Monday, 15 August 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 3

Aisyah melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di beranda rumah mereka. Hari kedua berpindah ke ‘rumah’ baru. Apartmen yang mempunyai beranda yang agak luas. Senang nak lepak. Skodeng orang. Stalker lah katakan. Facebook cikgu semua di-view olehnya.


“Cantik jugak bintang kat sini malam-malam. Bertuah la aku dapat pindah kat sini. Tu namanya hikmah.” Aisyah bercakap sorang-sorang. Family dia semua dah tidur. Tinggal dia sorang jer masih jadi burung hantu yang tak pandai nak tidur awal. Dia memerhati langit yang cerah malam tuh. Dia pandang sekeliling. Mata Aisyah terhenti. Dia terpandangkan apartmen blok sebelah, tingkat 5. Selari dengan blok mereka. Rumah tu…


Teringat kejadian petang semalam. Kalaulah dia boleh tengok muka mamat tu dengan jelas, kan dia boleh cam muka mamat tuh kalau terserempak kat mana-mana. Dah la pandai main gitar, left-handed pulak. Mak oiii. Tu la ayah suruh buat spek, degil nak mampus. Kan dah rugi tak dapat tengok keindahan wajah mamat tu… hish hish hish!

********************************


“My first day at new school. Dah rumah baru, sekolah baru. Semuanya baru. Dan aku dah buat rekod baru. Student paling ‘awal’ datang sekolah.” Aisyah mengomel sorang-sorang setelah penat berlari dari pagar sekolah sehingga ke lobi. Ya.‘awal’ atau antonimnya ‘akhir’. Akhir as in lewat.


“Eh,awak!”


Aisyah menoleh. Pengawas nih panggil aku ke apa? Dia panggil aku ‘awak’. Lame.


“Haa, awak? Kenapa masih kat sini? Tak masuk kelas ke?” Pengawas tu tanya dengan sopan.


Dia diam. Padahal dia rasa nak lempang je mamat pengawas depan ni. Dah tau aku masih tercegat kat sini memang la aku tak masuk kelas lagi. Kelas aku pun mana entah. Hish!


“Awak ni budak kelas mana? Escape ke ape?” Pengawas tu tanya lagi.


“Lantak gua la nak buat apa gua punya suka. Lu pahal? Jaga tepi seluar lu sudah la. Tak perlu nak busybody hal gua.” Aisyah jawab dengan kasar. Ambik kau!


“Kurang asam punya awek. Muka cantek, sopan terbang. Dari planet mana entah awek ni datang.” Kata pengawas tu dalam hati jer. Mana dia berani nak cakap macam tu dekat perempuan.


“Aku cakap elok-elok dengan kau, kau balas sampai macam tu sekali. Kau budak baru ke? Lagi satu, peribahasa mana kau curik nih? Jaga tepi seluar. Jaga tepi kain lah. Haha!” Boleh tahan lawak jugak minah ni.


“Lantak gua lah nak guna peribahasa mana pon! Ni bukan kelas Bahasa Melayu nak guna tatabahasa yang betol. Kalau gua budak baru, lu pehal? Nak usha gua? Gua tak layan la muka seposen macam lu. Assalam jerlah!”


“Usha kau? For what?! Tak ingin aku dengan minah macam engko nih! Kurang waras rupa kau nih. Hahaha. By the way, mesti kau tercari-cari mana pejabatkan? Aku takkan bagi tahu kau sebab kau dah kurang ajar dengan ketua pengawas. HAHAHAHAHA” Pengawas tu membalas kata-kata Aisyah.


What?! Dia rasa dia nak buat aksi guling-guling time tu jugak. Alamakkk, macam mana aku nak mendaftar kat sekolah ni. Ya Allah! Satu kesalahan jugak sebab tak bersopan-santun dengan prefect nih. Aisyah, aisyah. Sengal betol engkau hari ni!


“I hate you Mr Prefect! Takpe,lambat atau cepat aku boleh carik jugak pejabat tuh. Huh!” Aisyah berlalu dari situ. Makin lama dekat situ, makin berapi pulak telinga dia. Dia yang mulakan, dia pulak yang kalah. Mana boleh…


Pengawas tu berlalu dari lobi. Sempat dia menjerit kepada budak baru tuh. Antara budak baru tu dengar ataupun tak, itu dia tak tau.


“Sombong betol engko jiran baru yer!”



******************************************


“TOK! TOK! TOK!” Aisyah mengetuk pintu bilik Penolong Kanan HEM. Fuhhh! Akhirnya dia berjaya menemukan pejabat penolong Kanan HEM. Naya dia cari satu bangunan sekolah. Rupa-rupanya sebelah lobi tu jer! Kurang asam punye pengawas. Ada masa aku kerjakan kau cukup-cukup!


“Masuk,”


“Selamat pagi Tuan, saya pelajar baru di sekolah ini. Ini borang perpindahan saya.”Aisyah menghulurkan sekeping sampul surat yang mengandungi butiran peribadi tentang dirinya. Hulurannya bersambut.


“Oh, kamu rupanya Cik Aisyah Nadhirah. Ayah kamu ada call pihak sekolah pagi tadi. Kamu akan masuk ke kelas 4 Piranha. Ikut saya sekarang.”


Hah? Piranha? Adakah aku sedang menyelam di dasar laut kemudian tetiba je bertemu dengan ikan piranha? What the heck sekolah ni tetiba ada nama piranha?


“Baik tuan.” Aisyah membuntuti Penolong Kanan HEM tersebut. Cikgu Fatimi. Aisyah cuba untuk mengingati nama cikgu tersebut. Nak search facebook dia balik kang! Hehe. Baru jer nak naik tangga untuk ke blok Form 4, tiba-tiba cikgu Fatimi panggil nama someone. Aisyah tak dapat nak dengar nama sapa cikgu tu sebut. Bunyi loceng rehat kuat sangat! Nak pekak telinga dia dengar. Haishhh.

Budak tu datang dan terus sapa cikgu Fatimi.


“Ada pape yang saya boleh tolong cikgu?’ Aisyah macam kenal jer genre suara mamat nih. Dia toleh dan jantungnya rasa nak keluar. Mak oiii, kalau dia ada serangan jantung memang awal-awal dah dia ‘game over’. Pengawas tadi. Mamat sengal tuh! Menyampah betol tengok muka dia!


“Ni hah, budak baru pindah. Kelas dia 4 Piranha, sebelah kelas kamu jer. Kamu tahukan nak buat apa?”Cikgu tu membalas.


“Ohhh, saya tahu cikgu.” Sambil sengih dekat Aisyah. Ni yang buat Aisyah risau. Apa yang mamat ni nak buat? Alamakkk, worse day ever! Cikgu Fatimi pun berlalu. Kenapa aku rasa seram sangat ni? Oh, cikgu Fatimiiii! Jangan pergi duluuuuuuuuu.


“Kau, meh sini!” Pengawas tu memberikan arahan pertama.Gulp! Gaya macam panggil bibik jer. Ingat aku ni seteruk tu ke? Sabar jer lah. Kang engko makin kena lanyai dengan mamat gila nih.


“Weh minah, yang kau lembab sangat jalan tu pesal? Macam siput sedut jer aku tengok. Dok mengata aku ke apa?” Pengawas tuh membebel lagi.


Dia membebel mengalahkan adik. Adik pun tak membebel cam dia ni. Alamak! Mana dia tau aku kutuk dia nih. Kena cepat cover nih! “Takde paedahnye aku nak kutok kau. Aku ni macam siput kau cakap? Kau tu, macam virus Trojan jer. Sembur orang tak kena masa. Depan manusia yang banyak ni pun kau boleh kutok aku semedang jer? Ingat aku orang gaji ke?” Aisyah melontarkan kemarahannya. Aisyah memang panas baran tak dapat dinafikan. Ikut genetik Mak Cik Rufaihah tuh.


“Weh perempuan. Kira bagus aku layan kau macam orang gaji, kalau aku layan kau macam pengemis?


“Kau! Kau memang nak cari nahas dengan aku!” PAP! Aisyah tampar muka pengawas tu dan terus beredar. Pengawas tu pulak? Terdiam. Terkejut dengan tindakan drastik Aisyah. Malu dibuatnya. Kena free slap oleh seorang perempuan depan khlayak ramai. Kalau free kick semua orang sorak tapi kalau free slap? Sorang pun takkan sorak. Dapat malu adalah. Asyraff dapat rasakan macam mana Aisyah dipermalukan olehnya tadi.


Di sinilah titik tolak persengketaan antara Aisyah dengan mamat sengal a.k.a Si Trojan. Dua bulan dah Aisyah bersekolah kat situ tapi dia tak pernah tahu nama sebenar Si Trojan tu. Yang dia tahu, Si Trojan tu ada beberapa kriteria yang dia dah take note.


Si Trojan:

- Orang gelar dia Acap? Burok beno nama. HAHA

- Ada pengaruh yang besar. Yeah. You will find out when he shouts and everybody obeys him.

- Ketua pengawas yang ‘bengap’(berdedikasi sebenarnya. Aku tak boleh terima yang dia ni ketua prefect!)

- Left-handed

- Singer terhebat kat sekolah(orang cakap, aku tak pernah dengar pun)

- Top student,ramai peminat? Memang sah orang buta kalau minat dia!

- Prankster terbesar abad nih!


Macamana ketua pengawas yang berdedikasi, top student and whatsoever they call him boleh jadi prankster? Tak boleh stick to be a good guy ke? Bukan selalu ketua pengawas baik ke instead of their ketegasan yang wajib ada tu?


Yeah. That’s why wujudnya peribahasa, ‘’ don’t judge a book by its cover.’’ Bukti yang kukuh, ni lah si malaun Trojan ni.


“Aisyah? Yang kau pergi buat note pasal dia tu pehal? Bukan kau alergik gila ke dengan Si Acap tuhh?” Ain sergah Aisyah tetibe.


“Kus semangat! Kau ni Ain! Tak bagi alarm langsong! Main terjah jer. Ingat ni rancangan melodi edisi terjah ka hape? Haishh kau nih, bagi salam dulu laa.”


“Yelah tuhh, aku bagi salam nih. Assalamualaikum w.b.t Ustazah Aisyah! Dah terpesona dengan Si Trojan ke? Hahahaha.”


“Wassalam. Eh, kau ni saja nak jerat aku eh. Simpang malaikat 44 aku nak suka kat Si Trojan tuh. Eee, geli aku! Aku take note ni pun sebab nak tau latar belakang musuh aku tuh. I just want to make a ‘sweet’ revenge ever.”


“Kau ni Aisyah, tak baik revenge-revenge nih.” Ain menasihati Aisyah. Aisyah boleh buat tak dengar jer. Macam angin lalu jer apa yang Ain bagi tahu kat dia. Ain malas dah nak bersuara. Dia berlalu dari meja Aisyah. Aisyah terus menatap kertas yang mengandungi maklumat si Trojan. Aku tau aku patut buat kau macam laki lain yang cari pasal dengan aku.

No comments:

Post a Comment