Tuesday 22 November 2011

Cerita 2 - Master Ego CHAPTER 17

Selepas trial SPM

Masa: rehat

Tempat: belakang kantin



“apa kata kau jadi awek aku?” soal Acap kepada Aisyah.

“pffffffffffffft” tersembur air mineral yang diteguk Aisyah tika itu.

Cepat-cepat Acap menghulur tisu kearah Aisyah yang sedia terbatuk-batuk itu.

“kau dah gila?” Aisyah menyoal apabila dia dah dapat suaranya kembali.

“kenapa pulak?”

“dah kau tanya soalan out of hukum dunia kita?”

“bila masa pulak dunia kita ada cakap hukum macam tu?”

“result trial kau teruk ke sampai kau merapu macam ni sekali?” soal Aisyah sekali lagi. Dari tadi jantungnya berdenyut mengalahkan kelajuan kuda berlari.

“tak la.”

“habis yang kau merepek ni tadi apasal?”

“bila masa pulak aku merepek?”

Aisyah diam. Dia rasa nak ketuk kepalanya dengan botol mineral di tangan. Kenapa si Trojan ni? Buat aku sakit jantung je.

“cuba kau cerita dekat aku. Apa masalah kau sebenarnya? Sampai kau offer benda merepek tu.” Soal Aisyah.

“benda merepek apanya? Benda baik kan?” Acap tersengih melihat wajah Aisyah.

Aisyah diam. Dia memandang ke arah Acap. Trojan ni…

“out of blue la. kau apasal sebenarnya?”

Acap diam. Matanya tepat memandang Aisyah di hadapannya. Mesti Aisyah terkejut.

Mesti la Aisyah terkejut, bongek. Hatinya mula berkata-kata.

“lupakan la…” terus Acap berlalu. Meninggalkan Aisyah dalam seribu persoalan.

Aisyah cuma terpinga-pinga. Matanya setia memandang langkah Acap yang dah pergi meninggalkannya. Kenapa dia ni?

“what? Dia offer kau jadi awek dia?” Tanya Ain dengan suara yang agak kuat. Masa tu mereka tengah lepak di café. Hujung minggu la katakan…

Aisyah cuma mengangguk dan tersengih. Tangannya dari tadi setia mengacau air minumannya dengan straw.

“sebelum aku muntah hijau, baik kau cerita the whole story dulu.” Ain bersuara dalam nada yang masih terkejut.

“lepas tu, dia cakap, ‘lupakan je la.’ Kemudian, dia blah.”

“aku cakap whole story. Cerita dari first sampai dia blah tu.” Ain masih tak puas hati.

“ok. Masa tu dekat belakang kantin. Aku lepak dekat kerusi kayu situ. Lepas tu dia datang. Mula-mula tu kami borak biasa je. Then, he’d offer me. Macam kau jugak, aku terperanjat mengalahkan beruk. Bila dia nampak muka aku mungkin dah transform jadi alien tu, terus dia cakap, lupakan la. Kemudian, dia blah bila aku nak tanya apahal dia macam tu. The end.”

Aisyah ketawa melihat reaksi Ain yang masa tu berkerut-kerut macam tengah menganalisis ceritanya.

“kau boleh muntah hijau sekarang.” Aisyah berkata bila Ain masih diam.

“tak kan la…” Ain bersuara perlahan.

“apa yang tak kan tu?” soal Aisyah.

“tak kan la cerita dia macam tu je. No way. Aku tak caya ah.”

“tak caya tanya Ijal tu.”

“Ijal tahu?”

“mungkin. Diaorang kan kawan baik.”

“kalau Ijal tau, kenapa dia tak beri tau aku.”

“kan aku cakap, ‘mungkin’. Kau ni. Cuba la memahami pernyataan sikit.”

“ye la. ye la.” Ain mengeluarkan handphonenya.

“kau nak mesej Ijal ke?” soal Aisyah.

“ha ah.”

Aisyah mengangguk. Dan selang beberapa minit kemudian, si Ain dah tunjuk muka tak puas hati.

“kenapa dengan muka kau tu? Ekspresi yang menggerunkan…” Aisyah ketawa.

“Ijal tak tau la.”

“la… takkan sebab tu kau tak puas hati kot?”

“mesti la. Sekurang-kurangnya, kalau kami dua tau, dapat la kitaorang tolong Acap cara nak tackle kau. Dan bukannya guna cara bertindak-tanpa-memikirkan-akibatnya tu.”

“kau ni…” Aisyah dah tunjuk muka kurang senangnya.

“apa? Kau tau tak, kau dengan Acap tu dah menunjukkan ciri-ciri soulmate. Ok le tu.”

Aisyah diam. Tak tau nak cakap apa lagi. Atau lebih tepat lagi, dia terkelu.

Masa: 9.15 pagi (waktu rehat)

Tempat: kantin



Air mineral di tangan diteguk sedikit. Mata Aisyah liar memerhati keadaan kantin yang penuh dengan manusia kelaparan. Dia duduk di salah sebuah kerusi di kantin itu.

Tengah-tengah dia duduk, dia ternampak Acap tak jauh dari tempat dia berdiri. Tapi masa tu Acap macam tengah berfikir nak beli apa sebab matanya dari tadi asyik memerhati menu makanan di kantin.

Aisyah, mata tajam betul. Rabun-rabun pun boleh nampak si Acap tu. Lepas tu, boleh pulak kau tau dia nak buat apa. Ughhhh!

Terus dia teringat kata-kata Ain tempoh hari.

“apa? Kau tau tak, kau dengan Acap tu dah menunjukkan ciri-ciri soulmate. Ok le tu.”

Kata-kata Ain yang buat dia berfikir panjang. Soulmate? Aku dengan Acap? Tak mungkin laa… hish! Dah, dah. Jangan dok fikir benda-benda tu.

Matanya masih memerhati Acap. Tapi, sekarang ni dia nampak Meeza sedang menghampiri Acap. Terus berkerut dahinya.

Dia nampak Meeza menepuk bahu Acap dan membuatkan Acap menjerit. Muka Acap macam tak senang dengan kehadiran Meeza. Mereka berdua macam berbincang sesuatu. Berbincang? Nampak macam gaduh je. Aisyah tersenyum memerhati. Nasib baik tak keluar latah kau, Acap. Kalau tak…

Kemudian, dia perasan Acap macam dah sedar akan kehadirannya di kantin itu. Sebab, Acap dah menuju ke arahnya.

Alamak! Baik aku lari…

Aisyah angkat punggung dan terus berlalu keluar dari kantin.

Masa: 9.15 pagi (waktu rehat)

Tempat: kantin



Mata Acap setia melilau ke arah semua sudut kantin. Mana la si Ijal ni? Aku dah lapar gilaa ni…

Menu hari ini:

- Nasi ayam

- Nasi goreng kampung

- Teh O ais

- Laici



Berkerut dahi Acap membaca menu makanan untuk hari ini. Heavy food. Semalam dah makan mee goreng. Takkan hari ni nak makan heavy food lagi? Confirm boroi aku lepas ni.



Tengah-tengah Acap berfikir tentang makanan yang bakal dilahapnya nanti, tiba-tiba ada satu tangan menepuk bahunya menyebabkan dia menjerit. Berdegup jantungnya melihat wajah Meeza dah tersengih sebelahnya.

Minah ni… aku tampar dengan kasut sekolah aku ni kang. Berpusing otak mereng dia nanti.

“apa hal kau ni? Pegang-pegang orang…” marah Acap.

“dah saya panggil awak. Awak tak dengar. Awak nak makan apa? Jum, saya belanja ok?” Meeza mempelawa.

“ughhhhhhhhh! Tak payah la. Setakat nak keluar duit pakai beli makanan rehat ni, tak miskin pun harta bapak aku.” lepas Acap cakap macam tu, baru dia perasan kehadiran Aisyah dekat kantin tu.

Waaa. Jantung hati aku ada dekat sini la. Berbunga-bunga hati Acap bila dia nampak Aisyah.

Tanpa memperdulikan Meeza yang dah start menggedik tu, Acap terus berlalu menuju ke arah Aisyah dengan membawa harapan yang Aisyah akan membantunya.

Tapi, harapan itu habis hancur lebur bila Aisyah bangun dari kerusi yang didudukinya dan pergi meninggalkan kantin.

Sampai hati…

Keesokan harinya…

“jadi kau tak makan la masa rehat semalam?” Tanya Ijal. Waktu tu mereka tengah jaga gate sekolah untuk menahan pelajar yang datang lewat ke sekolah.

“ye la. Kau tu la. Berak batu.”

“mana da aku berak batu. Dah takdir aku nak sakit perut masa tu nak buat macamana.”

Acap diam. Hati dia masih berselotep pasal kejadian kelmarin. Kejadian Aisyah yang pergi meninggalkan dia di kantin semalam. Walhal, Aisyah tak tahu masalahnya dengan Meeza. Jadi, it isn’t her fault, right?

“hari tu, Ain mesej aku.” Ijal memulakan ceritanya.

“lepas tu?” Acap menyoal. Dia melihat jam pada tangan kanannya. 7.10 pagi.

“dia tanya,” Ijal berhenti seolah-olah nak mengingati isi kandungan mesej Ain itu. “ betul ke Acap offer Aisyah jadi couple?”

Lepas je Ijal cakap macam tu, Acap rasa nak lari lompat masuk longkang. Wargh! Malu wei.

“mana dia tau?” Acap menyoal selamba. Buat-buat cool. Takda la nampak sangat kau buat jenayah kan, Acap?

“forsure la, Aisyah yang cakap.” Kemudian Ijal memandang Acap dengan pandangan yang serius atau lebih tepat lagi mengancam. “betul ke, bro? kau offer dia?”

“it’s complicated. Let say, benda tu bukan aku yang cakap dekat dia. And just forget it.”

“jadi betul la?” Ijal masih tak puas hati dengan jawapan Acap.

Acap diam. Lama. Kemudian dia mengangguk. “ masa tu aku tak tau apasal aku boleh cakap macam tu. Jadi, let’s pretend its not me. Tu bukan aku. mungkin ada alien yang menyamar jadi aku. Then, that creepy alien lures her.”

Ijal tersengih. “kau ingat aku ni budak tadika yang tak reti ngelap ingus sendiri ke? Wei, tahun ni kita nak SPM tau? Bukannya ujian kelayakan masuk sekolah rendah. Aku tak la bodoh sangat.”

“apasal aku dapat detect nada marah dekat suara kau?”

“memang aku marah. Kau tak bagi tau pun pasal ni. At least bila kau bagi tau, aku dapat la support kau.”

“wei. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? kalau aku mintak plan dari kau, ingat plan kau tu pass ujian logic with flying colours ke?” Acap membalas. Ijal memang macam tu. Sensitive tak tentu hala bila bab kawan lupakan kawan ni. Tapi, Acap bukan maksud nak lupakan kawan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh bertindak macam tu sekali.

“jadi, idea aku selama ni tak logic la?”

“tak.”

“ugh!” Ijal merengus kasar.

“wei. Pahal kau jadi perempuan ni? Sulking tak tentu hala.”

Ijal diam.

“Jal… kau ni. Jangan buat aku rasa kita ni macam a couple of gay la. Dah la geli aku, kau tau tak?”

Ijal bersiul perlahan. Seolah-olah tak mendengar apa yang diperkatakan oleh Acap. Pedulik hapa aku!

“oi. Ijal! Jangan ngada la. Bulu ketiak dah panjang nak manja-manja gini. Hei.”

Serentak itu, Ijal terus meluku kepala Acap. “kuang hajo. Bulu ketiak kau jangan sebut-sebut. Tak senonoh punya kawan.”

“wei wei. Kau yang tak senonoh. Merajuk konon. Dah la, oi. Sakit kepala aku.”

Ijal melarikan tangan kirinya dari kepala Acap. “tau sakit. Buat lagi gaya bahasa tak senonoh tu.”

Acap menggosok kepalanya. Habis rosak rambut. “dah kau yang carik pasal.”

“yada yada. Kau mesti belanja aku. aku tak mintak banyak. At least you treat me RM 100 and above or any of instant food here?”

“belanja penamanya RM 100 tu? Kau ni raksasa ke hapa?”

“dah kau buat salah memang la hukuman berat dikenakan.”

“banyak la kau…”

Dan, akhirnya pertengkaran itu berakhir dengan aksi ganas dua orang pengawas di pagar sekolah pada waktu pagi.

No comments:

Post a Comment