Monday 28 May 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 9

“adik… naik atas. Change your clothes now!” Ismi dah terpekik. Bulat matanya memandang Ara yang selamba bangang turun tangga pakai baju tee dan jeans. Siap menyanyi riang sambil hayun luggage lagi.

“apasal? Baju ni tak korek mata anyone pun.” Ara protes. Jeans dan tee-shirt kosong. Sopan la kan? Ara pandang Ismi. Ismi pakai baju kurung warna biru lembut dengan bunga-bunga kecil warna putih. Japanese cotton punya kain.

“kita nak balik kampung. Change it now or nak kena simbah dengan air panas opah boleh ja.”

“kenapa nak pakai baju kurung pulak? Wedding will be held on lusa la angah.”

Ismi tepuk dahi. “apasal adik aku bengap ni? Dah berapa lama tak balik kampung ha? Macam tak kenal opah macam mana.”

“aku tak nak pakai baju kurung. Rimas la.”

“aku pakai dari tadi elok ja. Cepat tukar. Nanti lambat pulak.”

Ara menurut sahaja perintah Ismi. “yada yada. Herhhh!”

“hah! Merungut. Ingat jangan bawak segala jeans, tee, short dan semua jadah yang boleh buat opah heart attack.”

“ai ai mem!” Ara dah jerit dari tingkat atas.

Masa turun ke tingkat bawah, Acid dah sibuk ambik gambar Ara dengan baju kurung warna hijau lembut bunga kecil-kecil.

Acid ketawa. “hah! Sent pergi Lutfie.”

“sent apa? Achik jangan. Sat lagi, adik terajang melambung ke marikh achik nanti. Ingat adik trap dalam baju ni tak dapat nak kick orang ke?” Ara dah agak. Confirm achik jadi manusia pertama yang akan usik dia.

Acid mencebik. Jim yang dari tadi diam tetiba menyampuk, “dah la. cepat angkut segala luggage masuk dalam buntut kereta tu.”

Acid mengangkat luggage mereka dan diletak dalam bonet kereta.

“angahhhhhh! Cepat la.” Ara menjerit.

“yaaaa.” tergesa-gesa Ismi keluar dari rumah.

“adik… taknak bawak sneakers ke?” Acid angkat sneakers warna hitam milik Ara.

Tapi belum sempat Ara menjawab, kepala Acid diketuk oleh Ismi. “jangan kau nak mengada, achik. Letak balik sneakers tu.”

Ara buat muka. Ismi dah masuk ke Alza di tempat duduk belakang. “dah jangan nak buat muka. Pakai flats tu dah kira bersyukur tau? kalau aku beli wedges hari tu wajib kau pakai sampai kita balik rumah ni nanti.”

“ya la. bising kalahkan opah la kau ni.” Ara tutup pintu kereta. Kakinya yang tersarung flats warna soft-brown dipandang. Ismi bising suruh beli flats sebab dia awal-awal dah reject segala heels dengan wedges hari tu. Ismi siap beli supplement flats untuk dia lagi – warna soft pink dan kelabu. Flats soft pink tu pun diangkut ke kampung sekali sebab theme wedding Ratu adalah pink atau merah. Mula-mula dia dengar theme wedding Ratu tu dia gelak ja. Perempuan… everything pinks! Yuckss!

Jim dah pandu keluar dari perumahan rumah dan menuju ke Shell yang berdekatan. Acid awal-awal dah nak jadi co-driver. Ara dan Ismi jadi penumpang tegar di tempat duduk belakang. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam.

“kenapa aku kena pakai this silly ribbon?” Ara tunjuk head-ban English pattern yang elok letak atas kepalanya. Jim tengah isi minyak. Acid keluar beli makanan santapan masa perjalanan nanti. First and foremost reason apasal aku tak suka balik kampung: wajib pakai baju kurung.

“supaya kau nampak comel.” Ismi sibuk dengan make-upnya.

“aku dah tak cukup comel ke?”

Ismi gelak. “adding more kecomelan on your face.”

Ara mengeluh. That’s why I hate for being a girl.

Dalam perjalanan, mereka banyak bersembang supaya Jim takda la rasa kena dera. Kebanyakan isi cerita mereka lebih kepada mengusik Ara. Ara cuma mampu menepis segala usikan dengan sedaya upaya. Kadang-kadang, dia menyekeh leher Acid yang duduk di bahagian hadapan.

Ara pandang handphonenya. One message received. Lutfie.

Þ     Aku dah potong rambut aku yang panjang tu!mak aku paksa aku. sedih gilaaaa

Ara sengih. Lepas teman Lutfie pergi shopping hari tu, dia belum lagi tengok rupa ‘jantan’ Lutfie sebab esok harinya dia dah apply cuti balik kampung.

Þ     Padan muka… aku suruh potong hari tu taknak. Sayang sangat la konon dengan rambut kau tu :p

Þ     Mesti ar. Aku bela dari form 5 lagi.

Þ     Hahahahaha. Teringin nak tengok Lutfie with new haircut beliau

Þ     Jum la. kau dekat mana? Aku pick kau sekarang

Þ     On the way balik kampung. Waaaaaa aku kena paksa pakai baju kurung padahal wedding lusa. punya la bersemangat angah aku ni.

Þ     Lupa weh. Hahaha comel la rupa kau. Acid sent bbm tadi :D kau balik bila? Pakai la baju kurung masa datang kolej nanti

Þ     Darnnnnn! Mintak kena penyepak achik ni. Comel haprak kau. Aku balik isnin kot and I will not wearing this whatsoever baju kurung la turun kolej. Buat segan aku ja

Ara pandang Ismi. How lucky, angah tidur. Achik pun. Along? Yeah still alive. Kalau diaorang bangun confirm aku kena fire abis-abisan.

“along still fresh ka?” Ara prihatin.

Jim angguk perlahan. “ni siang la adik. Kalau malam memang sah la along ngantok.”

“angah dengan achik ni dah lelap apa kes? Padahal bukan diaorang yang drive kan?”

Jim ketawa. “biarlah diaorang tu. Bosan gila la tu.”

Þ     Segan apanya. Traditional attire apa. Dari kau pakai attire yang macam tak bertamadun tu

Ara sengih. Budak ni aku sekeh kang. Kau tinggi melangit macam mana pun, kalau aku dah tendang perut tu, sah-sah la tunduk melutut jugak.

“alamak. Kita stop jap. Along cuci jamban kejap.” Jim berhenti di R&R.

“ok.” Ara angguk perlahan. Term ‘cuci jamban’ membawa definisi membuang air tak kira saiz S,M atau L. Term tu Acid dan dia yang cipta dulu. Konon nak lain dari yang lain.

1 comment:

  1. hah. pakai reben ek.. mesti dah ala2 neloofa gitu. hehehe. wah lutfi dah potong rambut.. mesti ensem .. hahaa. =P

    ReplyDelete