Sunday 16 December 2012

Perjalanan - BAB 4

D
amn! Aku dah lambat. Aku dah lambat. Kaki Aitch sekarang dah spesis dengan kaki cheetah. Atau lebih rendah lagi taraf, lipas kudung. Laju kenmain. Dia dah lewat sepuluh minit. Dari tadi dia asyik menyumpah seranah dalam pelbagai versi.  Tapi, tu salahnya sendiri. Nak salahkan orang lain tak berbaloi rasanya.

Dan… rasanya berbaloi.

Sebab?

Bam!

Seorang minah yang kerek je ayu pakai baju kurung dengan tudung dah langgar Aitch. Habis terbang segala buku-buku, fail-fail yang ada. Maka, terhasillah drama tak berbayar di kaki lima itu.

“Damn ya!” Aitch dah menyumpah seranah. Ha, ni baru berbaloi menyumpah orang yang dah menambahkan lagi masa lewatnya.

Lady tu terkejut. Tak guna. Padahal dah terang tang-tang lagi dia tak sengaja sebab dia tengah rushing nak kejar masa. “Er, sorry.”

Aitch tengah sibuk mengumpul balik kertas-kertas nota yang berterabur tu. Masa ni la dia menyesal tak beli fail baru yang lebih bagus lagi dari fail miliknya sekarang. Fail miliknya kini dah uzur sebab dia dah padatkan segala kertas-kertas ilmu di dalamnya.

Lady tu dah bersalah. Ah, sudah. Kalut lady tu menyusun segala kertas-kertas. “Err, you. I’m sorry.”

Again, lady tu mintak ampun. Ni dah kes melampau ni. Dah dua kali mintak maaf tapi mamat bajet cool dengan subang belah kiri ni buat bodo je. Grrr.

“No time for apologising, lady. I’m in hurry okay?” Aitch dah sibuk menyusun buku-buku dan fail. Cepat –cepat dia berdiri. Dan, masa tu dia perasan lady tu.

“You again?”

Lady tu angkat kening. “Me again?” Eh, apa maksud mamat ni? Kau sekali lagi? Ayat agak universal dan penuh tersirat.

Aitch dah kerut dahi. Muka blur lady tu dipandang kejap. Eyes… Yeah, maybe you weren’t wearing that niqab. But, I really damn know your eyes. Those pretty eyes.

“Arghh!” Lady tu tetiba menjerit sambil tengok jam tangan. “Aku dah lambat!”

Dan terus lady tu meninggalkan Aitch.

Aitch yang baru tersedar pun lantas mengejar lady tu. Damnation! Lima belas minit lambat masuk kelas. Boleh dibagi ampun ke, bro? Tapi, peluang untuk masuk kelas senyap-senyap tanpa disedari oleh orang ramai agak tipis. Dan tak mungkin.

Mereka berdua berjalan pantas beriringan. Macam orang tengah compete dalam acara jalan kaki 3000m.

“Hei, you kelas Prof Gamat jugak ke?” Aitch menyoal. Dalam nak cepat tu jugak, sempat dia nak bersoal jawab.

“Yeah. I bet you too.” Lady tu menjawab. Rasanya, kedua-dua belah kaki dah buat anaerobic respiration. Sebab, dua-dua belah dah cramp. Jalan laju gila.

“Yeah.” Aitch mengangguk. Ni mesti budak pakat duduk depan ni. Sebab tu dia tak pernah nampak minah ni dalam kelas. Dia kan budak duduk belakang sekali. Senang nak berdengkur. Hoho.

Dan, akhirnya mereka tiba jugak depan kelas Prof Gamat tu.

Lady tu tarik nafas dalam-dalam. Aitch dah sengih. Kelakar minah ni.

“Awak ketuk pintu ni dulu.” Lady tu selamba menyuruh Aitch.

“Why should I?” Aitch dah kerut dahi. Aku ingatkan minah ni laju je jalan tadi terus nak terjah pintu bilik ni. Tapi… apadahal dia pi suruh aku yang main knock-knock-who’s-there pulak.

“Awak lelaki.”

“I don’t see any differ. Sebab kita ketuk guna tangan kan?”

“Yeah, but you surely brave than me.”

Aitch angkat bahu. Tadi, dok kalut lambat masuk kelas. Sekarang, dok kalut nak ketuk pintu. Haiya…
Pintu bilik kuliah ditolak selepas diketuk perlahan. Muka Prof Gamat yang berdiri dekat depan kelas dipandang dengan pandangan yang redup. Aitch dah telan liur bergelen-gelen. Lady kat sebelah dah berdoa banyak-banyak. Harap Prof tak mengamuk.

“Hah. I thought I was the ‘very’ last person entering this room. Surprising me, you two were late than me.” Prof Gamat dah sengih.

Aitch sengih sambil tunjuk gigi bracesnya. Ceh, ayat Prof. …was the very last person konon. Very la sangat. Saja buat grammar fail le tu.

“You two may take seat now. Kamu berdua forgiven sebab saya pun lambat jugak hari ni. Dan, saya rasa saya baru je masuk muqadimmah.”

Aitch dah lepas nafas lega. Wuhuuu. Prof lambat jugak. Yeay! Cepat-cepat tempat duduk kat belakang yang masih kosong tu dituju. Lady tu nak tak nak terpaksa jugak duduk belakang. Seat depan dah penuh. Ada la jugak manusia yang mengalami hormon berlebihan mengusik kedatangan lewat dia dengan mamat yankee ni. Cit.

Aitch bukak fail gendutnya. Diselongkarnya, kut-kut ada paper A4 kosong. Dia tak suka direct tulis nota terus ke dalam buku. Tak cool. Biarlah orang cakap dia suka buat kerja dua kali. At least nota dia kemas, menunjukkan dia rajin dan in the same time dia dapat revise balik. “Eh? Who is An-niesa?”

Lady sebelahnya dah menoleh. Wey, mana mamat ni dapat nama aku daa?

Aitch perasan minah sebelahnya menoleh. “You?”

Niesa melihat kertas di tangan Aitch. Alamak! Nota aku. Gee. Dah la tulisan buruk siot. Waaa. Malunya. 

“Where did you get it?”

“Mungkin masa accident tadi kot. Co-incidentally exchange nota.” Aitch menghulur kertas nota tu. Oh, nama angel ni An-niesa rupanya. Sedap nama. Sesedap orangnya jugak. Ai, ayat Aitch. Haha. Tapi, handwriting teruk gila. Huh. Macam mana dia belajar dengan nota yang messy tu?

“Thanks.” Nota terus diselit dalam buku notanya. Matanya ditumpu dengan suara Prof Gamat yang bersemangat sembang tentang tulang-temulang manusia kat depan tu.

Aitch dah sengih. Bersemangat aku belajar hari ni. Angel duduk sebelah woo.

Everything happens is under ALLAH’s will with a reason or reasons.
*

No comments:

Post a Comment