Monday 26 September 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 8

“aku dengar Aisyah keracunan, betul ke?” Tanya Acap kepada Ain.

“ye.”

“jadi, betul lah dia sakit hari tu?” Acap dah mula rasa bersalah.

“ye.”

“kau marah ke?”

“ye.”

“sorry lah. Aku betul-betul ingat yang dia tu saja je ke buat-buat sakit.”

Ain diam.

“dia dekat mana sekarang? Dah ok ke?”

“She’s fine. Tengah bertarung dengan nyawa. Kau rasa dia okay tak?” Sinis jawapan Ain.

Acap diam. Tak de akal dia kali nih. Oh, god! Her voice can kill me. Takut betul aku tengok muka Ain ni. Macam nak telan aku hidup-hidup.

“oh. Bila dia datang sekolah?”

“Entah. Kau sibuk apesal? Dia sakit ada kau kisah? Ni dia dah tak datang sekolah kau sibuk nak suruh dia pergi sekolah. Kalau kau suroh dia pergi tandas hari tu,mungkin dia dah ada kat sekolah sekarang.”

“bukan salah aku pun. Kalau dia sihat awal ke lambat ke, tu ALLAH yang tentukan.” Acap tersengih.

“Oi,kau ingat dah buat orang sakit teruk macam tuh bukan salah kau? Sampai dia kena tahan kat hospital berhari-hari kau tak rasa kau salah. Kau memang tak da hati perut. Heartless! kalau diikutkan hati aku ni, memang aku nak lenyek-lenyekkan kepala kau ni. Hishh!”

Dan, Ain pun berlalu. Acap cuma memerhati. Dia tersentap dengan apa yang Ain cakap. Berhari-hari tido dekat hospital? Damn! Salah aku lah ni. Orang perempuan bila marah, tak baik dikacau. Tapi, dia suka kacau Aisyah bila Aisyah marah. Tapi, rasanya sekarang ni dia tak dapat nak kacau lagi sebab si Aisyah tu rasanya lebih marah lagi dari Ain.

Memang salah dia pun. Sebab tak benarkan Aisyah keluar masa rehearsal tempoh hari. Kalau tak, mungkin Aisyah dah sihat sikit hari ni. Dia tahu cerita Aisyah kena keracunan makanan pun, bila dia perasan dia tak nampak kelibat Aisyah selama dua hari selepas hari rehearsal. Tup-tup dengar cerita si Aisyah kena warded dan baru keluar dari hospital kelmarin. Dan, sumpah lepas dia dengar cerita tu dia memang rasa bersalah sangat.

“macam mana ni?” dia mengeluh. Takkan la aku nak pergi ketuk rumah dia pergi melawat? Rasanya tak elok kot. Nampak macam si Aisyah ni belum tahu yang mereka hidup berjiran. Suruh si Alia pergi? Nanti budak tu kepoh tanya macam-macam. Mampusss aku.

*******************************

Hari ni Aisyah pergi sekolah setelah menderita selama empat hari keracunan makanan. Entah apa yang dia makan. Dia pun tak tau. Dia mintak cuti selama dua hari sebab kena warded. Balik dari rehearsal hari tu pun, dia dah mengadu dekat mama. Bawak pergi hospital terus kena tahan.

Ada lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk Malam Majlis Ulang Tahun Sekolah itu. Jarang dia nak dengar ada majlis macam tu. Sekolah lama dia pun tak ada majlis sambutan ulang tahun sekolah. Sambutan kemerdekaan adalah.

Dia duduk lepak dekat bawah pokok. Masa tu Ain tengah beli makanan dikantin. Dia malas nak ikut. Jadi, dia tunggu Ain dekat bawah pokok. Tengah-tengah dia dok termenung mengenang nasib yang baru sembuh tu, tiba-tiba ada suara menegur.

“kau dah sihat?”

Acap. Dia seorang je. Dan agak mengejutkan sebab dia tegur dengan nada yang kedengaran ikhlas.

“macam yang kau nampak ni.”

“err. Aku cuma nak cakap sikit dekat kau.”

“apadia?”

“err. I just want to say sorry.”

“pasal apa?”

“pasal hari tu. Rehearsal.”

“ohh.”

“kau maafkan aku ke?”

“kalau aku tak maafkan kau?”

Acap diam. Dia tau, Aisyah marah.

“baik kau blah la. Sakit mata aku tengok. Dah, dah. Pergi jauh-jauh.” Aisyah menghalau.

“susah sangat ke nak maafkan aku? Hal kecik je kan?” Acap dah mula nak marah. Dah la dia terpaksa mencemar duli nak pergi mintak ampun dekat minah ni.

“susah sangat ke kau nak blah? Hal kecik je kan?”

“wei. Aku mintak maaf ni dah cukup baik kau tau tak?”

“habis yang kau buat hari tu cukup baik sangat ke?”

“ok ok. Aku tau aku salah. Maafkan je la. Forgive me and forget it.”

“Senang kau cakap? Yang deritanya aku, bukan kau kan? baik kau blah. Ijal dah lama tunggu kau kat sana tu.”

Acap pandang ke belakang. Dia nampak Ijal tengah bersandar di dinding bangunan yang tidak jauh dari mereka.

“aku chow lepas kau cakap kau dah maafkan aku.”

“kalau kau taknak blah, biar aku je yang blah. Haishhh! Susah cakap dengan orang bengap ni.” Aisyah berdiri dan mula melangkahkan kakinya.

Tapi, belum jauh pun dia melangkah, dia dengar si Acap dah melaung – dengan suara yang tak kuat sangat tapi mungkin si Ijal yang jauh tu boleh dengar.

“woi. Kau tu la bengap. Nak maafkan orang pun tak reti ke? Sial lahh.”

Aisyah berhenti. Dia dapat rasakan yang hati dia dah koyak-rabak macam kena cakar dengan kuku rimau. Ouch! That really hurt me.

Dia pandang ke belakang. Dia tengok muka Acap yang dah merah sebab mungkin dia marah. Dia tak tau nak cakap apa. Sumpah! Hati dia memang sakit. Kalau takat nak cakap ayat-ayat sumpah yang lain, mungkin dia tak sakit hati. Tapi, bila orang cakap sial, dia rasa hati dia memang sakit. Sakit yang amat. Sebab, sial adalah perkataan yang paling dia tak suka dengar.

Aisyah terus berlalu. Jangan harap aku nak maafkan kau, Trojan.

Acap cuma memerhati langkah Aisyah. Damn! Kan ibu dah pesan, jangan cakap dengan perempuan guna perkataan-perkataan lahanat macam tu. Perempuan tak suka dengar. Tapi, kalau dengan perempuan keras kepala macam minah ni, apa boleh buat? Walau macam mana pun, dia cuba tahan mulut dia supaya jangan menyumpah pun, tetap jugak keluar.

Ijal menepuk bahu dia yang tengah lama termenung tu.

“woi, ngok! Yang kau pergi cakap dekat dia macam tu apasal? Aku yang tak terbabit ni pun sakit hati jugak dengar tau. Dah la tak buat salah, tetiba kau cakap dia sial apahal?”

“dah dia tak nak maafkan aku? Sapa suruh degil sangat.”

“takkan lah sebab dia tak maafkan kau, kau pergi cakap macam tu dekat dia? Cakap la elok-elok. Takkan tak reti? Kau nih memang bengap. Haishhh.”

“dah la. Aku malas nak cerita pasal tu.” Acap dah mula rasa bersalah. Perasaan bersalah yang pada mulanya cuma setebal kamus English Oxford, tetiba semakin tebal macam dua buah kamus dewan bahasa dan pustaka.

Dan, bermula dari hari itu dan hari selepasnya mereka tak pernah bertegur sapa. Kalau bertembung di tengah jalan pun, Aisyah akan buat-buat tak kenal dan cuma pandang ke hadapan.

No comments:

Post a Comment