Friday 28 December 2012

Perjalanan - BAB 5

E
ncik Kamel El-Taimi, ayah kepada Aitch dan Thud, memandang sepi ke arah kedua-dua anaknya yang tekun membuat kerja di ruang hadapan tv. Buku undang-undang di tangan dibiar. Kerjayanya sebagai seorang peguam membuatkan dia perlu mengkaji dan belajar setiap hari. Cermin mata dibuka perlahan. Kedua tangannya ralit menggosok mata. Jam di sudut bacaan itu dipandang. Pukul 9 malam.

Cermin mata elok diletak kembali di atas hidung. Kedengaran suara Thud bertanya sesuatu dengan Aitch. Thud, anak gadisnya. Tiada rupa gadis. Namun, wajahnya Thud mengingatkannya kepada sesorang. Seseorang yang lama ‘hilang’ dari hidupnya.

Kadang-kadang, dia sedih melihat anak-anaknya belum berada di atas landasan yang betul. Saban hari, setiap lima waktu sehari, dia berdoa agar anak-anaknya berubah. Berubah ke paksi yang benar. Bukannya, seperti sekarang. Dia tahu, kalaulah Aitch dan Thud dihantar ke kampung, pasti nenek dan datuknya akan menghalau mereka. Siap tak mengaku keturunan mungkin.

Encik Kamel tersengih.

“Papa tengah senyum sorang-sorang.” Suara Thud memecah sunyi. Matanya masih mengadap screen laptopnya. Dia perasan, dari tadi orang tuanya itu mengeluh. Termenung jauh.

Aitch ketawa.

“Mana ada.” Encik Kamel menafikan.

“Oh, please pa. I’m not too blind. And this place aren’t dark you know.” Thud bersuara.

“Sukati papa la nak sengih ke. Sibuk!”

“Haaaa. You are thinking somebody. You found somebody lah tu.” Thud menambah.

“I’m too old to think about it.” Encik Kamel membalas. Faham dengan bahasa tersirat Thud.

“Old? You gotta be kidding me.” Thud mengejek.

Aitch ketawa. Hujah dikeluar nak membangkang statement papa, “You aren’t old lah, pa. 38 years old, okay. My friends dad are 40 and above.”

“I’m Malay man yang paling setia, tahu.” Papa gulung hujah baru. Peguam memang pandai bermain dengan kata.

“Yalah tu. Selalu checkmate kalau nak berdebat dengan papa.” Thud bersuara.

“Of course. I’m a good lawyer.” Encik Kamel ketawa. Jarak di antara sudut bacaan dan ruang menonton television itu taklah jauh sangat.

“Angkat bakul tinggi-tinggi sampai cucur atap. Papa bukan real Melayu pun. Atok bangsa Belanda lah.” Aitch tak mahu mengaku kalah.

“Naaa. MyKad told everyone that Kamel El-Taimi bin Aslam Van der Saud is Malay and Malaysian, of course.” Papa dah bukak eviden baru.

Thud diam. Sudah. Tak dapat nak challenge papa. He’s the real lawyer kau nak buat main? Baik jangan. “Yeah, yeah. You win.”

“Okay. Good night, everyone. Besok ada big case to be solved. Doa papa alright?.” Encik Kamel dah bangun dari kerusi.

“Night and wish you big luck.” Thud dan Aitch menyahut sambil memandang langkah papa mereka.

“You’re a good lawyer, right? You should win.” Aitch mengujar dengan gaya sinis. Mencabar lebih tepat lagi.

“Yeap. I’m a good laywer. And both of you know nothing about it.” Encik Kamel ketawa dan melangkah naik tingkat atas.

“Yeah, we know nothing. That’s why we lost her.” Ujar Thud dengan senyum pahit.

Aitch memandang sayu muka adiknya. “It’s past, adik.”

“I know.” Thud mengetap bibirnya. Laptop ditutup. Matanya dah bergenang dengan air. “It was past. It’s over.”

Aitch diam. Hela dilepas.

“Oh my. I’m so melancholy.” Thud ketawa. Laptop dipeluk sebelum dia bangun dari duduknya. “I’m doing my work up there. Good night, along. Don’t stay too late. I know budak medic’s life is suck.”

Aitch nganga. “What? Suck? It’s not, okay. Medic’s life is fun by the way. Budak engineering knows nothing.”

“Yeah, yeah. W-H-A-T-E-V-E-R spells whatever.” Thud dah menuju tangga.

“Do your work and make sure don’t cry up there hah.” Aitch melaung. Matanya mengadap skrin laptop.

“I won’t cry!” Thud melaung balik. Dia meneruskan langkahnya tanpa memandang Aitch.

“Your voice explain everything!” Aitch menjawab dengan suara yang lantang. Kemudian dia ketawa bila mendengar Thud membebel.

She’s hurt badly all this time. And I know her well. Aitch tersengih. Tangannya menepuk perlahan dadanya.


Something inside couldn’t escape.

No comments:

Post a Comment