Saturday 1 October 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 10

Aisyah baru keluar dari bilik guru. Dia menghantar semua kerja sekolah yang patut dihantar semasa dia cuti sakit hari tu. Pathway dekat bilik guru tu lenggang. Sebab masa ni pelajar dalam kelas.

Masa dia lalu situ, dia nampak seorang makhluk Tuhan yang sangat dikenali – Acap! Tapi, dia nak tergelak tengok si Acap tu tertonggeng sebab nak kutip kertas-kertas yang bertaburan dekat lantai.

Kalau kau bukan Acap, memang aku akan tolong kau kutip kertas tu. Tapi, disebabkan kau tu musuh aku, jangan harapppp!

Aisyah merapati Acap yang tengah merungut sambil kutip kertas.

Agak-agak kalau aku yang tengah berkain ni kick his butt, comel tak? Aku rasa sangat comellll…

Aisyah angkat kaki kanannya yang diyakini boleh menyepak dengan baik itu. Lalu dia tendang punggung si Acap yang masih tertonggeng.

Acap yang tengah ralit mengutip kertas tu tertolak ke depan. Tu takda la memalukan sangat. Tapi, yang agak memalukan bila…

“ooo, makcik kutip kertas tepi jalan terkejut.” Zupp! Semua ilmu melatahnya keluar dengan sekali lafaz je.

Acap tengok belakang. Terus dia terkejut. Terkejut buat kali kedua. Aisyah!

Aisyah ketawa terbahak-bahak bagai nak rak. Funny gila bila first time jumpa lelaki melatah. An unpure Malay guy melatah lepas kena kick with a pure Malay lady! Weirdios.

Bila tengok si Aisyah tu ketawa, terus Acap rasa nak meraung kuat-kuat. Malu!

“ehem.” Acap buat-buat cool. Padahal masa tu dia rasa nak tanam muka dalam pasu bunga.

Aisyah masih ketawa. Dia tak dapat nak tahan lagi.

“Aisyahhhhh…”

Aisyah cuba berhenti ketawa bila Acap panggil namanya.

“dah la tu. Isn’t funny okay?”

“Its funny lah. Argghhh! Kenapa aku tak bawak camera datang sekolah? Then, record babak tadi? Memang best gilaaaaaaa kalau dapat rewind balik.” Aisyah sambung ketawa.

“kau bagitau orang lain, siap kau!”Terus Acap bagi amaran. Malas dia nak berdiri dekat situ lama-lama.

“kalau aku bagi tau?” yeay! Dapat la aku mengugut malaun ni dengan senang hati.

“I warn you.”

“tak takut lah. Kau patut takut dekat aku yang tau rahsia kau tu.”

“kau bagi tau siap kau! Jangan mengada nak nyesal nanti. I’ve warned you.”

“you should beg me.” Kata Aisyah dengan nada angkuh. Ye la, mana boleh kalah.

“jangan harap aku nak begging dekat kau.”

“ok, fine. Secret will be no secret.”

“wei! Kau nak aku bawak band aku naik stage, bawak lagu Begging, macam tu?” Acap mengutip semula kertas-kertas yang masih di atas lantai itu.

Terus Aisyah diam. Teringat dia peristiwa malam tu. Acap bawak lagu, My Own Worst Enemy. Lepas habis nyanyi malam tu, Acap cakap, “Sorry” dekat mikrofon dan menimbulkan tanda tanya orang ramai. Sorry for what?

Bila dia nampak Acap ni tadi pun, terus dia rasa nak bertegur sapa dengann cara menendang punggung Acap. Tapi, tak sangka la pulak mamat ni boleh melatah dengan fasihnya.

“ye la. Ye la.” Akhirnya, Aisyah setuju. Lagipun, tak baik kan buka aib orang?

Acap yang tengah mengutip kertas memandang Aisyah. Terus dia sengih.

“betul?” Acap berdiri semula sambil menyusun kertas-kertas di tangannya.

“yerrr.”

“promise me?”

“yup. Promise.”

“kalau kau tipu?”

“aku berdosa la.”

“else?”

“kau dapat malu.”

“cissss.”

“takkan la aku kejam sangat nak bukak rahsia kau? Aku tak suka buka aib orang nih.Aku tak macam kau yang kejam macam firaun tu.”

Acap tersentap bila Aisyah cakap macam tu. Teringat balik kisah masa rehearsal dulu.

“aku kejam macam firaun ke?”

“tak kejam sangat. But, mostly… yeah, you are.” Aisyah terus berlalu.

Acap ikut jejak langkah Aisyah. Mereka berjalan bersama.

“err. Am I forgiven?” Tanya Acap. Dari malam tu, dia harap sangat yang Aisyah akan appreciate apa yang dia buat semata-mata nak mintak maaf.

“hah?”

“am I forgiven? For what I did before. You know, something like kejam macam firaun tu.” Acap jeling dekat Aisyah.

“your assumption?”

“yes, I’m forgiven.” Bersungguh Acap menjawab.

“another assumption?”

“I should sing another song again.”

Aisyah diam. Maafkan ke or just let it be a history? Aku lebih suka kau nyanyi dua tiga buah lagu untuk aku. HAHA. Aisyah simpan ayat tu dalam hati jer. Buat malu je keluarkan kata-kata macam tuh.

“is that means, I have to sing again? For seeking your forgiveness?” Acap soal lagi. Orang cakap diam tanda setuju. Tapi, kalau kes ni, diam tanda dia tak maafkan kita lagi. Or in other word, dia nak seksa kita to hunt that forgiveness.

“if I say, forget it?” Aisyah menyoal.

“I rather give a shot at my head. Aku akan rasa bersalah for the rest of my life. Sebab, dah buat dosa dekat kau? Yelah, hari tu kau memang sakit tapi sebab aku kejam sangat aku tak beri kau keluar pun.”

“so, give a shot at your head now. I think that’s a good idea.”

Dangggg! Acap rasa nak hentak kepalanya dekat dinding batu sekarang. Dia rasa macam ayat Aisyah tu macam sebilah pisau yang tengah excited menyiat hatinya. Entah kenapa dia boleh rasa macam tu. Kalau keluar dari mulut orang lain boleh pulak dia lawan balik, tapi dengan Aisyah? Haishhhh.

“kau tau tak, aku rasa kau kejam lagi lah.” Selamba sahaja dia menuturkan ayat itu walau hatinya tengah menjerit kesakitan.

Aisyah angkat keningnya sambil tersengih bila Acap cakap macam tu.

“aku memang kejam dekat lelaki durjana macam kau.” Terus Aisyah meninggalkan Acap.

Bila Acap dengar ayat tu, terus dia rasa hati dia yang dah kena siat tu, dipijak-pijak lepas tu dibaling masuk gaung. Dia menggeleng perlahan.

 Perlu ke dia guna taktik lain? Taktik kejam tapi berhasil. Perlu ke? Not for this moment. It’ll be my last choice. 


Hunting for a forgiveness is restless.

No comments:

Post a Comment