Friday 4 November 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 14

Masa 9.30 pagi, Khamis
Belakang sekolah(secret garden)

Aisyah tengah berjalan ke belakang sekolah tempat favourite Acap. Aisyah gelar that place as a ‘secret garden’. Aisyah jalan slow and steady jek. Tak hiraukan mungkin Acap akan tertunggu dirinya.

Acap resah menanti.  Donde esta mi amor? Lama sangat ke nak buat U-turn pergi belakang sekolah. Haii, demi kau aku sanggup tertunggu macam nih. Apesal kau ni Acap? Buang tabiat? Acap berbicara dengan hatinya.

Aisyah nampak Acap. Macam nak buat sedikit ‘kejutan’ untuk Acap. Hehe. Idea gila muncul.  Apa lagi Aisyah, mulakan racangan kau! Satu suara berbisik.
Selangkah demi selangkah, Aisyah mula merapati Acap. Dan akhirnya. . . .

“Acap!” Aisyah menepuk belakang Acap.

“Ooo mak engko mangkok hayun berduyun-duyun!” Acap buka bunga silat dia. Hampir jugak Aisyah nak kena penangan tangan Acap. Nasib Aisyah cepat elak.

“Kus semangattt. Aisyah!” Acap separuh teriak.

“HAHAHAHAHA. Serious lah Acap, aku memang suka dengar kau melatah. Macam-macam gaya kau buat.” Aisyah masih dengan gelak tawanya yang sentiasa riang.

“Kau suka ek? Aku bagi kang.” Acap menunjukkan buku lima kepada Aisyah.

“Wei, tips untuk kau. Jangan kasar dengan kaum Hawa lah Acap.”

“Aku tau la. By the way, donde esta ahora mi amor? Lama aku tunggu dohh.” Acap buat muka seposen dengan senyum yang cuba disembunyikan.

Jangan kau buat muka macam tu Acap, cair aku kang.
“Huh? Donde what? Kau mereng ke apa? Bahasa apa kau guna? Translate please. Aku bab bahasa ni ada lemah banyak.” HAHA.

“Donde esta ahora mi amor. Where are you just now. Tu la maksudnya.”  Donde esta ahora mi amor,where are you just now my love. Tu maksud sebenar la Aisyah. Aku tak boleh nak cakap kat kau macam tuh. Sorry. Acap hanya mampu luahkan kat hati jek.

“Ye ke? Tu jer maksud dia?”

“Yeap. Almost 95% tu lah maksud dia.”

“5% pulak pegi mana?”

“Aku tak tau maksud mi amor tuh. Alia yang ajar.”

“Ohhh.  Takpelah. So pahal nak jumpa? Hidup + mati. Penting+Urgent segala. Apesal?”

“Tak, saja jek. HAHA. Aku nak discuss pasal design for annual dinner. Kau kan terror bab design nih. Nak mintak tolong kau join aku. Kau nak tak? Tolong lah Aisyah. Pleaseeeee.” Acap merayu dengan mata yang bersinar-sinar. Menyebabkan Aisyah berpinar-pinar nak bagi jawapan.

“Ha, okelah. Bukan selalu. “ Aisyah senyum lebar.

“Cantekkk! Tu la aku makin sayang kau Aisyah!” Acap terlepas. Alamak, apa aku nak jawab nih?

“Erk? Kau meroyan ke Acap?” Aisyah terkejut dengar  kata-kata Acap. Berdebar jugak jantung hati nih. Cool Aisyah. Cool.

“Nevermind. Forget it. HAHA.” Aisyah buat muka kurang percaya.

“Forget it. Aku gurau je laaa.”

Masa 7.30 pagi, Sabtu.
Dewan Ibnu Sina.

Budak Remora, Piranha, Hermit dan Anemone berkumpul. Riuh tak riuh, gempak satu dewan! Tak dapat nak dikawal. Nasib senang nak disuruh. Budak matured kalau tak reti jugak memang tak tau lah nak kata hape. Tak paham bahasa kot.

Acap dan Aisyah busy dekat bahagian pentas. Planner and designer tengah discuss susun atur semua benda. Dari A-Z. Mereka berdua lah kena uruskan. Co-assistant pulak Mizan dan Ain. Ijal tak nak join sebab tak nak buat tugas sama dengan Ain. Pelik bebeno. Acap masih ingat apa Ijal bagitau dia.

“What? Dengan Ain. Tak nak aku lohh.” Ijal besuara.

“Asal pulak? Bukan kau sepatutnya tunjuk muka ceria kau dengan tujuh warna pelangi ke?” Acap berseloroh.

“Cehhh, amendenye 7 warna pelangi? Tak pro la aku kalau macam tuh. Aku dengan Alia je lah. Aku exchange dengan Mizan. “ serius bunyi Ijal.

“Hurm, okelah. Up to you. Jangan terlepas moment indah bersama Ain sudahh.”

“Tak. Aku yakin tak terlepas. Moment indah is when the clock is at ‘L’ shape. HAHA”

“Apekehe nye kau cakap? Hiperbola sangat. Tak paham aku dohhh” Ijal biarkan Acap tertanya-tanya.

Acap gelak bila ingat kata-kata Ijal. What the heck mangkuk hayun tu bagi aku something yang aku tak boleh pikir? When the clock is at 'L' shape? Urghh,buat kusut kepala jek

Masa yang sama,
Galeri for Best Moment of the Year.

Alia dan Ijal tengah busy menghadap segala photo yang telah di capture oleh student-student SMK Wira Bakti. Picture yang Ijal candid without permission diletakkan di sudut yang paling menarik. Nama pun candid, memanglah without permission.

Aim utama, nak bagi semua orang tengok. Biar dapat jadi juara. Kalau tak letak kat sudut yang menarik pun tetap jadi juara. Model yang menjadi latar gambar akan digelar as a King and Queen of the night. Ijal memang tak sabar menanti semua tuhh. HAHA

No comments:

Post a Comment