Wednesday 14 December 2011

A Fairytale of DNH Part 1

DNH, just an ordinary girl.Left-handed. Funny, making friends and don’t keeps enemy in the bags. She’s not famous in the school neither popular in her class.

Well, cukup untuk pengenalan watak utama dalam babak dua kerat ni. DNH, dia ada satu misi. Misi yang her bestfriends say ‘mission impossible’. DNH nak cari a guy yang macam dia nak. That guy mesti la left-handed macam dia. Someone yang hensem macam Mizushima Hiro and banyak $$$$!

“DNH, nak makan apa tengah hari ni?” JN tanya DNH. Well kalau bab makan, melantak majoh ni serahkan dekat DNH. Dia tau apa nak buat. Aktiviti biasa, makan sebelum kelas HYPERS.

“Well, kita order macam biasa? Mee Goreng.” DNH replied.

“Beli untuk aku sekali!” FZ menyampuk sambil hulur duit dekat JN.

“Aku nak jugak! Aku nak jugak!” EN buat muka excited terlampau. Lapar sangat kot? HEHE.

Well, EN-FZ-JN are bestfriends DNH. Ke mana sahaja akan bersama. Together Four. Skip cerita mereka. Continue dengan cerita kat atas.

“Weyh, aku ada suka someone nih.” Faen bersuara. Faen dah mula nak buka story. Al-maklumlah, masa lapang untuk makan sebelum tunggu kelas HYPERS mula baik bual kosong. Tapi kan lebih molek kalau study. Hampehh untuk budak2 macam diorang nih. Gosip liar sana sini memang nombor 1 klu study entah no brapa. Haishhh.

“Sapa?” FZ macam berminat. Kaki gossip jugak minah ni.

“LLC. HAHA” Faen senyum malu-malu.

“Hensem ke?” JN dan EN tanya.

“Eh? Si HH mana kau nak letak?” FZ tanya soalan cepumas dekat Faen.

“Aku rasa macam tak. Dia tak banyak cakap.” DNH buat telahan sendiri. Memandai je budak sorang nih.

“Woi, HH jangan sebut ahhh! Debik kang!Tak tau lah tapi aku suka LLC. HAHA” Faen masih dengan riak muka yang macam nampak bulan jatuh ke riba? HAHA.

“Kau ni DNH, kenal sangat ke dekat LLC tu? Tiba2 kau tangkap lentok dekat dia baru padan muka kau!” FZ dah mula nak cari gaduh. Alahhh, gaduh manja je. Hek.

“Tak, aku tak minat.HAHA” DNH ketawa.

“Kau tunggu ye, ada masa aku suruh kau tengok dia betul-betul. Kalau kau nampak mesti kau cair. Aku ni pun boleh runtuh sikit iman. Sikit je ok. Tak macam Faen tuh, runtuh sangat kot. HAHA” FZ masih dengan mood dia yang nak kenakan orang.

“Aku tak pandang mamat macam tu.”

“Sebab tu kau perlu pandang, baru kau tau. Waktu seminar esok, aku tunjuk dekat kau.” FZ masih tetap dengan kata-katanya.

Seminar SPM,
Dewan Android

“DNH! DNH! Kau mesti berkepit dengan aku je. Aku nak cerita dengan kau satu hal.” FZ mula tarik tangan DNH.

“Cita apa pulak akak oiii?”

“Alahhh, aku nak cita la ni.” FZ mula bercerita. DNH hanya mendengar.

“DNH, kau kena ingat. Masa aku suruh kau tengok dia, kau mesti terus pandang. Sebab bukan selalu si LLC tu nak tunjuk his miracle. Hehe.”

“Ye la mak cik FZ. Aku ikut perintah je.”

***
“DNH, kau nampak dia kat mana?” FZ mula tanya DNH.

“Tak.” DNH jawab selamba. Dia tak minat dengan lelaki dekat sekolah ni. Nak lelaki jutawan jugak! HAHA

FZ terus berlalu. Dia cari Faen. Berusaha betul si FZ ni nak tau mana si LLC tu duduk. Tapi hampa, Faen tak nampak. Faen duduk belakang sangat. FZ dan DNH duduk dekat barisan tengah. Dengan perasaan hampa, FZ balik ke tempat duduk dia tadi. Khusyuk mendengar ceramah yang dah mula. Tengah dengar ceramah, mata si FZ ni masih lagi tak berputus asa. Misi mencari LLC. Dia tak boleh nak kalah dalam hal macam ni. Malu la kalau tak tunjok depan si DNH ni. Tiba-tiba mata dia tenampak tangan yang tengah pusingkan pen.

“Hey, look what I found DNH.” FZ berbisik di telinga DNH.

“Mana?”

“Tu hah sana. 10 o’clock dari arah kita sekarang.”

“LLC?”

“Tu ayat penyata ke soalan?”

“Both.”

“So, tu lah LLC. Jadi, bila aku suruh kau tengok dia kau terus pandang sana. Okay?”

“Okay.”

“Deal?”

“Deal!”

Sejam. Dua jam. Tiga jam dah berlalu. Focus betul student dengar ceramah. Tapi si FZ ni pulak, mata dah kelat. Nak tutup sangat. Dia buat senaman ringan. Pusingkan kepala ke kanan dan ke kiri. Suddenly, FZ nampak LLC senyum. Wow! Ok, cair tengok senyuman LLC.

“Alamak!” FZ berkata separuh menjerit.

“Apesal? Tak cukup zat nak bangun? HAHA.” JN dekat sebelah dah mula nak menggangu kehidupan manusia di sekitar. For sure, mata si JN ni dah boring tengok orang tua yang tengah beri ceramah. Tak membakar semangat langsung kot.

“Kurang asam. Aku leka tengok senyum LLC sampai lupa nak suruh DNH pandang  dia.”

“Bangang. Tengok dia senyum pun boleh lupa semua benda kat dunia ni? Hilang ngantok kau? HAHA” JN masih dengan tawa yang masih berbaki.

“Nak buat macam mane? Aku memang kalah dengan senyuman dia. Uekkk. Lebih baik kau focus macam si EN tu. Jangan ikut jejak langkah aku yang kurang siuman ni.” FZ mula bagi ceramah untuk orang lain. Diri sendiri tak nak dimotivasikan.

“Ya da ya da. Aku buat hal sendiri.  Malas dah aku nak dengar orang tua tu bercakap. Sakit bontot aku duduk lama-lama. HAHA.”

“DNH, Cuba kau tumpukan perhatian dekat LLC sekarang.” FZ berpaling ke arah DNH. DNH tengok LLC.

“Nothing interesting.”

“Kau lambat sangat toleh. Lemak kau berkumpul dekat tengkuk ke sampai nak buat pusingan tak sampai 45 degree tu boleh selow sangat macam siput?HAHA”

“Damn! How dare you!” DNH pukul FZ.

“DNH! Now! Pandang dia cepat!” DNH tengok LLC for a second time. Wellido, tergamam. Terpempam. Dan banyak lagi ter. Yang penting DNH frozen for a moment. Damn!

I’m just an ordinary girl but then you light my day
And I just shine like an Angel
- DNH -

Tak boleh disangkal. Senyuman yang cukup menawan. Tangkap lentok la! Since then, mata DNH dah mula menggatal mencari si LLC. Senyum tu yang boleh buat dia senyum balik. Yang boleh buat dia meroyan. Yang buat dia macam lebih bersemangat untuk turun kelas HYPERS. Pembakar semangat tanpa diketahui oleh sesiapa.

**
LLC, just a shy boy who always play with his pen. A left-handed guy. Dia mula pelik dengan perangai seorang perempuan dalam kelas HYPERS dia. Asyik pandang dia semacam. What the hell with that girl? Pelik sangat sangat. But sometimes, she’s quite funny too. But ONLY in front of her friends. Ok, LLC curi-curi pandang dia jugak. Tak silap LLC nama dia DNH. Itupun sebab cikgu selalu panggil nama dia. Hey DNH, kalau kau suka aku tolonglah cover sikit. Malu aku nak berdepan dengan kau. HAHA.

Pernah sekali LLC try senyum dekat DNH. What her respons? Shy shy cat la pulak. Macam jual mahal pun ada jugak. What’s wrong with you lady? And pernah sekali, DNH senyum dekat dia. Or dia je perasan? Sebenarnya si DNH tu senyum dekat kawan dia yang lain. Tak sure, tapi dia suka senyum DNH. Masa tu dia rasa nak buat home-run 7 pusingan. Rasa je nak buat home-run tapi in reality dia hanya frozen macam ais. Tak ke malu kalau sebenarnya senyuman tu untuk orang lain? Haha.

***
Sebulan lagi tinggal, lepas tu SPM. Struggling study for SPM. HYPERS dah takde. Sekarang ni, mereka balik awal. Sebab cikgu-cikgu tak nak student tension sangat bila nak dekat exam. Two weeks dari sekarang baru mereka akan balik akhir, tapi masuk kelas macam kelas waktu pagi. And that makes someone rasa pelik.

“LLC, what’s wrong with you?” Ucop tegur classmate dia.

“Uh? Nothing.” Hell no la kalau cakap nothing. Kenapa lah HYPERS tamat awal sangat. Cuba la sampai SPM masih ada HYPERS! Urghh, feeling weird bila takde orang yang pandang dia. HAHA. Jangan cakap kau dah rindu dengan pandangan mata dia tu. Don’t say it! SPM! Think about it. Just think about SPM!

***
“DNH, tadi aku nampak LLC. Hehe” Faen saja nak buat DNH rasa jealous. Heyy, sapa tak tau DNH kena love struck dekat senyum si LLC? Sapa lagi yang buka cerita kalau bukan si FZ kan? Dasar gossip girl. Wartawan Melodi. Haishhh.

“What? Urghhh, jealousnye! Dah la, jangan pikir lagi. Nak SPM. Focus! HAHA” DNH masih berlagak selamba.

1 comment: