Tuesday 11 October 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 12

“Yo bro!” Ijal jerkah Acap dari belakang.

“Oppppps!” Fuhhh, nasib tak keluar ilmu latah.

“Apesal kau nih Acap?”

“Apesal kau tanya aku? Kau tu apesal?! Hishh,ganggu aku tengah concentrate.”

“Haha! Sori la dude. Habis dah kau buat aktiviti reprogram kau tuh?”

Acap, waktu rehat ni lah dia suka buat benda-benda pelik. Ada je yang nak dibaca. Tak baca buku sejarah, bukak buku add math. Menelaah itu ini masa recess, tak ke pelik? Bagi Ijal benda tu pelik. Bagi Acap pulak, benda tu satu daripada cara dia belajar. Katanya, kena recall balik semua yang cikgu dah ajar. Bagi Ijal benda tu digelar sebagai reprogram bukan recall. Kadang-kadang boleh sawan macam gorilla tengok Acap study. 



“Dahh.” Lama baru Acap menjawab pertanyaan Ijal.

Keadaan diam seketika. Hanya kedengaran bunyi student terpekik terlolong. Biasalah waktu rehat.

“Hah,kau apesal cari aku?” Acap tiba-tiba bersuara.

“Cari . . . cari . . . cari . . .”

“Cari Ain ke?” HAHA

“Cehhh, takde keje lain ke kau nih?”

“Alah, kalau cari Ain kau pergi salah tempat. Nun hah dia. Bertugas kat kantin.”

“Oii mangkuk! Aku tau la dia bertugas kat mana. Tengok orang la sikit.”

“La, dah tu apa yang kau cari?”

“Aku cari kau la ngok.”  Ijal tolak kepala Acap.

“Sakit lah bongok! Apesal cari aku? Ada problem dengan student ke ape?”

“Mana aku tau. Kau suruh aku jumpa kau time nih. Cakap la cepat,aku nak melantak makanan yang Ain bawak khas untuk aku!”

“Wahh,belum sah jadi wife dah masak segala. Beruntung kau ada wife-to-be macam Ain!” HAHA

“Oi mangkuk,apa kau nak bagitau aku?”

“Ohh, si Alia nak jumpa kau masa balik nanti. Dekat lobi, pukul 1 sharp! Dia kata jangan LEWAT walau seminit pun.”

“Apesal dengan adik kau tuh? Hah,nantilah aku jumpa. Dah, aku ciao dulu.”

“Jangan lupa amanat adik aku tu bro!” Acap sempat bagi amaran keras dekat Ijal.

Ijal dah jauh berjalan. Nampak beno tak sabar nak makan masakan Ain. Bertuah betol kau Ijal. Cubalah Aisyah boleh macam tuh. Cewahhh, apesal kau nak suroh dia pulak masak ni Acap. Putus fius ke ape?
***********************

Alia dah penat berdiri dekat lobi sekolah. Mana la si Ijal nih. Abang tak bagitau dia ke? Alamak,mamat sorang nih pun satu. Aku giling dia macam cili padi kat rumah nenek baru padan muka. Dua minit lagi Lia, dua minit lagi. Kalau tak datang, balik rumah serang abang!

“Alia! Alia!! Fuhhh! Nasib baik sempat.” Turun naik nafas Ijal.

“Ishh, apesal lama sangat. Pergi mana tadi? Ingatkan abang tak bagi tau.”

“Urgent. Ada mesyuarat ‘tergempar’ dengan team soccer tadi. HAHA.” Ijal gelak.

“Boleh caya ekk?  Bau macam kambing, peluh sana sini, meeting apekebende?”

“Meeting pas-pas bola. HAHA”

“Ishh, dah. Enough!”

“Orang gurau sikit pun nak marah.”

“Bukanlah,ada hal lebih penting dari nak gurau nih.”

“Amende cik Alia Ariesha Fatimi Cavendish?”

“Buang tabiat ke ape? Siap sebut fullname kite. Ade tak abang Ijal buat apa yang Alia suruh? Event untuk semester last tak lama lagi nih.”

“Yang mana nie ekk? HAHA”

“Abang Ijal jangan la buat-buat tak tahu. Alia report dekat kak Ain nanti.”

“Yelah. Yelah. Abang Ijal tau. About the best moment in school right?”

“That’s right Tengku Shahrizal Shahnaz Tengku Amir Saffree. You got 10 points. Mana semua bahan untuk 
tuh?”

“Abang Ijal tengah edit la. Nak bagi dia nampak lebih ‘hidup’. Macam bunga harum mekar pagi. Bila dah siap Abang Ijal bagi dekat Alia. Don’t worry, I won’t disappointed you my little sis!” HAHA

“Janji tau? Oke, Alia nak balik. Ciao!”

“Upah abang jangan lupa! Credit to me okay!

“Ai ai sir!”

No comments:

Post a Comment