Friday 25 January 2013

Perjalanan - BAB 7

“Hey, adik. Guest what?” Aitch dah tersenyum simpul memandang Thud di hadapannya. Keadaan café agak lenggang. Cuma ada beberapa kumpulan pelajar yang berkumpul.

Thud yang tengah sibuk dengan notanya mengangkat muka sekejap. Kemudian, dia terus menyambung menulis. “What? You have a girlfriend?”

“Wow! Where did you know?” Aitch impressed.

“I’ve read tweets.” Thud menjawab selamba.

Aitch ketawa.

“Where did she from?”

“She's American. Her name is Alice.” Aitch tersenyum menceritakan perihal kekasih hatinya itu.

“Oh. I think she would upset if she knows that Aitch keep changing his girlfriend all over the time.”

“Naaa. You won’t tell her, do you?”

“Adik malas nak campur. Your matter. By the way, she’s quite pretty. No wonder you got stuck with her.”

“She’s hot.”

“You gatal merenyam. What is she doing in Malaysia?”

“Dia pun gatal merenyam macam along that’s why she came to Malaysia.” Aitch buat jenaka.

“Patutlah.” Thud masih menulis.

“She’s on vacation. We know each other on twitter. Then, she came here. Along dah betul-betul sangkut and I proposed her. And, here we are.”

“Hah, lepas tu, you will get another new girlfriend. I know you better my dearest along.”

Aitch berdehem kejap. “Does it mean I’m too hot? Too handsome?”

“Ah, perasan.”

*

“Masuklah.” Kedengaran suara Thud dari gegendang telinga Aitch. Tapi Aitch malas nak buka mata. Sesungguhnya, dia memang tengah pening. Kepalanya berat dan matanya sukar dibuka. Pelukan bantal semakin erat. Dia baring di sofa dengan selesa.

“Assalamualaikum.” Kedengaran lagi suara halus memberi salam. Aitch buat tak peduli. Dia memang mengantuk. Jadi hari minggunya tak boleh diganggu.

“Along!!!” Suara Thud bak petir dah keluar.

“What is it? I’m totally zonked. Shuu.” Aitch menjawab di sebalik bantal.

“You drink last night? Are you drunk?” Thud menyoal. Hidungnya dah dikepit dengan ibu jari dan telunjuk. Gila menyengit punya bau. Pukul berapa mangkuk ayun ni balik agaknya? Pagi tadi takda pulak aku tengok terlentang bawah ni. Sah la, baru balik ni. Ish, buat aku nak menyinga la along ni.

Aitch diam. Malas menjawab. Biarlah. Memang benar pun dia minum malam tadi. Dia keluar berhibur dengan kekasih baharunya. Alice mahu berangkat balik semula ke tanah airnya. Jadi, dia perlu meluangkan banyak masa bersama.

“If only papa knows…” Thud bersuara perlahan.

“Don’t ever try to tell him.” Aitch mengugut.

“Mentang-mentang he’s travelling. Dah la, along naik atas lah. Malu lah dekat kawan adik. Go! Go! Wake up!” Thud dah memukul badan abangnya sebelum dia ke dapur mengambil minuman untuk tetamu.

An-niesa cuma tersenyum mendengar  pertengkaran kedua beradik itu. Dia duduk di sudut bacaan milik papa Thud. Dia meneroka satu per satu buku-buku di rak. Banyaknya… buku-buku agama. Betul lah, buku agama lebih banyak lagi dari buku undang-undang. Tapi, kenapa perangai anaknya macam jahil? An-niesa beristighfar. Astaghfirullahal’azim. Kenapa la kau sesuka hati nak melabel kawan kau tu jahil?

Dia menoleh ke ruang menonton television dan masa tu lah Aitch dah bangun dari baringnya dengan mata separa terbuka.

Aitch cuba mengimbangi badannya. Matanya benar-benar berat. Ah, banyak minum ni lah padahnya. If only papa knows… ayat itu bergema di seluruh otaknya. Dan kemudian ayat, malu lah dekat kawan adik. Kawan? Terbuka besar matanya. Tepat memandang tubuh di sudut bacaan.

“Warghhh!” Aitch terkejut dan menjerit. “Who are you?”

Aitch mengecilkan matanya. Ahh. Nampak kabur. Bayang-bayang perempuan je aku nampak. Apa ni?

An-niesa dah mengalih pandangan. Gila punya abang Thud. Dah la tayang six packs macam aku ni lapar sangat nak tengok. Pakai la baju dulu, brother oi. Ni tak, boleh pulak dia buat adab baru melayan tetamu datang macam tu.

Aitch baru perasan. Dia tak berbaju. Cuma berseluar jeans hitam. Oh man. Big mistakes. Perempuan bertudung tu dah tentulah segan nak tengok. Apa kau ni Aitch? Argh, fikiran tak stabil lah bodoh. Lantas dia menyarung sweater ke tubuhnya. Baju t-shirt malam tadi memang taklah dia nak pakai. Bau arak menyengit gila. Baju ni patut kena buang. Nak dibasuh, koman-koman guna air Clorox lima baldi. Kepala digaru kasar. Handphone, bracelets dan kasut dicapai. Mabuk teruk ke aku malam tadi?

An-niesa mengetap bibirnya sempat jugak dia menjeling sambil berselawat banyak-banyak. He’s probably drunk last night. Tengok kondisi kasut yang terletak atas lantai tu pun dah tahu. Kemudian, dia memandang Aitch mencapai kasutnya dan menuju ke arah rak kasut untuk menyimpan kasutnya. Gila, brother ni. Tak ingat dosa pahala ke? Kalau dia abang aku, memang dah lama kena parang oleh abah. Paling teruk pun, ibu sumpah jadi rumah banglo tiga tingkat.

“You smell suck, along.” Suara Thud dah bergema.

“Shut up, kiddo.” Aitch dah melangkah naik ke tingkat atas.

Thud menuju ke arah An-niesa. “Sorry for all this mess. Along aku tu memang… kalau papa aku dah travelling, dia memang jadi raja.”

“It’s okay.”
*

No comments:

Post a Comment