Saturday 13 August 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 1

Aisyah Nadhirah Ariff Sameon – 12.30 tengahari, Millenium Apartment.

Millenium Apartment



“Eh, pak cik! Biar saya tolong.” Suara asing itu kedengaran di telinganya. Dia memandang sekilas ke belakang. Dia nampak seorang lelaki dengan sebuah kotak di tangannya dan dia sedang berdiri sebelah ayah. Muka lelaki itu kabur di penglihatannya. Reception matanya tidak berfungsi dengan sebaiknya. Sebab itulah dia tak nampak wajah lelaki yang baik hati tolong ayah itu.

Perlahan-lahan dia melangkah satu persatu anak tangga. Rumah tingkat atas sekali. Tingkat 5. Damn! Tingginya. I wish that lift would appear now. Abracadabra! And nothing happens… hish hish hish!
Kotak yang berisi segala barang biliknya dipegang cermat. Kalau jatuh kang jadi satu hal pulak nak kemas balik.

Kedengaran suara ayah tengah rancak bercerita dengan mamat baik hati tu. Cepat-cepat dia mengatur langkah memanjat anak-anak tangga itu. Jangan jatuh. Jangan jatuh. Jangan jatuh.
Sempit nafasnya bila dia tiba di hadapan pintu rumah baharunya. Kalau macam ni hari-hari memang sah aku kurus. Yeay! Dapat kurus dengan mudah dan free.

Bila dia masuk dalam rumah baharu (kononnya) dia nampak mama tengah menyapu di dapur. Dia agak yang mama nak mengemop lantai dapur. Dan, dia buat tak tahu je. Terus dia melangkah masuk ke ruang tamu. Dia nampak pulak adik yang tengah mengelap cermin pintu. Dan seperti tadi dia buat tak tahu jugak. Dia masih penat walaupun mengangkut kotak yang satu itu. Walhal ayah lagi penat angkut kotak-kotak lain naik atas sorang-sorang. Mama dan adik tak dapat tolong ayah sebab sibuk nak mencuci ‘rumah’. Sepatutnya adik yang lelaki dan gagah perkasa tu yang bantu ayah bawak barang-barang lain naik atas. Dasar pemalassss.

Pagi tadi sepatutnya dia datang sekali dengan mereka. Tetapi, mama suruh dia beli makanan tengah hari. Dia yang tengah memikirkan macam mana nak lepas dari membantu tolong mengemas rumah baharu, terus sahaja setuju. Itu pun, dia sengaja lambat-lambat pergi membeli makanan. Dia sibuk merempit tak tentu hala dulu. Bila dia sampai, dia dah nampak ayah masih dekat parking kereta. Sibuk memunggah kotak-kotak barang mereka. Barang yang lain dah diangkut oleh geng pakcik lori kelmarin.

Tetiba dia teringat makanan tengah hari yang dia beli tadi. Kecurrr air liurnya. Makanan tengahari. Eh. Mana aku letak? Ke aku tak bawak sekali naik tadi? Ah. Sudah. Jadi satu hal nak kena turun ambik tapau dekat skuter kesayangan.

Masa tu dia dah pakai balik tudung yang baru sahaja ditanggal dari kepalanya. Baru je dia nak menuju ke pintu utama, pintu tu dah dibukak dari luar. Ayah rupanya.

‘’Terima kasih lah ya tolong pakcik. Senang-senang singgahlah.’’

What? Singgah sini? Ayah, dia tu lelaki. Buat hapa lepak dekat rumah yang ada anak dara yang cun melecun macam along ni?

Dia nampak si mamat baik hati tu memberi kotak kepada ayah. Tapi, dia tak nampak muka. Macam yang dia bagitahu tadi, dia rabun dan tak nampak dengan baik wajah mamat yang baik hati tu. Dari tadi asyik cakap mamat tu baik hati apakehalnya? Haishhh.

Tunggu dia turun dulu lah. Baru pecut turun bawah. Bukan nak sombong tak nak tegur jiran dekat sini, tapi dia malas nak beramah mesra dulu. Nanti-nanti lah.

“Ma. Along turun dulu ambik lunch yang tinggal dekat skuter.’’

‘’Ya.”

‘’Along,cepat sikit bawak lunch tu naik. Orang lapar gilaaa ni.’’ Adiknya dah melaung dari ruang tamu.

‘’Kalau nak cepat, sendiri turun la. Suruh orang gaya macam tauke besar je.’’

‘’Orang penat lah. Dia tu setakat beli lunch aje. Bukan kerja berat pun.”

“Cisss. Sekurang-kurangnya along beli makanan dan tolong ayah bawak naik kotak. Tak macam orang tu. Gaya lelaki tapi malas nak angkut kotak naik. Apa kes?”

Dan adiknya terus senyap. Kalah!
Dia terus menuruni tangga ke tingkat bawah. 

#to be continued ~

No comments:

Post a Comment