Tuesday 29 November 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 21

Aisyah baru balik rumah. Dia tinggal serumah dengan Ain. Lebih kurang tiga bulan dah dia balik Malaysia dan menetap dekat rumah Ain. Hati dia masih berbekas dengan kejadian petang tadi. Hell yeah, dia totally lupakan aku. Aisyah senyum hambar dekat Ain bila dah masuk rumah.

“Kenapa kau ni Aisyah?” Question mark penuh dekat kepala.

“Penat, letih dan seangkatan dengannya.” Hehe

“Alahh, baru nak ajak kau join aku jogging petang ni. Takpelah.”

“Jogging? Kat mane? “

“Alah, tempat biasa kita selalu jog la, mana lagikan?”

“Set! Aku bab bersukan ni memang semangat. Hilang penat aku. HAHA” Bunyi Aisyah ceria je.

“Kalau kau dah cakap macam tu, aku pun ok jugak. Pukul 5 nanti wokay?”

“Alright, boleh aku lelap mata kejap.”

**
Acap melambai ke arah Ijal yang tengah menunggu dia. Ijal macam nak makan dia je.

“Sori dude, aku lambat sikit. Heh”

“Sikit kau kata. Punggung aku dah panas duduk dekat kerusi ni. Berapa ramai awek aku dah usha pun aku tak ingat.”

“Wei, kau tu pegang title ‘tunang orang’. Kau paham tunang orang? Kang, Ain lari kau jugak menyesal.haha”

“Ishh, auta je la ngok. Aku tak segatal tu ok. Ni Ijal la wei. Tak main kayu tiga kayu empat kayu lima. Setia pada yang satu je. HAHA” Mula lah si Ijal ni nak angkat bakul sendiri.

“Dah la, jogging la lagi.” Acap dah mula berlari anak.

“Oi, tunggu aku la ngok!”

“Eh Acap! Aku nampak Ain la weii. HAHA” Ijal bersuara setelah lama menyepi. Jogging, penatlah kalau asyik bercakap.

“Kau ni. Semua perempuan kau nampak macam Ain.”

“Tak lama lagi. Satu. Dua. TIga!” HAHA

“Eeii, apa yang kau kira. . . .”

“Hai korang!” Belum habis Acap bercakap, tiba-tiba ada satu suara memotong. Suara Ain.

“Hai Ain. Tak cakap pun dengan saya nak keluar jogging jugak?” Ijal dah mula bersuara. Mereka berehat di pondok berdekatan.

“Perlu ke beritahu segala maklumat encik Ijal oiii??” Ain saja nak kenakan Ijal.

“Mesti la! Awak tu tunang saya! Haha!”

“Yelah tuu. Eh, apa rasa macam kita dua je ada kat sini? Bukan kita ada bawak kawan ke?”

“Kau ni Ain, aku tak nak kacau daun korang dua lahh.” Aisyah bersuara tapi agak perlahan.

“Elehh, malu cakap malu. Ni hah, kau cakap dengan kawan aku si Acap ni.” Ijal tepuk bahu Acap.

“Aduh! Sakit la ngok! Jatuh reputasi aku as a lelaki paling macho. Hai kawan Ain. Aku, Acap yang hengsem. HAHA” Semua mata memandang Acap, bila acap buat dialog ala-ala nak usha kawan Ain.

Acap pandang Ain. Heartless. Acap pandang muka kawan Ain tapi dia tunduk je. Why with her? Bukan tu that lady yang aku terlanggar petang tadi ke? Tiba-tiba Ijal bersuara,

“Ain, baliklah korang dulu. Dah lewat ni.” Ijal bersuara. Tegas.

“Oke, kami balik dulu. Bye korang.” Ain dan kawannya berlalu.

Keadaan masih senyap. Ijal langsung tak bersuara. Lama Acap menanti. Apesal si Ijal ni? Emo semacam je? Salah ke apa aku cakap depan mereka ni tadi?

“Errrr. . . . “ Acap susun ayat nak cakap dengan Ijal.

“Kau jangan nak cakap apa-apa.Biar aku cakap dulu.” Ijal bersuara.

“Cakap la. Dari tadi kau senyap apesal?”

“Takkan kau tak ingat kawan Ain tu tadi?” Ijal tanya Acap dengan muka serius.

“Urm, aku kenal ke dia? Baru sekali je aku jumpa kawan Ain tu. Itu pun sebab aku terlanggar dia. And aku tak tau nama dia pun. Sape kawan Ain tu?” Acap tanya balik. Ijal ni pun satu, macam la aku kenal semua kawan Ain.

“come on la. takkan tak ingat ‘dia’?” Ijal tenung mata Acap.

“siapa?” Acap kerut dahi.

“Aisyah.”

Masa tu Acap rasa macam lightning kena kat hati dia. Lama dah nama tu tak disebut oleh sesiapa.  Dan lama dah Acap delete memory pasal ‘dia’. Since kejadian dulu tu. Yang buat hati dia berkecai dan hancur. Since that day, dia lansung tak ambil kesah lagi pasal siapa that lady. Five years ago. Memory yang dah berhabuk macam dah kena refresh. Tiba-tiba dia boleh ingat semua kejadian dengan that lady or should he say Aisyah.

**
Aisyah berkurung dalam bilik. Dia tak nak keluar dalam keadaan mata dia kembang sebab nangis. Dia tak tau kenapa dia perlu nangis bila Acap tak ingat siapa dia. Bila Acap buat muka slumber depan dia tadi. Even kalau dia suruh Acap pandang dia lama-lama untuk refresh balik ingatan zaman sekolah, Aisyah rasa Acap mungkin tak cam dia dah.

Dia tak maafkan aku. Dia memang dah lupakan aku. Aisyah terus bersedih. Dia dengar lagu dalam iPod nya. Tiba-tiba lagu A Lonely September by Plain White T’s keluar.

I’m sittin’ there all by myself

Just tryin’ to think of something to do

Tryin’ to think of something, anything

Just to keep me from thinkin’ of you

But you know it’s not working out

‘Cause you’re all that’s on my mind

One though of you is all it takes

To leave the rest of the world behind

. . . . I look around my room and everything I see reminds me of you

Aisyah menangis dan terus menangis. Bertahun dah dia simpan perasaan macam ni. Kali ni dia tak dapat nak tahan air mata dia daripada mengalir. What should I do? Aisyah, kenapa kau menangis sebab seorang lelaki tak guna?

No comments:

Post a Comment