Wednesday 30 May 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 10

“weh, kau ke Ara? waaa, comelnya kau.” Ara menyengetkan senyumannya – senyuman tak ikhlas. Kalau tak silap, dia ni abang Ratu. Sapa eh nama dia? Ara, dah berapa kurun kau tak balik kampung ni?

“orang dah ada pakwe.” Acid menyampuk sambil mengeluarkan luggage dari bonet kereta. Ara pandang Acid. Ara dah ber-imagine macam mana dia cekik Acid hidup-hidup.

Semua dekat situ ketawa. Waaaa takkan dekat kampung pun kena usik? Memang nak kena sepak achik ni.

“angah…” Ara panggil Ismi. Ismi yang tengah keluarkan baju dari luggage menoleh. Baju-baju kurung dimasukkan ke dalam almari. Dekat rumah opah, wajib pakai baju kurung. Kalau nak sangat-sangat pakai tee-shirt boleh ja tapi mesti pakai kain batik. Sapa yang nak? Macam makcik beranak lima ja rupa kalau pakai dress macam tu.

“apa?”

“lepas ni kita buat apa?” Ara goyang kaki duduk atas katil queen size itu. Bilik mereka agak besar juga. Cantik. Opah memang. Kalau bab decorate rumah, opah la yang paling excited dengan idea-idea kreatifnya.

“duduk dapur. Jadi the real anak dara.”

“bosan.” Ara baring terlentang.

“kau ni…” Ismi menggeleng. “dah jumpa paksu dengan maksu?”

“tak.” Ara menjawab hambar. “kalau boleh taknak jumpa pun.”

Ismi diam. Kalau boleh taknak jumpa pun…

Handphone Ara berbunyi. One new message. Lutfie lagi. Ara pandang Ismi yang tengah angkat-angkat kening.

“apasal kau tengok aku macam tu?”

“jum la keluar.” Ismi dah hulur tangan.

Ara menyambut dan bangun. “ye lahhh.”

Þ     Mak aku siap beli baju melayu untuk aku. bukan main semangat lagi aku tengok

Ara gelak. Dalam kotak fikiran dah muncul rupa Lutfie pakai baju melayu dengan rambut pendek. Damn, tak dapat imagine.

Þ     Hahaha warna apa weh? Nak tengokkkkk rupa jantan kau tu

Þ     Warna hitam :C aku nak warna pink *gelak tersipu-sipu*

Þ     Cisssss. Mintak penampar la kau. Hitam tu warna jantan laaa. Pakai ja situ

Þ     Eh warna jantan ke? yang kau pakai warna jantan apasal? Asal turun kolej mesti pakai tee-shirt kaler hitam :p

Þ     Yang kau pakai warna betina tu apasal? First time aku jumpa kau pakai whole-dress-in-creepy-pink :P

Þ     Selalu aku kalahhhhhh. So, how your life dok kampung?

Þ     BOSAN sangat-sangat. 24/7 pakai baju kurung. How on earth la aku nak terajang orang pakai baju ni?

Þ     Hahahaha practice jadik perempuan la wei

“hah! Sengih-sengih baca mesej apasal?” Jasmine menyergah Lutfie yang dari tadi khusyuk dengan handphonenya. Jasmine, Zaki dan Lutfie menemani mummy mereka pergi ke butik ni konon nak cari baju melayu buat Lutfie.

“suka hati la…”

“tau la, abang dah ada awek…” Jasmine duduk sebelah Lutfie. Dia mencapai majalah yang ada di atas meja di butik itu.

Lutfie kerut dahi. “bila masa?”

Jasmine ketawa.

“mummy buat apa? Lama gila…” Lutfie mengeluh.

“dia nak beli sepasang lagi baju melayu untuk abang.”

“dia beli lagi? Whaa… banyaknya.” Lutfie mengelus rambutnya yang dah pendek itu. Boy-cut.

“banyak ke? baru tiga helai.”

Lutfie merengus. “raya lama lagi la. how come mummy nak shopping macam minggu depan nak raya ni?”

“mummy tak sabar nak tengok abang pakai baju melayu la tu.” Jasmine ketawa.

“weh, Lutfie. Mummy panggil. Dia nak suruh kau cuba baju tu.” Zaki tetiba datang lalu duduk dekat sofa situ.

“not again…” Lutfie buat muka lemah tak bermaya macam orang tak diberi makan nasi.

“go and get her now la.” Zaki mengarah.

“yeah I’m on my way.” Lutfie lantas bangun.

Lutfie melihat dirinya di cermin. Baju melayu teluk belanga warna dark-brown. Songkok tinggi hitam pekat macam air kopi. Ok ok. Terselah la jugak kehenseman aku.

“taknak beli baju kurung untuk Ara?” Lutfie tersentak. Terus dia menoleh ke arah mummy yang dah sedia tersengih memandangnya.

“kenapa pulak? macam la dia pakai…” Songkok dikepala dicabut dan diletak atas meja kecil di situ.

“apa pulak dia tak pakai. Dah dah. Beli untuk dia sepasang.” Mummy dah menuju ke tempat baju kurung.

“mummy…” Lutfie merayu. “tak payah ja lah.”

Mummy buat-buat tak dengar. Dia dah mencapai sepasang baju kurung warna coklat. Kemudian di hala ke Lutfie. Mummy sengih. “ha. Match dengan baju Lutfie. Ok, decided kita beli ni ok?”

Mulut Lutfie shaped ‘o’. mummy biar betul?! “nanti tak muat dekat dia macam mana? Kan membazir ja.” Lutfie masih tak mahu kalah.

Mummy diam berfikir. Lutfie dah ready nak buat victory dance kalau mummy tetiba berubah fikiran. Tiba-tiba mummy petik jari.

“body dia kecik ja kan? Jasssss. Sini kejap.” Mummy panggil Jasmine.

Lutfie tepuk dahi. Kalah!

“apahal, mummy?” Jasmine muncul. Zaki pun.

Mummy tak jawab soalan Jasmine. Terus dihala baju kurung coklat tu dekat body Jasmine. “body dia sama dengan Jas kan?”

Jasmine kerut dahi. Zaki pun. Mereka berdua pandang Lutfie yang dah tunjuk muka gloomy.

“sapa, bro?” ujar Zaki. Kemudian dia petik jari. “ahah! Ara kan? Ha ah, mummy. Kecik Jas ni ja body dia. Kurus lagi kot dari Jas.” Zaki sengih.

Jasmine sengih. “oho. Sister-in-law. Abang nak beli untuk dia ke?” Jasmine dah tepuk tangan excited.

“Lutfie nak pergi hentak kepala dulu.” Lutfie bersuara lalu pergi ke tempat dressing room.

“malu konon…” mummy mengusik.

1 comment: