Monday 21 November 2011

Cerita 2 - Master Ego CHAPTER 16

#Acap, Ijal, Aisyah dan Ain: kini kami dah dewasa – 17 years old! J

Masa: 2 petang (Isnin)

Tempat: padang bola sepak



“isk.  Stress aku.” keluh Acap.

“apahal?” Ijal meneguk 100plus. Dia duduk bertinggung di sebelah Acap yang dari tadi asyik menggaru kepalanya – menunjukkan dia memang tengah stress.

“budak gedik tu ha. Dari hari tu dok kacau aku. stress gilaaaaa.” Acap menyelak rambutnya ke belakang.

“hari tu? Bukan dah berminggu ke?” Ijal menyoal. Dia tahu sapa budak gedik yang dimaksudkan oleh Acap itu. Meeza – perempuan yang boleh la agak cantik. Sama kelas dengan Acap dan kerap mengganggu kehidupan seharian Acap. Apa yang dia tahu, Acap selalu mengadu dekat dia mengenai Meeza itu. Dia masih ingat masa pertama kali Acap kena ‘ganggu’ dek Meeza.

“Ijal. Tolong aku! ada orang gila nak bunuh aku.” masa tu Acap memang nampak cemas sangat seolah-olah memang ada orang gila nak bunuh dia. Tapi, apa yang Ijal boleh buat masa tu cuma ketawa.

“sapa nak bunuh kau, ngok? Sekolah kita ni bukan hospital sakit jiwa la.”

“hah! Hah! Tu dia. Tu dia.” Acap menunjuk. Kemudian bila Ijal melihat ke hadapan, dia nampak Meeza macam tengah mencari seseorang. Bila Ijal nak tanya Acap balik, Acap dah lesap.

“lari pulak budak ni.” Ijal berkata kehairanan.

“Ijal!” saat tu ada orang asing yang panggil dia. Terus dia menoleh dan nampak Meeza dah berdiri dekat sebelah dia.

“hah. Ada pa?” soal Ijal. Hari ni memang pelik la. Makcik kantin ada letak virus dalam makanan rehat tadi ke? Acap tiba-tiba mengigau cakap ada orang nak bunuh dia. Lepas tu, boleh pulak dia lesap macam tu ja. Kemudian si Meeza ni pulak panggil dia. Pelik. Pelik.

“ada nampak Acap?”

“tak da.” Berkerut dahi Ijal. Kenapa pulak minah ni cari Acap? Pelik, kan?

“jangan tipu. Awak kawan baik dia kan?”

Ijal dah ketawa. “kalau aku kawan baik dia sekalipun, tak bawak maksud yang aku tau dia kat mana, dia tengah buat apa.”

“selalunya kawan baik akan tahu apa yang kawan dia tengah buat.”

“ok ok. Aku tau dia dekat mana.”

“dekat mana?” Meeza dah tak sabar-sabar.

“kalau tak silap, dia tengah cuci jamban sebab dia baru je lepas buang air besar.” Terus Ijal ketawa berdekah-dekah.

“jangan nak main-main la. cepat bagi tau mana dia?”

“kan aku dah cakap tadi aku tak tau. Kepala kau ni batu ke apa? Ke telinga kau tu tak da eardrum?”

“hish!” terus Meeza berlalu bila Ijal langsung tidak membantu dia.

Ijal ketawa melihat tingkah Meeza yang tengah menghentak kaki dan berlalu pergi. Lepas kejadian tu, baru la dia faham maksud Acap mengenai ‘orang gila yang konon nak bunuhnya’.

Meeza yang terlalu obsess terhadap Acap dan buat Acap tak bersemangat nak turun sekolah setiap hari. Meeza yang setiap hari tunggu Acap dekat pintu kelas semata-mata nak wish morning dekat Acap. Meeza yang sanggup cari cikgu Sejarah semata-mata nak switch group dengan Acap. Semuanya kerana Acap. Pernah sekali Ijal menyangka yang Acap dah jampi si Meeza. Tapi, tak relevan. Sebab, lebih baik dia jampi si Aisyah yang dah lama Acap suka. Kan?

Terus hilang gambaran kejadian itu dalam fikiran Ijal diganti dengan wajah muram Acap.

“sama la.” Acap bersuara mendatar.

“takkan kau stress sangat sampai tak tau beza term ‘hari tu’ dengan ‘berminggu’?” soal Ijal. Kemudian dia meneguk 100plus yang dah tinggal sikit itu. Pandangan dihala ke hadapan. Dia dengan Acap duduk di tepi padang melihat rakan-rakan mereka berlatih bermain bola sepak.

Acap diam.

“jadi…” Ijal berdehem bila dia melihat Acap masih diam. “… apa dia buat dekat kau lagi?”

“hari tu, ada kelas art. Aku tak tahu pulak dia ada join kelas art ni. Tiba-tiba dia dedicated kan drawing dia dekat aku. Malu gila aku dekat satu kelas tu. Dah la dia cuma lukis cupid yang pegang arrow dengan gambar heart yang besar gedabak. Lukisan dia tu boleh buat kau rasa nak terjun keluar tingkap, kau tau?” Acap mengeluh lepas dia bercerita.

“lukisan dia buruk?”

“ye la.”

“memang sesuai la dia masuk kelas art tu. Tak macam kau yang tamak. Lukisan punya perfect lagi nak mengada masuk kelas art.” Ijal ketawa. Dia tahu Acap ada masuk sebuah kelas tuisyen art. Acap memang suka semua benda yang melibatkan seni ni.

“aku kan ‘manusia Renaissance’.” Acap menjawab.

Ijal mencebik. Dia membaling botol 100 plus yang dah kosong ke tepi semak.

“jangan buang sampah la. Kau ni tak da semangat cintai alam sekitar la.” Acap menegur.

“ye la. Nanti aku kutip balik. Susah betul ada manusia Renaissance yang masih hidup zaman ni.” Ijal menjawab.

“alamak…” Acap tiba-tiba bangun.

Ijal menoleh ke arah Acap yang tiba-tiba bangun. “kenapa?”

Acap tak menjawab. Dia menuju ke arah tepi semak dan mengutip botol 100 plus yang dibuang Ijal tadi.

Ijal mengerutkan dahinya. Apahal nya budak ni?

Ijal masih memandang ke  arah Acap yang dah jauh berjalan meninggalkannya tanpa sebarang kata. Ijal bangun untuk berlari mengejar Acap. Namun belum sempat dia nak pecut, tiba-tiba…

“Acap mana?”

Ijal menoleh. Patutla Acap lari. Meeza rupanya.

“dia tak da…”

“pergi mana?”

“tak tau.”

“tipu.”

“tipu apa pulak. memang betul aku tak tau.”

Meeza diam. Dia memandang tajam ke arah Ijal.

“apa kau pandang aku macam tu?” Ijal menyoal kehairanan. Kenapa pulak minah ni?

“kenapa semua soalan saya, awak jawab ‘tak tau’. Even though that you are actually tahu.” Meeza menyoal.

“dah kau tanya soalan yang jawapan dia ‘tak tahu’ nak buat macamana.” Ijal membalas.

Meeza merengus geram dan berlalu pergi menyebabkan Ijal ketawa kuat.

Heh. Perempuan memang macam tu. Asal kalah je, terus nak lari.

“budah Acap ni dah blah gi mana pulak?” Ijal mengumam sendiri.

Beberapa minggu kemudiannya…

Masa: rehat

Tempat: pondok  sekolah



“BOLEH tak kau jangan kacau aku dalam seminggu dua minggu ni. Tak lama lagi trial SPM. Kau tau tak?” suara Acap meninggi. Dia tahu yang dia tak sepatutnya meninggi suara kepada seorang perempuan. Tapi, perempuan yang bernama Meeza ni memang layak.

Ijal memandang dua makhluk Tuhan di hadapannya. Acap yang tengah marah dan Meeza yang tengah menggedik. Keadaan di bawah pondok yang ada kerusi dan meja batu ni agak tegang.

“saya tak kacau awak la…” suara Meeza perlahan.

“habis yang kau buat tu apa?” soal Acap. Dia memang geram sangat. Tengah-tengah dia dan Ijal belajar, tiba-tiba datang Meeza yang mengganggu kosentrasi mereka.

“menggatal…” Ijal menyampuk. Kemudian dia ketawa bila melihat wajah Meeza berubah masam.

“aku nak kau blah sekarang.” Acap masih dalam cold-tone. Dia memandang ke arah Meeza yang duduk di sebelahnya. Dia yang tengah berdiri memandang Meeza dengan perasaan yang memang nak hentak muka Meeza yang gedik itu.

“hah. Kau dengar tu. Putera raja kau ni nak kau blah sebab dia nak cari puteri raja lain. Sebab kau puteri raja yang pekak dan tak faham bahasa Melayu.” Ijal yang dari tadi setia memerhati menyampuk.

Meeza menjeling tajam ke arah Ijal yang suka menyindirnya. Dia merengus kasar dan berlalu.

Acap kembali duduk. Dia mengusap rambutnya yang dah sedia berserabut itu.

“awak… awak ok tak?” soal Ijal. Kemudian Ijal ketawa terbahak-bahak menyebabkan beberapa orang pelajar yang lalu dihadapan mereka menoleh. Namun , Ijal tak peduli.

“kau diam.” Acap memandang ke  arah Ijal yang galak menyakatnya.

Kertas-kertas nota di atas meja dipandang. Dah hilang mood nak belajar.

“wei. Kau ok tak ni?” soal Ijal bila dia melihat Acap macam tak keruan.

Acap menggangguk perlahan.

“kau tau tak, masa kau marah minah tu tadi, aku teringat cerita masa kita form 4 dulu.” Ijal menutup buku rujukannya. Dia memandang tepat ke  arah Acap yang duduk di hadapannya.

“cerita apa?”

“pasal kau dengan Aisyah tu la.”

Acap diam seolah-olah dia tengah mengingati peristiwa itu.

“oh.” Acap menyahut. Baru dia teringat.

“kan? Masa tu kau tengking dia sebab tak ampunkan kau. Lawak la.” Ijal ketawa lagi.

“apa yang lawak?”

“kau la. Just because dia tak nak ampunkan kau, kau tengking dia. Dasar kanak-kanak.” Makin galak Ijal mentertawakan Acap.

“diam la.”

Ijal ketawa. “apa cerita kau dengan Aisyah sekarang?”

“tak da pa pa.”

“putus asa dah?”

“putus asa apa?”Acap mengerut dahinya.

“misi curik hati si Aisyah tu.”

“diam la.”

“dari tadi, suruh aku diam.”

Acap ketawa. Bukan sebab wajah cemberut Ijal tetapi sebab dalam kotak fikiran dia sekarang ni ada satu wajah yang sedang tersenyum.

Acap, you worst. Kau dah gila meroyan,’ suara hatinya menyampuk.

No comments:

Post a Comment