. Teringin jugak dia nak suruh kedua orang tuanya itu datang secara mengejut ke rumah mereka. Tapi, cuak jugak. Risau kalau anaknya merajuk panjang atau dirinya akan dipersalahkan tak reti nak jaga anak.

“Hatchum!” Bersin Aitch mengundang tawa Thud. Tisu direntap dari kotak lalu disumbat ke nostril. Nafas basah ditarik perlahan.

“Flu?” Soal Thud sengaja. TV ditatap penuh minat.

Aitch menarik lagi nafasnya. “Kura-kura dalam perahu.”

Thud ketawa. “Asal flu ni? Missing Alice, huh?”

Tisu bertukar ganti. Tisu yang penuh kuman dicampak masuk ke bakul sampah kecil di tepi meja. “Dah jadi janda along lah.”

“Seriously, I don’t surprise.”

Aitch mengesat hidungnya. Ah, demam ni. Seksanya. Aitch meraba mukanya. Randomnly. Ni yang dia akan buat bila demam. Mengurut wajah pucatnya perlahan-lahan.

“Syukur. Besok masih cuti sem.” Ujarnya perlahan. Badannya dah berat. Penat barangkali. Matanya lagi lah. Rasa macam kena tarik sekampit beras. Perlahan dia baring di sofa.

“Sebut Alhamdulillah lah along.”

Aitch sentap. “Bila kita reti cakap melayu ni?”

Thud ketawa lagi. “Kita melayu lah, along.”

*

Lad duduk di depan Aitch dan Thud ternganga. Nak digelak, ni kawan lah. Dia menoleh sekeliling. Kedai makan ni memang ramai orang kan, takkan takda sorang pun ada rasa gelak dengan Aitch ni. “Bro, are you enjoying your flu?”

Hatchum!

Aitch dah rasa nak baling Lad guna kerusi. Kawan sakit dia boleh bantai gelak. Memang… Tisu ditekup di nostrils. Haila, bila nak pulih ni?

“Jangan gelak. You don’t know what karma can do.” Thud bersuara. Gaya sinis cukup menyayat hati.

Lad pecah ketawa. Tak tahan. “Sorry, bro. It burst. Can’t help.”

Aitch cuma diam. Matanya pedih. Kepala dah berat. Kalau tak sebab dia lapar, dia dah berkubang atas katil gamaknya.

“Lama dah tak jamming.” Ujar Thud sekali nafas.

Lad mengiyakan. “Lama.”

“Alter, Brad dengan K, hidup lagi ke?” Aitch bersuara garau campur sengau mengundang gelak ketawa Lad dan Thud. “Stop laughing.”

“Sorry.” Thud dah menyusun jari konon mintak ampun.

Lad yang pecah ketawa tak berhenti-henti dari tadi cuba bersuara, “Lama tak dengar khabar diaorang. Semua dah move dengan family.”

Aitch diam. Bercakap hanya mengundang kecelakaan yang amat. Perit tekaknya. Takkan demam teruk sangat kali ni?

Lad dan Thud diam memerhati Aitch. Kenapa Aitch ni moody? Tapi, tak lah seteruk dia mengamuk masa pakai braces dulu.

“Along, jangan moody lah.”

Aitch menoleh Thud sebelah. “No lah.”

Air milo panas diteguk perlahan. Cair segala mucous di nostril. Tisu ditekup lagi.

Lad jatuh simpati. Kesian pulak aku tengok si Aitch ni. “Aitch…”

Aitch angkat kening. Apa gaya panggil aku macam ni, Lad?

Lad berdehem kejap. “Mak aku selalu pesan dekat aku, kalau sakit, letak air putih (air suam) dan baca Yaasin. Minum. And healed serta merta. Insya-ALLAH.”

Aitch menambah lagi kerutan di dahi. “Macam mana?”

“Ambil air dan baca Surah Yaasin.” Lad mengulang balik.

Aitch mengangguk. Mengaku cepat Aitch. Tak payah nak berdusta. “Lad…”

“Hah.”

Thud diam memerhati. Ada sesuatu yang agak out of the league. Along reti ke…

“Aku tak reti mengaji.” Lurus Aitch menjawab. “Aku lupa langsung.”

Lad mengucap dalam hati. Tahu kejahilan Aitch. Tahu kejahilan Thud jugak. Lad mungkin nakal, tapi dia masih kenal ayat al-Quran. Masih sujud mengadap kiblat. Masih menadah tangan kepada ALLAH hari-hari.

“Belajarlah.” Pendek jawapan Lad.

Aitch diam kejap. Teringat sesuatu…

“Berubah lah.”

Same tune.

“Belajarlah.”

Suara tak sama. Tapi mencapai satu titik yang sama.

“Takda satu pun penyakit dalam dunia ni yang takda penawar. Except death. You can’t avoid death.” Ayat Lad bergema lagi. Lad hela nafas lega. Mereka masih sempat lagi. “Takda term ‘too late’, Aitch.”

Hatchum!

Tisu ditarik lagi. Pedih ke Aitch? Sentap?

“Takda term ‘too late’, Aitch.”

*

No comments:

Post a comment