Thursday 15 September 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 6

Asyraff Ishak Fatimi Cavendish, Millenium Appartmen – 6 pagi

Acap dan adik dia tengah sarapan. Dah ready untuk pergi sekolah. Lepas sarapan mereka duduk dekat beranda untuk seketika. Sempat lagi Acap jeling Tingkat 5 bangunan sebelah. Alia borak dengan Acap kejap.

“Abang, lepas waktu sekolah nanti ada meeting pasal yang majalah sekolah tuh. Datang tau! Abang tu pengerusi.”

“Aik? Apesal abang baru tau dari Lia nih?”

“ Semalam, cikgu Patrick carik abang tapi tak jumpa. Jadi dia bagi tau dekat Lia je lah.”

Hurm, peluang yang baik nih. Boleh buat plan nak pedajalkan si Hulk tuh. HAHAHAHAHAHA!

“Lia, abang mintak tolong boleh?”

“Tolong apa lagi nihhh? Pagi-pagi dah buat panggilan kecemasan. Hishh.”

“Mintak tolong sikit jer. Ajak kak Aisyah join team kita? Adik cakap dia terror bab design dengan edit, masukkan dia dalam group tuh. Kalau boleh sama team dengan abang. HAHA”

“Nak usha anak aunty Rufaihah la tuhh. Gatal punya abang Lia nih.”

“Weyh, abang buat bersebab ok! Tapi bulan nak usha dia. Budak kecik tak payah nak tau.”

“Watever. Jangan sakitkan hati dia sudah. Abang naik motor ke hari ni?”

“Tak, I’m using my car. Nape? Nak tompang sekaki payung ke?”

“Mesti laaa! Rugi tak naik kereta abang tuh. Hehe.”

*************************

Jahanam betol! Pesal la first time join kelab macam nih terus kena meeting. Dah la jumpa dengan mamat sengal ni lagi. Jadi orang bawahan dia pulak tuh. Ciss. Kalau nak ikutkan hati, dia tak nak join kelab macam nih. Jadi, editor majalah sekolah. Macam mimpi jer. Kalau tak kerana si Alia yang pujok dia suroh join memang takkan pernah dia jejak kaki masuk kelab nih. Yang malangnya, pengerusi kelab tuh si Trojan. Pastu, Aisyah punya tugas untuk bahagian designing and editing the school magazine. Ketua bahagian tu pun sama jugak,  si Trojan tuhhh. Malangnya nasib badan. Alia school photographer. Sekepala dengan adik dia, Mizan. Dua orang budak tu memang rapat.

Mesyuarat tamat pukol 3 petang. Tapi tadi dia tengok pengerusi kelab keluar 30 minit awal. Ada kes disiplin dengan budak sesi petang. Ishh, macam-macam jer. Aisyah cepat mengatur langkah ke tempat parking student. Nak balik cepat. Perut dah berkeroncong.Segala bunyi drum dalam perut nih dah terkeluar. Nak balik. Nak makan. Nak tido puas-puas.

Aisyah lintas satu kereta nih. Menarik perhatian betol. Kereta student mengalahkan kereta cikgu kat sekolah nih. Sport car pulak tuh. Lamborghini tuhh. Mahal betol kereta nih. Kalau aku dapat kereta nih memang syok habiss. Tak dapat kereta dapat rasa naik kereta ni pun dah kira bersyukur. HAHA. Jangan berharap la Aisyah. Dia menyedarkan dirinya.

Aisyah dah sampai dekat tempat dia parking skuter kesayangan. SHIT! Sape yang pedajal skuter kesayangan dia nih? Kalau calar sikit takpe jugak. Ni, bukan setakat calar, kemek, bengkok, patah semua ada! Ishhh, macam mana aku nak balik nih. Sape boleh tolong aku? Ya Alllah, aku bermohon kepada-Mu,tolonglah hamba-Mu ini. Aisyah berdoa banyak. Tiba-tiba satu suara tegur.

“Ehem. Ehem. Kenapa dengan motor cik adik? Rosak ke? HAHAHA!”

“Acap! Kau yang buat macam ni ek? But why hah! Damn!”

“Weyh, cakap ikut sedap mulut jer. Kau yang pedajal motor aku dulu.”

“Sebab kau selalu kacau aku. Aku rimas lah!”

“Tapi aku suka.”

“Aku tak suka” Suara Aisyah dah mula sayu. Dia mengenangkan macam mana nak balik rumah. Kalau abah ada kan senang. Abah still out station. Nak mintak tolong sape nih. Adik? Mesti dia tompang kawan. Acap? Tak mungkin lahh.

“Aisyah, nak aku tolong ke? Muka kau tuhh burok sangat. Macam mak kucing hilang anak. HAHA”

“Apa yang kau boleh tolong? Tolong ketawakan aku? Macam tuh?” Mamat ni, sempat nak kenakan aku. Durjana punya mamat. Kalau dah sengal tu, memang sengal jugak lah. Ishhh.

“HAHAHHAAH! Kau nih! Aku hantar kau, jom!”

“Naik motor baru kau nih? Sorry arr. Haram bonceng motor dengan laki yang takde pertalian darah dengan aku. Lagi pun, nanti Alia marah pulak aku bonceng motor dengan kau.”

“Ha? Alia marah? Kenapa pulak?”

“Lahhh, dia kan awek kau.”

“A’aha.” Acap rasa nak gelak jer dengan apa yang Aisyah cakap.

“Weyh, salah ke apa yang aku cakap tadi?”

“Ye. Lawak sangat.”

“Ciss.”

“Nie bukan motor aku la bengap. Aku tak naik motor dah sekarang. Aku dah upgrade sikit. Thanks to you sebab pedajal motor aku semalam. Kalau tak, sampai sekarang aku tak boleh guna kereta aku.”

“Naik kereta? Aku tak percaya.”

“Kau tak percaya? Ni hah kereta aku.”

Aisyah diam. Tak percaya.

“Kau tak percaya jugak? Ni kunci.” Acap masuk ke dalam kereta dan panaskan enjin.

“Kau nak tumpang ke tak? Kalau tak, aku cabut terus. Kalau nak, cepat masuk.”

“Aku nak! Hari ni jer aku nak. Sebab takde pilihan lain. Eh, Alia tak marah ke kalau aku tumpang kereta kau nih?’

“HA? Buat apa Alia nak marah pulak?”

“Kan dia awek kau. Berapa kali aku kena ulang?”

“A’ah. Aku terlupa. HAHA. Habis tuh kenapa Lia nak marah?”

“ Weyh aci? Awek sendiri pun boleh lupa ke? Mana tau dia tak nak kau kena kebas oleh aku.” Aisyah cuba untuk bergurau. Dia tak selesa sebenarnya. Walaupun impian tercapai naik kereta sport. Haha.

“Kau ada hati kat aku ke?” Acap tanya dengan pantas.

“Boleh percaya ke aku suka kat enemy aku sendiri?”

“Tak.”

“So, that is my answer. No. Aku tak suka kau.”

****************************

Keadaan dalam kereta Lamborghini, ASY 0330 sangat sunyi. Acap yang tengah concentrate dengan drive. Aisyah yang tengah layu dengar lagu dalam kereta Acap.

“Eh, genre lagu kau memang macam ni ke? Very the jiwa jiwang.” Aisyah memecah sunyi.

“Cehh, tak langsong. Ni lagu si Alia. Aku tolong dengar jer. Kalau buah hati dah suka, aku kena la suka walaupun tak minat.” Acap gelak.

“Ohhhh.” Aisyah tak tau nak jawab apa. Bosan atau dia ada perasaan lain? Entah ar.

“Kenapa kau tanya?”

“Saja?”

“Is that a question mark or a fullstop?”

“Entah. Tak pasti pulak aku. HAHA!”

“Pelik kau nih.” Cubalah kau boleh ketawa dengan ikhlas macam tu dekat aku hari-hari. Sure aku takkan kacau kau lagi. Acap senyum sorang-sorang.

“Eh, yang kau senyum sorang-sorang tu pesal?”

“Takde pape. Eh, dah asar nih. Aku berhenti depan ni dulu.” Acap parking dekat depan masjid. Ok jugak mamat sengal nih. Ingat jugak nak solat. Hehe.

“Oi, kau tak nak ikut sekali ke?”

“Aku? Aaaa, takpelah. Aku solat kat rumah jer. Uniform aku nak pergi solat tertinggal kat rumah.Aku lupa nak bawak selalu.” Aisyah jawab dengan sengih.

“Ha’ah. Kalau kau CUTI cakap jerlah. Tak perlu nak tipu sunat segala. Aku open-minded. HAHAHA” Acap tekankan perkataan CUTI tuh.

Aisyah buat-buat tak dengar. Acap berlalu dari situ.

Selesai solat. Acap hantar Aisyah balik. Aisyah ucap terima kasih dan terus berlalu. Hari ni jer mereka cakap dengan nada yang sopan. Hari-hari mendatang? Masih sama macam dulu jugak. Dan makin parah kes mereka. Sampai  ke tahap Acap buat sesuatu yang dia tak pernah jangka akan buat.                                                                                                                                                                                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment