Wednesday 25 April 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 2

Dah dua bulan lebih dia belajar di Kolej ni. Dan dah dua lebih la dia membuat hal yang menyebabkan Acid pening kepala. Bila dinasihati dia cuma akan jawab, ok ok.

“adik jangan buat hal, ok? Please… untuk hari ni je.” Acid merayu.

“ok ok.” Ara mengangguk tetapi matanya melilau memandang ke sekeliling seperti mencari seseorang.

“cari siapa ni? Cari Fifi eh? Jangan la kacau dia lagi. Kesian tau tak.” Acid memandang kesal ke arah Ara.

Ara mengangguk. “ok ok.”

Acid mengeluh. Ara tersengih.

“ha. Tu pun dia.” Ara terus berlalu apabila matanya ternampak Fifi berjalan dengan lenggok perempuannya.

“adik…” Acid memanggil tetapi Ara dah jauh menuju ke arah Fifi. Acid cuma mampu menggeleng melihat telatah adik sepupunya itu.

“hai, Fifi! Morning!” Ara memukul bahagian belakang Lutfie.

“aduh. Sakit la belakang I.” jerit Lutfie.

Ara mengangkat bahu. “eleh. Aku pegang sikit je dah ngadu sakit. Mengada.”

Lutfie mencebik ke arah tomboy dihadapannya. Rimas!

Dari hari tu,junior tomboy yang dikenali sebagai Ara itu kerap mengganggunya. Kejadian dimana seorang lelaki yang tak berpuas hati dengan Ara telah menolak Ara ke arah Lutfie menyebabkan Ara terjatuh dan menimpa Lutfie. Dan terus menjadi bahan usikan colleage yang lain. Dan dari hari tu jugak Ara suka mengusiknya. Ara kadang-kadang kerap menampar punggungnya. Lutfie merasakan itu perbuatan yang melampau. Tetapi, dia tak berani melawan. Menyebabkan keadaan ini berlarutan sehingga ke hari ni. Dah dua bulan dah.

“wei Ara!”

Ara menoleh ke belakang. Siapa jahanam sangat jerit nama aku ni?

Lutfie yang turut berada di situ menoleh.

“kau ingat motor kau besar gedabak, kau boleh la rampas parking orang lain? Apa kau ingat tempat parking tu mak bapak kau yang punya?” seorang lelaki terus menengking Ara.

Dan, akibatnya, he deserved a slap.

“parking tu takda kena mengena dengan mak bapak. Kau babitkan lagi mak bapak, memang kau mintak makan tayar motor aku.” terus Ara berlalu. Kebas jugak tangannya menapar pipi lelaki itu. Tetapi, kebas lagi hatinya. Mama, papa. Dah la, Ara. Fuck it off la.

Lutfie terkedu. Dia nampak mata Ara tadi. Matanya berair. Kenapa dengan dia?
“parking tu takda kena mengena dengan mak bapak. Kau babitkan lagi mak bapak, memang kau mintak makan tayar motor aku.”

Ayat tu terngiang-ngiang di telinga Lutfie. Kenapa dengan mak bapak Ara?

“macam mana kolej? Ok?” Tanya Pak Ngah.

“okiedokie. No problem sebab achik ada.” Jawab Ara tersengih.

“bagus la. Jangan buat hal macam dulu lagi tau.”

“ok ok.” Ara mengangguk. Like that would happen… Ara tersengih.

“kalau ada financial problem, inform dekat papa tau?”

“ok!” Ara mengangguk.

“hai, takkan la dia seorang je awak bagi tahu macam tu? Habis along, angah dengan achik tu awak tak cakap macam tu kenapa?” suara tu…

Suara Mak Ngah Zeti. Ara mengelus rambutnya. Benci dengar suara wanita itu. Jealous ah tu papa bagi attention dengan aku lebih dari along dengan angah. Heck!

“diaorang dah besar tau la nak urus sendiri.”      

“habis kalau dah besar tak payah nak bagi tahu jugak ke? Nanti kang kurang ajar. Sapa yang menyesal nanti, awak dengan saya jugak?”

Mak ngah, aku tau kau tengah sindir aku. Like I do care la. Ara berlalu menuju ke tangga tanpa mengucap apa-apa pun.

“tengok la tu. Pergi macam tu aja. Ingat kita ni apa?” suara Mak Ngah Zeti kedengaran sinis. Tapi Ara peduli apa.

Kau tu sapa nak ajar aku? Aku tak pernah kacau kau. But, you hell-fuck-off keep nagging around me. Kau tak da hak nak masuk campur dalam life aku. Ara menjerit dalam hati.
Setiap hari nak dengar benda yang sama. Those rubbish!

Rokok di tangan kanannya dihisap perlahan sebelum menghembus nafas nikotin. Ara duduk berseorangan di bus-stop yang tidak jauh dari kolejnya. Hari ni dia balik dengan papa sebab Elegannya habis musnah teruk dibantai oleh lelaki durjana. Kalau la dia tahu sapa yang buat, memang teruk la lelaki tu. Memang dia boleh agak itu adalah perbuatan lelaki. Takkan la perempuan nak buat motornya habis lunyai sampai begitu sekali. A girl can’t do that, but I can.

Dari jauh dia dah nampak lenggok Lutfie. Tapi, dia takda intention nak ganggu lelaki womanish itu. Dia cuma kacau Lutfie bila mereka berada di kolej atau di khalayak ramai. Kenapa? Sebab dia nak bagi lelaki tu perasan cantik sampai Ara yang brutal ni boleh terpikat. Haha.

Rokoknya disedut lagi. Kalau la papa nampak, maunya rotan aku. Heh! Like I do care. Macam la dia mampu nak rotan aku yang dah nineteen ni. Macam la dia kisah dengan hidup aku lagi. Macam la… tapi papa je yang sibuk dengan life aku. Papa je yang over-caring dekat aku. Papa je yang rajin tanya dah makan ke, ada problem ke and stuff like that. Instead of achik jugak.

Rokok yang dah habis dibuang ke lantai. Air mineral diteguk perlahan. Dia mengerling ke sebelah. Lutfie duduk dengan sopan santunnya menyelak buku rujukan. Mesti lega gila sebab aku tak kacau kau kan? Heck.

Five gum dikunyah perlahan. Lamanya papa.

“fiwittt! Eh eh. Dia pakai skirt la.” Ara menoleh ke arah sekumpulan lelaki yang menganggu Lutfie. Takkan dengan spesis sendiri pun bernafsu? Aku tengok style Lutfie ni pun dah nak muntah hijau.

“tengok sikit…” mereka ketawa dengan kuat.

Lutfie dari tadi menepis tangan-tangan yang gatal merabanya. Dia memandang ke  arah Ara yang dari tadi macam tak kisah akan kehadirannya. Minah ni tak kan tak nak tolong aku kot?

“jangan kacau la.” Lutfie ambil keputusan untuk pergi dari situ. Dia mengangkat punggung dan berlalu.

“eh eh. Jangan la lari, nyah. Hahahaha!” lelaki-lelaki itu berterusan menganggu Lutfie.

Ara cuma memandang Lutfie yang melintas dihadapannya. Kemudian dia memandang ke arah lelaki yang mula mengejar Lutfie. Ara tersengih kecil.

Kaki kanan diangkat 90 darjah apabila seorang daripada lelaki itu melintas dihadapannya untuk mengejar Lutfie. Dan, menyebabkan lelaki itu terjatuh dan tersembam ke lantai.

“ouch!” rakan-rakannya terkejut melihat lelaki itu jatuh tersembam.

“wei, berani kau!” lelaki yang terjatuh itu terus angkat muka.

Ara buat muka dead-pan. Pedulik hapa aku! kau ingat aku takut? Heh. Human can’t predict future, man. 

Takpa, lepas ni kau tau la apa future kau.

Lelaki itu berura-ura mahu menumbuk Ara namun Ara terlebih dahulu menumbuknya. Akibatnya, lelaki itu terjatuh sekali lagi. Ara menyepak dan menendang bahagian abdomen lelaki itu berkali-kali dan menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Ara menarik kolar lelaki itu.

“sekarang ni kau berani nak lawan aku tak?” Ara bersuara dengan penuh aura kejam.

Lelaki itu seperti tikus yang ketakutan melihat wajah Ara yang dah tersengih jahat itu. Darah dah mengalir dari mulut dan hidung lelaki itu. Penangan sepakan Ara yang tak mengenai bahagian abdomen.  Ara melepaskan kolar baju lelaki itu. Dia memandang ke arah kawan-kawan lelaki itu.

“apa tengok-tengok? Nak tunggu mamat ni mampos baru korang nak angkut dia blah?”

Kawan-kawan lelaki itu terhegeh-hegeh memapahnya yang hampir lunyai dikerjakan oleh Ara.

“wei, tengok orang la kalau nak fight. White belt mana boleh challenge black belt.” Ara melaung ke  arah kumpulan lelaki itu.

Tiba-tiba Ara tersentak. Papa!

Ara lama duduk di dalam biliknya. Tangannya kebas dek kena rotan. I’m nineteen but still kena punishment ala zaman purba.

“kenapa la adik ni degil sangat?” suara papa dah meninggi.

“nak jadi sangat lelaki kenapa? Dah jadi perempuan tu, cuba stick to the real gender. Kenapa susah sangat nak follow through with hukum alam?”

Ara menunduk lama. Dia tak mahu melawan papa.

Dan, akibat dari kebisuannya, papa merotannya pada tapak tangan kiri dan kanan. Sakit! Ya, memang sakit.

“are you okay?” Ara menoleh. Achik?

Ara mengangguk. “bila achik masuk?”

“baru je.” Acid duduk bersebelah dengan Ara. Dia mencapai tangan Ara dan membeleknya.

“how its going?” soal Acid.

Ara jongket bahu. Dia tak mahu bercerita dengan Acid walaupun Acid adalah manusia yang paling banyak menyimpan rahsianya.

“tak mau share? Since when la adik pandai keep secret bawah tanah ni?”

Ara masih diam.

“ok la. tak nak story tak pa. Achik tak paksa.” Acid mengalah. Tadi, papa yang suruh dia menjenguk keadaan Ara yang berkurung dalam bilik sahaja. Bila ditanya, papa cuma jawab, macam biasa la.

Ara meneliti tapak tangannya yang berbekas merah. “teringat zaman adik form 2 dulu.”

Acid menoleh. “yang zaman adik masuk bilik guru then curik paper exam tu?”

Ara mengangguk dan tersengih. “zaman permulaan jenayah adik.”

“kenapa adik tetiba teringat pulak ni?”

“asal kena rotan mesti adik ingat balik kes tu.”

Acid ketawa. “yang adik konon vow dengan papa takbuat lagi. And, yes adik tak curik paper exam lagi. Tapi adik buat exchange criminal dengan benda lain. Ponteng, baling telur dekat kereta cikgu, bubuh water-colour dalam air minuman cikgu dan macam-macam lagi.”

Ara ketawa hambar. “sampai kena buat scene kejar-mengejar dengan pak guard sekolah. Sebab baling batu dekat kereta cikgu.”

“kantoi ponteng sekolah lagi. Hei, melampau betul adik achik ni. Nasib baik ada kesedaran diri masa SPM. Tu pun still jugak buat kerja-kerja jenayah ni.”

“tapi, adik decreased kan je.”

Acid cuma menggeleng. Kisah zaman sekolah Ara tak sama dengan zaman sekolah mereka sekeluarga. Ara banyak buat ‘sejarah’ yang tak pernah dibuat oleh kaum kerabat mereka.

Acid tetiba teringat sesuatu. Sesuatu yang dirasakannya aneh.

“by the way, adik. Tadi Fifi suruh achik cakap dekat adik yang dia says thanks a lot.” Kan? Aneh dan weirdios bila Lutfie suruh sampaikan ucapan terima kasih dekat Ara. Thanks for what?
Ara mengangguk.

“explaination needed.” Acid berkata bila Ara tak da elaborate kan kata-katanya tadi.

Ara menarik nafas. Inhaled. Exhaled. Bagitau? Bagitau je la.

“adik tolong dia belasah bastard yang kacau dia dekat bus stop tadi. Co-incidently. Diaorang kacau then adik tolong la dia lawan balik. Tapi, dia tak da suruh pun.”

Acid tersengih. “so, ni la the real story behind the scene eh?”

Ara mengangguk.

“kantoi dengan papa?”

Ara mengangguk sekali lagi.

Acid memandang wajah Ara yang muram sejak tadi. Ara memang begitu. Asal dia kena marah oleh papa, dia akan berdiam diri dan duduk di bilik seorang sehingga keesokan harinya.

“dah la jangan sedih lagi.” Acid memujuk.

Ara cuma mengangguk.

Acid meramas rambut Ara yang pendek itu. “nanti achik bagi tau papa yang adik ni actually just wanna save her colleage dari kena buli oleh penyangak.”

“It’s still same la achik. Adik tetap pukul orang pun.”

“ok. Dah la jangan sedih lagi ok?” Acid berusaha memujuk.

Ara mengangguk. Lutut dipeluk. How come aku nak happy? Kena punish macam budak kecik.

Acid memandang Ara.  Sejak pak long dan mak long meninggal, dia tak pernah nampak lagi senyuman gembira Ara. Kalau takat sengih kerang busuk dia tu memang la biasa tengok. Terutama bila dia tengah nak buat kerja jahat. Ara tak pernah ketawa – kecuali ketawa jahat – sejak kehilangan mama dan papanya. Dan, dia tak pernah menangis. Masa mama dan papanya meninggal dahulu pun, dia cuma diam dan macam heartless. Semua orang risau. Bila orang tanya, dia cuma senyum dan cakap, takda pa pa. Bila papa ajak dia tinggal sama dulu pun, dia cuma senyum. Senyuman yang sedih.

No comments:

Post a Comment