Monday 5 December 2011

Prince Leo and Gadis Kuli Batak Aries Part 1

Friday night such a beautiful night
Where you going
I didn’t mean to blow it

Derap langkah Aries terhenti.  Terkejut dengar suara yang tengah menyanyi. Dia kenal dengan suara tu. Tak salah lagi. That voice. Leo.

You’re upset and
 Don’t know what I said
But I’m sorry
Don’t you give up on me

“Aries, I’m sorry. I didn’t mean to do so.” Nyanyian terhenti. Leo talk in front of thousand of people and seeking for forgiveness. Leo berjalan ke arah Aries.

“ Hey dude. Enough already. Aku nak balik!” Aries terus berlalu. Tak kisah orang nak cakap apa pasal babak sekerat dua orang kawan baik nih.

Aries, a simple girl. Just a simple girl. Simple in everything tapi kuat makan. And Leo, a guy yang memang famous. Even still age 17, tapi muka  masuk paper hari-hari. Muka depan pulak tu. Best siottt. Heaven la hidup dia. Pewaris kepada syarikat terkemuka di Asia Tenggara, Polaris Shipping Company.

“Ok, kita balik. “ Leo dengan muka innocent tarik tangan Aries depan orang ramai. Memang sah masuk paper esok pagi. Oopss, lupa nak cerita. Aries tinggal serumah dengan Leo. Mak Bapak Leo yang ambik Aries jadi anak angkat lepas family Aries semua meninggal dalam kemalangan ngeri 2 years ago.

“Lepaslah! Sakit tau!” Kudrat seorang perempuan macam Aries mana tahan kena tarik oleh Leo. Lelaki panas baran. Raja Gorilla. Satu perempuan pun tak pernah lekat dengan Leo. Aries ni kira beruntung sebab Aries kawan baik Leo. Serba serbi dah faham perangai Leo yang panas baran.

“Lepaslah ni. Dah sampai kereta pun kan?HAHA” Leo buat lawak tak jadi. Dia tau Aries terasa hati dengan apa yang dia cakap depan semua press tadi. Leo bagitau semua press yang Aries ni kuli batak dia dan Aries akan ikut ke mana sahaja dia pergi. Maklumlah, first time orang tengok Leo datang dalam majlis besar dengan Aries.  Sapa tak terasa? Kan? Kan?

“Aku tak nak naik kereta ni. Aku KULI BATAK kau je kan? Mana standard naik kereta mewahh.” Aries sengaja tekan perkataan kuli batak. Kalau boleh bagi capslock 72. Dia sangat sangat sangat marah. Kalau Leo perkenalkan dia as a sister or cousin or friend dia tak kesah. Memang kenyataan pun kan? Ni tak, kuli batak? Ingat dia ni macam takda maruah ke apa?

“Ok, aku salah. Aku takde idea nak cakap apa. Aku tak nak kau jadi bahan cerita dia orang. Kalau aku cakap kau kawan aku, mesti dia orang akan timbulkan gossip sana sini. Kalau aku cakap kau adik aku, mak bapak aku pulak yang kena soal. Mereka busy aku tak nak kacau. Kau tau kan life aku macam mana? Semua lensa kamera ni kalau boleh tiap-tiap jam nak tayang pasal aku. Aku malas nak handle benda remeh macam ni. Baik aku cakap kau tu orang gaji aku, takde mereka nak dengar sangat cerita pasal kau. Taklah kau kena kejar macam aku yang 24 jam mesti ada pak guard sana sini.” Leo menerangkan panjang lebar kepada Aries. Aries hanya membatu dalam kereta.

“Once again, I’m sorry my bestfriend.” Leo masih berusaha. Bukan susah nak pujuk kawan dia yang memang manusia simple.

“Hurm, lain kali kalau nak buat macam tu pun plan dengan aku awal-awal.”

“You forgive me right?”

“Yes Mr G. I forgive you.” Serentak, meledak tawa Aries. Mr G stand for Mr Gorilla.

“Kurang asam! Next time,kalau aku ada pape event ko kena ikut aku. Be my kuli batak forever ok?HAHA” Leo masih nak kenakan si Aries.

“Ai ai bos! Sekurang-kurangnya, kuli batak taklah seteruk Mr G kan? Hehehe.” Ambik kau Leo.

“Cehh, zip mulut kau. Jangan biar orang tau kau panggil aku macam tu. Jatuh maruah aku. Aku ni dah la popular. Hensem. Smart. Bergaya. Cute. Tiba-tiba dapat gelaran Gorilla.” Mulalah si Leo tu nak angkat bakul.

“Memang kau gorilla. Aku patut snap muka kau masa marah. HAHA.”

“Shut up. Aku bagi kau tidur dengan Boncet malam ni baru kau tau.” Ugutan yang keras dari Leo. Boncet. Kucing keluarga Leo. Sangat gemuk dan berbulu. Tapi si Aries ni takut kucing. Silap hari bulan, hilang suara si Aries tu kalau tidur dengan Boncet.

“Yelah yelah. Aku diam. Hishh, asyik dia je menang.” Aries tarik muncung panjang sedepa.

**
“Morning Tuan Muda Leo!” Aries pagi-pagi dah ceria.

“Asal kau lambat bangun?” Leo yang dah duduk dekat meja makan tengah menjamah sarapan pagi. Leo pantang kalau orang lewat. Kalau lewat yang buat dia tertunggu berjam-jam ada meletus larva.

“Sori la bro. Malam tadi aku skype. Tidur lewat. Itu pasal saya bangun lewat sikit hari ini maa.” Aries masih dengan muka ceria terus duduk dan sarapan. Rutin biasa. Tak perlu nak main jemput segala.

“Skype? Dengan sape?”

“Alahhh, kawan lama aku. Lavedia.”

“Uh? Macam pernah dengar je nama tuh.” Leo buat muka tengah berfikir.

“Ye ke? Tak kot. Tapi dia kenal kau dan dia macam fanatic gila babi dekat kau. Besides, dia kawan aku zaman bebudak. Jumpa balik dekat facebook.”

“Mana kau tau dia kenal aku and fanatic dekat aku?” Muka Leo penuh dengan prasangka.

“Alah, pro pic facebook dia muka kau. Blog dia penuh dengan cita kau. Skype dia pun nama kau. Pendek kata, semuanya pasal kau. Kau kan femes lagi macho?HAHA”

“Ye tak ya jugak. Aku ni femes lagi macho.HAHA. Btw, apa nama skype dia?”

“LLL-stand for Lavedia Love Leo.HAHA. Kenapa? Berminat?”

“Tak minat langsunggg! Buruk betul nama dia letak. Hancur nama aku.HAHA” Leo, memang susah nak minat dekat perempuan. Bagi dia, girl is just like finding an X in maths. Jawapan beza semua. Dan dia cukup benci dengan subjek tu even dia boleh score A+. Bak kata Aries, otak tu memang dah bijak, benci pun boleh score.

***
Polaris College and University sangat heboh di awal pagi. Macam biasa, Putera Raja datang sekolah. Semua la nak tengok. Leo keluar dari kereta dengan senyuman. Cair dohh kalau tengok dia senyum.  Lepas tu, giliran Aries pulak keluar dan semua orang terus senyap dan berbisik sesame sendiri. Aries dah biasa dengan semua tuh. Kalau dah lima kali seminggu diorang buat benda macam tu, lali dah dia. Naik bosan dah. Leo cakap, student kat situ jealous tengok dia rapat dengan leo. Mana tak, pergi sekolah sama dengan Leo. Nasib orang tak tau Aries tinggal sebumbung dengan Leo.

Leo terus berlalu ke kelas seperti biasa. Leo masuk kelas khas. Kalau sekolah biasa, kelas khas tu budak-budak tak pandai je kan? Budak-budak yang perlu diambil perhatian. Tapi, kelas khas ni lain sikit. Budak-budak yang memang kaya raya harta belambak dekat dunia. Jadi, Aries ditinggalkan seorang diri.

Along the way dia nak pergi kelas dia dekat 5A2, dia rasa macam ada orang ekori dia. Seram pulak rasa. Tiba-tiba ada orang sergah dia dari belakang.

“Aries!” Suara perempuan. Aries toleh. Dia terkejut babun! Bukan sebab perempuan tu hantu ke apa, tapi . .

“Lavedia!”

“Haha. Baru kau terkejut.”

“Kau cakap kau sekolah dekat US? Bila pulak pindah?”

“Itu sebulan lepas. Aku dah pindah sini balik. Mak bapak aku masukkan aku kat sekolah ni. This is my first day you know! Excited sangat!”

“Ohh,congrats masuk sekolah ni!” Tak hairan kalau Lavedia dapat masuk sekolah ni. Bapak dia ada kilang merata tempat dekat sini. Kira anak orang kaya jugaklah.

“Btw, aku dapat tau sekolah ni milik Leo. Aku dengar dia sekolah sini jugak. Aku harap dapat jumpa dia!”

“Yeahh, its true, Kau boleh jumpa dia hari-hari kat sekolah ni.” Aries buat muka selamba. Dalam hati cakap, aku dah jemu tengok muka Mr G tu siang malam. Segaris senyuman terpamer dekat muka Aries.

“Kau senyum pahal? Teringat pakwe ke? Loceng dah bunyi tu, jom masuk kelas masing-masing.”

“Ahh? Pakwe? Jangan haraplah! Aku 5A2. Kau?”

“Eh?Sama lah! Jom masuk kelas!”

Waktu rehat hari yang sama,
Library.

“Aries!” Leo tepuk belakang Aries.

“Ish, apesal?”

“Teman aku makan? Lapar ni wei. Duduk sejam dekat library ni buat perut aku jadi lapar. Hehe.”

“Masalah betul kau ni. Aku still nak baca novel Telanjur Mencintaimu nih. Kacau daun!” Aries membebel.

“Nanti aku order khas untuk kau. Tak payah kau nak baca kat library ni lagi. Kau cakap je novel apa kau  nak. Jom la makannn!” Leo tarik Aries keluar dari library. Nasib bebudak takde dekat library. Library ni kosong, khas untuk orang tertentu je macam Leo. Aries? Aries tumpang nama Leo je.

“Yelah! Aku tau aku kena teman kau FOREVER. Jadi kuli batak kau. Aku harap kau kawin muda. Biar aku tak yah teman kau tiap-tiap hari. Biar bini kau replace aku. HAHA”

“Tau tak pe kau ingat kerja kau! Taknak aku kawin muda! Kalau aku kawin pun kau kena jadi kuli batak aku. Hehe.” Mereka berjalan beriringan ke kantin sekolah. Sampai je kantin, semua manusia pandang mereka. Aries dah rasa lain. Terutama student perempuan. Pandang macam nak makan dia je. Kalau pandang si Leo, senyum memanjang.  Aries menjarakkan dirinya dari Leo.

“Aries! Kat sini!” TIba-tiba satu suara memanggil. Lavedia.

Aries tercari-cari suara tu. Terus dia pergi ke arah Lavedia dan meniggalkan Leo. Sori Leo, aku tak mampu. Tak sanggup nak lawan mata-mata yang tengah tengok aku. Kalau mereka baca paper hari ni, habislah riwayat hidup aku Leo. Mesti mereka berani kacau aku dah.

“Hai Lavedia.” Aries duduk semeja dengan Lavedia.

Lavedia masih lagi memandang Leo. Sampailah Leo berlalu.

“Ahaa, hai. Bestnye kau berdiri sebelah dia! Jeles tau! Jangan kacau dia, hak milik aku tu.”

“Takde maknanya aku nak kat dia. Not my taste ok?”

“Tipu. Aku dengar kau dengan dia pergi sekolah together? Betul ke? Apa hubungan kau dengan dia?”

“Ah, ye. Mana ada pape.” Aries jawab selamba.

“Ohh ye. Kau kan kuli batak dia?HAHA” Lavedia bunyi sarkastik. Takde langsung nada gurauan.

“Kau hina aku ke?” Aries mula naik darah. Maknanya Lavedia dah tau cerita yang masuk paper hari ni. Gerenti budak lain pun tau. Cis.

“Well, kau tu tak setaraf dengan kami yang sekolah kat sini. Kau kan anak tauke kedai runcit je? Mana duit kau pergi sekolah ni kan? Gerenti Tuan Muda Leo yang tanggung semua tuh.” Lavedia masih nak kutuk Aries. Baru puas hati dia. Dia sangat sakit hati bila tengok Aries dengan Leo berbual dan berpegang tangan waktu dekat depan library.

“Dasar kau Lavedia!” Pap! Satu penampar singgah di muka Lavedia. Tiba-tiba, handphone Aries berbunyi. Message dari Leo.

+Aries, apehal kau pergi macam tu je? Jumpa aku kat atas bumbung sekarang.

-Ok, kejap lagi aku sampai.

“Leo, sori pasal tadi aku tak tahan tengok pandangan mata perempuan2 yang minat kat kau tu. Macam nak terkam aku je.”

“Alahh Aries. Buat macam biasa je.”

“Kau cakap senang la. Aku ni yang mereka pandang.” Masih ada nada kesal dalam kata2 Aries. Aries tak nak cerita dekat Leo pasal tu. Silap hari bulan, ada si Lavedia tu kena maki hamun dengan si Leo. Takpun, besok pagi, Lavedia dah dapat surat kena berhenti sekolah. Pengaruh si leo ni sangat kuat dekat sekolah. Sekolah mak bapak dia, mana tak!

Pernah sekali, waktu dia baru je masuk sekolah ni. Masa tu dia masih tinggal dengan arwah family dia. Habis dia kena buli oleh senior perempuan sebab rapat sangat dengan Leo. Dia kena tolak sampai jatuh tergolek dekat tangga. Dimalukan depan orang ramai. Buku kena bakar. Kena pulau. Nasib si Aries tak gila. Aries yang tak tahan dengan semua tu, cerita dekat Leo dan bagitau Leo dia nak pindah sekolah. Dia fikir Leo setuju dengan kata-katanya. Rupa-rupanya Leo marah sangat. Marah sebab Aries kena buli. Pagi esoknya, senior perempuan tu kena maki hamun depan semua student dekat sekolah tu. Kena maki hamun oleh siapa lagi kalau bukan Leo. Tak cukup dengan maki hamun dia kena berhenti sekolah. Takkan ada sekolah yang berani terima student yang kena berhenti sekolah dari Polaris College and University.

“Aries, kau ada masalah ke? Muka berkerut empat lapis.” Leo perasan mood kawannya berubah.

“Ah? Takde papelah wei. Imaginasi kau je tuh.”

“Yeke? Kalau ada pape, cakap je.”

“Betol?”

“Yelah. Betol  lah ni. Aku mana penah tipu kau.HAHA”

“Kalau macam tu, aku nak novel Terlanjur Mencintaimu NOW! HAHA!” Aries buat muka sengih.

“Kuang hajaqqq! Balik rumah nanti la wei. Aku dah order tau tak? Siap dengan novel yang belum keluar.”

“Ye ke? So sweet kawan aku nih! HAHA” Aries messy-kan rambut si Leo.

“Woi, rosak rambut aku nanti!” Entah kenapa, Leo rasa lain bila aries buat macam tu. Satu perasaan lain tiba-tiba menjengah. Haishhh

No comments:

Post a Comment