Saturday 17 December 2011

3 Years [1]

“Setakat ini laporan berita hari ni. Teruskan bersama kami tepat jam 1 tiga puluh minit nanti. Salam hormat dan Assalamualaikum.”

Aha! Senyuman dia… warghhh! Memang kasi jantung aku gugur. Terkelip-kelip mata aku mengamati senyuman pembaca berita itu. Aisehmen. Maunya ngigau aku malam ni nanti.

“Hah! Abang ni apasal? Terkebil-kebil nengok tv nak kasi tembus.” Ok. Ini adik perempuan aku yang paling menyibuk, Sarah.

“Sibuk!” Aku ambik controller dan menukar siaran. Berita dah habis, so sesi membuat impian untuk berdating dengan pembaca berita tu pun habis jugak. Aku tersengih. Penangan Nur Delima Razak memang perghh! Delima… haha. Apa punya klasik prosa tradisional la nama. Takpe, janji dia dah buat Cordova jatuh cinta.

“Mama! Tengok abang ni dah angau agaknya. Sengih je dari tadi.” Sarah mengadu. Dasar anak manja. Sikit-sikit nak report dengan mama.

“Mama! Abang baling kusyen!” Again, dia mengadu. Ceh, aku baling sofa ni nanti. Ada jugak yang bisu dua tiga tahun.

“Mama! Hari tu abang ada tengok Sarah dating!” Aku tak mau kalah. Jadi aku mengadu jugak. Haha!

“Tipu!” Sarah dah baling kusyen.

“Betul, ma!” Aku baling balik kusyen tu.

“Kamu berdua kalau tak berhenti gaduh, mama kerat lidah tu!” Aiseh, suara mama memang kalah petir. “Hah, abang hantar mama pergi butik sekarang. Sarah kemas semua ni.”

Aku jelir lidah dekat Sarah. “Abang menang!”

“Eleh…” Sarah angkat semua kusyen yang dah bersepah atas lantai ruang tamu.

**

“Kamu ni dah tua. Apasal la buat perangai macam budak-budak? Gaduh dengan Sarah tu macam belum baligh je mama tengok.” Mama dah start membebel sebelah. Aku pulak jadi manusia pekak sementara.

“Tua apanya ma? Baru 26 tahun. Men’s life starts at 40 la… Lama lagi kan?” Aku tau kalau melawan cakap mama, memang buruk akibatnya. Sebab, mama ada kemampuan untuk membidas kata-kata pihak lawan dengan jayanya. Macam situasi sekarang ni ha.

“Hah, banyak la kamu. Mama dulu umur 24 dah lahirkan kamu. Kamu sekarang ni 26 belum ada pape pun.” And blablabla benda yang sama. Typical topic untuk manusia bujang macam aku ni, kahwin. Hergh! Macam la takde topic best lagi. Kahwin, kahwin. Tu je la modal mama.

“Kalau kamu takde…”

“No, mama. Arranged marriage isn’t my style ok? Abang tak berkenan pun dengan anak auntie… auntie… argh! Whatsoever her name tu. Ok?” Aku dah memotong cakap mama. Kan aku dah cakap, benda sama je modal mama ni. Aku dah hafal dah. Mama nak aku bergeng dengan anak kawan dia. Elleh, dia ingat aku ni duduk zaman komunis ke? Nak atur jodoh macam la aku ni tak reti nak cari yang lebih cantik lagi dari anak auntie tu. Sapa entah nama dia, aku pun dah lupa. Aku ingat lagi masa first time aku nampak anak auntie tu. Cei, geli aku. Perangai macam… ei, gelilah aku. Muka memang la cun, tapi cun lagi Delima aku tu. Aiseh. Teringat pulak dekat Delima. Oh… Delimaku… Haha!

“Senyum ni kenapa?  Kalau dah ada awek, tu bawak la jumpa mama. Kalau kamu takde, Julia tu yang akan jadi menantu mama.”  Aha! Aku dah ingat nama perempuan getik tu, Julia anak Datin Jewell, eh Juwal? Jwell? Jwull? Jewal? Ah, entah apa nama mak dia tu.

“Taknak…” Aku dah berhentikan kereta depan butik mama.

“Find yours now.” Mama keluar kereta sambil beri pesanan penaja.

Aku mengeluh sambil perhati langkah mama. Aiya… mana aku nak cari Delima ni? Eh, gila punya confident aku. Mana tau dia dah ada tunang ke, husband ke? Arghhhh! Memang aku dah gila dengan Delima la ni.

**

“I’m Cordova Andalusia. Pilot.” Aku berjabat tangan dengan Tan Sri Dato’ Razak, pemilik Syarikat Luxirus. Tengok wajah terpegun dia aku dah tau. Mesti pasal nama unik aku ni. Tak heran la. Adik aku Sarah Andalusia. Bapak aku Lisbon Andalusia. Nama mak aku je la yang normal, Rubi’iyah. Kalau nak bagitau nama datuk aku lagi, maunya pengsan orang dengar. Unik sangat le kut.

“Oh, it’s nice to meet you, Cordova. Great name, huh?” Dato’ tu bantai gelak depan aku. Entah apa yang lawak. Aku tarik dia punya rambut palsu tu kang, confirm meraung. Haha. Jahat akal aku ni.

“Em. It’s nice to meet you too, Datuk.” Aku sekadar berbudi bahasa. Ingat, Cordova. Kau dah diamanahkan untuk bawak Dato’ keparat ni jalan-jalan atas awan. Buang niat kau nak jahanamkan dia ni nanti. Astarghfirullahalzim…

“Jadi, you la pilot tu?”

Ekella. Bukan aku dah intro ke tadi? Aku la pilot tu, ngok. Kang ada jugak yang kena campak dari langit. “Ha, saya.” Aku tersenyum. Budi bahasa, Cordova. Budi bahasa.

Dato’ tu angguk-angguk depan aku. Dah la kontot. Sekali luku ni confirm rebah menyembah bumi. Haha.

“So, Dato’. Shall we?” Aku ajak dia masuk helicopter. Menyampah pulak nengok tabiat orang kaya macam ni. Mengada nak tengok view sight dari langit. Pekejadah? Manja giler. Sarah tu pun takda mengada macam dato’ ni.

“Ha, ha. Ye ye. Kita naik.”

**

Pukul 8, berita. Buletin Utama. Laju laju aku masuk cabin aku. Baru balik dari Indon. Pergh! Penat bakal hilang kalau tengok cik Delima kita tersenyum. Haha. Gila gatal kau, Cordova. Aku switch on tv. Ngam-ngam Buletin Utama dah start. Yeah!

Ala… bukan turn Delima la malam ni. Aiseh. Hampa, kecewa, frust dah combined satu pack. Mana aku nak cari Delima? Pergi office TV3? Takkan la. Mama kat rumah dah bising suruh carik bini. Kalau tak, si Julia tu bakal jadi geng family Andalusia. No way…

Tapi, mama macam tak berkenan pulak dengan Delima ni walau dia tak kenal pun Delima ni sapa – cuma tahu dia ni pembaca berita. Sebab, hari sebelum aku pergi Indon tu, Sarah bocorkan rahsia aku…

“Mama. Mama tau tak sapa buah hati abang?” Masa tu kami satu family duduk ruang tamu tengok berita. Aku ni kalau Delima on duty, memang khusyuk tengok tv tak toleh kiri-kanan pun.

“Sapa?” Mama dah excited.

“Tu ha. Pembaca berita tu…” Sarah menunjuk Delima kat tv. Aku senyum. Malas nak bangkang. Delima kat tv harus diteliti. Haha. Lepas ni nak gi Indon, mana aku nak tengok wajah kesayangan hamba tu nanti kan?

“Ish. Tak mau la mama.” Aku tersentak. Tapi, still buat-buat cool.

“Kenapa?” Sarah tanya.

“Budak tu keluar masuk tv. Sah-sah la popular. Mama tak nak eh.”

“Ala. Takat baca berita pun. Bersih dari gossip la mama.” Sarah membangkang. Aku heran jugak time ni. Sarah backing Delima apasal? Aku yang gila bayang dengan Delima pun tak da over macam tu.

“Ye la.” Mama mengalah. Part ni buat aku melebarkan senyuman manisku. Haha. “Tapi dia tak bertudung. Mama tak suka.”

Berita dah habis. Aku pandang wajah mama yang tak berkenan.  Ekelleh. Mama ni. Habis si Julia yang tak bertudung tu boleh pulak dia suka. Delima aku ni pulak dia nak kutuk. Cei. “Julia tu ma? Dia bertudung ke? Berbaju kurung ke? Boleh dibuat bini ke?”

Mama terkedu. Sarah dah mengekek ketawa. Aku… dengan perasaan yang agak down, tersengih sinis.

**

Hari ni aku bakal ke Paris. Wahaha. Bestnya! Sarah dah siap list down semua barang yang dia nak. Banyak cekadak la dia. Ingat aku ni tukang cop duit? Kalau takat ambik gambar barang-barang dia nak tu, berbesar hati aku buat.

Sebelum fly, aku suka jalan-jalan keliling airport. Entah la kenapa memang dah jadi tabiat aku dari dulu lagi. Lagak macam pak guard pun ada jugak aku ni bila jalan keliling airport. Haha. Tengah-tengah aku berjalan tu aku ter… sentap.

“Delima…” Ya, aku tak bermimpi di siang hari. Aku nampak Delima dengan luggage dia. Nak tegur? Ke tak? Ah, kena tegur jugak. Sebab, mana ada lagi chance nak jumpa Delima live kan? So, grab the chance now, Cordova.

Aku dengan langkah berlagak menghampiri Delima. “Hei, kau pembaca berita TV3 tu kan? Nur Delima binti Razak? Right?”

Oh, crap. Bahasa jiwa bangsa, Cordova. Yang kau guna bahasa kasar ni apasal? Tapi, kalau communicate dengan perempuan, aku akan automatic jadi manusia kurang beradab. Sorry la aku nak cakap elok-elok.

Dia nampak terkejut. Maunya tak terkejut, dah aku terjah tak beri salam. Lupa nak beri salam sebenarnya. Excited dah combine dengan nervous satu set. Janganla kau cakap aku ni dah salah orang, please.

“Awak salah orang?”

Cet. Straight forward dia jawab macam tu. “Haha. Takkan la aku salah orang kut. Aku tak rabun. Aku memang sure that you are the right Delima. And, I’m a pilot ok? Kalau aku rabun, dah sah-sah aku kena fired lepas ni.” Mak aih~ berlagak gila aku cakap aku ni pilot. Tapi, masa ni memang aku takdapat nak create a good word la. Main terjah je.

Dia senyum. Alamak. Manisnyerrr. Aku dah cair. “Kalau saya memang Delima tu pun kenapa?”

Sebab,saya nak pinang awak terus. Ok, Cordova takkan berani cakap macam tu. Nampak sangat desperate. “Aku suka tengok kau.”

Dia tersentak. Erk. Aku salah cakap atau ayat aku tu yang buat dia salah anggap? Mana tau dia anggap aku ni kemaruk sangat dekat dia. Malu la weh.

“Err. By the way, kau ni nak pergi mana?” Aku ubah hala topic.

“Paris.”

“Oh.” Sama dengan aku. “Which airplane?”

“AirAsia.”

Yahoooo! Sama. Aku angguk kepala. Buat-buat cool. “Work or vacation?”

“Vacation.”

Aku angguk lagi. Speechless meh.

“Awak ke yang bawak plane nanti?” Dia tanya.

Nak mengaku? Aku terkebil-kebil nak jawab. “Yeah. On duty hari ni. Sambil kerja, sambil melancong.”

“Oh bestnya. Kalau saya, terperuk je dekat studio tu. Nak vacation pun payah.” Dia ketawa. Again, aku terkesima.

“Sayang!” Aiseh. Ada interruption la pulak. Kami menoleh. Eh? Dato’ Razak? Apa dia buat sini? Delima ni bini dia ke? Alamak…

“Eh, Dato’.” Aku sekadar menegur tanda hormat dekat dia. Hati aku kat dalam ni dah pedih dah rasanya.

“Oh, it’s you Cordova. Apa buat sini?” Dia menegur aku. Aku pulak terkedu tengok tangan dia peluk buah hati aku. Cis.

“Jalan-jalan before fly nanti.” Aku senyum paksa. “Er Dato’ buat apa dekat sini?”

“Saya nak pergi Paris. Dengan family saya ni.” Dia tersenyum. Family? Sah la bini dia. Apa punya muda la bini dia. Takkan la Delima ni mata duitan? No way…

“Oh, ni anak saya, Delima. So, this is Kapten Cordova Andalas.” Dia perkenalkan aku. Aku yang genggam penumbuk dari tadi terkedu. Anak? Yeay! Aku dah start nak buat victory dance. Delima senyum sambil angguk kepala dekat aku.

“Er. Actually it’s Andalusia. Not Andalas.” Aku senyum. Cei, nama aku jangan buat main ha. Aku rejam hidup-hidup nanti.

“Oh. Sorry. Saya dah tua. Memory pun tak kuat.” Dato’ bantai gelak depan aku. Aku senyum je la. Mengaku jugak dia tua. Huh.

“So Dato’ and Delima, I’ve to go.” Aku undur setapak dua.

“Ha, ye ye. Bawak plane elok-elok.” Dato’ berpesan. Sepesen dengan mama Dato’ ni. Asal aku nak fly, word tu memang tak kan pernah lepas dari mulut mama. Dia ingat aku ni bawak kapal terbang mainan ke? Tau la aku bawak elok-elok. Aisehmen. Berlagak aku ni. Astarfirullahalzim…

“Cordova!”

Aku toleh. What? Delima panggil aku la… Rasa dunia ni ana yang punya. Eh, apa aku melalut ni. “Yes?”

“Jumpa lagi.” Dia senyum.

Aku angguk kepala sambil senyum. “Yeah. Sure. Jumpa lagi.”

Hari yang indah. Hmm… Yang penting, aku tak bermimpi. Aku dah jumpa Delima live. Dah bercakap dengan dia dua tiga kata. Hey, mimpi indah le aku malam ni.

No comments:

Post a Comment