Monday 15 August 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 2

Asyraff Ishak Fatimi Cavendish (Acap)

‘’Abah. Tadi kan kawan abah yang baru pindah sini tu. Aaa, sapa nama dia tu?’’ Tanyanya. Dia nampak abah tadi bersembang dengan jiran barunya. Masa tu dia nampak ada orang baru pindah. Jadi, dia ‘saja’ nak tolong. Ya, ‘saja’ tu patut ada sign quote unquote kat atasnya.

‘’Oh. Uncle Meon tuh. Ala. Takkan tak ingat?’’

‘’Uncle Meon?” dia rasa nak gelak je. Ada lagi eh orang guna nama tu dekat zaman ni. Aish, Acap. Tu nickname dia la. Nama kau tu teruk lagi. Nak kutuk orang konon. “Tak kenal pun. Dia baru pindah sini eh?’’pura-pura tanya. Walhal dah tahu pun jawapannya.

‘’Ha ah. Dia baru transfer sini.’’

“ohh. Kawan abah dulu ke?”

“ha ah. Kitaorang sama kampung dulu.”

“kenapa achik tak tau ha?”

“achik tak ingat kut. Dah lama dah kitaorang tak jumpa.”

“ohh.” Ingat Acap. Kau jangan nak gatal tanya pasal anak dia. Tolonglah. Tolonglahhh.

Penat! Word tu jer yang boleh keluar dari mulut dia dari tadi. Kalau tak kerana nak tengok muka awek cun tu tadi, takde faedahnya dia nak pergi tolong. Muka Asyraff Ishak ni nak pergi tolong jiran yang baru pindah? Setahun pun kau tunggu memang takkan muncul punya. Sebab tu dia cakap tadi ‘saja’ nak tolong. Walhal jangan harap la dia nak tolong. Asyraff duduk di ruang tamu. Niat nak pejam mata, tiba-tiba Puan Zahra datang. Ibu.


“Lewat balik sekolah hari ni?” Puan besar dah mulakan soal siasat. Macam Polis Bukit Aman jer ibu ni.


“Mana ada? Macam biasa jer. Achik pergi tolong jiran yang baru pindah tadi.”


“Eh? Ibu tak salah dengar ke? Achik pergi tolong jiran? Tak pernah nak dengar anak ibu ni pergi tolong jiran? Ada pape ke?”Ibu buat senyum nakal.


“Ibu…Achik tolong angkat barang jer. Manade pape.”Dengan gaya cool tapi dekat hati takut rahsia pecah. Alamakkkk, mintak-mintak ibu tak tahu niat sebenar.


“A’ah,yelah tuh.Takde pape.Macam ibu percaya.”


“Ibu masak apa hari ni? Sambal udang ek?” Asyraff tukar topik,nak lari dari soalan puan besar.


“Haaa,you’re trying to change the subject dear. Tak perlulah nak ber-secret-secret dengan ibu. Kalau dah ready,citer jer dengan ibu. Boleh ibu masuk meminang.” Ibu gelak. Sempat kenyit mata dengan anak teruna dia yang hengsem tu dan berlalu ke dapur. Haishh .


‘’Ibu. I’m 16 okay.’’ Huh. Dia tahu yang ibu takkan dengar. Sebab ibu dok sibuk dalam dapur buat apa entah. Malas la nak ambik tau.


Asyraff masih terdiam. Bila masa ibu aku ni pandai baca fikiran aku. Ni mesti kerja Mak Cik Kepoh bukak cerita. Tunggulah bila kau bangun tidur nanti. Nahas aku kerjakan. Asyraff dah pasang niat jahat. Dia siap berangan-angan nak tarik rambut adiknya itu. Niat nak pejamkan mata terbantut sebab terbau sambal udang yang ibu masak. Perghhh,menggugat iman! Dia terjah dapur dan terus melantak sambal yang tengah kaw kaw.


*****************************


Nyaman betul angin petang tuh. Duduk dekat beranda sambil layan gitar pun best jugak. Asyraff ambik gitar cabuk Fender dia dan duduk dekat beranda. Dia terpandangkan blok jiran yang baru pindah tu. Tingkat 5. Rumah hujung sekali. Ada ke tak awek cun tu dekat rumah sekarang? Apa entah dia tengah buat? Wait Asyraff. Apa yang kau fikirkan nih? Caring sangat dengan jiran baru tu pesal? Stay cool, dude. Takkan lah baru nampak kau dah…


“Aaaabanngggg!!!!!!”Alia menjerit di telinga Asyraff.


“Oo mak engko tingkat lima caring sangat!” Asyraff terkejut. Dah bangun rupanya Mak Cik Kepoh nih.


“ALIAAAAA! Hilang dah macho abang! Ape kes pekik dekat telinga orang nih? Tak reti nak bagi salam ke?” Asyraff membebel .


Alia pekup kedua-dua belah telinganya.

“Ish,perasan betol abang nih. Jordan lagi macho. Cute pulak tuh. Setakat muka abang nih, 50 sen pun tak laku. Lagi-lagi kalau orang tahu abang ni melatah. Free pun orang taknak. Alah, Lia dah bagi salam pun. Siap mintak izin lagi nak jerit dekat telinga abang. Abang tu jer yang pekak. Termenung tengok tingkat lima tu nape? Aaaaaaaaaa.”


“Cehh, sikit-sikit Jordan. Sikit-sikit Jordan. Sis, he’s gay okay. Sedap mulut mengata abang? Nak kena sumbat dengan gitar abang nie ke? Manade abang tengok tingkat lima. Abang tengok awan laa.” Asyraff berdalih.


“Elehhh. Bro,nice cover. Tapi depan Lia, tak payah nak cover segala. Lia tau lah. Abang suka dekat anak Uncle Meon dengan Aunty Rufaihah tu kan? Kan?”Alia buat mata kelip-kelip.


“Whatttt? Who is that? Your new uncle and aunty eh? Abang tak kenal pon. Hahaha. Lia, nyanyi satu lagu jom? Boring la abang dengar Lia tanya soalan pelik-pelik nih. Takde dalam subject yang abang ambik.” Baik aku lari cepat sebelum dia buat aku nak lompat sampai tingkat bawah. Haru kang.


“Huh! Abang nie,tu pun tak tau. Nak nyanyi? Nyanyi lagu apa? Macam biasa boleh?”


“Dah Lia tak bagitau macam mana abang nak tau? Lantak Lia lah. The most important thing, abang nak duet dengan Lia. Lagu bapakku pulang dari kota pun no hal.”Asyraff ketawa.


“Okey! Jom nyanyi sekarang! Abang start dulu. Lagu ‘Love Story’ yang ada Romeo Juliet tuhh.”


“Hek. Jiwang. Okay. Set!”


Asyraff petik gitar dan memulakan nyanyiannya. Alia duduk di sebelah abangnya sambil tunggu turn nak sambung nyanyi. Jiran sebelah pun join dengar mereka nyanyi. Gandingan adik-beradik ni memang mantap. Suara Asyraff dan adiknya tu memang tak boleh dilawan. Tanpa diketahui, sepasang mata sedang melihat gelagat dua beradik, Asyraff dan Alia dari cermin tingkap yang agak gelap.

# to be continued ~

No comments:

Post a Comment