Saturday 1 October 2011

Cerita 2 - Master Ego CHAPTER 11

Aisyah baca kad atas mejanya. Sapa mereng bagi kad kat aku pagi-pagi Isnin ni?

*Begging, begging you

Put your loving hand out darling - #begging Madcon

Acap says:

Aisyah…

I’m SORRY! Please forgive me. Aku tak tau nak tulis apa sampai boleh buat kau terharu dan maafkan aku. Tapi, Ijal cakap, better I give you an appologies card (?). Or maybe its aint work on you. Cara lain yang terlintas dekat otak aku ni, mungkin aku patut nyanyi lagu ‘maafkan kami’ – bujang lapok .

** Please tell me

Please tell me WHY? - #my own worst enemy Lit

Oh, Aisyah. Tolong la bagi tau aku apahal kau tak hingin nak ampunkan aku?

The forgivenesss hunter,

Acap yang hensem

Aisyah tersenyum baca kad tersebut. Kreatif jugak mamat ni. Ayat yang tak boleh blah ni, ‘Acap yang hensem’? Gila perasan budak ni. Tapi, tulisan dia cantik tak macam tulisan adik yang lebih teruk dari kena cakar dari ayam tu.

Aisyah mengeluh perlahan. Maybe I should forgive him. Ala, aku dah sihat pun sekarang. Siap boleh lari sepuluh kali naik turun apartment.

Dia meletak kad tersebut dalam beg. Nasib baik dalam kelas ni semua orang elok budi pekerti sebab langsung tak ambil kesah pun dengan kad atas meja ni. Bagus. Bagus. Nanti takda la gossip liar.

Aisyah keluar dari kelas. Jam baru pukul 6.35 pagi. Awal dia turun sekolah hari ni. Siap boleh lepak dekat kelas Anemone lagi. Dia pandang ke arah kelas 4 Remora yang tak jauh dari kelasnya. Berselang dengan kelas Anemone dan Hermit. Dia tak sedar kaki dia dah melangkah menuju ke kelas Remora. Padahal tadi kata nak pandang.

Dia menjenguk ke dalam kelas tu. Alamak! Lupa pakai spek la pulak. Macam mana aku nak nengok rupa orang ni? Eh,wait! Wait, Aisyah. Aku cari sapa dekat kelas ni? Aisyah tersentak dengan persoalan yang baru sahaja menerjah fikirannya.

“Apa dok ngintai kelas orang ni?” satu suara menyapa dari belakang.

Aisyah terkejut. Dia pandang belakang. Siapa buruk perangai ni pergi terjah orang dari belakang?

Eh, Acap la. Patutla perangai buruk. Ep, Aisyah. Jangan dok kutuk orang la.

“Apa kau ni? Terperanjat aku.”

“Apahal pulak dengan aku? Kau tu apahal ngendap dekat kelas orang. Kau cari sapa? Cari aku eh?”

“what the F-G-H-I-J-K-L-M-N la aku nak cari kau? Saja je lalu sini.”

Acap garu kepala dan buat muka yang suspicious.

Aisyah angkat kening. “Apasal kau buat muka hodoh macam tu? Kau tak percaya ke?”

“mestilah la aku TAK percaya, wahai saudari Aisyah. Sesungguhnya saya mencurigai niat murni saudari yang ingin bersiar-siar.” Acap buat gaya orang berpidato. 

Aisyah tergelak besar bagai tengok Mr. Bean.

“jangan buat action macam tu la, ngok. Senak perut aku. Adoiiii~!” Aisyah menekan perutnya yang dah senak sebab ketawa bagai nak rak tu.

Acap memerhati. Atau dalam erti kata lain, dia tengah menghayati keindahan ciptaan Tuhan depan dia tu. Bila dia tersedar yang dia tak patut buat macam tu, terus dia rasa nak lari sambil angkat tangan dan menjerit.

“Aisyah.”

“Apadia?”

“kau dah dapat kad tu ke?”

“kad apa?”

“that apologies card?”

“yeah.”

“so, I need your answer now.”

“bila kau bagi kad tu?”

“pagi tadi. Hei, aku nak jawapan kau la. Bukan kau nak jawapan aku.”

“aku belum baca la.”

“alaaaaa.” Acap dah buat muka kesian.

“jangan buat muka macam tu la Acap.” Sebab, muka kau comel gila buat macam tu.

“kau jangan tipu aku la Aisyah. Aku nampak kau dah baca kad tu.”

“tipu. Kau baru je bagi kad tu. And, why the heck aku nak baca terus?”

“Ijal bagi tahu aku tadi. Dah. Dah. No excuses anymore, miss.”

Alamak . Aisyah lupa la pulak dengan si Ijal yang sama kelas dengan dia tu. Tapi, tadi dia tak perasan pun Ijal ada ke tak.

Aisyah pandang muka Acap. Dia tersengih. Dan, terus berlalu. Tanpa sepatah kata pun.

“Aisyahhhhh!” si Acap dah melaung. Terpinga-pinga dia melihat Aisyah berlalu.

“you are forgivennnn!” Aisyah laung balik. Walaupun dia sekarang tengah berjalan depan kelas Anemone dan pasti mengundang perhatian orang ramai. Yelah kan, musuh buat drama dekat depan kelas awal-awal pagi Isnin apahal?

Terus Acap rasa hati dia macam dah tumbuh sayap dan terbang terus di langit biru. That’s really awesome! Patut ke aku buat victory dance sekarang?

Ijal yang baru keluar dari kelas cuma tersenyum dekat Aisyah yang baru nak masuk kelas. Dia nampak dah si Acap macam dalam keadaan yang meroyan sebab berdiri dekat koridor kelas sambil tersengih. Penangan si Aisyah la ni.

“woi, ngok. Yang kau pergi tenung aku lama-lama ni apahal? Jangan cakap dekat aku yang kau tetiba suka aku. Ewhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!” Ijal bersuara.

“kau ni. Aku tibai dengan baja taik ayam baru padan muka. Dia dah maafkan aku la.”

“whoa. Tengok la idea sapa.”

“Idea aku la. Nama kau tu cuma perhiasan je dalam kad tu. Jangan nak perasan.”

“ye la. Ye la. Tapi kan, takkan pasal perempuan kau sanggup tak pergi bertugas hari ni?” Ijal menunjukkan jam tangannya.

“hah! Alamak, dah lewat. Dah, dah. Jom.” Bergegas mereka berjalan.

‘’Tapi kan, takkan pasal perempuan kau sanggup tak pergi bertugas hari ni” Ayat yang dituturkan oleh Ijal berulang-ulang di kepala Acap. Takkan sebab perempuan aku sanggup buat benda yang aku tak pernah buat? Yelah, aku mana pernah bagi kad dekat mana-mana kawan aku sama ada lelaki atau perempuan. Aku mana pernah lewat bertugas macam sekarang ni. Tapi, sebab dia Aisyah, aku sanggup buat apasal? Takkan la aku dah gila dekat dia? Noooooooooooooo way.

Waktu rehat, Aisyah berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolahnya.Ain si pengawas tu pergi bertugas. Jadi, dia malas lah nak melantak seorang diri. Baik dia pergi meneroka sekolahnya.

Ada satu taman – bukan taman bunga tapi taman yang tak ada apa-apa kecuali pokok-pokok dan sebuah kerusi taman – di belakang sekolahnya. Mungkin dia boleh lepak situ sambil tunggu masa rehat tamat.

Tapi langkahnya yang menuju kerusi taman itu terhenti bila dia nampak ada seorang lelaki dan gitarnya. Rasanya dia boleh agak siapa lelaki itu walaupun dia tak bercermin mata ketika itu. Ya sudah tentu la si tuan muda sekolah, Acap.

Bila dia nampak Acap macam tengah ralit dengan gitarnya, terus muncul niat jahatnya untuk menyakat dia. Lagipun, diaorang kan dah baik?

Perlahan-lahan dia menuju ke arah Acap. Dia tak tahu lagu apa yang dimainkan lelaki itu, tetapi that really a good sound.

Dia menepuk bahu Acap. Dan…

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!”

“Ala. Apasal kau tak melatah?” Aisyah terus duduk di tepinya. Dia ketawa.

“kau ni. Apa agenda kau? Saja nak ulang kisah silam yang tragik tu ke?” Acap membebel.

“Hahaha! Takda la. Kau main lagu apa?”

“155.”

“what? 155? Is that a song or a band?”

“a song.”

“which band?”

“plus 44.”

“never heard that. But, hopefully kau boleh main sekarang? Aku dengar.”

“ok. Here we go…” Acap mula memetik gitarnya.

Love. This is getting harder

And I can’t seem to pick you out of the crowd

But, you my dear have been discovered a liar

And I’m afraid that this is building up for far too long…

Aisyah terkedu. Entah kenapa lagu tu macam meresap ke segenap jiwa dia. Terus dia rasa muka dia panas.

“tu je?” Aisyah bertanya bila lagu dah habis main.

“Lepas tu aku tak ingat dia punya chord.” Acap ketawa.

“oh.” Aisyah tunduk. Kemudian dia bertanya, "Lagu my own worst enemy yang kau bawak hari tu memang dedicated untuk aku ke?”

“Ha ah. Aku rasa tu je cara yang paling relevan masa tu. Ijal pun sokong. Lagi pun semua orang tau yang both of us enemy, right? Jadi, orang tak akan tahu la peristiwa tragik sebelum tu. Macam two-in-one la. Performing for show and apologising in the same time.”

“ohh.” Aisyah angguk lagi. Dia dah mula gelabah sebab tak tau nak cakap apa.

“macam mana kau tau tempat ni? Tak ramai yang tau kewujudan tempat ni especially for the new guys like you?” Acap ubah topik. Cerita lama tak payah la nak ingat balik.

“aku jalan-jalan tadi. Nampak tempat ni. Lepas tu tetiba nampak kau. Jadi, lepak la sekejap nak tengok kehebatan kau main gitar kapok ni.”

“kapok-kapok pun ni guitar kesayangan aku tau?”

“aku tak tau apa yang bestnya gitar ni. Adik aku sanggup perabih duit nak beli menatang ni.”

“aku ada 3 bijik gitar dekat rumah. Gibson Les Paul, Ibanez dengan Fender ni. Tapi, aku lebih sayang dekat Fender ni lah.”

“parents kau tak marah kau ke sampai ada tiga bijik gitar? Cukup la satu je kan?”

“tak. Unless, aku asyik berkepit dengan gitar sampai tak ingat aku ni masih berpijak dekat bumi. Means, diaorang support lah.”

“kau ni serba boleh eh? Dah la reti main instrument music, expert in sport lagi. Academic pun hebat semacam je. Sangat cemburu.”

“hahaha. Dah minat aku nak buat macam mana?” Hati Acap dah berbunga-bunga. Aisyah puji aku! Warghhhhh!

“kau minat all those thing?”

“yup.”

“bapak kau Australian? Betul ke?” Aisyah ubah topic.

“ha ah. Atuk aku yang duduk Sidney tu tetiba terpikat dekat orang Melayu. Jadi, dia pindah sini masa Tanah Melayu dah merdeka. And since that, kami jadi Malaysian. Tapi, selalu balik Sidney la. Jenguk rumah dekat sana even my granpa still here… alamakkkkk!”

Aisyah yang khusyu’ mendengar ceritanya hairan sebab si Acap menjerit – tak kuat – tiba-tiba.

“apasal kau jerit ni?”

“masa rehat dah habis la. Jom balik kelas. Sepuluh minit lewat dah ni.” Acap cepat-cepat menyimpan gitarnya dalam guitar case.

“ok. Aku blah dulu. Bye!” Aisyah terus berjalan dengan pantas. Takut kena marah cikgu sebab lewat masuk kelas.

“ok.”  Acap tengah sibuk mengemas gitarnya dan kertas-kertas yang turut ada di situ.

“fiwitttttttttttt! Ada orang date lah. Weee! Happy nye kite.” Tiba-tiba ada satu suara menerjah.

“makkkkkkkk!” Acap terkejut dan nasib baik perkataan ‘mak’ yang keluar. Kalau ada perkataan lain dan cukup syarat jadi ayat melatah, kan teruk dia kena bahan oleh si Ijal ni.

“wei. Kau ni apasal terkejut macam tu sekali.” Ijal ketawa.

“kau tau tak yang kau boleh terkejut lebih teruk dari tu kalau ada suara yang tiba-tiba menegur masa kita tengah sibuk macam ni? Plus, with there’s no background music here?”

“yada yada. Hei. Hei. Macam mana dengan date tadi? Lama aku skodeng kau orang dua. So sweetttttt…” Ijal dah buat gaya gedik.

“Jal, macam mana Ain boleh terpikat dekat kau yang gedik ni?”

“Gomakashitana (change topic). Jawab soalan aku la, ngok!”

“ tu bukan date la. Dia nampak aku dekat sini. Tu yang dia join sekali. Co-incidently.”

“dia datang join kau sekali?”

“ye. Yang kau terperanjat macam beruk ni kenapa?” Acap mengangkat guitar-case nya dan berlalu sambil diikuti Ijal.

“tu petanda baik, bro! Maksudnya, dia suka kau. Cuba fikir, why the heck la dia nak join kau yang tengah busy dengan gitar kan? And, forsure she just wants to spend time with you.” Ijal dah buat spekulasi.

“hei. Hei. Kami kawan ok? Lagipun dia baru je nampak taman ni. Jadi, mesti la dia nak tengok-tengok apa yang ada dalam taman ni? Dah alang-alang dia nampak aku, dia join la sekali. She’s only a girl. Kalau dah perempuan, tak kan la nak duduk sorang-sorang dekat taman yang sunyi ni? In case, anything happen? Aku tak mintak la benda tu jadi.”

Ijal menutup kedua-dua belah telinganya.

“yang kau tutup telinga apahal? Nak pekak sangat?”

“Tak, aku nak sindir kau. Panjang sangat explaination. Jawapan kau tu nampak sangat tak matang. Cakap je la kau pun suka. Nak cover-cover apa kes?”

“berapa lama kau ngendap kami?”

“sapa ‘kami’?” Ijal pura-pura tanya.

“aku dengan Aisyah la. Purak-purak konon. Tampar kang, tersembur otak kau keluar.”

“lama la jugak. Rasanya dari kau nak main lagu 155 sampai dia blah.”

“kau dekat mana?”

“adalah…”

Acap jeling Ijal. Nak secret-secret ngan aku konon. Memang nak kena sepak la mamat ni. “Habis yang kau tak masuk kelas ni apahal?”

“cikgu takda. Diaorang ada meeting yang sepatutnya kau ada involve sekali.”

“what?! Apahal takda orang cari aku? Alamakkkkk.”

“dah kau sibuk dating. Mana la orang nak carik kau yang duduk dekat taman hujung dunia ni.”

Acap dapat kesan bunyi aneh pada suara Ijal. Budak ni… “Kau tipu aku eh?”

Terus Ijal ketawa. “ Saja nak kenakan kau dengan Aisyah yang dulu kau panggil Hulk tu.”

Mereka dah nak hampir dengan kelas Ijal.

Acap diam. Dia rasa nak hempuk kepala mamat ni dengan guitar-case. Tapi, takkan la nak buat violence-act dekat public kan?

“Cap, kau tak nak kirim salam dekat Aisyah ke sebelum aku masuk kelas ni?”

Acap pandang Ijal yang dah tersengih tu. Kemudian dia pandang dalam kelas 4 Piranha. Kelas tu takda la sunyi mana pun. Mungkin sebab cikgu tak ada, jadi student boleh buat kerja sendiri.

“tak payah la.” Terus dia berlalu. Walau dalam hati mau je dia cakap, ‘Jal, kirim la. Kalau boleh kirim hati aku sekali.’ Terus Acap rasa nak hentak kepala dia dekat pintu.

“ye la tuuuu.” Dia dengar suara Ijal yang dah ketawa dari belakang. Dia toleh. Dia nampak Ijal dah masuk kelas. Ijal memang. Kalau ketawa dia dalam nada yang tinggi, maksudnya dia nak menyindir la tu. Faham benar dia dengan fi’il kawannya itu.

Bila dia masuk kelas, dia nampak dah kawan-kawannya buat kerja sendiri dan ada beberapa perempuan yang bergosip sana-sini. Bak kata Ijal tadi, cikgu ada meeting. Sepatutnya kalau cikgu attend meeting, dia dan Ijal akan meronda satu sekolah untuk kidnap budak-budak yang escape. Tapi, malas lah. Setiap kelas ada pengawas, jadi pengawas tau la nak buat apa kan?

No comments:

Post a Comment