Monday, 19 September 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 7

Keadaan dalam Dewan Ibnu Sina agak bising dengan hampir seribu orang pelajar Sekolah Menengah Wira Bakti. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan untuk menghadiri rehearsal untuk malam Majlis Ulang Tahun Sekolah. Lebih kurang dua minggu akan datang. Sepatutnya rehearsal dibuat pada beberapa hari sebelumnya. Tapi, pelajar tingkatan 5 terpaksa menghadapi peperiksaan.

Aisyah duduk di tepi Ain. Dia tak berapa sihat hari ni. Dari kelmarin. Apa yang penting sekarang ni, dia rasa nak lelap atau apa-apa je janji dia tak mendengar bunyi bising macam sekarang.

Kemudian, suasana agak sepi sebab rehearsal dah nak mula. Seseorang – mungkin pengacara majlis atau AJK majlis – dah naik atas pentas untuk memulakan briefing. Dia tak nampak sangat sebab kepala dia dah pening dan perut dia dah mula memulas. Aku salah makan ke? Takkan laaa...

Dia dah mula rasa nak pitam. Berpeluh-peluh dia menahan sakit. Poisoned food ke? Takkan lah time-time gini…

“semua pelajar dikehendaki untuk berada dalam dewan. Pelajar yang nak keluar mesti mintak kebenaran dari ketua pengawas. Pelajar yang didapati escape dari rehearsal ni akan didenda. Faham?”

“fahammm…” semua pelajar menjawab tak serentak menyebabkan dewan bising semula.

“rehearsal akan bermula. Semua pelajar duduk di tempat masing-masing sekarang. And, one more thing guys and girls sekalian, no cheating okay? Budak kelas piranha tak boleh mengada-ngada nak duduk dekat kelas anemone , faham? Bukan budak piranha je, budak lain jugak. Got it?”

“yes,sir….” Suara-suara sumbang menyahut. Kemudian kedengaran gelak-ketawa.

Keadaan kembali sunyi walaupun masih ada bunyi, tapi tidak lah sebising tadi.

“Aisyah, kau ok ke? Diam je dari tadi?” Tanya Ain lepas briefing habis.

“ok.”

“apasal aku tengok ada unsur-unsur penderitaan dekat muka kau ni? Kau sakit ke?”

“takda lah. Aku pening sikit. Nak lelap.”

“pergi lah mintak kebenaran keluar. Aku temankan ok?”

“tak. Tak. Its ok.”

“jangan lahh. Kau nanti pitam kang.”

Aisyah diam.

“agak-agak  kalau aku  mintak kebenaran keluar si Acap tu izinkan ke? Kau tau la kan dia tu…”

“mesti lah dia bagi. Kau sakit lah. Takkan la dia heartless kejam nak mampus taknak bagi kau keluar.”

“nanti dia buat spekulasi aku ni nak escape? Kaw-kaw je aku kena denda nanti.”

“kau ni, sceptical sangat apasal? Aku temankan kau ok?”

“takpa. Aku cakap kat dia, aku nak pegi tandas. Nanti aku lelap lah kat kelas.”

“ok. Hati-hati tau.”

“ok. Wish me luck!”

“alright.”

Aisyah perlahan-lahan bangun. Perut dia dah memulas-mulas. Kepala dia dah berdenyut-denyut. Harap-harap dapatlah lelap dekat kelas nanti. Kejap pun jadi lah. Tak pun rest dekat bilik rawatan pun ok jugak. Harap-harap la si Trojan ni bagi aku keluar.

“Tak boleh!”

Whattttt?!

“apasal pulak? Aku cuma nak pegi tandas. Bukan nak escape pun.”

“aku cakap tak boleh, tak boleh la. Rehearsal baru mula, takkan kau dah nak keluar? Tadi sebelum datang apasal kau tak pegi je tandas?”

Aisyah diam. Kepala dia dah mula sakit. Malas dia nak bertekak dalam keadaan sakit macam ni.

“dah. Dah. Jangan buat muka kesian macam tu. Pergi balik tempat kau.”

Tiba-tiba, datang seorang student.

“Acap, aku pergi toilet jap.”

“ok.”

Ni yang buat aku rasa nak hentak je kepala malaun depan ni. Budak tu boleh je dia kasi keluar, apasal aku tak boleh?

“budak tu boleh kau kasi keluar, aku tak boleh apasal?”

“pasal dia tu bukan kau. Kalau dia tu kau, memang aku tak kasi keluar.”

Aisyah malas nak layan. Dia terus balik ke tempat duduk dia tadi. Cuma satu pintu dewan je yang dibuka supaya takda pelajar yang escape.

“eh. Kau dah ok? Kejap jugak.” Tegur Ain bila dia sampai.

“budak tu tak kasi aku keluar.”

“kau cakap kau nak pergi tandas ke?”

“ha ah. Tapi, dia macam curious sikit. Dia ingat aku ni nak escape la tu.”

“cakap la dekat dia, kau sakit.”

“malas lah. Buat sakit hati je.”

“biar aku slow-talk dekat dia. Kau tunggu eh.”

“eh, takpa lah.”

Tapi, Ain dah bangun. Dia menuju ke arah tempat di mana semua pengawas berkumpul.

“Acap, beri la Aisyah tu keluar.”

“kenapa pulak? Macam la aku tak tau taktik budak perempuan. Suka nak dok lama-lama dalam tandas. Tak payah join rehearsal ni.”

“bukanlah. Dia tak sihat tu.”

“habis, dia cakap dia nak pergi tandas kenapa? Cakap je la nak pergi rest. See? Ni dah menunjukkan kau orang tipu. Dah, dah. Pergi duduk.”

“Acap… kau tak kesian ke dekat dia tu? Bagi la dia keluar.”

“who’s in charge here, miss Ain? Aku kan?”

Ain diam. Terus dia melangkah pergi ke tempat duduk.

“Sorry. Dia tak suruh. Aku cakap kau sakit, tapi dia langsung tak percaya. Dia ingat aku tipu. Sebab, tadi cakap nak pergi tandas, ni cakap sakit. Sorry okay.”

“takpa. Dia kan tyrant. Normal lah tu.”

“kau tak ok, cakap tau? Nanti kalau ada cikgu ke lepak sini, aku report dekat cikgu tu.”

Aisyah mengangguk sedikit. Perut dia masih sakit.

Majlis Ulang Tahun Sekolah memang akan diselenggara oleh student dan cikgu tak akan masuk campur. Sebab tu la, dekat dewan ni takda cikgu. Kalau ada, awal dah dia mintak izin tadi. Takda lah merana macam ni.

Dia dah tak tahan. Dia menyandarkan bahunya pada bahu Ain.

“kau ok?”

“ok. Aku lelap kejap je.”

“ok.”

No comments:

Post a Comment