Sunday 18 December 2011

3 Years [2]

Jumpa lagi? Huh. Takde pun aku terserempak dia dekat Paris. Sampai balik Malaysia pun, aku tak berjumpa dia. Menjahanamkan harapan aku la dia ni. Hari ni aku cuti. Delima macam dah hilang. Asal aku tengok berita, dia confirm takde. Aku hairan jugak. Dia dah retire ke? Takkan la sebab aku cakap aku suka tengok dia, dia dah tergugat. Mungkin dia fikir aku stalker? Obsess sangat dekat dia? Pigidaa… Apa punya perasan minah ni?

Hari ni mama ada agenda. Nak kenenkan aku dengan si Julia tu. Kena bawak minah tu lunch dekat Restoran…  err… please la Cordova ada daya ingatan yang agak lemah kalau bab nama-nama bangunan ni. Kalau cakap tentang coordinate, longitude semua tu, memang expert la.

Mana entah minah ni kerja. Studio Pivet? Mana tu? Julia ni model kut? Takkan dressing macam diva tu macam budak makeup? Atau cleaner? Tapi, seseksi mana pun Julia, aku tak dapat nak tergoda la. Normalkah aku? Ya, itulah namanya setia pada seorang. Aku setia dekat Delima sorang je. Hei, aku dah pendam perasaan aku dekat Delima tu almost 3 years ok? Tak ke setia tahap maut tu. Kelakar pulak aku ingat balik cerita cinta aku ni. Bercinta apanya kalau dah aku sorang je suka dekat Delima, Delima tu pulak kenal aku pun tidak.

Aku berhentikan kereta aku dekat satu bangunan yang disyaki sebagai Studio Pivet iaitu tempat kerja Julia. Mana minah ni? Dah la kena jemput. Kena tunggu lagi. Tak reti bawak kereta ke apa minah ni?

Warghh! Aku menguap. Lima belas minit… lima belas saat lagi dia tak keluar dari bangunan depan ni, memang heboh satu Malaysia tengok Studio Pivet dah bertukar jadi tanah lapang. Tiba-tiba, cermin seat sebelah diketuk. Huh. Sampai pun.

“Sorry, sayang. I lambat tadi. Ada kontrak baru.” Julia dah menggedik sebelah.

Elleh. Aku tak kisah la ada kontrak baru ke, cleaner baru masuk ke, kamera jatuh atas muka kau ke, yang penting… “Jangan panggil aku sayang.”

Julia menoleh. “You yang tak panggil I sayang.”

Ewwwwh. Aku nak muntah. Aku dah mual ni. Arghh! “Mana tempat restaurant tu? I need a guider.”

**

Berapa kali mama cubit paha aku sebab aku menguap tak cover langsung. Aku peduli apa. Julia ni tak cover pun dia punya dada, paha, lengan. Apasal mama tak cubit dia? Kalau aku memang aku kasi tarbiah dekat minah ni. Yeah. Makanan dah sampai. Dari tadi aku menanti. Mama, Julia dengan Datin Jewal (finally I remember her name!) bersembang pasal something like marriage memang membosankan.

“Ha, makan la Ova.”

Aku angkat muka. Buruk giler nama aku? Ova? Erh. Bukan ova tu… ish maleh den nak koba. “Ha ah, auntie. Nak makan le ni.”

“Sayang, nak makan apa? Mummy ada order lebih ni.” Julia tu tetiba je jadi manusia caring. Rimasnya aku dengan anak-beranak depan ni. Sorang tu sukahati dia je tukar nama aku jadi tak senonoh, sorang ni sukahati dia je panggil aku sayang. Bencinya!

“No. It’s ok. Aku ni tak buruk lantak.” Aku gelak. Tapi mama dah cubit paha aku. Ni confirm kembang paha aku ni nanti. Asyik kena sepit je.

Tengah-tengah aku makan, tetiba je wajah ayu Delima lalu dekat mata. Dasyat giler penangan Delima ni sampai time makan pun aku boleh imagine nampak dia. Fuh. Eh. Wait. Bukan la, Cordova. Dia ada dekat sini. In here!

Delima ternampak aku yang tengah ralit memerhati dia. Dia senyum dekat aku. Aku senyum balik. It’s time to make a move.

“Hai, sayang!” Aku menegur dia. Delima memang terkejut beruk. Aku nak tergelak tengok muka dia. Aku tak perasan ada dua orang mamat sebelah dia. Ish, kalau balak dia maunya aku kena hambat dengan kerusi.

Julia, mama dengan Datin Jewal mantap terkedu. Wahaha. Padan muka korang. Tadi buat aku rimas kan? Sekarang ni meh aku buat korang rimas.

Aku jegilkan mata aku dekat Delima. Harap kau faham. Harap kau tak lembab sangat. Dekat tv tu berlambak dah cerita macam cerita aku ni. Sekarang ni kau jadi heroin kejap je,Delima. Please.

“Sayang buat apa dekat sini? Lunch eh? Tak bagitau pun?” Again, aku jegilkan mata aku. Sengaja aku tanya soalan banyak-banyak. Nak bagi dia faham apa peranan dia sekarang. Wei, jangan la kau lembab sangat. Berpeluh dah aku.

Delima suruh dua orang mamat tu blah. Kemudian dia senyum. Mak ai~ sempat lagi buat aku cair dia ni. Hish. “Ha ah. Dengan client.”

“Oh.” Client rupanya. Eh, kerja dia ni ada main client jugak ke? Ah tu belakang cerita. “Nanti balik bagi tau ok?”

Dia teragak-agak nak jawab. Aku kasi dia renungan yang paling tajam. Akhirnya dia angguk. Yeah!

“By the way, this is my mom. Julia and her mommy, Datin Jewal.” Aku tersengih kejam tengok riak-riak terkejut, terkedu dan ternganga. Wahahaha. Ni Cordova Andalusia la. Lautan api sanggup direnangi asalkan hidup bahagia.

“Hai, auntie.” Delima bersalam. Ok. Ada ciri-ciri gadis melayu. Tak macam Julia ni. Main kiss-kiss, dia ingat ni Europe ke? Aku rasa budak Europe pun tak greet orang dengan style tu lagi.

“Saya pergi dulu. Clients tengah tunggu  tu.” Dia senyum. Alahai. Senyumanmu Delima bikin hati ni gugur.

Aku angguk. Penat berlakon. Tapi, lepas drama aku tu tadi, sorang pun tak bercakap. Mama macam nak start bertanya tapi dia tahan-tahan. Aku pulak tahan senyum je. Jengjeng jeng. Balik rumah nanti tengok lah berdozen soalan mama.

“Er. Datin dah tengok design baru dekat butik saya? Hari tu Sarah tetiba je buat design. Katanya, bosan. Tu yang dia rajin nak tolong saya tu. Boleh la Datin datang tengok.” Mama bersuara.

“Ha. My pleasure. Lepas ni pun boleh.” Datin Jewal menyahut. Julia tepi dia memang dah jadi bisu. Padan muka kau. Kau tengok la betapa cantiknya sayang aku sekarang ni.

“Yeah sure.” Mama pandang aku. “Abang hantar nanti tau?”

Aku kerut dahi. Terus mama cubit paha aku. “Aaa. Ye lah.”

“Sarah tu adik Ova ni ke? Lama dah saya tak tengok dia.” Datin Jewal bersuara lagi. Ish. Bencinya aku. Dia panggil aku Ova derr. Dia tak tau ke tu double meaning punya word? Failed BI ke masa sekolah dulu? Mau je aku tanya, tapi confirm nanti mama baling dengan kerusi.

“Ha ah.” Mama pandang aku lagi sambil buat senyuman paling ngeri yang pernah aku tengok. Apasal mama tengok aku lain macam je ni? “Kalau macam tu, kita pergi sekarang lah ye.”

Semua orang dah bangun. Aku pulak terpinga-pinga. Sekarang? Habis, Delima tu… Aku pandang tempat Delima and the gang. Eh, dah takde? Cepatnya diaorang makan? Minum je ke?

“Kamu cari sapa?” Mama menyoal. Masa tu Datin dengan Julia dah keluar. Tunggu aku dekat kereta. Memang hari ni aku jadi driver diaorang.

“Tak da sapa.” Mata aku masih meliar-liar. Mana Delima ni? Akhirnya aku nampak dia. Oh, dari toilet rupanya. “Jap, mama. Mama tunggu abang dekat kereta ok?”

Terus aku menapak ke  arah Delima. “Hei. Thanks ah tolong aku tadi.”

Dia angkat muka. “Oh awak. It’s ok. Nasib baik saya dapat catch up tadi. Kalau tak, memang awak dah malu.” Dia ketawa. “Awak mesti belanja saya dinner.”

Aku ketawa. Great! Dia nak keluar dengan aku. “Yes! Your phone number please. Malam ni ok?”

Dia terpinga-pinga. Aku nampak desperate? Aku tak kisah dah. “Ok.”

Oh, goodness. Leganya. “Thanks. Ok, bye sayang!” Terus aku ketawa.

Dia gelak. “Mengada!”

Aku dengan senyuman yang tak habis menapak ke arah kereta. Nampak dah muka-muka cemberut dekat kereta aku. Marah le tu.

**

 “Sapa perempuan tu tadi?” Julia adalah orang pertama bertanya pasal Delima lepas drama mengada aku tadi. Masa tu mummy dia dengan mama tengah tengok design Sarah.

“Who cares?” Aku jawab malas. Aku bersandar dekat sofa empuk dalam butik mama ni. Ah, heaven. Kusyen yang ada dekat situ aku buat pakai cover muka. Confirm boleh terlelap ni.

“I! Tell me sapa dia tu?” Suara Julia dah tinggi. Aku bukak mata. Aku pandang mama dengan mummy tengah tengok drama baru aku. Hesh.

“My girlfriend.” Aku sengih. Sorry, Delima. Nampak gayanya kau kena berlakon lagi.

“Sejak bila?”

Baru je tadi. Haha. No, aku takkan bukak rahsia. “Almost one month.”

“Hei, you dengan I dah setahun ok? You dengan dia tu baru je sebulan. You curang dengan I eh?”

“Curang? Kita ada declare apa-apa ke?” Aku kerut dahi. Wei, aku dah kenal Delima tiga tahun tau. Ei, loya tekak aku dengan Julia ni. Mengada siot!

Aku tengok mama dah pandang aku lain macam. Mummy Julia tu pun dah lain riak wajahnya. Ni mesti ada pa pa yang diaorang plan tapi dah completely destroyed oleh aku. Wahaha.

Julia menangis. Eh, apa drama sangat ni? Menangis pulak. Bodoh betul!

“Hai, abang!” Aku menoleh. Sarah.

“Hai. Dah habis kelas?”

Sarah duduk sebelah aku lepas dia salam mama dengan mummy Julia ni. Julia yang tengah teresak-esak menangis tu dia buat bangang je. “Ha ah.”

Sarah kemudian berbisik dekat aku. “Kenapa awek abang tu?”

Aku kerut dahi. Kemudian aku bisik dekat telinga dia. “Sapa awek abang? Hish. Tak hingin abang.”

Sarah ketawa. “Kenapa dia?”

Terus aku bercerita dekat Sarah pasal drama aku dekat restaurant tadi. Tapi, kami berbisik je la.

“You found her?” Sarah dah excited.

Aku ketawa berlagak. “Hei, ni Cordova Andalusia ler. Mesti la abang jumpa dia. Proving that abang dengan dia memang berjodoh.”

**

“Lama tunggu?” Aku terus duduk depan dia. “Sorry about last night. Kita tak dapat dinner.”

“Ah, takpe.” Delima sengih. Oh, man! Aku dah jatuh teruk ni. Fall badly. “Lunch ni pun dah kira ok.”

“Kecewa pulak aku. Mama aku tu spoilkan everything.” Aku memang serius bengang malam tadi. Mama marah aku sebab Julia menangis tak henti-henti. Hei, lantak dia la. Nak meraung ke apa ke. Then, mama tak suruh aku keluar sebab papa baru balik dari Iran. Takkan la aku nak keluar pulak kan?

“It’s ok la, Cordova.” Dia ketawa. “So, you owed me a story. Cepat cerita macam mana saya boleh terjebak dengan drama awak semalam?”

Aku terus bercerita non-stop. Macam mana aku yang berusia 26 tahun ni boleh trapped dengan Julia dan mummynya.

“Jangan gelak la, Delima.” Aku warning dia lepas aku habis cerita.

“Lawak la. Pilot kena arranged jodohnya.” Delima bantai gelak.

“Aku cakap dengan mama, yang kau ni memang awek aku.”

Terus Delima berhenti gelak. “You did what?”

“Er, kau dah ada pakwe ke?” Alamak. Apasal aku boleh lupa benda penting ni?

“No la. At least cakap la dulu.”

Kena ubah topic. Macam tak best je cerita ni. “So, semalam kau dengan clients? Kau bukan pembaca berita ke?”

“Already retire meh.”

Hah? “Patut la lama dah tak nampak. Aku punya la tunggu-tunggu kau keluar tv.”

“Serius?”

“Serius la. Kan aku dah cakap dulu, aku suka tengok kau.”

Dia diam tak bagi reaksi.

“Kau buat apa sekarang?”

“Manage my dad’s business la.”

“Oh.” Oh my god! Apasal takde idea nak sembang apa ni. Aha! Aku baru perasan sesuatu. “Hei, kau cantik sangat.”

“Hah?”

“You look damn pretty with this hijab.” Ya. Double triple cantik lagi dari dulu. Memang boleh buat menantu mama. Confirm mama akan terpujuk. Yes! Baik punya plan.

“Thank you.” Dia senyum lagi. Diam lagi.

“So, terpaksa jadi pretend-girlfriend Cordova la pulak.” Aku bersuara. Boring la weh. Kalau tetiba takde topic yang best.

“Jadi, girlfriend betul pun takpe.”

Aku terkedu. Hah? She gotta be kidding me? Atau otak aku salah translate impulsive nerve tu? “Sorry?”

“Jadi the real girlfriend pun takpe.” Delima ulang balik ayat dia tadi.

“Seriously?”

“Ha ah.”

Aku tak tau macam mana nak express feeling aku sekarang ni. Happy? Sure over happy sampai aku terkedu sekarang ni. “I’m Cordova Andalusia asking you, Nur Delima Razak, with this heart that I will give to you for the rest of my life, be my girlfriend, please?”

“Girlfriend je ke?” Dia berkerut dahi.

“Ceh, tamak. Ye la.” Aku ketawa. Aiseh. Dia ni main-main atau serius? Tapi muka memang damn serius. “Be my wife, will you?”

Dia senyum. “So, Cordova Andalusia Lisbon Andalusia, I will be your wife as long as you will not pick any girl to involve in your stupid drama again. Will you?”

Aku terus bantai gelak. Mana entah dia dapat nama bapak aku sekali. “I will.”

Yeay! Aku dah dapat Delima yang aku setia sampai tiga tahun ni.

**


From: Delima
Sarah bagitau saya, awak memang gilakan saya. Haha. Terharunya I.

To:Delima
Aiseh. Sarah tu. Malunya I. Haha. Nanti balik saya akan kerjakan dia cukup-cukup.

From: Delima
Sarah cakap, tak takut pun. Dia cakap nanti dia suruh saya baca buku cinta awak. Hah, explain. Buku cinta apa?

To:Delima
Noooooo! Nanti awak lari dari saya.

Buku cinta? Alamak. Mesti Sarah dah jumpa. Buku hasil catatan aku tentang Delima masa dia jadi pembaca berita dulu. Aku tulis tarikh, apa isi berita yang dia baca. Haha. Gila kemaruk aku dengan dia masa tu. Tapi, aku tulis benda tu tak sampai dua tahun rasanya. Sebab, dah busy jadi pilot.

Delima is calling…

“Hello?” Aku menyahut.

Diam.

“Hey, kenapa ni?”

“Terharu la.”

“Apasal?” Aku gelak. Terharu kenapa entah? Dah la aku jauh ni. Esok baru fly balik rumah.

“Buku cinta awak.” Suara Delima dah serak.

“Laa… Nangis ke?” Aku gelak lebih kuat lagi. “Chill la. Tu hobi saya lama dulu la. Ai. Malunya saya.”

“Tapi tak lengkap!”

“Memang la. Lepas tu saya busy jadi pilot. Fly sana sini. Mana sempat nak tulis. Lepas tu, orang tu dah retired.”

“Nasib baik saya terima awak jadi husband saya. Kalau saya tak terima dulu, memang saya tak kan tahu ada orang sayang macam ni sekali. Ahhhh! Terharunya.” Delima ketawa.

“Eleh. Dulu dia jugak yang offer nak jadi girlfriend saya kan?”

Diam.

“Cordova.”

“Apa?”

“Saya sayang awak.”

“Sangat-sangat?”

“Sangat-sangat.”

Aku gelak. Baru dengar ucapan ni sebenarnya. See? Betapa kedekutnya Cik Delima kita tak mau beritahu yang dia sayang dekat Encik Cordova. Tapi, malam ni aku dah dengar. Dan aku nak nangis. Ah, gila touching aku. “Saya sayang awak jugak. Dah, pergi tidur sekarang.”

Delima gelak. “Dah, esok balik cepat.”

Finally, they live happily ever after.

#Great help: any typical drama, love stories/ Berita Terkini 13.12.2011 (9am)/Buku rujukan SPM sejarah [haha!]
*Actually, nak buat Cordova tu jadi mamat romantic. Tapi tak berjaya. L

2 comments:

  1. haha so funny!
    i luv ur karya
    semua cerpn kt sni sgt best
    terbaik dri ladang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thanks for supporting. :D
      kami akan berusaha lagi!

      Delete