Wednesday 10 April 2013

Perjalanan - BAB 13

# Let me reveal some secrets. 

Kisah silam.

Atok Aslam, warga Belanda menjejak kakinya di Tanah Melayu ketika zaman British perintah Tanah Melayu lagi. Bekerja bersama penduduk tempatan buat dia leka di tanah jajahan milik negara koloni British ini. Langsung lupa akan kehidupannya di Belanda yang serba mewah. Kisah hidupnya sebagai penganut Kristian berakhir apabila dia mengucap kalimah shahadah, bernikah dengan seorang wanita Tanah Melayu dan mengetuai keluarganya. Bertahun kemudian, mereka berhijrah sementara ke Belanda. Kemudian, selepas bertahun-tahun Tanah Melayu dapat kemerdekaan, mereka pulang kembali ke Tanah Melayu.

Bertahun selepasnya, Kamel El-Taimi, anak lelaki mereka lahir. Nama ala-ala Arabic sikit. Dan seorang lagi anak perempuan mereka. Sarah Wiliams.

Sarah Wiliams. Isteri Kamel. Ibu kepada Thud dan Aitch.

Cerita bertambah rumit, kan?

Sarah Wiliams anak angkat atok dan nenek. Sarah si anak yatim piatu yang menyedihkan. Lalu dijadikan sebahagian dari keluarga atok. Untuk mengeratkan lagi hubungan darah mereka sekeluarga, seawal usia 15 tahun, Sarah dinikahkan dengan Kamel yang berusia 17 tahun. Mudah.

Masa ni Thud rasa nak gelak. Papa kahwin muda. Sangat muda. Mama pun. Usia mereka terlalu hijau. Kalau sekarang, 15 tahun dan 17 tahun adalah waktu derita. PMR dan SPM.

Tapi, satu fakta penting yang orang perlu tahu. Mama tak pernah dihantar ke sekolah. Papa seorang je yang sekolah sampai menara gading.

“Orang dulu matang awal lah. Tak macam sekarang. Mengada lebih.” Mama mencubit hidung Thud yang tekun mendengar ceritanya suatu ketika dulu.

Cerita diteruskan apabila Aitch lahir setahun kemudian. Tika papa umur 18 tahun, mama 16 tahun. Kemudian Thud pula muncul nak bagi meriah suasana.

Aitch, nama asalnya Bukhari. Digelar Aitch sebab selalu buat hilang huruf ‘H’ dalam namanya. Asal nak mengeja namanya, huruf ‘H’ tu akan ghaib tetiba.

“H, where is your ‘H’?” Papa mendesak.
“Alah.” Aitch tepuk dahi. Waktu tu dia berumur tiga tahun. Masih bertatih mengeja namanya.

Thud pulak punya sejarah yang aneh. Selalu jatuh. Berdebab bunyinya. Asal terkejut, disergah pasti terjatuh tak kira saat dah. Lagi satu, nama benarnya Adawwatul. Mulanya digelar Atul, tapi malangnya lidah Thud yang belum expert lagi berbicara masa tu selalu tersasul sebut, “Atad.” Padahal nama Atul. Lalu melekatlah nama Thud. Mungkin selalu kena doa thud, tu lah yang buat Thud selalu jatuh terduduk kalau terkejut.

Lama-lama kisah semakin tragis. Semasa umur Aitch 12 tahun, waktu perang UPSRnya belum bermula dan Thud berusia 11 tahun, bermulanya satu cerita sedih.

Sarah Wiliams, 27 tahun, dijatuhkan hukuman mati gantung atas kesalahan menyimpan dadah merbahaya. Bernasib baik, sebab hukuman itu ditukar kepada penjara berapa tahun entah.

“You can help her. You’re lawyer.” Thud bersuara serak. Tangisan tak henti-henti dari tadi. Aitch dah bermata merah. Lelah sudah dia menangis.

“You’re a good lawyer, aren’t you?” Aitch menambah.

Kamel mengeluh. Simpati, stress, sedih dan bermacam lagi bercampur dalam satu set. “I’ve tried.”

Diam. Thud menggeleng. “You can save her!”

“Enough. Your dad has tried enough.” Atok Aslam dah masuk campur.

“No!” Thud masih degil. Mana boleh mama hidup dalam jail. Mana mungkin mama jahat macam tu sekali.

“She’s not bad.” Aitch bersuara.

“Yeah. But I’ve tried. I can’t save her.” Kamel bersuara tenang. Padahal, kalau diikutkan hati mahu saja dia menengking anak-anaknya. Nak bagi mereka faham. Tapi, Kamel tahu. Mereka masih kecil lagi. Terlalu muda untuk menerima hakikat hidup yang pahit.

“You know nothing about lawyer.” Alih-alih ayat itu meluncur laju keluar dari mulut Kamel.

Terus Thud dan Aitch tersentak. Tangisan berterusan lagi.

Ini cuma salah faham. Namun, keadilan dunia manusia hanya mahu menerima penjelasan yang berpaksikan bukti yang kukuh. Hujah yang digulung hebat oleh Kamel di perbicaraan cuma terdaya menyelamatkan Sarah dari dihukum gantung. Apatah lagi hujah itu datangnya dari peguam yang ada hubungan darah dengan tertuduh.

Tapi, sekurang-kurangnya Kamel bersyukur. Sarah masih hidup. Kan?

Dan, selepas itu. Thud dan Aitch berubah dalam diam. Menjadi lebih misteri di mata rakan-rakan mereka. Menjadi lebih nakal. Menjadi lebih kuat dalam menempuh hidup. Menjadi manusia yang buta dengan kasih sayang ibu.

Jadi manusia yang jahil.

Cukup. Luka kalau ditambah garam, ditambah lagi torehan baru, ditambah lagi… Dah. Cukuplah.

No comments:

Post a Comment