Wednesday 27 March 2013

Perjalanan - BAB 11

Aitch dan menguap panjang. Lenguh. Baru dua jam perjalanan ke kampung. Ada baki 3 jam lagi. Mesti bosan ni. Papa sebelah masih tenang driving. Thud dekat belakang leka dengan majalah apa entah.

“Remember the rules.” Suara papa memecah sunyi.

“Yeah.” Aitch menjawab meleret. Thud pun sama.

“Guna Bahasa Melayu, no shorts, wake up early, no subang macam along ni hah.” Thud menjentik telinga kiri Aitch.

Cepat-cepat Aitch mencabut clip-on earrings nya. Ketiga-tiga clips itu diletak elok dalam wallet supaya tak tercicir. Kemudian dia menggumam sendiri. “Macam mana boleh lupa tanggal ni?”

Laju tangan Aitch meraba lehernya. Rantai leher dah dicabut awal.

“Lagi?” Papa menyoal.

“Dengar cakap atok, nenek. Jangan cari pasal macam zaman bebudak dulu. Letupkan reban Mak Ni tu. Atau pun, kejar ayam Pak Lebai sampai kena langgar lori Ah Pek.” Thud bersuara sambil berfikir apalagi undang-undang nenek dan atoknya itu.

“Sembahyang 5 waktu, pergi masjid, mengaji, hantar sedekah, tarawih.” Aitch menyambung.

Terus Thud mengetuk kepala Aitch. “Tarawih malam Ramadhan lah.”

“Ouch. Fine. I’m just saying.” Rambut dielus kasar. Aitch memeluk tubuh. Sungguh dia tak suka balik kampung. Too many rules. Perlu sembahyang, mengaji.

Religious thingy buat dia teringat perbualannya dengan An-niesa semalam. Ayat yang keluar dari mulut An-niesa.

“ALLAH tak kan mengubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak ubah.”

Macam mana dia boleh terfikir nak membawa An-niesa minum semalam ialah kerana peristiwa An-niesa di rumahnya tempoh hari. Hari di mana, Thud berniat nak simbah dia guna air sebab dia liat nak bangun. Malamnya, Aitch terfikir ayat Thud, “Tak malu.” Apa sebab dia perlu malu dengan An-niesa? Dia cuma tidur di ruang tamu pun. Bukannya mabuk macam dulu.

‘Mabuk’ dan ‘tak malu’ membuatkan Aitch teringat kata-kata papa. 

“Kita Islam, along.” Encik Kamel bersuara perlahan. Dahi diurut perlahan. “Seteguk air arak tu diminum dah 40 tahun amalan kita tak diterima. Kalau dah bertin-tin? Berapa ribu tahun agaknya manusia hidup jadi bangkai? Ini hukum ALLAH. Jangan sesekali dicabar.”

Itu peringatan keras papa dulu. Yang buat dia taubat tak nak teguk arak lagi. 40 tahun tu jangka masa yang lama. Beribu tahun jadi manusia hina lagi lah teruk.

Malam tu jugak, dia berfikir. Hukum yang terlalu sempurna disusun oleh ALLAH tapi kenapa manusia masih tak dapat nak ikut? Dan, Aitch mendapat jawapannya semalam.

“Kena brainwashed masa duduk sekolah agama dulu.” An-niesa seret sengih. “Environment helps a lot. And, I read books. Not ordinary books. Buku-buku agama, hadith and stuff. Sebab dekat sana takda comics, gossip magazines, dan entertainment yang ada ciri-ciri melalaikan. Then, I ‘pling!’ jadi la macam sekarang ni.”

Pengaruh dunia yang menghanyutkan buat manusia senang rapuh. Senang nak langgar hukum ALLAH. Padahal, hukum ALLAH itu easy as a piece of cake. ALLAH larang minum arak. Jangan minum. Direct terus bagi manusia senang faham. Senang ikut.

Kemudian, Aitch teringat lagi peristiwa semalam. Dia bercerita dengan An-niesa kisah pahit keluarganya. Padahal dia tak kenal pun An-niesa. Malah tak pernah pun dia berniat nak berbual panjang dengan gadis itu. Aitch cuma ikut kata hatinya.

Dia luah semua semalam. Kisah tragis yang dipendam hampir sembilan tahun. Semua mengalir macam air sungai semalam. Terlalu banyak berfikir buat dia perlu untuk bersembang dengan seseorang.

Semalam jugak, dia mula kenal An-niesa. Pretty eyes. Pretty akhlak. Yang buat dia selesa nak berbual panjang.

Apalagi sebabnya? Mungkin… Takdir hidupnya dah tertulis bahawa dia akan berjumpa dengan An-niesa. Dan tiba-tiba ada satu perasaan menyuruh dia meluahkan segala-galanya. Dan…

“Berubah lah.”

Ayat itu berulang kali bergema di fikirannya.

*

No comments:

Post a Comment