Tuesday 24 January 2012

Molla Luthfie [2]

Aku sangat benci dengan hidup aku sekarang. Dulu takat jadi orang gaji rumah Khawarizmi tu aku masih lagi boleh tahan. Sekarang ni, aku dah ber-status bini si Khawarizmi! Nak tau macam mana aku boleh terjerat dengan si buaya Malaysia tu?

Flash back 3 months ago . . .

Masa si Tuan Muda Khawarizmi mintak air, rupa-rupanya family aku yang datang. Family aku dengan family si Khawarizmi ni dah buat deal. Ni mesti mak bapak aku punya kes! Suruh aku kahwin dengan si Khawarizmi sebab mereka dah berhutang nyawa dekat Khawarizmi. Mak bapak aku ni pantang sikit bab hutang ni.

Kalau hutang duit, mereka bayar cepat-cepat. Kalau hutang budi, mereka tabor budi. Kata mereka, tak nak la berhutang apa-apa dengan orang sebelum ajal sampai. Disebabkan Khawarizmi dah selamatkan ayah aku dekat jalan raya, mak aku siap buat deal nak kahwinkan penyelamat bapak aku tu dengan aku. Yang menyakitkan hati, penyelamat tu ialah Khawarizmi. Dan, mangsa anak yang kena kahwin ialah aku, Molla yang cute lagi bijak!

**
Sepanjang tiga bulan, hidup aku merana duduk serumah dengan si Khawarizmi ni. Kami tinggal rumah sendiri, tak nak sebumbung dengan family dia. Mahu aku naik gila, hari-hari kena acting manja gila dengan si Khawarizmi suami tercinta. Uewkkk. Meremang bulu tengkuk aku. Suami tercinta konon. Cehh, keparat punya buaya. Dapat jugak aku tidur bilik asing-asing.

“ Molla? Boleh aku masuk?” Ketukan pintu dari Khawarizmi. Dah balik dari kerja la tuhh. Dia memang suka lepak dengan aku. Nak cari gaduh je.

“Masuklah. Ingat! Jaga distance kau dari aku, 100 cm!” Tak nak aku duduk dekat2 dengan buaya. Nanti dia ngap aku, mati laa si kancil bernama Molla ni. Kancil kan cerdik dak cute, macam aku? Huahuahua.

“So, apa bini tersayang aku buat hari ni? Baca novel lagi?” Okey, hari ni dia agak pelik. Apesal tak cari gaduh macam selalu? Apesal ngaku aku ni bini? Apesal tak keluar ayat serbuk cili dia? And since when, dia tahu aku asyik baca novel je? Pasang CCTV kat rumah sendiri ke apa?

“Sejak bila kau tahu aku baca novel?” Sinis bunyi aku tanya. Tak kesah la kurang ajar dengan suami. Ada dia pikir aku ni bini dia? Entah2 simpan perempuan lain dekat luar.

“Sejak kau jadi orang gaji rumah mama lah. Kan kau selalu masuk bilik bacaan mama nak baca novel. Macam aku tak tau.”

Alamakkk! Kantoi! “Kau upah spy ke perhatikan aku selama ni?”

“HAHA.Nanti aku jenguk kau lagi ek? Aku nak andi dulu.”
“A’ah. Like I would care kau jenguk aku ke tak.”

“Kewajipan aku nak jaga kau.” Plus, aku rindu kau lah bongok. Ciss, perasaan tu tak boleh nak dielakkan.

Tersentap. Molla tersentap dengan kata-kata Khawarizmi. Kewajipan. Sekurang-kurangnya, dia jalankan kewajipan dia. Makan pakai aku terjaga. Walaupun aku tak jalan shopping dengan dia. Semua barang keperluan sentiasa cukup dekat rumah ni. Oh, for your information kami tak simpan orang gaji dalam rumah. Sebab, si Khawarizmi told me, dia dah ada aku. Aku kan memang sedia ada orang gaji dia? Aku masak untuk dia, tapi aku tak pernah layan dia makan. Ek eleh. For what kan? Pakaian aku, tiap-tiap bulan baru. Branded pulak tu. Sekadar PJ’s pun dia beli yang branded  jugak. Hurm, apa aku nak buat?

**

“Molla? Boleh aku masuk?” Mestila si Khawarizmi yang ketuk. Password nak masuk bilik aku. Hehe.

“Masuk je lah.”

“Okay.” Khawarizmi pelik. Takde arahan macam selalu ke? Jaga distance, 100 cm. Lupa kot minah ni.

“Eh, turun makan dululah. Aku ada masak asam pedas.” Molla bersuara tiba-tiba. Tu alas an je. Yang sebenarnya, nak settlekan kewajipan. Dari aku terus tanggung dosa kan? Baik buat amal kebaikan. Tak susah pun nak jaga si buaya ni. Bagi je makan apa, semua dia telan. Tolak batu dengan kayu je. Kalau buaya memang buaya jugaklah. Haha.

“Uh? Okay2. Aku pun memang tengah lapar ni. Lagi-lagi bini dekat rumah masak. Lagi aku nak!” Yeahh, ada kemajuan. Sikap prihatin menonjol. Peratus dia suka kat aku naik lah tu. Bhahaha. Khawarizmi sengih sensorang.

“Kau sengih pesal?” Molla yang tengah hidangkan makanan pelik dengan si Khawarizmi. Dia ambik kan nasi untuk suami ‘tersayang’. Siap letak lauk asam pedas dalam pinggan. Dan terus duduk dekat sebelah Khawarizmi. Tapi dia heran, apesal si buaya ni tak nak makan?

“Kau, asal tak makan?”

“Suap la aku.”

“Mengada. Kau bukan budak-budak. Tangan ada, makan sendiri la bongok.”

Adess. Kecewanya. Not full healed. Kebencian untuk aku, masih bertakhta dalam hati dia.

“Yum yum. Sedapnyaaaaa!” Molla memuji masakan sendiri. Satu sifat yang Molla tak boleh buang. Bila makan makanan kegemaran dia ; asam pedas, aiskrim dan chocolate, mesti dia akan puji makanan tu dan senyum selebar-lebarnya dan tak hengat dunia. Macam bebudak. Sebab tu la aku cute. Haha. Aku kuat perasan. Mintak maaf lah yer.

Khawarizmi perhatikan bini tersayang. Comel laaa.

Molla dah selesai makan. Si Khawarizmi pun dah selesai makan jugak. Dia pergi basuh pinggan. Khawarizmi ikut belakang dia. Duduk dekat meja dapur sambil tengok dia cuci pinggan.

“Apesal?” Molla tak segan bertanya. Buat apa nak segan? Laki aku jugak kan? Cehh, baru nak mengaku.

“Takda. Hehe.” Aku rindu kau lagi la bongok. Cuba kau buat gaya comel kau. Kan syok. Aku terus bawak kau honeymoon tengok bintang.

“Cehh. Kau tak buat kerja ke? Aku nak pergi bilik bacaan ni.” Molla tengah nak buat air. Malam-malam lepas makan dia memang akan bancuh horlicks.

“Oh, aku ikut kau la. Kebetulan nak guna lappy dekat bilik bacaan.” Banyak la kau Khawarizmi. Cakap je lah, nak pandang dia.

“Nak air? Aku buatkan.” Aisehhmen. Baik pulak kau Molla? Molla bercakap dengan diri sendiri. Natural phenomenon. Buat baik, aku balas baik.

“Boleh jugak. Menu sama dengan kau ek.”

“Nah air kau. Horlicks.” Mug bertukar tangan.

“Okay, thanks. Jum pergi bilik bacaan.” Khawarizmi terus berlalu dan Molla ikut belakang dia.

**
Molla yang tertidur dekat sofa dipandang. Comel laaa. Tak boleh tahan dengan kecomelan dia tuh. Dekat mana-mana angles pun tetap comel. Hehe. Macam mana aku boleh ter-rindu dengan dia? Sampai masuk bab cinta segala? Yeahh, that day. Waktu aku kena penampar free. Aku mula rindu dia. Kah! Kah! Kah! Easy right? Tapi itu bukan permulaan. Permulaannya masa dia first day jadi orang gaji dekat rumah mama aku. Aku ingat dia syok kat aku jugak? Rupanya, kuat melawan nauzubillah!

Aku suka perangai dia. Dalam dia kuat melawan, dia masih hormat aku sebagai Tuan Muda dia. Masih jugak buat kerja yang aku suruh. Dalam dia benci aku, dia takde sampai nak panggil aku bongok dan perkataan yang seangkatan dengannya. Cuma, bila dah declare jadi husband and wife ni, berani pulak dia.  Hai Molla ku sayang, cubalah kau salami perasaan aku ni yang buat kau benci merana tapi nak kau pupuk rasa cinta kat aku. Haishh.

Molla mengelus rambutnya yang panjang. Memang best la main rambut sendiri. Rasa macam tuan puteri. HAHA. Hari ni, si buaya tu off day. Apekehalnya mintak off day. Nak kata sakit, tak tau pulak. Dia tak nampak si buaya tu keluar dari bilik lepas subuh tadi. Molla pulak terkejut, bila dia dah bangun, rupan-rupanya dia dah ada dalam bilik sendiri. Mesti si buaya ni angkut aku masuk bilik. Nasib dia tak buat pape kat aku.

“Mollaaaa!!!” Terkejut Molla dengar jeritan suami tersayang. Uewkkk. Bergegas dia naik ke tingkat atas.

“Kenapa?!” Punyalah terkejut si Molla bila masuk bilik si buaya ni.

“Khawarizmi, apa semua ni?”

“Surprise?” Khawarizmi sengih. Hari ni ulang tahun kita la sayang oii. Takkan tarikh nikah pun tak ingat? “Happy Anniversary yang ke 3 bulan.”

“What? For what nak sambut?”

“Mengenang segala kenangan bersama kau la bongok.”

“Nak buat apa?”

“Buat santapan di hari tua. Haha.”

“A’ah. Lawaklah kau.”

“I’m serious.”

“I’m serious too.”

“Tak mau hidup dengan aku sampai tua ke?”

“Tak.”

“Jahat sangat ke aku?”

“Ya, memang. Kalau boleh aku tak nak hadap muka kau lagi.” Kejam sungguh dia hari ni. Pertukaran hormon kot. Nasib kau la buaya.

“OH. Aku pergi dulu. Kalau aku mati, aku maafkan kau.”

Wait. Apesal siap sebut perkataan mati? Nak bunuh diri, mati accident ke apa? Lantaklah. Wajib sangat ke aku nak pikir pasal dia? Tak kan? Boleh blah!
**
Molla terduduk dekat katil si Khawarizmi. Dah sehari berlalu. Dia tak balik rumah. Call pun tak. Biasa, kalau dia balik lewat or pergi mana-mana dia akan call aku dulu. Ni? Hilang macam tu je. Molla, kau cakap je la kau rindu dia. Tak nampak bayang dia sehari pun dah buat kacau bilau.

Yelah, dia mana pernah berjarak dengan si Khawarizmi. Paling tak pun, 100 cm je. Waktu kerja tak kiralah. Dia ternampak sesuatu. Kad yang berbentuk hati, agak besar jugak kad tu, dekat bantal peluk Khawarizmi. Dalam hati ada taman wooo. Berbantal peluk segala nak tidur.

 Molla buka kad tu. Hurm, agak-agak apa isi dia?

Molla sayang,

                Happy Anniversary yang ke-3 bulan! Aku tak pandai main ayat bunga-bunga ni. Aku bukan mat romeo, buaya darat macam yang kau sangka! Tu semua tipulah. Kes masa kau bagi penampar dekat aku tu sengaja je lah. Aku takde la tukar awek sampai banyak tu. Truth is, aku tak pernah bercinta. Kesian kan? Mamat handsome macam aku ni, sorang pun tak nak.

                Molla, kau tau tak? Aku sayang kau sangat-sangat. Kau ada sifat tersendiri. Dalam jahat, kau baik. Dalam kau comel, kau takde nak jual kecomelan kau dekat semua orang. Tapi, bab kau pantang kena puji tu, memang tak boleh blah la. Tapi aku suka! Kau comel sangattt!

                Kau tahu tak aku dah lama sayang kau? Bukan takat sebab kau comel. Tapi, sebab hati kau tu putih. Ingat tak waktu first time kau kerja dengan your mother in law? Kau ada tolong someone masa otw pergi rumah lama aku? Ingat takkk??? I bet, u can’t remember about it. Mamat yang mintak tolong kau untuk cari satu alamat rumah. Tu aku la cik Molla ku sayang! Balik rumah aku try cari gaduh dengan kau. Sebab? Aku suka tengok muka kau marah. Merah! Comel pulak tengok! Haha!

Your Husband,
Khawarizmi

Lepas dia baca is kad tu, dia rasa menyesal cakap macam tu dekat suami dia. Aku minta maaf Khawarizmi. Aku tak pandai nilai cinta kau kat aku. Dia try call Khawarizmi, tapi orang lain yang jawab. Perempuan. Cisss.

“Eh? Assalamualaikum. Ni bukan no phone Khawarizmi ke?” Molla bertanya.

“Oh, jadi cik kenal pemilik handphone ni?”

“Ye, dia husband saya.”

“Oh, maaflah puan. Sebenarnya, pemilik handphone ni ada kat HKL. Dia alami pendarahan yang agak teruk lepas kemalangan jalan raya. Boleh puan segera ke sini?”

Molla tak berhenti menangis. Dia takut kalau Khawarizmi betul-betul pergi dan lenyap terus dari hidup dia. Bila dah sampai ke HKL, dia bergegas ke tempat suaminya dirawat. Dilihatnya, Khawarizmi berbalut di kepala. Tangannya macam ada luka-luka kecil. Khawarizmi mungkin sedang berehat.

“Awak, bangun la cepat. Saya dah ada dekat sebelah awak.”

“Awak, bangunlah!” Molla masih berusaha. Dia sedih dan tak mampu menahan tangisannya.

“Awak, saya sayang awak.  Khawarizmi, tolonglah bangun! Jangan tinggalkan saya! Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya . ..” Suara Molla terhenti. Dia tak mampu menahan sebak dalam dada. Memang perit. Macam ni ke hilang orang tersayang?

“Molla, jangan la nangis. Tak comel dah muka bini saya ni. Haha.” Molla terdengar suara tu bercakap. Aku berangan je kan? Dia mengangkat kepala memandang tepat ke arah muka Khawarizmi. Dia dah sedar? Sejak bila?

“Awak! Bila sedar!” Molla memukul tangan Khawarizmi.

“Aduh! Tak padan dengan sedih, masih nak dera suami. Haha”

“Sori. Sori.” Molla, memohon maaf.

“Awak, betul ke sayang saya? HAHA.”

Molla pelik. Apesal suami dia macam sihat walafiat je? Sembuh serta merta ke apa? “Awak ni dah sihat betul ke? Cukup sihat ke?”

“Ya, saya cukup sihat. Ni, lakonan je. Kalau tak, awak takkan mengaku sayang saya . Terpaksa lah buat tipu sunat. Jangan marah ye bini tersayang. Hehe.”

“What!!!! Jahat tau!”

“Alah, kalau tak buat macam ni nanti menyesal pulak orang tu sampai ke sudah tak nak bagitau dia sayang kat kite yang handsome nih. HAHA.” Khawarizmi masih lagi galak menyakat bini tersayang.

“Alahhh, saje tau!” Molla merungut. “Jangan tinggalkan Molla lagi tau!”

No comments:

Post a Comment