Sunday 6 May 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 3


Lutfie diam di ruang tamu rumahnya. Dia masih teringat kejadian Ara yang ganas ‘menghancurkan’ lelaki-lelaki yang mengganggunya dua minggu yang lalu. Belum sempat dia nak ucap terima kasih, Ara dah masuk ke dalam kereta yang menjemputnya.

She really amazes me. Yeah. She did. How come dia boleh belasah orang sampai macam tu sekali? Hampir semua orang dekat kolej tahu Ara kaki pukul. Tapi, Ara takda la pukul orang sesuka hati dia ja. Dia Cuma pukul orang yang kacau dia. Tapi… kenapa orang suka nak cari gaduh dengan dia? Ego tercalar? Yeah. Forsure. Maruah lelaki boleh tercalar habis-habisan bila tengok perempuan belasah lelaki sampai lembik. Even aku yang bukan jantan sangat ni pun, boleh rasa betapa jatuhnya maruah lelaki bila kalah di tangan perempuan kecik macam dia.

Satu yang dia perasan tentang Ara, Ara tak kacau dia bila dia seorang sahaja di sesuatu tempat. Macam hari tu, dia duduk seorang dekat café. Tapi, Ara tak kacau dia pun. Ara Cuma lalu dihadapannya. Sama jugak dengan kes di bus-stop tempoh hari. Ara buat tak tahu je dengan kehadirannya. Kenapa?

Tapi, bila Ara nampak dia dengan kawan-kawannya, baru la Ara akan sengaja mengganggunya. Buat perangai macam gangguan s*ksual. Memang dia rimas. Ada satu tahap tu, dia rasa nak lempang je muka comel Ara.

Lutfie tersengih bila teringat muka Ara yang comel tu.Dia menyelak rambut depannya yang panjang.

Ya, dia mengaku yang dia suka dekat Ara. Suka-suka gitu je la. Takda la suka sampai tahap nak terjun lombong. Perasaan kagum pada mulanya kemudian bertukar jadi rasa suka. Kagum dengan sikap Ara yang cool dan peramah. Ramai yang suka berkawan dengan dia walaupun Ara ni spesies ketua kongsi gelap. Mungkin sebab body dia kecik dan muka dia comel.

Dah la Lutfie. Pasal pa dari tadi sebut muka dia comel?

“hah! Kenapa anak mummy ni? Tersengih je manjang.” Lutfie menoleh. Mummy dan abang tirinya, Zaki dah pun duduk di sofa bersebelahan dengannya.

“takda papa la.” Lutfie berdalih. Mummy yang buat dia macam ni. Buat dia tak cukup syarat nak jadi lelaki sejati. Hidup macam orang lain. Mummy yang dari kecik dah beri dia pakai baju macam perempuan sebab teringin nak anak perempuan. Then, bila adik perempuannya lahir, baru mummy suka. Namun Lutfie tak dapat buang sifat perempuan yang mummy dah bagi dekat dia dari kecik.

“teringat dekat Ara la tu.” Usik Zaki. Abang tirinya. Mummy kahwin baru lepas divorced secara aman dengan daddy. Zaki anak ayah Zain.

“manada. Kau ni.” Lutfie mengelak. Apahal Zaki leh tau ni? Musykil.

“sapa Ara? Girlfriend Lutfie eh?” mummy menyampuk. Dia selalu dihambat rasa bersalah bila melihat keadaan Lutfie. Dia yang terlalu ikutkan perasaan dahulu. Kalau tak, mungkin Lutfie takda la selalu diusik dan dipulau oleh rakan-rakannya. Bukan setakat rakan, tetapi keluarga sebelah daddynya pun sama.

“manada. Zaki ni. Saja la tu nak usik Lutfie.”

Zaki mencebik. Mereka sama umur sebenarnya. Tapi berbeza bulan. Dia lahir pada bulan Januari. Lutfie pulak lahir bulan sebelas. Pada mula dia diperkenalkan dengan keluarga mummy ni dahulu, dia terkejut juga melihat pakaian Lutfie. Tapi, lama-lama dia biasa. Malah menganggap Lutfie macam adik sendiri. Ayah selalu pesan kepadanya supaya perlahan-lahan ubah Lutfie.

“dah la. Lutfie naik dulu.” Lutfie terus angkat punggung.

“sapa Ara tu?” tanya mummy bila Lutfie berlalu.

“budak perempuan sama kolej dengan Lutfie. Tapi dia tomboy. Selalu kacau Lutfie ni hah. Mula-mula kami syak dia suka dekat Lutfie, tapi tengok gaya macam tak je. Hari tu, Ara protect Lutfie dekat bus-stop. Masa tu Zaki takda dekat situ. Kira Ara ni macam Zaki jugak la. Protector Lutfie.” Zaki ketawa. “tapi, macamLutfie dah berubahkan? Dia dah tak pakai skirt turun kolej. Dia dah pakai jeans dengan shirt je.” ujar mummy.

Zaki mengangguk. Baru perasan la! Memang betul la si Lutfie ni suka dekat Ara. Zaki tersengih. Siap la kau, Lutfie.

Lutfie yang masih duduk diam ditangga tersentak. Mummy perasan yang dia dah tak pakai ladies dress turun kolej? 

No comments:

Post a Comment