Tuesday 11 December 2012

It's You 3

I'm hurting like this

Because I love you, tears fall

Because my heart hurts, tears fall again


"Later, I promise. We will talk about this"


Nama Amir Afzan tertera di skrin telefon bimbit Adhwa. Amir ingat janji dia. Adhwa tak sangka Amir masih guna nombor yang sama. More surprising, Amir masih ingat nombor dia. Yakinnya Encik Amir Afzan kita ni ya?

Tapi sekarang, Adhwa yang dalam dilema. Nak jawab atau tak? Agak-agak Amir hangin tak kalau dia tak jawab? Akhirnya, panggilan Amir dibiarkan tak berjawab. Biarlah! Sakit hatinya. Kalau nak dibandingkan rasa sakit hati dia ni lagi dalam lukanya. Lima tahun bukan lima minit. Lima tahun dia cuba lupakan tapi tak berhasil.

Lepas lima tahun mereka tak jumpa, Amir boleh buat selamba ja tegur dia. Amir tak pernah rasa bersalah untuk apa yang berlaku lima tahun lepas. Sepatutnya Amir cakap - sorry. Walau dia tahu, ego Amir sangat tinggi and he will never say sorry tapi dia tetap berharap Amir akan minta maaf.

Lamunan Adhwa terhenti. One new message.


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Kenapa tak jawab? Let's talk about us.
Adhwa laju membalas. Hati tengah panas,lagi-lagi emosi tak stabil.


From: Adhwa Nadhirah
To: Amir Afzan

There's nothing to talk about! Just go away from my life like you did five years ago!


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Answer my call. NOW!


Memang tepat. Lepas Adhwa selesai baca, Amir memang call dia. Lama. Adhwa biarkan panggilan Amir tak berjawab. Berkali-kali Amir call tapi dia tetap berdegil tak nak jawab.

Adhwa menangis. Dia tak tahu kenapa tapi air matanya laju mengalir keluar. Macam mana kalau Amir pergi dari hidup dia? Macam mana kalau lepas ni dia takkan jumpa Amir dah? Macam mana kalau semalam kali terakhir dia tengok senyuman Amir.

Ya. Senyuman Amir. Senyum yang sentiasa buat dia rasa tenang. Senyum yang buat dia rasa serba tak kena. Senyum yang akan buat jantung dia berhenti berdegup. Senyuman yang sama yang buat dia sedar betapa dia sayangkan Amir lebih dari seorang kawan baik. Sungguh, senyuman itu yang bakal dia rindu.

Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. One new message.


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

I said that I hate the starts of goodbye. But if I love again, if I miss you,can you come back?

Message Amir dipandang sepi. Biarkan dia rasa ditinggalkan. Biarkan dia Adhwa.

**

I won't give up on us.


Seminggu dah dia mogok dengan Adhwa. Dia langsung tak cakap dengan Adhwa. Jumpa pun tidak. Tak call, tak text dan tak nak pandang pun. Seminggu dia hilangkan diri dari pandangan Adhwa. Sejauh mana Adhwa boleh bertahan.

Sesekali, ada juga Amir buat helah untuk ke tingkat 16. Saja. Tak tahan dah merindu kawan baik sendiri. Bukan setakat rindu, hati dah dicuri dek kawan baik sendiri. Adhwaku sayang, pulangkan balik kalau tak nak curi hati kawan baik sendiri. Adhwaaaaaa!!!!!

Adhwa merenung langit malam. Sunyi. Seminggu dah dia tak nampak Amir. Bermakna seminggu dah dia tak diganggu oleh makhluk bernama Amir Afzan. Dia rindu telatah dan gelagat Amir. Dia rindu senyuman Amir. Dia rindu Amir Afzan.


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

In case I lose you again, my two eyes only look at you.


Message yang dah basi tapi Adhwa tak faham maksud sebenar yang Amir cuba sampaikan. Ada satu lagi message yang Amir beri. Message terakhir dari Amir. Message yang dia tak sempat baca. Tak. Dia tak sanggup nak baca sebenarnya.


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Even if I'm born again, it's you. It's you, Adhwa Nadhirah. I'm in love with you and I will always love you, Adhwa.


Adhwa terkaku. Dia tak tahu nak buat apa. Patut ke dia call Amir? Dah tengah malam. Macam tak diterima dek akal. Mana tahu Amir dah tidur. Bagi text cukuplah. Lama dia berfikir apa yang patut dia cakap. Akhirnya, dia taip ...


Amir terkejut. Tengah dia melayan rindu yang tak berbalas dengan bintang di langit tiba-tiba ada message masuk. Siapa yang text dia tengah malam macam ni?

Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Hanya dengan sebaris nama itu dah buat dia senyum.

Inikah cinta? Kata orang tua, tengok bumbung rumah pun jadilah. Tapi dia? Tengok sebaris nama itu dah buat dia senyum sampai telinga. Kes parah bak kata Naufal.


From: Adhwa Nadhirah
To: Amir Afzan

Amir Afzan . . . . .  :(


Amir pantas menaip. Dengan sengih dibibir yang tak pernah lekang dia menekan butang sent.


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Ya sayang? Rindu I ke? :D


From: Adhwa Nadhirah
To: Amir Afzan

Siapa bagi kebenaran panggil I sayang? Siapa nak rindu you? Perasanyaaaa kawannn!


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Hati you yang bagi permit dekat I panggil you sayang :P You kena waran tangkap sebab dah curi hati I. Pulangkan balik!


From: Adhwa Nadhirah
To: Amir Afzan

Amir . . . Sorry :( Don't leave me again. Kalau I tak nak pulangkan hati you macam mana?


From: Amir Afzan
To: Adhwa Nadhirah

Takpa sayang. Bukan salah you. I yang salah sebab tinggalkan you lima tahun lepas. Kalau tak nak pulangkan, tolong simpan hati I sampai bila-bila. Dengan syarat, you kena bagi hati you.


Lama Amir tunggu Adhwa balas. Sabar Amir. Lama juga baru handphonenya berdering. Adhwa call. Sepantas kilat dia menjawab.


"Hai sayang, takkan dah rindu sangat sampai call?" Amir masih dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"No. I nak reply text you yang tadi."

"So, macam mana?"

"Amir Afzan, I dah lama serahkan hati I dekat you. Five years ago. I did love you and I will always love you. Bye!" Talian dimatikan.

Amir hanya tersenyum. Dia tahu Adhwa tengah blushing, malu.

We are in love, really

We love each other, really

Feel like going crazy

Really, is this love?

4 comments: