Tuesday 26 March 2013

Perjalanan - BAB 10

Alunan cello oleh Apocalyptica yang mendayu mendendangkan Fade to Black dah menghanyutkan Aitch. Great music never fails.

Starbucks takda la sunyi sangat. Tapi, alunan cello di telinga kiri dan kanan Aitch mampu menenggelamkan suara luar. Datang Starbucks, lepak sambil minum sorang-sorang. Thud berkepit dengan Lad. Aitch sengih. Aku sumpah jugak diaorang berdua tu berjodoh. Berkepit mengalahkan orang bercinta.

Handphone berbunyi tanda mesej masuk. Papa?

From: Papa
Balik kampung tomorrow.

Berkerut dahi Aitch. Dah nak puasa ke? Selalu balik time puasa. Seminggu sebelum raya. Dan seminggu itulah Aitch penuh puasa. Cukup. Tapi, dah berapa tahun tak balik kampung ni? Dari tahun ambik SPM sampai tahun ni. 4 tahun. Hmm. Lama dah tak jejak tanah kampung.

To: Papa
So early? What’s up?

From: Papa
Atok suruh lah.

To: Papa
My study?

From: Papa
You cuti sem dah. Don’t lie to me. Bring along all your medic books balik kampung nanti kalau nak sangat belajar.

Aitch mengeluh. Tak nak balik kampung lah. Papa ni…

To: Papa
Adik tahu?

From: Papa
Already. She more excited than you, along.

Memang lah dia excited. Dah nenek expert bab masak.

*

Aitch mundar-mandir dalam Popular. Sekarang ni lunch hour. Baru tadi minum dekat Starbucks, nak mentekedarah lagi, Aitch? Ah, who cares? Aku tengah down ni. Besok balik kampung dah.

Kemudian, dia terhenti. Nampak seseorang yang cukup dikenali. Heh. Jodoh.

Perempuan berbaju kurung itu dirapati. An-niesa.

Aitch berdehem.

An-niesa menoleh. Kemudian dia menarik nafas. Aitch. Kenapa aku selalu jumpa dia dekat kedai buku? Nak bagi tanda aku ni rajin membeli buku? Ceh, perasan.

“Hai. Buying books?”

“Hai.” An-niesa tersenyum. “Yeah.”

“You’re fasting?” Soalan tiba-tiba Aitch. Masa tu Aitch dah rasa nak mencabut anak tekaknya. Asal miang keladi ni, Aitch?

“No.” An-niesa menjawab ragu-ragu. Apa benda soalan ni?

“Minum jom.” Aitch tiba-tiba rasa yang… I need someone to talk with.

An-niesa angkat kening. Minum?

*

“My mom is a prisoner. She still there… in a room with the stainless steel. Must be more darkness she got there, hmm.” Aitch gelak hambar bagai kisah hidup mama adalah seronok untuk didengar. Tak. There’s no such funny thing about it. It’s hurt. Lagi-lagi la adik tu. Sebab tu perangai macam budak jahanam yang tak ada panduan hidup.

Macam mana Aitch tiba-tiba mahu bercerita hari ni pun dia tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia rasa dia perlu seseorang untuk bercerita. Atau, sebab fikirannya tak stabil sebab dia dah fully frust besok nak ke kampung.

An-niesa tersentak. Apa hal Aitch tetiba bukak cerita family dia ni? Dia memang aneh hari ni. Tapi… What? A prisoner? Astarghfirullahalzim. “I’m sorry.”

Aitch garu telinga yang tak gatal. “Nothing woes about it. It’s almost…” Aitch berhenti. Cuba mengingati saat dia berpisah dengan mama. Kemudian hela dilepas. Masa tu umurnya 12 tahun. Dan, sekarang 21 tahun. “Nine years now.”

An-niesa diam. Thud… kau tabah. Dia masih ingat masa mereka tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Thud tak pernah sedih. Tak pernah dipression. Hidup dia macam orang tak pernah ditimpa musibah. Tapi rupanya… she hides all this things. Ada ibu yang tak dapat melaksanakan tanggungjawab. Mesti sedih kan?

“Hey…” Aitch mengawang tangannya di hadapan An-niesa yang tengah mengelamun itu. “No woes, ok? Relax la…”

An-niesa tersentak. “Aa… tak tak. Sorry. We shouldn’t let this pathetic history di… di… diingat balik, kan?”

Aitch gelak besar. “Come on la. Gelabah apasal? Kan dah cakap tadi, no woes. No harm intended la.”

An-niesa senyum sambil angguk kepala. Ohh, really rasa macam dekat dreamland sebab… hey, since when la An-Niesa keluar dengan lelaki? Dulu masa masih dalam zaman jahiliyah memang leklu-leklu ja keluar dengan kawan tak kira jenis. Tapi, bila dah kena tarbiah, kena brainwashed, dah duduk dalam zaman kegemilangan Islam, memang semua action dah ada limit dia.

Aitch berdehem perlahan. Hey, lady ni. Memang kuat berangan. Keturunan mat jenin ke? Asal aku cakap je, mesti berangan. Ai~ Mesti pelik lah tu. Aku ajak minum. Then, aku terus bukak cerita family aku. Takda mukadimmah terus burst everything.

Rambut diramas perlahan. Kening diangkat sebelah seinci. Bibir diseret sengih ke kiri. “Masa raya, kami tak pernah pergi lawat dia. But, my dad did. Dia je yang selalu datang jenguk mama. Still sayang mama walau mama dah hold status banduan instead of title ibu dan his wife. Adik memang tak mahu jumpa mama. Dia taknak sedih. Anyways, dah biasa dah hidup without her. Life must go on. Sebab tu la, awak tak pernah tengok dia… gloomy. Perasaan dia dah rosak.”

“Dia tu macam orang tak pernah dapat bala.” An-niesa simpul senyum di bibir.

“Kan? Tapi, this tragedy memang gave impact yang ketara. Family macam lepas sambut hurricane. Adik dah macam nakal. And… me too.” Aitch gelak semborono.

“Me neither. I’m her alter-ego. Memang dah jadi partner kongsi gelap part nak buat jenayah dekat sekolah dulu. Tapi, habis PMR, pindah dekat sekolah baru, serious rasa menderita tahan nafsu nak buat jenayah sama-sama dengan Thud.” An-niesa ketawa perlahan. Awkward moment bila having a long talk with a man. Gee~

“Good for you sebab dah berubah more better than past.” Aitch bersuara perlahan. Apa ni? Syahdu betul hari ni.

“ALLAH tak kan mengubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak ubah.”

“Huh?” Gotcha, Aitch. Padan muka kau kan dah melongo tak faham dia punya ceramah.

“Berubah lah.”

Aitch gigit bibir. “How?” Kan dah keluar soalan manusia jahil ni.

“Muhasabah diri.”

“Then, I will ‘pling!’ then change to a better man?” Jari dipetik supaya effect bunyi ‘pling!’ tu macam real. Muhasabah?

“Muhasabah diri then, recognise everything about your weakness. Dekatkan diri dengan ALLAH. Untuk bersihkan hati.”

Aitch buat muka blur. No, seriously blur. Bukan buat-buat. Manusia jahil. “Aaa… Wait! Wait! I don’t get it.”

An-niesa garu kepala yang bertudung itu. Haila~ how to explain?

“Aa… maybe you can tell me macam mana you…” Jari dipetik dan ditunjuk ke arah An-niesa. Bahasa isyarat explain ayat ‘… berubah dan jadi macam awak?’

“Kena brainwashed masa duduk sekolah agama dulu.” An-niesa seret sengih. “Environment helps a lot. And, I read books. Not ordinary books. Buku-buku agama, hadith and stuff. Sebab dekat sana takda comics, gossip magazines, dan entertainment yang ada ciri-ciri melalaikan. Then, I ‘pling!’ jadi la macam sekarang ni.”

Aitch diam. Aku nak gelak tengok dia ni macam minah Europe yang baru masuk Islam. Dah la muka cantik siot. Angel. Heh. Tapi, kepala aku ni macam dah berayun sikit sebab tak berapa nak faham.

“I have no talent in giving takzirah ni.” An-niesa bersuara.

What the…? Tazkirah? Macam pernah lalu eardrum je perkataan tu. “Tazkirah?”

“Err. Macam ceramah agama la.” Haila~ hard to explain. Salah explain, menabung dosa la jawabnya.
*

No comments:

Post a Comment