Friday 7 September 2012

Perjalanan - BAB 1

Not a great love story, just a mere tale that akin with the reality, where an agony soul needs to be freedom – Perjalanan


Bab 1

Aitch tengah moody. Stomach wall tengah berlawan dengan acid. Serius sakit! Kakinya dah menendang-nendang tanah bumi. Tanda protes. Gila la sakit tahap nak koyak baju sendiri. Sial!

 “Wei, buddy! What’s up?” Lad menyoal. Bingung kepala aku tengok mangkuk ni. Muka dah merah nyala. Sure tengah hangit la mamat ni.

Aitch cuma geleng kepala. Argh! Malas nak jawab. Kemudian punggung diletak elok atas tanah. Matanya cuma pandang langit biru. Greatest drawing. Indah. Auto mulutnya ukir sengih.

Suasana dekat playground terbiar tu memang harmonis. Cuma ada Aitch, Lad dan Thud. Mereka bertiga dah lama menjajah tempat ni since bebudak hingusan tak main sini lagi. Sebab it’s unsafe. Truly, mak bapak mana yang sanggup biar anak mereka main dengan buaian yang hampir takde tali? Or gelongsor yang ada a big hole in the middle? Kalau nak pelihara anak cacat seumur hidup, boleh la suruh anak-anak main gelongsor tu atau buaian yang talinya akan putus bila-bila masa.

Thud gelak. Tau sangat apasal abangnya moody. “Braces.”

Lad angkat kening. “What? No wonder la moody. How was it? Pain enough?” Lad ketawa pecah.

Aitch mencebik. Sial punya geng. Dia boleh pulak buat ketawa. Gigi besi ni… argh! Memang sakit sesangat. Kalau takat sakit macam kena gigit semut tu memang boleh diberi ampun lagi. Tapi ni… sakit macam jari kelingking kena pijak dengan sebelah kaki gajah. Siotttt! Ulcer dah tumbuh merata dalam mulut. Tiga batang gigi yang sepatutnya dicabut tapi lepas dia buat rayuan, dentist tu setuju nak cabut sebatang je. Nasib baik sebatang je gigi yang kena cabut. Kalau tiga batang maunya dia meraung macam perempuan dekat klinik gigi hari tu. Time pakai separator tu pun dia hampir-hampir nak menitis air mata. Kalau tak teringat si cantik manis dalam klinik tu, memang dah mengalir deras la air mata jantannya.

“He haven’t eat from last night. Kesiannnn.” Thud dah giat mengusik abangnya.

Aitch bagi jeling maut lima saat dekat adik perempuannya tu. Perempuan? Heh, urban girl. Playing with skate, parkour, celak spesies panda-eyes, leather bracelet tu, sneaker chuck-taylor dengan shirt gaya bebudak yang malas nak cari baju lawa, jeans longgar tu memang buat adik ‘perempuannya’ macam… righteous! A boyish in girl.

“Wei, you already 21 lah. Takkan la tak dapat go through with kesakitan tu?” Lad sengih. Tau sangat cerita-cerita sadis bebudak yang pakai braces. Tapi rasanya takda la sakit sampai tahap nak mengamuk macam Hang Jebat ni.

“Shut up.” Perlahan suara Aitch. Ngilu.

Ketawa Lad dengan Thud dah pecah.

**

“Hello, braces boy.” Lad sengih sambil duduk depan Aitch yang tengah moody dari hari tu. Beg sandang dilepas elok atas meja. Buku tebal yang tak dapat disumbat dalam beg diletak atas beg.

Aitch letak dagu atas meja café tu. “Cut it, Lad.”

“Hey, what’s wrong with ‘that’ face? C’mon lah.”

“It’s pain really like hell.” Suara Aitch perlahan.

Lad angguk perlahan. “Why you wearing that silly metal hah? Burn the money?”

Aitch  diam kejap. Telan liur dua tiga teguk sebelum bersuara. “Rearranged teeth bagi nampak pretty. In future, apply job doctor tapi gigi tak lawa mana cool.”

“Dah tau it’s good for your teeth, jangan la merungut. Bawak relax down the stream la.”

“Did I?”

“Kinda.” Lad gelak. “Where’s Thud?”

“No class.”

Lad angguk lagi. Muka masam suci Aitch dipandang. Mamat bernama Aitch ni memang tak da rupa orang melayu. Rambut belakang cecah kolar baju. Kalau zaman sekolah menengah dulu, confirm cikgu disiplin akan bukak kedai gunting dekat lobi sekolah then kerat rambut Aitch sampai buruk. Dah tu, rambut warna brownish lagi. Tapi rasanya tu natural punya. Aitch tak suka dye rambut. Dia tak nak rambutnya rosak jahanam. Dekat telinga kiri Aitch ada dua tiga earrings. Bukan tindik la. Clip on earring je pun. Dulu pernah sekali Aitch tanya, boleh ke buat piercing. Masa tu Lad rasa nak sunatkan Aitch buat kali kedua. Pekejahnya nak tindik telinga? Orang lelaki Islam haram tindik telinga kan? Lepas dia cakap macam tu, terus Aitch beli clip on earings. Lekat la kat memana celah telinga.

“Hungry…” Aitch bersuara perlahan. Betul la, malam tadi teguk air suam je pun. Gara-gara tak tahan dengan collision between foods and ulcers. Heh. Memang layak la perut aku tukar jawatan jadi drummer hari ni.

“Eat something la. Yang mengadu domba dekat aku pesal?” Lad kerut dahi.

“Sakit…” Again suara Aitch makin slow.

“Makan sikit-sikit la.” Lad hulur Kit-Kat sebungkus.

“Pizza…”

“Grrr… sakit-sakit pun nak demand ke? Makan je la.”

Aitch sengih. Kit-Kat dicapai. Digigit sikit. “Ahh… Sial! Bullshit!”

“Pesal?” Lad yang tengah baca buku notanya angkat kepala. Terkejut dia mendengar segala sumpah seranah si Aitch. Muka kesakitan Aitch dipandang.

“Tergigit ulcer.” Aitch sengih. Ah, dah lali dengan sumpah seranah pelbagai versi yang dah keluar dari mulut ni. Bebudak sekarang kan, ayat maki tu macam dah jadi bahasa pengantar dah. Tak heran.

“Take it easy la mangkuk. Makan macam kebulur sangat.”

“Memang aku kebulur pun.” Bungkusan merah Kit-Kat tu dibuang bawah meja.


No manner
.

No comments:

Post a Comment