Tuesday 24 January 2012

Molla Luthfie [1]

Hai.Nama aku Molla Luthfi.Tahukah anda bahawa saya merupakan orang gaji di rumah yang besar gedabak ni? Walaupun aku ni bijak dan result SPM aku menunjukkan aku ni layak untuk continue study, tapi disebabkan family aku ni menghalang, dan mak aku paksa aku bekerja sebagai orang gaji untuk menyara hidup. Kenapa jadi orang gaji?Kan ke banyak lagi kerja-kerja yang lebih best lagi dekat luar. Jawapannya terletak pada jawapan mama yang sangat menusuk jiwa dan raga.

“At least bila kau jadi orang gaji, kau tau la macam mana nak jadi perempuankan? Tau memasak, gardening, jemurbaju, kemas rumah.Ni kalau kau dekat rumah, semua mama buat. So, dengan menjadi orang gaji kau akan tahu betapa peritnya hidup mama selama ni.” See? Betapa sinisnya jawapan mama aku.

Mula-mula aku takut nak kerja sini.Yela, mana tau majikan aku ni nanti jahat gila. Kan sekarang ni banyak kes orang gaji kena sepak terajang, kena dera la. Nasib baik majikan aku ni orangnya cool dan gempak. Tak terasa yang aku ni orang gaji dekat rumah ni.

“Molla, dah beli barang yang mak cik suruh?” Mari aku perkenalkan watak dalam cerita aku ni, Mak Rah. Dia tukang masak dalam rumah ni. Dan, masakannya sangat la perghh!

“Dah.” Aku hulurkan plastic yang berisi dengan ingredients yang dia suruh aku pi beli tadi.

“Ha, ada orang tadi cari kamu.”

“Sapa?”

“Tuan muda tu la.”

Cis.Tak guna.Tuan muda yang dimaksudkan ialah anak kepada majikan aku, iaitu Khawarizmi.Aku sangat la menyampah dekat dia. Sebab dia suka ambik kesempatan dekat aku.Aku tau la aku orang gaji. Tapi, aku ni ada limit la nak buat kerja. Hari tu dia suruh aku basuh kereta, lepas tu basuh motor dia lagi. Tak cukup tu, dia suruh aku basuh kereta mak bapak dia sekali.Maunya tak patah tulang aku.

“Molla!”

“Dia dah panggil tu cepat pergi.”Mak Rah dah tolak aku keluar dari dapur.

Aku mengucap panjang. Berdoa siap-siap supaya aku ada kesabaran yang infiniti hari ni. Here we go, Molla. Welcome to the very terrifying disaster. Huh!

“Ye, tuan muda.”Aku gugup.

“Kau pergi mana?Aku cari tadi takda.Apa kau ingat suara aku ni murah ke hah?” Dia dah start membebel. Tak padan dengan wajah hensem mamat ni. Kuat membebel, kuat marah.Suka buat aku merana.

“Saya pergi beli barang.”Aku dah telan air liur banyak-banyak.Gila ah.Hormon adrenaline memang berdezup keluar.

“Kau tau apa kerja kau hari ni?” Suara ngeri Khawarizmi dah keluar.

Aku tenung mata dia dalam-dalam.Habis la aku.“Apa?”

Dia sengih kejam.Ngilu mata aku tengok.“Hari ni kau jadi driver aku.Hantar saja kemana aku nak pergi.Faham?”

What? Bukan Pak Mat Tempe tu ke driver rumah ni? “Tapi… tu kan job Pak Mat?”

Dia pandang wajah aku macam nak telan.“Pak Mat busy.Jadi kau je la yang layak.”

“Tapi, saya mana ada lesen.” OK. Aku bohong.Aku ada lesen kereta sebab, bapak aku paksa aku ambik dulu.Bapak aku selalu outstation. Jadi bagi memudahkan family, dia suruh aku ambik lessen. Bergolok gadai le jawabnya.Haha.Takde la sampai nak bergolok gadai. Takat nak ambik lessen tu memang ler mampu sikit. Nak bayar pi belajar ni je la yang mak bapak aku kedekut. Aku memang pelik la apasal diaorang tak nak aku continue study? Padahal bukannya daif sangat pun family aku ni. Hmm. Ni mesti ada something diaorang sembunyi bawah tanah ni.

“Tell me, what is this actually?” Gulp! Lessen aku. Mana dia curik ni? Khawarizmi dah tersengih sambil tunjuk lessen aku.

“Driving lessen.” Aku jawab. Dah dapat predict nasib aku lepas ni.

“Good.” Dia senyum sinis. “So, tell me who is this?” Dia tunjuk gambar aku.

“Me.” Aku bersuara perlahan.

“Who?”

“Me.”

“Tau pun. Nak tipu aku konon.Dah, kau pergi siap sekarang.”Dia halau aku keluar dari biliknya.
Terkedek-kedek aku keluar.Tak guna.Double shit. Arghhh! Aku rasa nak menangis. Tapi, tak berbaloi rasanya kan?


“Kita nak pergi mana?”Aku dah tarik seat belt.Dia dekat sebelah dah bersiul-siul. Riang ria punya mood dia hari ni. Aku pulak yang stress melampau ni.

“Aku tunjuk jalan, kau ikut je la.Bengap.” Selamba je dia cakap macam tu. Tak guna.Aku bawak laju-laju kang, ada jugak yang parah. Dah la ngam-ngam kau tak pakai seatbelt sebelah aku ni. Memang free la kau koma dua tiga bulan.

Macam typical love story yang lain, kalau orang dah selalu gaduh gini ending dia tentu mereka dua tu akan fall in love and blablabla. Mula-mula aku syak Khawarizmi ni suka dekat aku. Tapi, bila dia dah panggil aku bengap, bodoh semua tu. Memang tak syak lagi, dia tak suka aku. Huh! Aku benci gila dah dekat dia. Dulu masa first time jumpa, memang aku dah cair. Tapi, bila dah tau attitude malaun ni, terus aku beku. Bencik tahap supernova.

“Berhenti.Dan keluar ikut aku.”Dia dah bagi arahan Sparta. Aku ikut je la. Aku nampak dua tiga teenagers ala-ala yankee tengah melepak. Kawan dia ke? Cepat-cepat aku berjalan bila dia dah bersuara macam petir panggil nama aku. Mamat ni memang tak guna la. Huh!

Diaorang leka bercakap sama sendiri. Gelak-gelak sakan. Aku berdiri belakang Khawarizmi yang tinggi melangit ni. Aku pulak leka tengok keadaan sekeliling.

“Weh, sapa awek comel ni?”

Aku menoleh. Eh? Aku ke?Aisehmen.Tapi, aku tahan senyum.Nampak sangat aku pantang kena puji nanti.Semua geng dia pandang aku. Er…

“Oh. Dia ni driver aku merangkap orang gaji dekat rumah aku.”Selamba je Khawarizmi letak tangan dia atas bahu aku. Mak aih~ ni dah melampau ni. Dia intro aku ni orang gaji dia, aku tak kisah la. Memang dah hakikat kan. Tapi dia rilek je peluk aku. Arghhh! Geramnya. Lepas ni memang aku siat-siatkan kulit dia. Atau letak racun ke dalam air dia. Biar koma. Kalau dia mati, aku tak jamin la.Nanti sedih pulak majikan kesayangan aku.

“What? Gila comel gini.Aku ingat awek kau yang ke tiga puluh.”Sorang dari mereka bersuara. Yang lain bantai gelak.

Awek ke tiga puluh?Apa kebulur sangat mamat ni? Erh. Ni mesti suku sakat crocodile dang di ni. Tak syak lagi. Warghh! Geli aku.Wei, mangkuk. Lepas laa…

“Weh. Kau dah try dia ke? Satu rumah kan…”

Aku terkedu.Apa punya spesis soalan. Eh eh. Melampaunya.Akusepakkangmelambongsangkutatastiang lampu.

“Guess what…” Khawarizmi bersuara sinis.

“Wooo.” Yang lain menyahut. They gotta out of their mind.

And, I’m out of my limits. Aku tampar pipi mamat sebelah aku ni. Terus aku blah masuk kereta.Lima belas saat kau tak masuk kereta, aku terus pecut.

Ok. Pecut!


Sejak itu, aku tak ngam dengan Khawarizmi.Dia pun macam tak nak geng dengan aku dah.Hekelleh.Aku tak heran la.

“Molla…”

Aku menoleh.Masa tu aku tengah tolong hiriskan bawang. Kalau mama tengok ni, confirm dia buat majlis kenduri kesyukuran terus. Haha! Hei, ni Molla Luthfi la. Takat hiris bawang tu, as easy as a piece of cake la.

“Kau nak apa?” Aku bersuara kasar.Kanakucakapkitaorang dahtakngam.Lepas kes itu hari, aku mengamuk tak tentu pasal dalam bilik.Lepas tu menangis sebab terpaksa kemas balik barang-barang yang dah bersepah. Huh!

“I need three cups of coffee.” Dia bersuara.Suara dia sekarang tak macam suara petir dah. Cool dan cold.
Aku tak menjawab. Aku terus buat air coffee tu. Lepas siap aku hulur dulang pakai dia bawak masuk.

“Er. And five glasses of juice.”

Aku tenung mata dia dalam-dalam.Tak boleh cakap dalam satu ayat je ke. Ni nampak aku pegang pisau ni? Pisau ni boleh buat aku berhenti kerja kau tau? Tu pun, lepas aku cacatkan kau.Aku benamkan hujung pisau tu atas meja.

Kemudian aku ambik lima bijik gelas. Slow and steady. Kalau ikut mood Hulk aku ni, memang pecah dah gelas-gelas ni aku baling dekat mamat yang tengah tunggu aku buat air ni.

“Nah!” Aku hulur dulang yang dah siap dengan jus oren.  Aku pandang muka Khawarizmi. Baru dia perasan muka tuan muda dia lain sikit. Heartless.Ada rupa macam hantu.

“Thanks. Tolong angkat boleh?”

“Kenapa pulak?” Tak cukup dengan buat air, nak suruh aku pergi depan hidang?

“Err, aku ada dua tangan je. Mana dapat angkat dua dulang sekali.”

“Dah tu.Ambik satu-satu.”Lantaklah nak kata aku orang gaji pemalas. Aku dah lali dengan ayat dia tu.


“Oh, takpelah.”Khawarizmi terus berlalu.Selang beberapa minit dia datang balik. Ambik Jus oren. Sebelum masuk, dia kerling aku.Siap bagi senyum pencair.Aku yang memang tengah heran dengan perangai dia buat muka pelik.Apesal mamat tuh?

No comments:

Post a Comment