Friday 4 November 2011

Talking to the moon (part 1)

#cerita below may contain fictional substances.

“hei, newbie!”

Tera menoleh. Dia tersenyum ke arah perempuan yang sedang melambai-lambai sambil berlari anak itu. First impression, dia ni nampak sangat childish sebabnya: beg sandang pink, rambut tocang dua, skirt paras lutut, kasut warna pink. Fact about her, she’s my neighbour. Rumah dua tiga selang. And, I don’t have any idea sapa nama budak ni. Pity on me yang tak kenal jiran sendiri.

Perempuan bertocang dua itu menghampirinya dan menghulur tangan kanannya. Tera menyambutnya. “October.”

“Tera.” Tera senyum.

“first day school, huh?” October bertanya sambil berjalan beriringan dengan Tera.

“yeah.” Tera angguk.

“register?”

“hari ni.”

October mengangguk. “nak saya temankan?”

Tera menoleh ke arah October yang suka tersenyum itu. “great.”

Tera memandang bangunan sekolah di hadapannya. Private School Broome. Sekolah yang ketiga untuk tahun ini. Tera mengeluh.

**
“so, how your day?” Puan Julia bertanya. Tera yang tengah minum di dapur menoleh. She’s home at nine. Puan Julia yang masih memakai kemeja dan slack duduk di kerusi meja makan. Handbag dan beg laptop diletak atas meja makan.

Tera angkat bahu.“belum ada benda horror muncul and it’s cool you know, bila ada sekolah yang suruh students pakai uniform on Monday only.”

Puan Julia ketawa.

“and, you are asking me about school that I’ve been in there for one month. Lama betul mom nak update.” Tera menjeling ke arah Puan Julia. Gelas dibasuh dan diletak dalam rak.

Puan Julia tersentak.


Tera berlalu. “esok sekolah. I’m going with October.Good night.”

Tera berhenti dan menoleh, “and, I bet you know who is October.” Tera memanjat tangga.

**
“hey, have you meet  your neighbour?” October bertanya ketika mereka berjalan pulang ke rumah dari sekolah.

“that Mister Villa? Yang ada awful odour tu?” Tera ketawa.

“bukan la. The other one.”

“did you mean, this one?” Tera menunjuk rumah yang berada di sebelah rumahnya. Mereka berdua betul-betul berdiri di hadapan rumah itu. Quite big dan sedap mata memandang. Beranda bilik tingkat atas rumah itu cuma berapa depa ja dari beranda biliknya. How close! Bunyi bersin pun boleh dengar.

“bingo. Dah pernah jumpa?” mereka terus berjalan masuk ke halaman rumah Tera dan duduk di halaman rumah.

Tera geleng. “belum lagi. Kenapa?”

“pernah dengar cerita, a mad boy with guitar yang orang dok heboh tu?”

Tera berfikir kemudian dia berkata perlahan, “please, don’t say he’s living there.” Telunjuk dihala ke rumah tu.

“he’s living inside that room.” October berkata separuh berbisik. Dia turut menunjuk ke arah bilik yang mengadap bilik Tera.

“Gosh! Are you going to freaking me out?” Tera menjerit perlahan.

“I’m telling you the truth. But, don’t take so serious about it, Tera. Budak tu tak kacau orang pun. Cuma, yeah, he’s little bit insane.”

“dia tinggal seorang in that huge house?”

“tak. Mom, dad and a sister.”

Tera tarik nafas. Inhale. Exhale. Goose-pimples bila dengar ada orang gila duduk sebelah rumah.

October tiba-tiba menarik lengan Tera. “take a look. Dia dah balik sekolah.”

Tera menoleh. Sekolah? Student rupanya. Dia nampak seorang lelaki yang gloomy dengan awan hitam berarak atas kepala. Lelaki tu bawak parang yang berlumuran darah. Ok, stop. That’s just an extreme imaginary. Lelaki ber-hoody hitam, jeans hitam dan sneakers hitam sedang berjalan perlahan di halaman rumahnya. Di bahu kiri, terletak elok beg guitar dengan beg sekolah berwarna hitam dibahu kanan.

“nampak waras ja. Except that dress in black la.” Tera gosok dagu.

October gelak. “dia memang waras tapi ada part dia tu tak waras.”

“such as?”

“tengok la malam nanti.” October memandang Tera dengan senyuman misterinya.

**
Tengok la malam nanti. October suruh tengok malam nanti jadi sekarang ni ialah malam nanti tu. What’s going on? Mad lad tu nak panjat pokok depan ni lepas tu pecah bilik aku ke? warrggggh! Tera pegang kepala dengan kedua-dua tangannya. Tak kan la… atau… atau… aku tak dapat berfikir dengan baik. Tera mengeluh.

Tera berjalan menuju ke sliding door biliknya. Berdiri kaku di situ. Dia melihat beranda  bilik jirannya. Mad lad…

Wahhhh! Tu dia. Dia tengah duduk atas bumbung rumah. Alone with the… guitar. Perlahan sliding door ditarik. Tera melangkah keluar. Kemudian berhenti dan menopang dagu di pagar beranda. Mata dihala ke arah lelaki itu.

Sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu. Tera cuba menangkap apa yang disebut lelaki itu. Apa dia bebel sorang-sorang tu? takkan la ni one of the characteristics yang menunjukkan dia ni insane? Maybe yeah. He’s quite creepy bila duduk atas bumbung macam tu. And, his eyes…

Tera pandang ke langit malam. Bulan penuh… dia bercakap dengan bulan? Eh eh. Is this video clip ‘talking to the moon’ ?

Tera tersengih. He’s mad. Really damn mad. Berangan nak jadi Bruno Mars.

Tiba-tiba lelaki tu menoleh ke arah Tera. Tera tersentap. I’m trap. Kantoi tengah spy orang gila bercakap dengan bulan.

Tera melangkah masuk tapi kemudian dia dengar bunyi gitar. Dia menoleh ke belakang. He’s playing the guitar. Betol la, dia tengah berangan nak jadi Bruno Mars. Talking to the moon.Tera ketawa perlahan dan masuk ke dalam biliknya.

**
“semua orang yang duduk dekat perumahan ni tahu yang dia tu gila.” Bersungguh October bercerita.
“malam tadi, dia bercakap dengan bulan.” Tera ketawa.

“every night, he’s talking to the moon. Typically.”

Tera mengangguk. Minuman diteguk sampai habis. Mata di hala ke merata. Kemudian dia nampak seseorang – duduk atas tembok sekolah dan guitar sebelahnya.

“dia memang gila. Mana ada orang duduk atas tu.” Tera menunjuk ke arah lelaki itu. Eh? Dia sekolah dekat sini? Tera tersentak. Memang la… sekolah ni kan sekolah yang paling dekat dengan perumahan tu. Hence, the probability dia sekolah sini memang ada. Dan, sekarang dia tengah duduk atas tembok tu.

“no one cares apa yang dia buat. As long as dia tak kacau orang.” October turut memandang lelaki itu.

“I wonder macam mana dia panjat great wall tu?” Tera garu kepala.

October ketawa. “kalau awak tanya dia, I bet he will said, ‘I got wings at the back then I flew up here’.”

Kemudian lelaki tu melompat turun dari tembok. Guitar yang elok terletak atas tembok itu dicapai. What on earth dia tinggi macam tu sekali? Hoody yang menutup kepala ditolak kebelakang. Rambutnya yang panjang mencecah kolar hoody turut diselak kebelakang.

Mata dia scary gila… macam orang menderita insomnia.

“Mega.” October tiba-tiba bersuara. “the mad boy with the guitar.”

Tera mengangguk perlahan. “nama dia Mega rupanya.”

**
Ni yang aku bencik sangat ni. Pensel di tangan dipegang dengan kuat. Mata difokuskan ke arah nombor-nombor yang terdapat dalam kerja sekolahnya. Nak buat homework dekat library pun susah.
Tiga orang lelaki yang duduk di hadapan Tera masih tersengih dari tadi. Kejap buku nota Tera diselak oleh mereka. Kemudian, pensel case Tera diselongkar. Tera buat bodoh walau dalam hati rasa nak cucuk ja mata mereka bertiga tu.

Formula… tambah… square… tolak… square root… arghhhhh! Macam mana aku nak buat kerja ni? Kalau dah monyet dok terkekek kat depan. Hiiiiii!

Tera menutup bukunya dengan kasar. Pensel case diambil kasar. Buku-buku nota yang lain diambil. Kemudian dia bangun dan menyebabkan bunyi kerusi library itu berbunyi kuat. Baru sahaja dia melangkah beberapa tapak, dia dah nampak Mega. Duduk  seorang diri. Tekun buat kerja. Terus sahaja Tera menapak ke arah Mega dan duduk di kerusi kosong di hadapan Mega.

Mega mengangkat muka. Muka heartless. Muka Tera dipandang tanpa perasaan. Tapi, Tera masih sibuk dengan buku-buku notanya.

Tera memandang Mega. “err. Sorry. Did I disturbing you?”

Mega menggeleng kemudian dia meneruskan kerjanya yang terbelangkalai tadi. Tera kerut dahi. Tapi, dia malas nak ambil kisah. Terus dia meneruskan kerja sekolahnya. Hai~ addmath. What the f-g-h-i-j-k-l-m-n la susah tahap supernova.

Kalkulator ditekan berkali. Apasal tak dapat jawapan dari tadi? Ni yang buat aku nak baling benda alah ni.

“kau patut tengok sign dia.”

Tera tersentak. Sapa yang bercakap? Dia memandang ke arah Mega. Mata lelaki itu memerhatikan hasil kerjanya.

“check it again.” Mega bersuara.

Tera memerhati kerjanya. Check it again… dia perati aku dari tadi? How shocking. Agak-agak dia perasan tak gaya agresif aku masa tengah tekan kalkulator tadi?

“thanks…” Tera senyum. Tapi Mega cuma memandangnya dan kemudian tunduk menyambung kerjanya.

Whattttttttt? Embarasssss betul. Atleast angguk ka, ni tak, boleh ja dia continued balik kerja dia.Tera menyumpah dalam hati.

Lepas beberapa jam kemudian, Tera mengeliat. Dan, reaksi seterusnya ialah terkedu. Mamamamamamama… kenapa dengan dia ni? Dah la dengan panda-eye, muka dead-pan, pergi tenung aku macam tu apasal? Menggelikan la…


“apasal?” Tera angkat kening.

“kenapa duduk sini?”

“tak boleh ke?” Tera telan liur. Aku dah duduk sini beratus-ratus minit, baru dia nak tanya? Tadi buntut aku belum panas jejak kerusi ni, dia tak tanya apasal? Dia nak assume aku ni perempuan gedik ke just because aku duduk dengan dia?

“there’s a plenty of empty seats.”

Tera diam. Suara toneless directly proportional to the heartless face. Extremely menyeramkan.

“it’s almost six. Home?”

Tera angkat muka. “ha. Nak balik la ni.” Buku-buku, kertas-kertas dan pensel disimpan.

Agak-agak kalau aku story dekat October yang aku tengah walking by side Mega, dia boleh kena heart attact tak? Koman-koman pun, mungkin dia pengsan. Miracle la. Aku boleh selamba badak ja berjalan sebelah orang insane. Tera tersengih. Buku di tangan dipeluk erat. Mega yang tinggi lampai berjalan dijeling sekilas.

“aaa… ” Tera gagap. “I’m Tera.”

“I know.”

Tera menoleh. “oh. Ok.”

Diam. Tera telan air liur. Perjalanan yang sunyi memang bosan.

 “err. We’re neighbours.”

“I know.”

Diam lagi. Crap, aku tak tau nak borak apa.

“your home.” Mega berhenti di kaki lima hadapan rumahnya. Dia tak menoleh ke arah Tera. Matanya dihala ke arah rumah besar milik Tera.

Tera angkat muka. Kemudian, dia menoleh, “thanks!”  Terus dia melangkah menuju ke halaman rumahnya.

**
Dari jauh dah Tera nampak Mega duduk atas tembok di playground perumahan mereka itu. Contengan graffiti di dinding itu langsung tak mencacatkan pemandangan. Tembok besar dan tinggi itu boleh pulak jadi tempat duduk dia yang selesa? Alang-alang dah stop jogging ni, join mat tu la.

Tera panjat tangga tembok itu dan turut duduk di sebelah Mega. Tapi, Mega tak menoleh pun. matanya dihala ke hadapan.

“hai.” Tegur Tera. Incredible mata tak reti nak kelip. Seram aku.

Diam. Takda respon. Tera berura-ura mahu blah, tak jadi bila Mega bersuara.

“tak takut duduk sebelah orang gila?” cold voice keluar dari mulut Mega. Toneless sama macam rupa dia yang heartless. Toneless and heartless.

Tera sengih. “orang gila tak kan mengaku dia gila. Prove it la kalau kau gila.”

Mega menoleh. Mukanya langsung tak da emosi. Kemudian pandangannya dihala ke hadapan.

Tera telan liur. Did he butthurt? Takkan la. muka takda ekpressi.

“I’m waiting for the moon…” suaranya perlahan.

Tera menoleh dan ketawa. “malam nanti baru kau boleh jumpa dia.”

Mega menoleh lagi. Kemudian dia pandang depan. Tera angkat kening. Ok, this is really creepy. Kenapa dia buat perangai macam tu?

 “did you hear my story?” Mega bertanya. Tapi, pandangannya dihala kehadapan.

“yeah.” Tera jawab jujur. “you are the mad boy with his guitar.”

“I feel like a legend here. Famous just because I’m mad.” Mega mengangkat guitarnya dan diletak di atas pahanya. Guitarnya ditepuk perlahan.

“tapi, kau tak gila kan?” Tera bertanya.

Mega menggeleng perlahan. “tak. orang buat assumption macam tu sebab diaorang pernah nampak aku bercakap dengan bulan.” Mata Mega memandang langit. “it’s still evening.”

Tera turut memandang langit. Jam dipandang. 5.30 petang. “kenapa kau bercakap dengan bulan?”

Mega pandang Tera kejap. Kemudian dia tunduk. “I bet that you never asked it.”

“but, I did.” Tera menjawab. Entah, macam mana dia sanggup spending a lot time lepak dengan Mega walaupun bulu roma dia dari tadi tegak meremang.

Mega geleng perlahan. “I’m waiting for the moon.” Matanya masih terpaku melihat langit.

Tera tiba-tiba petik jari. “hah! Aku tau. Kau mesti berangan nak jadi macam Bruno Mars kan?”
Mega menoleh.

Tera kerut dahi. “are you smiling?”

“did I look smiling?”

Tera geleng kepala. “tadi mulut kau straight line. But, just now it’s got curve here.” Jari telunjuk di bawa ke hujung mulut Mega.

Mega  diam. Kemudian dia memandang langit lagi.

Tera ketawa. “betul la kau senyum walaupun it’s terrible but good try anyway.”

Mereka diam. Kemudian Tera bangun. “it’s getting dark. Aku nak balik dulu.”

“Tera!”

Langkah Tera terhenti. Dia menoleh. Kening diangkat. Yaw, man. He’s calling me.

“I really appreciate it if you come here tonight.” Mega bersuara tanpa memandang Tera.

“at what pm?”

“9. I’m waiting.”

“cool. See ya!” Tera melangkah pergi.

No comments:

Post a Comment