Wednesday 23 November 2011

Cerita 2- Master Ego CHAPTER 18

Berkerut muka Aisyah membaca notis di tangannya. Hari sukan?

HARI SUKAN WIRA BAKTI
?  HARI: SELASA-KHAMIS
?  MASA: 7.00-5.00
?  WAJIB;
- DATANG
-PAKAI BAJU SUKAN (JANGAN NAK MELARAM! (FASHIONISTA WILL BE KICKED OUT)
?  BE SPORTY AND SPORTING!
p/s: pelajar-pelajar yang tidak hadir BAKAL DIDENDA!
Ketua pengawas Wira Bakti yang cool,
ACAP
J

Aisyah tersengih. Perasan la budak ni. Asal buat notis je, terus angkat bakul.

“kau baca apa tu?” Ain tanya.

“notis pasal hari sukan.” Aisyah tayang notis di tangannya.

“aish. Malasnya. Sah-sah kena jadi emcee lepas ni.” Ain ambil notis dari tangan Aisyah.

“memang tetiap tahun kau kena ke?”

“kalau Acap still jadi ketua pengawas, memang aku la yang selalu kena.”

“dah berapa tahun pakcik tu jadi ketua?”

Ain diam. Otaknya ligat berfikir. “almost three years. Since form three lagi dia dah menakhluk Wira Bakti ni.”

Aisyah angguk kepala. Patut la berlagak gila.

“kau pergi?” Ain tanya.

“pergi la. Kau tengok ayat ugutan Trojan tu. Kalau tak datang bakal didenda. Ayat skema abis.”

“bagus bagus. Kau teman aku jadi emcee je la. Takda la berjemur tengah-tengah panas.”

Aisyah jongket bahu. “boleh saje.”

Masa: sebelum 7 pagi
tempat: padang sekolah

“arghhhh! Pannasss gillllaaaaaa.” Ijal dah buat aksi singa laut mengaum. Acap menoleh. Tak senunoh punya kawan. Bukak mulut macam nak makan segala lalat dekat dunia ni.

“bro, kau tau tak ada tempat lagi panas dari bumi tau?” Acap sarcastic.

“kau diam, Acap. Kau tak yah nak sindir aku.” Ijal mencebik.

“apanya sindir?” Acap gelak.

“weh weh. Aku nampak awek aku la… whoaaa rasa aircond dok kat mata la…” Ijal start buat perangai bangang. Acap sengih. Yala, dah nama pun awek buah hati pengarang organ pengepam darah kan, mesti la rasa aircond duk kat mata. Sejuk manjang ja.

Acap pandang tempat emcee punya tanah jajahan. Heck, I saw her.

Aisyah tengah duduk sebelah Ain. Masing-masing mencerut ja muka. Hari panas mana boleh buat muka happy macam hujan emas menyimbah bumi kan? Acap sengih lagi. God. I’m deeply in lo-…

Ouch!

Acap usap kepalanya yang baru menanggung kesakitan lepas disiku oleh Ijal. Aku tak habih cakap dah kena siku.

“kau dok tenung anak dara macam mat gian ni apasal? Aku tengok Ain tu pun takda la sampai sengih-sengih sengal. Bongok…” Ijal start membebel.

“kau tegur guna cara selamat boleh tak? ni guna cara suruh aku terencat ja gaya. Pigidah!” shot! Kantoi Asyraff Cavendish stalks anak dara orang sampai macam tu sekali.

Ijal gelak. Beg sandang berisi baju ganti elok diletak atas bahu. I’m going to be a star. Jaguh lompat tinggi. Kalau masa budak lagi, jaguh lompat longkang. Tapi sekarang, dah jadi jaguh lompat tinggi. Dah boleh buat mak bapak bangga tengok anak sihat mental dan fizikal, kan? Tak macam si Acap ni. Kenmain dekat sekolah bijak pandai, expertor dalam banyak aspek, anak orang kaya lagi, muka pakat jenis mix, tapi boleh pulak macam manusia paling bongok lam dunia. Kalau dah nampak manusia yang buat dia bongok tu, mesti senyum sorang diri tak tengok semua sudut yang ada orang perhati dia dari jauh. Kan, bongok budak tu? manusia yang buat dia jadi bongok tu… Aisyah.
**

Aisyah meneliti kertas putih A4 di tangannya. Senarai nama peserta. Tiba-tiba anak matanya terhenti pada satu baris nama. Asyraff Ishak. Heart beating so fast, apasal?

Asyraff Ishak (5 Ramona)
acara: lompat tinggi, 4x400m, lari pecut 100m

Aisyah angguk sorang diri. Oh, Trojan ni memang atlit la. Patut la body tough semacam ja.

“kau tengok apa tu?” Ain menegur. Suspicious. Aisyah khusyuk membaca sambil buat aksi angguk-angguk-geleng-geleng.

“tengok nama peserta.” Aisyah menyahut. Cool, jangan nervous. Kantoi kang tengah sibuk cari nama Acap.

“finding your soulmate huh?”

“apajadahnya?” Aisyah buat-buat sibuk bukak helaian sebelah.

“don’t try to deny the truth.”

“mutiara kata mana kau cekup ni?” Aisyah gelak. Gomakashitana (change the topic). Kertas senarai nama diletak atas meja yang serabai dengan helaian kertas putih yang lain.

Dah hafal dah. Acap nanti lompat tinggi, 4 kali 4 and pecut. Ijal lompat tinggi dan lari berpagar. Thanks to this dusty memory box. Tak sangka aku dapat ingat jugak benda-benda small matter ni.
**

Mata Aisyah yang dilindungi kaca mata dihala terus ke arah Acap yang tengah warming up dengan Ijal. Mulut Ijal dari tadi tak berhenti bersuara. Kadang-kadang percakapannya mengundang tawa Acap. Aisyah yang duduk bersama penonton yang lain menopang dagu. Game bila mau start?

Tengah-tengah dia ralit pandang Acap, tiba-tiba dia tersentap. Acap tengah pandang ke arahnya. Trap! Aisyah terkedu. Froze. Acap sengih. Kemudian tangan kiri diangkat melambai ke arah Aisyah yang dah capai tahap sejuk beku tu. Are you wavering me, Acap?

“Acappppp! Do your besttttttt!”

Aisyah pekup telinga. Bingit. Suara spesies petir mana yang lalu telinga ni? Kepala ditoleh ke sebelah. Laa… Budak gedik ni rupanya. Meeza yang tengah melambai-lambai penuh semangat tu dipandang dengan perasaan jengkel.

Kepala dihala ke hadapan. He’s… not wavering at me. Sayu pulak dah.

“the first jumper for the event high-jump is Tengku Shahrizal Shahnaz Tengku Amir Saffree.” Suara Ain sebagai emcee kedengaran. Sorakan orang ramai dan bunyi muzik dari pancaragam sekolah beri semangat.

Ijal buat aksi lagak Miss World baru dapat tiara atas kepala lepas dia berjaya buat orang kagum melihat kehebatannya dalam acara lompat tinggi. Dia berdiri dihadapan barisan penonton kemudian tunduk hormat. Appreciating the crowds.

“next jumper is Asraff Isyak.”

Aisyah duduk tegak. Posisi mata difokus ke arah Acap. Focus tengok dia, Aisyah. Tak yah hirau minah mereng sebelah kau ni. Meeza terjerit-jerit macam orang sawan. Menyokong Acap yang bakal buat lompatan.

Cool! He’s good jumper. Walau tak sehebat Ijal. Aisyah tepuk tangan. Dia tersenyum melihat Acap yang dah gembira macam tak-hengat-dunia dah. Siap peluk Ijal depan-depan crowds.

Hey, kawan. Berapa lama dah tak lompat ni? Gaya macam baru first time join high-jump ja.

Senyuman Aisyah lenyap bila tiba-tiba Meeza ada bersama Acap. Bila pulak minah ni turun bawah sana? Bukan dari tadi dok sebelah aku ke terpekik terlolong bagai tercabut anak tekak? Sokong Acap punya fasal. Damn. Rasa macam… something had stabbed directly to this. Tangan diletak pada dada. And, … it’s totally pain. Jealousy.
**

Acap buat muka. Aku nak Aisyah yang datang sini. Wishing congrats. Bukan Meeza. Urghhh! Mana pulak Aisyah pergi? Bukan tadi elok ja dia duduk depan sekali tu?

Tempat duduk Aisyah tadi yang dah kosong dipandang. Where are you?

Masa warming-up tadi, Acap bagai tak percaya bila dia nampak Aisyah tengah duduk paling depan sekali dekat tempat penonton. In the middle of the crowds, she’s there. Tapi, bila dia lambai dekat Aisyah, orang lain pulak reply. Meeza yang terhegeh jerit macam hapa ja. Aisyah pulak duduk diam tak beraksi. Cuma matanya sahaja yang terarah ke padang lompat tinggi ni.

Ijal yang gila-gila tu boleh pulak buat perangai. Lepas habis lompat je terus berlari pergi tengah-tengah. Siap tunduk hormat macam baru buat persembahan hebat gempak sangat la konon.

Masa tu Acap tengok Aisyah masih ada. Siap gelak lagi tengok si Ijal.

Yeah… lepas buat jumping baru rasa heaven. Bila dengar orang sorak bagi support baru rasa macam great. Then, I see her smile, I really insane. Huahahaha.

“jum. Tukar baju.” Ijal ajak.

Acap angguk. Meeza yang tengah excited sebelah dibiar.

Sedih la wei. Manusia yang buat dia jadi bongok dah… hilang.
**

“tak nak tengok Acap lari 4x4?” Ain menyoal.

“malas.” Aisyah menyahut.

“kenapa?”

“panas.”

“making rhyme huh?” Ain gelak.

“mana da.”

“kau takda mood apasal? Bukan tadi excited pergi tengok Acap buat high-jump ka?” Ain kerut dahi.

Aisyah geleng kepala. Air minuman diteguk. Panas tahap gurun sahara. Aisyah memandang orang yang lalu lalang di hadapan meja emcee. Desert and crowds. Pandangan Aisyah terhenti. Acap dan Ijal tengah menuju ke meja dia dan Ain sekarang ni.

Goddammit. Gotta go now, Aisyah. Aisyah bangun dari duduk.

“aku nak pergi tandas. Jaga barang aku eh.” Aisyah buat muka orang tengah sakit perut.

“ok mem!”
**

What the…? Acap kerut dahi. Aisyah bangun dari tempat duduknya then blah macam tu ja. Aku punya la semangat nationalisme nak jumpa dia.

“mana Aisyah?” soal Acap.

Ain panggung kepala. “oh. Dia baru ja pergi toilet.”

Acap angguk. Iye ke dia pergi jamban? Ke dia nampak aku? Lepas tu, dia patut acting like she’s really wounded? What’s goin on?

Ijal dan Ain sibuk sembang. Acap diam tak bersuara. Aisyah masih tak tunjuk muka. Dari jauh Aisyah tunggu good timing nak balik ke tempat meja emcee. Tapi, Acap ada dekat situ. Macammana ni?

Aisyah, kau ni kenapa? Main hide and seek dengan Acap apasal? Macam la dia ada buat salah, kan? Kau nampak dia dengan Meeza terus kau rasa kau memang layak tak yah tunjuk muka depan dia? At least cakap congrats pun cukup la. takda la nampak sangat kau jealous. Gosh! I’m not jealous la.
**

“Acap kirim salam.” Ujar Ain bila Aisyah dah duduk sebelahnya.

Aisyah angguk kepala. Dup-dap-dup-dap. Jantung buat bunyi irama saspen.

“perut kau dah ok?” soal Ain.

“ok.” Aisyah toleh ke arah Ain. “mana kau tau aku sakit perut?”

“tengok muka kau macam beruang kena kejar dengan tapir, memang la senang nak guess yang kau tu sakit perut.” Ain gelak santai.

Aisyah ketawa. Muka aku kau cakap macam beruang. Aku transform jadi beruang betul nanti, takdanya kau dapat gelak macam ni Ain.

“hati kau dah ok?” Ain menyoal bila tawanya reda.

“excuse me?” Aisyah kerut dahi.

“kau ingat aku tak tau kau pergi jamban tu sebenarnya lame excuse nak lari dari Acap kan?”

Bingo! Aku mula rasa menyesal dapat kawan bijak macam Ain. Apasal dia hebat sangat? Alammak!

“taknak share dengan aku?” Ain menyoal.

“kau tau tak…” Aisyah bersuara.

“kau menyesal sebab dapat kawan bijak macam aku. Ain, how do you do that? How on earth kau dapat teka what’s going on right now?” Ain memotong percakapan Aisyah sambil buat aksi yang selalu dibuat Aisyah.  Common scene. Kalau Aisyah dah cakap, kau tau tak…

Aisyah ketawa.

“apa gelak-gelak ni? Cepat bagitau aku.” Ain mendesak.


Ok. Itu hobi baru aku. FULLSTOP. Jangan tanya lagi. Tengok abang sayang kau berlari tuhh.”

No comments:

Post a Comment