Sunday, 21 August 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 5


Damn! Apasal aku boleh lewat bangun nih. Kena rempit la pagi ni. Jam di tangan Aisyah dah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia berkejar dari Tingkat 5 untuk ke bawah. Ni lagi satu hal. Apesal apartmen nie banyak sangat tangga? Membuang masa betol! Masa tu emas. Time-time rush macam nih baru ingat masa.Haishhh.



Aisyah panaskan skuter kesayangan dan terus memecut laju meninggalkan kawasan kejiranannya. Dia paling tak suka kalau lewat dari 6.30 nih. Takut terjumpa dengan mamat sengal tuh. Bila dah dekat dengan kawasan sekolah, Aisyah bawak slow sikit. Dia tengok jam dekat tangan lagi. Alamakkkk! Lima minit lagi nak pukol 7! Mesti Si Trojan dah terpacak dekat depan pintu gate sekolah.



“Cool, Aisyah. Cool down. Takkan jadi pape. Buat macam biasa jer. Buat tak nampak jer.” Aisyah menenangkan dirinya. Bila Aisyah dah hampir dekat depan pintu gate sekolah, dia nampak Si Trojan tu. Berdiri betul-betul depan pintu gate. Alamakkkk. Damn!



Aisyah lalu depan Si Trojan tuh. Dia pikir mamat sengal tu nak tahan dia ke, nak buat kecoh ke. Tapi tak? Apesal mamat nih? Mimpi apa malam tadi sampai tak kisah aku lewat dari biasa. Kalau selalu, mulut pedas dia tu dah mengata dari jauh. Saja nak bagi aku dapat malu. Tapi hari ni pelik semacam? Siap bagi senyuman yang ikhlas pulak tu. Cair derr. Senyum dia ada ala-ala Yamamoto Yusuke. Cute!



Woitt Aisyah. Kau jangan nak puji dia lebih-lebih. He’s your enemy! Setan dah rasuk diri Aisyah. Aisyah lalu jer. Parking skuter dekat tempat biasa dan sempat lagi pikir pasal si Acap tu.



Aha! Yes! Aku dah tau sebab dia! Patut la kau baik dengan aku. Aisyah senyum sorang-sorang. Si Trojan tu dah dapat habuan dari Aisyah semalam. At last, heaven! Takkan ada orang kacau aku lagi. I’m freee! Oh yeahhh! Aisyah terus pecut ke kelas tanpa pikir lagi pasal tu lagi. Dia rasa macam dah ada rainbow dekat diri dia. Colourful macam dia yang dah bebas daripada penyakit gila meroyan si Acap tu.



Dari jauh, Acap tengah perhatikan si Aisyah. Dia senyum lebar. Tunggu la Aisyah, bergumbira la kau dulu. Bila ada peluang aku akan balas. HAHA.



“Cantik jugak dia senyum . Sweet gitu.” Ijal bisik dekat telinga Acap.



“Woitt, apa kau nih. Meremang bulu ketiak aku. Apa sweet-sweet? Ape benda kau merepek ni Pak Aji oii?” Acap buat-buat tak tahu.



“Elehhh. Kome buat tak tau pulak ye? Tu hah, awek kau tu. Dia senyum lawa jer aku tengok. Yang kau perhatikan dia tu apesal? Ada hati cakap je la. Tak payah nak cakap ada orang buat rumour segala.”



“Oi, sejak bila aku nobatkan dia sebagai ‘awek aku’? Kau tu hah yang buat. Sweet apa? Aku tengok biasa jer.”



“Kalau dia marah lagi sweet.” Acap perlahankan suara dia.



“Wait, apa kau cakap tadi Acap? Ada orang split or something else? Ulang suara la mangkok!”



“Cehh, aku tak cakap pape pun. Dah! Balik kelas!” Fuhhh! Nasib si Ijal tak dengar. Kalau tak, mampos reputasi aku!



************************



KRINGGGGG!!!!!!!!!! Loceng rehat dah bunyi.



Semua bebudak berpusu-pusu nak pergi kantin. Nak lepak depan kelas. Aisyah pulak, macam biasa lepak dekat bawah pokok. Ain tak dapat teman dia hari ni. Dia bertugas dekat kantin. Aisyah termenung dan teringat pasal hal semalam. Memang syok lah buat onar dekat si Trojan tu semalam. Kalau dia tak buat macam tu semalam, memang sah dia kena kutok dengan mamat sengal tu pagi tadi.



Hal semalam. . .



Kelas 4 Piranha ada kelas Pendidikan Jasmani dekat stadium sekolah. Masa tuh, team bola sepak sekolah tengah rest. Mereka hari-hari ada training. Mentang-mentang perlawanan dah nak dekat. Nak kekalkan kejuaraan. Si mamat sengal tu pun ada. Aisyah baru tau yang si mamat sengal tu striker terhebat sekolah diaorang. Asyik-asyik dia. Haishhh.



Aisyah namppak si Acap tu. Tengah keluar dari padang bola. Gaya Acap jalan macam nak pergi dekat arah dia je. Nie memang sah nak kenakan aku nih. Sehari tak kacau aku tak boleh ke mamat nih? Rimas aku.



“Hai awak? Bejemur tengah panas ni kenapa? HAHA.” Acap memang suka nak kacau Aisyah.



“Weyh, kau peduli apa aku berjemur tengah panas? Sukati aku la nak berjemur ke, nak apa ke. Bukan hal kau lah!” Aisyah dah mula rasa panas.



“Ishhh, mesti la aku peduli. Kau di bawah kekuasaan aku. HAHAHAHA.” Acap berlalu dari situ. Makin galak mamat sengal ni ketawa! Nie memang nak kena tendang dengan aku. Aisyah nampak bola. Niat jahat terus muncul dalam kepala. Memang geliga la kau otak. Aisyah ambik bola dan dengan sekuat hati baling bola tu pada sasaran!



“Ouchhh! Sapa baling bola dekat aku nih? Sakit la bodo.” Acap toleh nak tengok sape yang nak main-main dengan dia.



“Yes! Sasaran kena! HAHAHAHA!” Aisyah bangga dengan kejayaan yang dia baru buat. Budak yang satu team bola sepak dengan Acap pakat gelak ramai-ramai.



“Woooo, Acap has been shooted by a girl! Ouch!” Mereka jerit ramai-ramai. Leadernya dah tentulah si ijal tu. Orang kanan si Acap, Aisyah gelar dia. Di mana ada Acap, adalah si Ijal tuhh.



“SHIT!” Acap terus berlalu. Malu mungkin.



Itu baru satu kejayaan. Kejayaan yang satu nie lagi best. Kalau boleh nak lompat bintang macam kartun teletubbies tuh. Hal semalam jugakk.



Sesi persekolahan baru jer habis. Bertolak-tolak mereka nak keluar dari kelas. Aisyah dengan relaks je turun. Happy sebab dapat pedajal mamat sengal tu tadi. HAHA. Lintas kelas 4 Remora. Masih ada lagi budak kelas ni. Ada luar sidang kot. Baru jer nak turun dari tangga, tiba-tiba kena halang dengan someone.



“Cissss.” Aisyah tak puas hati.



“Eh? ‘cheese’? Lapar ke awak? Sampai sebut cheese segala.” Si Trojan dah mulakan hobi membuli Aisyah.



“Blahh la bro!” Aisyah jerit.



“Wuuuu, garang dia. Takutnye. Ijal, tolong aku. Nanti tak pasal-pasal kepala aku jadi mangsa si Hulk nih.”



“Oii, don’t disturb me okay? Go on with your life la bro!” Aisyah lontarkan amarah dia.



“Hahaha! Kau nie kannn….” Acap baru nak balas kata-kata Aisyah, tiba-tiba Ijal bersuara.



“Acap. Acap. Tu. Tu. Alia dah nak sampai tuuuu.”



Alamakkk, mak cik kepoh ni pun satu. Apa kes pergi kelas aku. Ni gerenti nak mintak duit. Ishh budak nih. Kacau daun betol! Aku baru nak ‘date’ kejap dengan enemy kesayangan aku.



“Allah! Aku nak lari jugak ni bro. Macam nampak Ju-on je bila aku tengok si Alia tuh. Bye!” Ijal dah berambus. Aisyah baru nak melangkah turun, ada pulak orang shout nama dia.



“Kak Aisyah! Kak Aisyah! Tunggu kejap!”



“Haa Aliaa, kenapa panggil akak nih?” Aisyah jawab. Acap terkejut. Sejak bila adik aku ni kawan dengan si Hulk nih? Backstabber punya adik. Balik nanti kau tunggu laa. Acap terus berlalu.



“Eh, mana abang nak pergi tuh? Sini la kejap. Nak cakap dengan abang. ‘Rindu’ tau!” Alia buat suara manja. ‘Rindu’ dia ada makna. Nak mintak duit. Hehe. Acap heran perangai adik dia tuh. Kalau nak mintak duit pun, jangan la cakap perkataan ‘rindu’ tu bila Aisyah kat depan mata. Nanti Aisyah pikir dia ni ada couple pulak. Ish, pehal kau ni Acap? Yang kau takut Aisyah tu pikir lain pesal? Haishhh, tak payah nak pikir pasal tu. Nonsense!



Aisyah terkejut. Eh, budak dua orang ni ada pape ke? Heran aku. Kalau mereka ada pape mesti Alia ada citer kat dia. Mungkin Acap tak kasi si Alia tu citer kat aku pasal mereka dua. Hurm….



“Alia, kenapa? Tadi panggil akak. Nie panggil dia pulak? Mana satu nih?” Aisyah dah mula bersuara.



“Hehe. Sori kak. Dua-dua pun Alia nak. Akak ada nampak Ijal tak? Dia kan sekelas dengan akak? Alia nak mintak tolong dia nih.”



“Ohh, dah balik kot. Akak pun nak balik sebenarnya ni.”



“Ohooo. Okelah. Tak pe.”



“Haaa, assalamualaikum korang dua. Dating la kat situ.”



Ooppppsss! Terpacul pulak ayat tu. Apesal kau ni Aisyah. Tak pandai nak jaga mulut. Nanti ada pulak orang pikir kau jeles tengok Acap dengan Alia. Ishhh! Aisyah pantas berlalu dari situ. Antara malu ataupun . . . . . . entahlah!



“Eh, kenapa dia cakap macam tuh?” Acap tanya Alia.



Alia senyum nakal dan biarkan pertanyaan abang dia tu berlalu. Yang penting, dia nak mintak duit dari abang dia. Hehe.



Fuhhh! Penat Aisyah berlari. Kalau tak kerana terlepas cakap, takde dia nak lari sampai penat sangat. Dia baru nak pergi tempat dia parking skuter. Ade pulak hal jadi kat sini.



“Motor sape yang parking depan aku nih. Lock jalan orang betol! Nak aku langgar kea pa? Ishhh!” Aisyah merungut.



Aisyah buat spotcheck dekat motor warna putih tu. Dia terkejut bila tengok something. Tulisan dekat motor tu ada nama Acap! Sah ni motor mangkuk tuh! Hehehe. Idea untuk menjahanamkan motor Acap terkeluar. Siaplah kau Acap. HAHAHA



***************************



“Jahanam! Si Hulk tu memang nak kena dengan aku. Macam mana aku nak balik nih? Abah still ada kat sekolah ke tak sekarang. Haishhhh. Hampeh betol awek aku nih. Ishhh.”



“Ehhh? Awek kau? Sape? Sape?” Ijal tiba-tiba muncul.



“Kau ni sorang pesal ada kat sini? Macam hantu pulak. Tetibe je muncul. Mesti kau lari dari mak cik kepoh tuh. Mana ada aku cakap awek aku. Ni hah! Si Aisyah tu. Pedajal motor aku. Habis rosak body motor aku nih. Dah la baru spray. Minah ni memang nak kena dengan aku! Tunggu la turn dia nanti!”



“Aik? Prankster kena buli? Hot story nihh. HAHA! Alia tu, asyik cari aku dua tiga hari ni. Rimas aku. Apa entah dia nak mintak tolong. Aku tau la aku ni hensem sesangat sampai adik bestfriend aku pun tergila-gilakan aku. HAHA.” Ijal dah mulakan aura perasan dia.



“Oi, aku tak nak kau jadi adik ipar aku. Buang karen kalau kau jadi adik ipar aku. HAHA. Takkan la si Alia tu nak suka kau. Dia dah ada pilihan hati yang lebih baik. Lebih hensem dari kau. Adik si Aisyah tu, Mizan. Hancur reputasi kau.”



“Cehh. Tak guna punya kawan. Reputasi engkau la jatuh. Kau kan budak paling hengsem kat sekolah ni? Ape pulak aku?”



“Baru sekarang kau nak puji yang aku ni hengsem? HAHA. Aku memang tak dinafikan lelaki paling hensem. Kau pun kalah. Tapi aku dah ada orang owned.”



“Oi mangkuk! Awek mana dapat cairkan kau nih? Aisyah? HAHA”



“Cisss. Takde maknanye. Bagus kau tolong hantar aku dengan motor aku ni. Dapat buat amal jariah dari ngumpat aku tak tentu pasal. Sikit-sikit Aisyah. Sikit-sikit Aisyah. Entah-entah kau yang suka dia?” Acap cuba korek rahsia kawan baik dia.



“Memang aku dah tersuka dekat si Aisyah tuh tapi dia tak pandang aku pun. Tu yang buat aku kecewa. HAHA. Gurau jer. Aku suka dengan si Ain la. Cinta sejati aku tuhh.”



Ciss. Nasib gurau. Kalau tak? Entahlahhh! Pelik betul perasaan nih.



“Haaa, hantar aku sekarang. Boleh jenguk rumah Ain sekali. Tak jauh dari sini kan?”



“Oi, kalau nak mintak tolong aku, tak payah la nak kaitkan pasal Ain. Sini aku tolong kau. Jom! Nasib aku bawak kereta. Kalau guna motor, tak nak aku bawak kau. HAHA”



“Jahanam punya kawan!”

#to be continued ~

No comments:

Post a Comment