Wednesday 25 January 2012

Jiran Stargazing(?)

Benar dikau ku cinta
Setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu

“Lantak kau situ. Lirik entah betul ke tidak!” Kashaf dah marah dengan Hasyrin. Dari tadi kawan dia ni nyanyi tak tentu pasal. Ape ke hal mamat ni.

“Haha! Sedapkan aku nyanyi.” Hasyrin mula nak perasan.

“Weh, amende nya sedap. Kalau sedap aku buat makan kau tau? Ni bikin tekak aku loya dengar.”

“Kashaf, kau jangan cakap kau ada alami morning sickness macam perempaun? HAHA.”

“Gelak lah kau, Gelak. Lepas ni, aku bantai kau dengan bunga silat aku baru kau tau!”

“Weyh, kawan. Baru bantai gelak kau nak bunga silat. HAHA.”

“Aku kira ok. Kau tu hah. Yang dari tadi dok menyanyi apesal? Jumpa awek cun ke?”

Hasyrin terdiam. Ingat peristiwa petang tadi.

“Encik! Maafkan saya! Saya cuai. Saya akan bayar balik.” That lady tertumpahkan air dekat baju dia. Oh god, dia tak kisah pasal baju. Yang dia kisah, angel depan dia nih. Mak oii, dari mana dia ni datang?

“Oh, takpe. Its okay. Sikit je nih.” Hasyrin berbahasa sebaik mungkin. Malaysia kan negara beradab? Hehe.

“Takpe. Biar saya ganti. Fullstop!” That lady bersuara lagi. Hasyrin dah terdiam. Terpempam atau lebih tepat lagi terpesona dengan ketegasan that lady.

Kashaf perhatikan kawan dia. Apesal dengan kawan aku nihhh? “Syer, kenapa dengan kau woii? Berangan ke apa?”

“Ah? Ah? No. . . nothing. HAHA”

“Cakap apa! Kalau tak aku bagi tau mak cik, kau bawak anak dara orang balik rumah semalam. HAHA”

“Mangkok! Mentang2 jadi spy mak aku, nak buat fitnah la tadi! Ciss.”

“Syer, kau tau kan aku macam mana?”

“Yelah, aku jumpa a lady with hijab. Muka lebih kurang macam Lisa Surihani.”

“Fuyooo,Lisa tu woitt! Agak-agak ada tak macam spesies adik aku? HAHA”

“Adik kau si Maisarah tu nak buat banding untuk apa? Sarah tu kecik lagi, Lisa aku ni. TInggi, cantik, sejuk mata memandang. HAHA”

“Oi Syer, sejak bila kau declare dengan LISA KAU yang dia dah jadi LISA KAU?” Sengaja Kashaf menekan word Lisa Kau.

“Sejak aku terkena lovestruck dekat dia. HAHA”

“Kau memang jatuh cinta tahap cipan. Baru jumpa dah siap boleh chop jadi Lisa kau. Nak jugak aku tengok muka dia. HAHA.”

“Well, that’s why la aku cakap, aku kena love struck.”

**
“Kashrina! Drawing Mr Teo mana?” Mengamuk pulak bos dia ni, Mr David. Mr David ni baik, Cuma bila tahap nervous dia memuncak semua orang boleh nervous.

“Rileks la Mr David. Drawing tu saya sudah letak atas meja kamu meh.”

“Yaka? Kalau macam tu okay leh. Saya, boleh kerja dengan sinang(senang) hati meh.” Biasala. Kalau cina cakap melayu pelat dia agak tak betul. And vice versa kalau melayu cakap cina. Satu Malaysia lehh.

“Mr David, Chinese New Year u tak buat parti ka? Angpau lai lai.” Ashraff dah bukak tajuk CNY pulakk.

“Hao, mana boleh tidak buat ma. Itu tradition our syarikat. Kali ini saya buat besar-besaran macam itu Satu Malaysia punya open house.”

“Wah, kasi gempak sikit boss!” Kashrina pulak menyampuk.

**
Berjaya Holding mengadakan sambutan Chinese New Year secara besar-besaran. Banyak client yang dijemput. Tak terkecuali syarikat bersama Azzif Egineering Company.

“Kashaf, Lisa aku ada kat sini la weh.” Hasyrin bercakap dalam voice yang agak kecik.

“Mana?”

“Tu hah, dekat meja orang kuat Berjaya Holding.”

“Yang mana satu?”

“Of course la yang pakai hijab.”

“Oh tu. Aku kenal dia. Architect tuhh.”

“Macam mana kau boleh kenal, tapi aku tak kenal? Bukan kita partner dalam mana kerja yang kita buat ke?”

“Oi, jangan la jadi green-eyed monster tetibe. Aku pernah berurusan dengan dia sekali. Waktu kau kena serang demam campak.”

“Ohhh, mana ada aku jeles woi.”

**
“Kashrina, aku tengok ada dua orang tu tengah tengok kau.”

“Mana?” Kashrina tanya Ashraff.

“Dekat tepi Mr David tu hah.”

Kashrina pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Ashraff. Eh? Mamat tu kan? Yang beli Cappuccino dekat Coffee Break hari tu kan? Yang sebelah dia tu aku kenal, Kashaf. Senang nak ingat nama. Dekat dengan nama dia. Engineer. Takkan yang sorang tu engineer jugak? Technician kot? Tak jugak kot. Muka ada smart, stylo boleh tahan. Lantaklah. Ish, yang aku terhegeh-hegeh nak nilai mamat sebelah Kashaf tu apesal? Haishh.

**
Fireworks! Canteklahhh. Kashrina tersenyum sendiri. Siapalah yang suka sangat nak pasang fireworks masa takde buat apa-apa festive ni? Ni mesti kerja bebudak. Haha.

“Cantikkan?” Kashrina terkejut. Siapu pulak suara ni? Apehal dia boleh ada dekat beranda rumah aku?

“Jangan takut, saya bukan hantu.HAHA”

“Habis tu apa?” Kashrina bercakap separuh menjerit.

“Tengok atas.” Kashrina terus mendongak ke atas langit. Takde pape pon. Yang dia bodoh siap nak ikut cakap suara tu apesal? Suara dia sedap, mencairkan hati. Mana tak kau nak ikut. Desis hati Kashrina.

“Bukan atas langit. Atas beranda rumah jiran awak. HAHA” Kashrina dengar suara tu ketawa lagi. Mak ehh, gelak sakan kawan? Kashrina memerhati ke arah beranda bilik utama. Dia nampak bayangan manusia. Manusia ke? Boleh pasti tu manusia ke?

“Nampak tak?” Suara tu tanya lagi.

“Nampak. Tapi tak jelas. Cuba bukak lampu beranda bilik awak.”

“Tak boleh. Saya tak pakai baju. HAHA”

“Mengada. Saya nampak awak pakai baju. Nak tengok muka awak.”

“Penting ke muka saya?”

“Tak jugak.”

“Habis tu?”

“Kita jiran, kena saling kenal. Baru ukhwah tu wujud.”

“Oh, ye ke? Anggap saya mimpi indah awak je. HAHA. Saya tak suka buka lampu beranda malam-malam.” Senyap. Suara Kashrina tak kedengaran lagi. TIdur ke dia?

“Awak, awak dah masuk tido ke?”

“Huh! Ni saya hah. Sebelah awak. Tak manis la cakap sorang bawah sorang atas. Baik saya pergi duduk dekat sini. Sebelah beranda awak je. HAHA” Kashrina buka tingkap bilik dia. Nasib bilik dia sliding window. Dia tak tidur dekat bilik utama. Tu bilik mama dengan baba.

“Oh, ingatkan dah masuk tido.”

“Nak masuk tidur lah ni. Nama awak sapa?”

“Syer, for short.”

“Oh,okay. Goodnight Syer! I’m Kashrina.”

**
Hasyrin tak sangka yang sebenarnya Lisa dia tu jiran baru dia. Sungguh la dunia ni kecik! Keh keh keh. Ni, tiap-tiap malam boleh start conversation dengan dia. Kashrina. Hurm, sedap nama tuh. Kalau nama aku campur dengan nama dia akan jadi apa ek? Hasyrin dan Kashrina? Ahaks! Hashrina! Cool.

“Oi, kawan!” Kashaf menghentikan lamunan Hasyrin.

“Mangkok! Kacau aku tengah feeling”

“Lantak ahh. Kau yang panggil aku.”

“Weh, kau tau tak Lisa aku, I mean Kashrina jiran baru aku?”

“Tak, aku tak tau. Dan tak ambik kesah pun tau tak?”

“Tak tau. HAHA”

“Ish, susah aku nak layan kau yang tengah berjiwa karat nih.”

**
“Syer, awak ada ke tak?” Kashrina memanggil Syer dari cermin tingkap biliknya.

Masih sunyi. Berpotensi yang Syer takde kat rumah. “Awak, ada ke tak?” Kashrina masih berusaha mencari jirannya yang dah menjadi teman untuk bercakap pada waktu malam. Mereka berkongsi minat yang sama, suka stargazing malam-malam. Yang peliknya, dia tak pernah terserempak dengan Syer kalau nak pergi kerja. Kalau pagi2 dia hanya nampak kereta Syer lalu je.

“Awak, ni saya hah. HAHA.” Syer baru keluar ke beranda rumah.

“Akhir awak keluar hari ni. Biasa awak yang tunggu saya.”

“Oh, saya balik lambat tadi.”

“Wahh, rajinnya kerja.”

“Mestilah! HAHA. Eh,awak esok saya kena pergi out station.” Hasyrin dah mula buka cerita. Harap la si Kashrina ni ambil berat pasal aku. Sikit pun jadi la. Takkan la dia takde perasaan langsung dekat aku kan? Dah berapa lama dah kami duduk stargazing sama-sama tiap2 malam. Takde rasa rindu kat aku ke? Jangan berharap jangan berharap Syer. Nanti kau simpan harapan palsu je.

“Ye? Lantak awak lah nak pergi out station ke apa. Saya tak kesah pun. Hehe.”

“Ye ke macam tu? Nanti, mesti saya rindu awak. Eh, maksud saya rindu nak stargazing dengan awak.” Hasyrin sembunyikan perasaan kecewa dia. Minah ni, langsung tak perasan aku ni suka dia ke?

“Haha. Mengada. Takdenya nak rindu.”

“Oh, saya masuk tidur dulu. Nak gerak awal esok. Goodnight kawan.” Hasyrin terus berlalu. Tak tunggu si Kashrina habis cakap.

Kashrina jadi pelik. Apesal dengan mamat ni? Merajuk ke? Hormon bertukar? Ish, tak mungkin. HAHA. Maybe dia betul2 nak gerak awal esok kot. Kena cukup tidur.

No comments:

Post a Comment