Friday, 19 August 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 4

“Dude. Kau termenung ni apasal? Ingat si Aisyah tu ke?” Ijal menegurnya. Fuhh. Nasib baik tak keluar segala ilmu melatahnya. Kang berterabur keluar, malu gilaaaa oi!


“ngok. Aku rela syampu rambut kau seminggu tau daripada ingatkan budak tu.”


“Bukan kau suka dia ke? Semua orang tau.”


“Sapa buat rumour ni? Aku lumur mulut dia dengan besi gigi si Jo tu baru padan muka dia.”


“Kau ingat kat sekolah kita ni ada orang cacat penglihatan ke? Mana ada orang bengap sangat tak reti-reti yang kau suka dia.”


“Kau tau tak dia tu… isn’t my taste. Kalau boleh ISN'T tu semua font size 72.”


Diam pulak si Ijal ni.


“kau dengar tak aku bebel apa ni?”


“Dengar lah. Tapi kan… kau tak yah la nak nipu aku . Aku ni sahabat kau yang paling setia, baik dan yang paling penting hensem.”


“Look. Aku nak kau baca ni.” Dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum mengunjukkan kertas itu kepada Ijal. “Baca kuat-kuat.”


“Ok.”Ijal berdehem. “ Acap. Aku percaya kau tak suka dia.” Lurus Ijal membaca perkataan yang ada di kertas itu. “what?”


“Good boy. Come to papa. Meh meh.”


“cisssssssssss. Durjana.”


“heck. Sapa suruh kau bengap.”

******************************************




Arghhhh. Penatnya. Apahal la rumah aku ni banyak tangga? Kenapa takda escalator? Kenapa takda lift? Kenapaaaaaaaaaa?

Kemudian dia dengar bunyi kaki orang menuruni tangga. Alamak. Macammana nak beramah mesra dengan jiran ni? Walhal dah berbulan tinggal sini, dia masih tak dapat berinteraksi dengan baik dengan jiran-jirannya. Berbeza dengan adiknya yang mesra alam tu. Baru je tinggal sini, dah berdozen kawan dia. Hai…

Dia pandang jirannya yang tengah menuruni tangga itu. Eh. Sapa nama malaun ni eh? Sapa eh? Think, Aisyah. Think. Idel ke? Ke Maidel? Eh. Maiden kot.

“ baru balik sekolah?” tegur si jiran yang dia tak ingat nama tu.

“ha ah.” Dia senyum. Huh. Penatnya berlakon jadi budak baik ni.

“form berapa eh? Sekolah mana?”

“4. Sekolah Menengah Wira Bakti.”

“Wira Bakti? Bukan tu sekolah juvana ke?” Lelaki tu bertanya.  Wira Bakti tu sekolah orang kaya kan? Wahh…

‘sukati gua la nak letak nama sekolah apa pun. Lu sebok apasal? Jangan sampai wa sepak lu berguling-guling sampai masuk longkang bawah sana nanti.’  dia cakap dalam hati je. Mesti la control ayu kan.  Demi menjaga reputasi sebagai orang baru dekat sini.

“takde lah. hihi.” Ketawa sopan dan dia rasa masa tu memang dia nak sepak mulutnya. Kenapa pulak aku boleh bertukar jadi seayu ini?

“oh. Sama sekolah dengan Acap eh?”

Hah? Acap? Apahal pulak boleh keluar nama si jebon ni? Takkan la dia tu dah meluaskan jajahan takluknya sampai rumah aku ni? Takkan laaa.

“Ha’ah.”

“oh. Emm. Saya pergi dulu la. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalamm.”

Aisyah mengangguk dan tersenyum. Fuhh. Lega. Aku mana peramah macam adik yang mulut macam nak kena cabai tu.

Sapa nama jiran tu pun dia tak tau. Ai~ tak boleh jadi ni. Ala nama betul si Acap pun dia tak tau. Yang dia tau budak Trojan tu duduk kelas 4 Remora. Ni lagi yang buat dia rasa nak gelak. Apahal nama kelas kat sekolah situ pelik-pelik? Remora tu kan ikan yang duk menggatal kat bawah badan ikan jerung tu? Tapi, pelik-pelik pun tu kelas budak pandai.

Acap ni bukan pure melayu. Tengok muka dah tau. Orang cakap bapak dia ni Australian. Eh. Australian ke? Entah la. Yang penting memamg dia bukan pure melayu la.

Sebab tu la mata dia cantik. Yeah. He got nice eyes. Dia selalu ingatkan dirinya sendiri supaya jangan memuji mata si Trojan tu. Tapi, tak boleh. Sebab, mata dia memang cantik. Cantik tu bukan cantik macam mata perempuan. Cantik macam… entah. Dia sendiri tak tau macammana nak describe.

Arghhhhhh! Aisyah rasa nak ketuk kepala dia sendiri. Kan dah cakap tadi, jangan puji. Ai~


# to be continued ~

No comments:

Post a Comment