Monday, 26 September 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 9

Malam ni, Malam Sambutan Ulang Tahun Sekolah yang ke 15. Aisyah malas nak pergi tapi takut kena denda. Kelakar kan? Kalau tak pergi apa-apa event sekolah akan didenda. Sekolah lama dia dulu pun tak da peraturan macam tu.

Dia menunggang skuter kesayangannya. Venue malam sambutan tu dekat dewan sekolah mereka, dewan Ibnu Sina. Malam ni, dia pakai cermin mata. Dia nak tengok dengan jelas performance pelajar malam ni. Kalau selalu, dia malas nak pakai spek. Kalau nak study je, baru dia pakai.

Bila dia sampai dia nampak banyak pelajar dah berkumpul dekat dewan. Macam-macam style yang dia dapat tengok. Dia datang pun cuma pakai blouse dan jean. Ingat nak pakai tee-shirt je. Tapi, macam tak sesuai pulak kan?

Majlis bermula pukul 8.30. Dia dah duduk dekat kerusi yang memang dah disediakan. Dewan ni tak nampak padat sangat walaupun berisi dengan seribu orang – tak sampai seribu sebenarnya. Dewan ni besar. Dan, decorationnya pun cantik jugak.

Dia ingatkan Sambutan Ulang Tahun ni macam heavy party sebab satu sekolah celebrate. Mungkin ada formal sikit sebab pengetua ada, cikgu-cikgu pun. Tapi, rupa-rupanya tidak. Celebration dibuat memang macam funky party. Semua orang akan rasa enjoy. Lagipun, ni kan first time dia follow.

Dan, akhirnya masa performance para pelajar pun tiba. Yeay! Masa untuk mengutuk. Dari tadi dia cakap dekat Ain yang dia tak sabar nak tengok performance pelajar sebab nak gelakkan pelajar yang nervous atas pentas.

Tapi, bila si Acap and the gang naik pentas, terus dia gabra. Dia rasa nak lari pun ada jugak.

“ewhhh. Apasal pulak diorang yang performed?”

“wei, jangan cakap macam tu. Suara si Acap ni sedap tauuu.” Jawab si Ain.

“sedap sangat sampai aku rasa nak sepak je muka dia.”

“kau ni…”

“Apa? Betol lah apa aku cakap.” Aisyah melawan.

Kemudian keadaan dewan agak bising dengan sorakan para ‘peminat’ si Acap ni. Acap dan guitar Gibson Les Paul coklatnya tengah berdiri depan microfon stand. Ijal jadi mat drummer dalam band diorang ni.

“hello, everyone. First of all, I just want to say, ‘happy birthday’ to our school…” Acap dah berucap dekat stage. Aisyah yang tengah tengok kat bawah pulak yang berpeluh. Dewan pulak masih bising dengan tempikan suara-suara sumbang yang menyahut ucapan Acap.

“yeah, tonight we just want to do a little performance like old days. Sing along with me, everyone. My own worst enemy!”

Lepas Acap berucap, bunyi guitar dan drum bergabung. Nama lagu, ‘my own worst enemy’? apasal dia dapat rasakan yang lagu tu memang dituju kepada dia? Dan, dia macam dapat rasa yang semua mata tengok ke arah dia. Yalah, hampir satu sekolah tahu yang dia dan Acap ialah musuh.

Kemudian dia dengar suara Acap…

Can we forget about the things I said

When I was drunk

I didn't mean to call you that…

“woi. Kau tu la bengap. Nak maafkan orang pun tak reti ke? Sial lahh.” Aisyah masih ingat lagi apa yang Acap cakap dekat dia hari tu…



I can't remember what was said or what you threw at me

Please tell me, please tell me why

My car is in the front yard,

And I'm sleeping with my clothes on

Came in through the window last night

And your gone

Gone

Dia tengok muka Acap yang sedang bersungguh main gitarnya di atas pentas. Acap main gitar kidal. Aisyah perasan yang Acap tengok dia. Memang betul lah lagu ni memang Acap sengaja dedicated-kan untuk dia. Tapi, dia nampak mata Acap sedih. Macam dia memang betul-betul nak mintak maaf.

Dia tahu, ada jugak manusia-manusia yang duduk dalam dewan ni jeling-jeling dia. Semuanya sebab lagu yang dinyanyikan oleh Acap!

So, nak maafkan dia ke tidak?

No comments:

Post a Comment